Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Cik Ani menanam sayuran di rumah
menggunakan kaedah hidroponik. Untuk menjimatkan kos, Cik Ani menggunakan
hanya separuh daripada sukatan larutan hidroponik yang dicadangkan. Selepas
seminggu, dia mendapati anak benihnya tidak subur dan terbantut .

Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji


kesan kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih.

Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.

Laporan amali anda hendaklah mengandungi :

(a) Pernyataan masalah


(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


1. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut.
2. Berdasarkan dapatan ekperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh
ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
3. Nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan tumbuhan.
4. Bincangkan kesahan data yang anda perolehi jika kajian ini dilakukan di ladang
jagung
5. Apakah kesan lain terhadap tumbuhan akibat kekurangan nitrogen?
6. Pertumbuhan alga dalam larutan kultur akan mempengaruhi keputusan
eksperimen. Cadangkan satu langkah yang boleh mengelakkan pertumbuhan
alga dan terangkan langkah yang dipilih.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai