Anda di halaman 1dari 2

SMK GUNUNG SEMANGGOL

PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)


ARAHAN TUGASAN

BAB: 1.0 MIKROORGANISMA

TAJUK EKSPERIMEN: 1.1.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
MIKROORGANISMA. (NUTRIEN)

Roti di atas meja berkulat selepas dibiarkan beberapa hari. Terdapat tompok-tompok di atas
roti tersebut.

Arahan

A. Berdasarkan pemerhatian tersebut, anda dikehendaki menjalankan eksperimen


untuk menyiasat pertumbuhan mikroorganisma. Anda seterusnya dikehendaki
untuk menyediakan laporan makmal yang meliputi perkara-perkara berikut:

1. Pernyataan masalah
2. Tujuan eksperimen
3. Hipotesis
4. Pemboleh ubah
a) Pemboleh ubah dimanipulaskan
b) Pemboleh ubah bergerakbalas
c) Pemboleh ubah dimalarkan
5. Bahan dan radas
6. Prosedur
7. Penjadualan data

B. Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas.


2. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut.
3. Hubungan antara pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas?
4. Definisi secara operasi bagi pertumbuhan mikroorganisma.
5. Kesimpulan daripada eksperimen.
C. Jawab soalan berikut:

i) Terdapat segelas air kosong dan segelas air susu di atas meja. Apakah
kesan kepada dua gelas minuman tersebut jika dibiarkan terdedah di atas
meja selepas dua hari? Jelaskan jawapan anda.
ii) Cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
iii) Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah dapatan
eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai