Anda di halaman 1dari 1

PENTAKSIRAN AMALI SAINS PEKA Sains 2021

Kaji situasi di bawah.

Rajah 1 menunjukkan dua contoh situasi pembakaran daging dan didapati


pembakaran sate mengambil masa yang lebih cepat untuk masak berbanding
dengan pembakaran stik (steak).

Pembakaran sate Pembakaran stik Rajah 1

Berdasarkan pemerhatian situasi di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut.Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.

Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Penyataan Masalah
2. Tujuan Eksperimen
3. Hipotesis
4. Pemboleh ubah
5. Radas dan bahan
6. Prosedur
1 7. Jadual Keputusan Data
8. Menganalisis data
9. Membuat kesimpulan

Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan eksperimen yang lengkap dan
mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut:
1. Nyatakan pemerhatian yang berlaku bagi kedua- dua hasil kedua-dua hasil tindakbalas
ini.
2. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (PMP) dengan
Pemboleh ubah bergerakbalas (PGB).
3. Berdasarkan kepada pemerhatiani, nyatakan definisi secara operasi (DSO) bagi
kadar tindakbalas.
4. Berdasarkan hasil daripada eksperimen ini, bagaimanakah daging stik dapat
dimasak dengan lebih cepat dan jelaskan jawapan anda.
5. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, berikan satu langkah untuk memastikan
kamu mendapat anggaran isipadu gas terkumpul yang lebih tepat bagi kedua
jenis hasil tindak balas.
6. Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah perbezaan saiz bahan dalam
pemerhatian anda itu boleh diterima.
7. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai