Anda di halaman 1dari 3

Kesan suhu ke atas kadar tindak balas

Tujuan
Mengkaji kesan suhu atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah
Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat mempengraruhi
kadar tindak balas?

Hipotesis
Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin singkat
masa yang diambil untuk tanda x tidak kelihatan.

Pemboleh ubah:
a dimanipulasikan: Suhu larutan natrium tiosulfat.
b dimalarkan: Saiz kelalang kon.
c bergerak balas: Masa yang diambil untuk tanda x tidak
kelihatan.

Radas
Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, silinder penyukat
10 cm3,, jam randik, thermometer, penunu Bunsen, kasa dawai,
tungku kaki tiga.

Bahan
Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, asid silfurik 1.0 mol dm-3,
kertas putih yang bertanda x di bahagian tengah.

Prosedur
1 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
sebuah kelalang kon.
2 Suhu larutan diukur dengan menggunakan thermometer.
3 Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas putih yang
bertanda x di bahagian tengah.
4 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 disukat dengan silinder
penyukat 10cm3.
5 Dengan cepat dan cermat, asid sulfurik dituang ke dalam
kelalang kon yang berisi larutan natrium tiosulfat. Pada masa
yang sama, jam randik dimulakan.
6 Campiran dalam kelalangkon digoncang beberapa kali. Kelalang
kon kemudian diletakkan semula ke atas kertas putih.
7 Tanda x dipandang secara tegak dari atas menerusi larutan.
8 Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda x tidak kelihatan .
9 Masa, t yang diperlukan untuk tanda x tidak kelihatan
direkodkan.
10 Kelalang kon tadi dibersihkan.
11 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
kelalang kon yang sama.
12 Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan
sehingga suhu larutan mencapai 35oC.
13 Kelalang kon diletakkan di atas kertas putih yang bertanda x
di bahangian tengah. Dengan serta-merta, 5 cm 3 asid sulfurik
1.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam kelalang kon. Pada masa
yang sama, jam randik dimulakan.
14 Masa,t yang diperlukan untuk tanda x tidak kelihatan
direkodkan.
15 Langkah 10 hingga 14 diulang dengan menggunakan 50 cm 3
larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, pada suhu 40oC, 45oC,
dan 50oC.
16 Keputusan eksperimen direkodkan.

Keputusan

Set Suhu (oC) Masa, t (s) 1/Masa (s-1)


I
II
III
IV
V

Rajah

Anda mungkin juga menyukai