Anda di halaman 1dari 4

PENANDAAN TUGASAN

Bab 1 : Mikroorganisma
1.2 Faktor- faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
Tajuk : Kesan nilai pH terhadap pertumbuhan bakteria

(a) Pernyataan Mengapakah lada yang dijeruk lebih tahan lebih lama berbanding lada
masalah yang dibiarkan terdedah?

(b) Tujuan Untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

(c) Hipotesis Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling baik pada pH7

(d) Pemboleh ubah (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Nilai pH


(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Suhu persekitaran

(e) Bahan dan Radas Larutan kultur Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, asid hidroklorik cair,
larutan natrium hidroksida cair, air suling, pita selofan, kertas label, piring
petri steril bersama penutup, tiga buah bikar, tiga gegelung dawai, penunu
Bunsen dan tiga batang picagari.

(f) Prosedur

1. Sediakan bahan dan radas seperti rajah di atas.


2. 1 cm3 air suling dimasukkan dan disebarkan ke atas 10cm3 agar-agar
steril.
3. Larutan kultur Bacillus sp. disebarkan ke atas agar-agar nutrient dalam
bentuk zig-zag menggunakan gegelung dawai.
4. Piring petri ditutup dan bahagian tepinya dibalut menggunakan pita
selofan.
5. Ulang Langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan air suling kepada asid
hidroklorik cair dan larutan natrium hidroksida cair seperti dalam rajah
di atas.
6. Ketiga-tiga piring petri diterbalikkan dan disimpan di dalam almari gelap
selama tiga hari.
7. Bilangan koloni bakteria dalam setiap piring petri dikira dan direkodkan
dalam jadual.

(g) Pemerhatian
Nilai pH Bilangan koloni bakteria
pH7 (air suling)
Kurang daripada pH7 (asid hiroklorik)
Lebih daripada pH7 ( natrium hidroksida)
(h) Mentafsir data
Lukis graf bilangan koloni bakteria dengan jenis bahan

(i) Kesimpulan Hipotesis diterima.


Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling baik pada pH7

Jawapan soalan :
1. Bilangan koloni bakteria dalam air suling paling banyak kerana air suling merupakan medium yang
bersifat neutral.
2. Pertumbuhan bakteria paling tinggi dalam air suling.
3. Pertumbuhan bakteria ialah proses yang ditunjukkan oleh bilangan koloni bakteria.
4. Jeruk lada direndam dalam larutan cuka dan garam. Garam akan menghidrat lada manakala
cuka bersifat asid. Keadaan terhidrat dan berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan
mikroorganisma.
5. Eksperimen ini perlu dijalankan sebanyak 3 kali bagi setiap larutan dan dapatkan jumlah purata
bilangan koloni.
6. Ya, kerana koloni bakteria dapat dikira dengan jelas.
7. Pertumbuhan bakteria adalah paling sesuai pada pH7.
PENANDAAN TUGASAN

Bab 1 : Mikroorganisma
1.2 Faktor- faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
Tajuk : Kesan nilai pH terhadap pertumbuhan bakteria

(a) Pernyataan masalah Mengapakah lada yang dijeruk tahan lebih lama berbanding lada yang
dibiarkan terdedah? K1P1

Untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp. K1P2

(c) Hipotesis Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling baik pada pH7 K1P3

(d) Pemboleh ubah (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Nilai pH


(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Suhu persekitaran K1P4

(e) Bahan dan Radas Larutan kultur Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, asid hidroklorik cair, larutan
natrium hidroksida cair, air suling, pita selofan, kertas label, piring petri steril
bersama penutup, tiga buah bikar, tiga gegelung dawai, penunu Bunsen dan
tiga batang picagari.
K1P5
(f) Prosedur

K1P7

1. Sediakan bahan dan radas seperti rajah di atas.


2. 1 cm3 air suling dimasukkan dan disebarkan ke atas 10cm3 agar-agar steril.
3. Larutan kultur Bacillus sp. disebarkan ke atas agar-agar nutrient dalam
bentuk zig-zag menggunakan gegelung dawai.
4. Piring petri ditutup dan bahagian tepinya dibalut menggunakan pita selofan.
5. Ulang Langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan air suling kepada asid
hidroklorik cair dan larutan natrium hidroksida cair seperti dalam rajah di
atas.
6. Ketiga-tiga piring petri diterbalikkan dan disimpan di dalam almari gelap
selama tiga hari.
7. Bilangan koloni bakteria dalam setiap piring petri dikira dan direkodkan
dalam jadual.
K1P6
(g) Pemerhatian K3P1
Nilai pH Bilangan koloni bakteria
pH7 (air suling) 10
Kurang daripada pH7 (asid hiroklorik) 8
Lebih daripada pH7 ( natrium hidroksida) 4
K3P2
(h) Mentafsir data

Graf berdasarkan data


yang diperolehi oleh
pelajar

air suling asid natrium


hidroklorik hidroksida

(i) Kesimpulan Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling baik pada pH7. K1P3

Jawapan soalan :
1. Bilangan koloni bakteria dalam air suling paling banyak kerana air suling merupakan medium yang
bersifat neutral. K4P2a
2. Pertumbuhan bakteria paling tinggi dalam air suling. K4P2b
3. Pertumbuhan bakteria ialah proses yang menghasilkan bilangan koloni. K4P2c
4. Jeruk lada direndam dalam larutan cuka dan garam. Garam akan menghidrat lada manakala cuka
bersifat asid. Keadaan terhidrat dan berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
K5P1
5. Eksperimen ini perlu dijalankan sebanyak 3 kali bagi setiap larutan dan dapatkan jumlah purata
bilangan koloni. K5P2
6. Ya, kerana koloni bakteria dapat dikira dengan jelas. K5P3/P4
7. Pertumbuhan bakteria adalah paling sesuai pada pH7. K4P3

Anda mungkin juga menyukai