Anda di halaman 1dari 6

SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

BAB 1 MIKROORGANISMA

TUGASAN 1

(a) Pernyataan masalah

Bagaimanakah sifat alkali memberi kesan kepada pertumbuhan bakteria?

(b) Tujuan

Untuk mengkaji hubungan antara kesan alkali terhadap kekeruhan bubur nutrien.

(c) Hipotesis

Jika ubat gigi digunakan ketika memberus gigi, maka pertumbuhan bakteria akan berkurang.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : jenis larutan


Pemboleh ubah bergerakbalas : kekeruhan bubur nutrien
Pemboleh ubah dimalarkan : isi padu bubur nutrien

(e) Radas dan bahan

Bahan : Air suling, larutan natrium hidroksida, bubur nutrien, kultur bakteria
Radas : Dua buah tabung uji

(f) Prosedur

1. Masukkan bubur nutrien dan kultur bakteria ke dalam kedua-dua tabung uji.
2. Tambahkan air suling ke dalam tabung uji A dan larutan natrium hidroksida ke
dalam tabung uji B.
3. Biarkan radas selama 2 hari.
4. Perhatikan dan rekodkan kekeruhan bubur nutrien.

(g) Pemerhatian

Tabung uji Jenis larutan Kekeruhan bubur nutrien


A Air suling Sangat keruh
B Larutan natrium hidroksida Sedikit keruh

(h) Mentafsir data

larutan natrium hidroksida menyebabkan bubur nutrien sedikit keruh manakala air suling
menyebabkan bubur nutrien sangat keruh.

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima. Jika ubat gigi digunakan ketika memberus gigi, maka pertumbuhan
bakteria akan berkurang.
SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

Perbincangan :

1. Insferens :

larutan natrium hidroksida menyebabkan bubur nutrien sedikit keruh kerana keadaan beralkali
tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria.

2. Hubungan antara MV dan RV :

Jika larutan natrium hidroksida digunakan, bubur nutrien akan sedikit keruh.

3. Definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria

Pertumbuhan bakteria ialah proses kekeruhan bubur nutrien apabila bubur nutrien
dimasukkan ke dalam larutan natrium hidroksida.

4. Aplikasi kesan pH terhadap pertumbuhan mikroorganisma dalam kehidupan harian.

Larutan iodin digunakan sebagai antiseptik yang disapu pada permukaan kulit yang luka
untuk menghalang pertumbuhan bakteria.

5. Mencuci tangan dengan air dan sabun dapat mengurangkan penyebaran covid-19?

Sabun dan air menyingkirkan patogen bersama-sama dengan minyak dan kekotoran yang ada
pada tangan.
SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

BAB 1 MIKROORGANISMA

TUGASAN 2

(a) Pernyataan masalah

Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria?

(b) Tujuan

Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria.

(c) Hipotesis

Pertumbuhan bakteria paling aktif pada suhu bilik.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : suhu


Pemboleh ubah bergerakbalas : bilangan koloni bakteria
Pemboleh ubah dimalarkan : isi padu larutan kultur Bacillus sp.

(e) Radas dan bahan

Bahan : larutan kultur bakteria Bacillus sp, agar-agar nutrien steril


Radas : dua piring petri steril dengan penutub berlabel A dan B, pita selofan, dawai gelung,
peti sejuk dan termometer.

(f) Prosedur

1. Sediakan dua piring petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien dan labelkan
sebagai A dan B.
2. Sterilkan hujung dawai gelung dengan memanaskannya dalam nyalaan penunu Bunsen
sehingga dawai gelung membara.
3. Selepas hujung dawai disteril, alihkan hujung dawai gelung daripada nyalaan penunu
Bunsen dan biarkan dawai gelung steril menyejuk pada suhu bilik.
4. Celupkan hujung dawai gelung ke dalam larutan kultur bakteria Bacillus sp.
5. Gunakan hujungdawai gelung tersebut untuk melumurkan kultur bakteria secara zigzag ke
atas agar-agar nutrien steril di dalam piring petri A.
6. Ulang langkah 2 dan 5 untuk piring petri B.
7. Tutup piring petri A dan B dan lekatkan penutup dengan pita selofan.
8. Simpan piring petri A (secara terbalik) di dalam almari gelap pada suhu bilik dan piring
petri B (secara terbalik) di dalam peti sejuk pada suhu 5 oC selama tiga hari.
9. Selepas tiga hari, keluarkan piring petri A dari almari yang gelap dan piring petri B dari
peti sejuk.
10. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam
jadual. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni sedikit
atau koloni yang banyak.
SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

(g) Pemerhatian

Piring petri Suhu (oC) Bilangan koloni bakteria


A Suhu bilik 5
B 5 oC 15

(h) Mentafsir data

Bilangan koloni bakteria pada suhu bilik lebih banyak daripada pada suhu 5 oC.

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima. Pertumbuhan bakteria paling aktif pada suhu bilik.

Perbincangan :

1. Insferens :

Bilangan koloni bakteria pada suhu bilik lebih banyak daripada pada suhu 5 oC kerana
pertumbuhan bakteria paling aktif pada suhu bilik.

2. Hubungan MV dan RV :

Pada suhu bilik, bilangan koloni bakteria paling banyak.

3. Definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria.

Pertumbuhan bakteria ialah proses bilangan koloni bakteria pada suhu bilik lebih banyak
apabila agar-agar nutrien diletakkan di dalam almari yang gelap.

4. Mengapa lebih sukar merawat penyakit disebabkan oleh virus seperti Covid-19 berbanding
penyakit yang disebabkan oleh bakteria tuberkulosis?

Antibiotik tidak dapat membunuh virus kerana bakteria dan virus mempunyai mekanisme
yang berbeza untuk hidup // struktur yang berbeza dan membiak dengan cara yang berlainan
dengan bakteria.

5. Gejala-gejala pesakit Covid-19

- gejala yang ketara ialah demam , batuk kering dan kelesuan.


- gejala yang kurang ketara seperti sakit kepala, sakit otot, selsema, sakit tekak atau cirit-birit.
- sebilangan pesakit mungkin menderita pneumonia yang teruk, kegagalan organ (ginjal)
sesak nafas, sakit dada, kehilangan keupayaan bertutur dan bergerak.
- sebilangan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau berasa tidak sihat.
SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

BAB 5 SEBATIAN KARBON

TUGASAN 3

(a) Pernyataan masalah

Adakah kehadiran yis menyebabkan doh mengembang?

(b) Tujuan

Untuk mengkaji kehadiran yis terhadap kekeruhan air kapur.

(c) Hipotesis

Yis menghasilkan karbon dioksida semasa proses penapaian alkohol.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : kehadiran yis


Pemboleh ubah bergerakbalas : kekeruhan air kapur
Pemboleh ubah dimalarkan : isi padu larutan glukosa

(e) Radas dan bahan

Bahan : larutan glukosa, yis, air suling, air kapur


Radas : kelalang kon, tabung uji, salur penghantar, penyumbat getah dan bikar 250 ml.

(f) Prosedur

1. Susun radas dan bahan seperti rajah di atas.


2. Masukkan yis di dalam kelalang kon yang mengandungi larutan glukosa.
3. Perhatikan perubahan warna air kapur selepas 20 minit.
4. Ulang eksperimen dengan menggantikan yis dengan air suling.
5. Rekodkan perubahan warna air kapur.
SKEMA AMALI SAINS TINGKATAN 5

(g) Pemerhatian

Campuran Kekeruhan air kapur


Larutan glukosa + yis Keruh
Larutan glukosa + air suling Tiada perubahan

(h) Mentafsir data

Campuran larutan glukosa + yis menjadi keruh dan berbuih.

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima. Yis menghasilkan karbon dioksida semasa proses penapaian alkohol.

Perbincangan :

1. Insferens :

Campuran larutan glukosa + yis menjadi keruh dan berbuih kerana karbon dioksida
dibebaskan.

2. Hubungan MV dan RV:

Apabila yis dimasukkan ke dalam larutan glukosa, air kapur menjadi keruh.

3. Definisi secara operasi bagi penapaian alkohol.

Penapaian alkohol ialah proses kekeruhan air kapur apabila yis dimasukkan ke dalam larutan
glukosa.

4. Alkohol adalah sebatian organik yang mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan
harian. Wajarkah jawapan anda

- Bahan api. Tenaga yang terhasil ketika pembakaran etanol digunakan sebagai bahan api
untuk kenderaan.
- Pelarut kosmetik, detergen dan losen.Melarutkan sebatian organik yang tidak larut dalam
air.
- Gliserol. Digunakan untuk membuat losen kulit.
- Menghasilkan ester.

5. Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan kepada kesihatan fizikal dan kesihatan
mental.

- Sirosis hati
- Kerosakan otak, perut dan hati
- Melambatkan kadar penghantaran impuls.
- Halusinasi.

Anda mungkin juga menyukai