Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti PAK21 Mix-Freeze-Group Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan

Murid Tingkatan 5 Dalam Membanding Dan Membezakan Konsep Sains

Nama Pengkaji
Khairunnisa Binti Kassim

SMK Taman Damansara Aliff,


Johor Bahru

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan Aktiviti PAK21 mix-freeze-group
ke atas murid Tingkatan 5 Kreatif SMKTDA dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan mereka dalam
membanding dan membezakan konsep Sains di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam
belajar Sains. Penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk menambah baik amalan
mengajar saya dalam subjek Sains. Data telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal
selidik, temu bual, ujian pra dan ujian pos dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan
analisis kandungan. Triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik digunakan untuk menyemak data yang
telah dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan Aktiviti PAK21 mix-freeze-
group berjaya membantu responden dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping
meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Ia juga membantu saya sebagai pendidik
dalam menambah baik amalan mengajar saya dalam mata pelajaran Sains .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah mendapati bahawa responden-responden sentiasa mengalami masalah dalam


memahami dan mengingati isi-isi penting untuk sesuatu topik yang telah diajar. Semasa saya
menanya soalan untuk menguji kefahaman mereka tentang topik yang diajar, hanya segelintir
murid yang berupaya memberikan jawapan yang tepat. Murid-murid yang tidak dapat menjawab
soalan akan menunjukkan muka yang gelisah dan memberikan jawapan yang tidak berkenaan.
Mereka juga gagal menulis jawapan yang tepat semasa membuat latihan yang diberikan oleh
guru.

2. FOKUS KAJIAN

Aktiviti PAK21 mix-freeze-group ke atas murid Tingkatan 5 Kreatif SMKTDA dalam meningkatkan
kefahaman dan ingatan mereka dalam membanding dan membezakan konsep Sains di samping
meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Subtopik yang digunakan dalam kajian ini
ialah perbandingan lemak tepu dan lemak tak tepu

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Menguji keberkesanan Aktiviti PAK21 mix-freeze-group dalam membantu penguasaan
murid membanding dan membezakan konsep Sains dengan lebih baik

3.2 Objektif Khusus


 Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid-murid membanding dan membezakan
konsep Sains dengan penggunaan Aktiviti PAK21 mix-freeze-group
 Meningkatkan minat dan motivasi murid-murid dalam belajar Sains.
 Menambahbaik amalan mengajar saya dengan penggunaan Aktiviti PAK21 dalam PdPc

4. KUMPULAN SASARAN
29 orang murid 5 Kreatif
5. PELAKSANAAN KAJIAN
4
5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan


penglibatan respoden-responden sebelum, semasa dan selepas kajian. Setiap sesi
pemerhatian mempunyai catatan lapangan masing-masing. Kandungan nota lapangan
termasuklah huraian latar, tindakan yang dilaksanakan, tingkah laku, mimik muka
responden-responden, tanggapan dan prasangka saya serta perkara yang berlaku di luar
jangkaan sekiranya ada. Saya telah mengambil gambar untuk memerhati tingkah laku dan
reaksi responden-responden semasa proses pengajaran dan pengajaran dan semasa
responden-responden menjawab soalan.

5.1.2 Temu Bual

Mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan


bersua muka secara langsung (“face to face”) dengan peserta kajian. Temu bual
berstruktur dengan menggunakan soalan tertutup dipilih sebagai kaedah mengumpul
data.

5.1.3 Ujian Pra

Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengesan kefahaman dan ingatan
responden-responden mengenai topik Sains yang akan diuji. Ujian pos telah dijalankan
sebanyak dua kali untuk menilai murid-murid dalam membuat perbandingan lemak tepu
dan lemak tak tepu

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian

Jadual 1 :

Aktiviti PAK21 mix-freeze-group subtopik lemak tepu dan lemak tak tepu

Soalan Bilangan murid bergerak Bilangan murid bergerak


ke bulatan yang betul ke bulatan yang salah
1. Sumber lemak daripada haiwan 18 4
Jawapan: lemak tepu
2. Keadaan pada suhu bilik ialah 15 7
cecair
Jawapan: lemak tak tepu
3. Takat lebur/takat didih tinggi 20 2
Jawapan: lemak tepu
4. Kandungan kolesterol tinggi 22 0
Jawapan: lemak tepu
5. Bilangan atom hidrogen kurang 17 5
Jawapan: lemak tak tepu
6. Kesan terhadap kesihatan ialah 22 0
buruk
Jawapan: lemak tepu

5
5.2.2 Temu Bual

Jadual 2:

Aktiviti PAK21 mix-freeze-group subtopik lemak tepu dan lemak tak tepu

Soalan Bilangan murid respon positif Bilangan murid respon negatif


terhadap aktiviti terhadap aktiviti
Adakah aktiviti ini 22 0
menyeronokkan?
Adakah aktiviti ini 18 4
membantu kami
mengingat perbandingan
antara lemak tepu
dengan lemak tak tepu?
Kamu ingin aktiviti seperti 22 0
ini lagi untuk konsep
lain?
Kamu penat melakukan 20 2
aktiviti ini?

5.2.3 Ujian Pra

Jadual 3 :
Aktiviti PAK21 mix-freeze-group subtopik lemak tepu dan lemak tak tepu

Soalan Bilangan murid Bilangan murid


menjawab dengan betul menjawab salah
1. Sumber lemak daripada haiwan 18 4
Jawapan: lemak tepu
2. Keadaan pada suhu bilik ialah 15 7
cecair
Jawapan: lemak tak tepu
3. Takat lebur/takat didih tinggi 20 2
Jawapan: lemak tepu
4. Kandungan kolesterol tinggi 18 4
Jawapan: lemak tepu
5. Bilangan atom hidrogen kurang 17 5
Jawapan: lemak tak tepu
6. Kesan terhadap kesihatan ialah 20 2
buruk
Jawapan: lemak tepu

6
5.2.3 Ujian Pos

Jadual 4:
Aktiviti PAK21 mix-freeze-group subtopik lemak tepu dan lemak tak tepu

Soalan Bilangan murid Bilangan murid


menjawab dengan betul menjawab salah
7. Sumber lemak daripada haiwan 22 0
Jawapan: lemak tepu
8. Keadaan pada suhu bilik ialah 20 2
cecair
Jawapan: lemak tak tepu
9. Takat lebur/takat didih tinggi 22 0
Jawapan: lemak tepu
10. Kandungan kolesterol tinggi 22 0
Jawapan: lemak tepu
11. Bilangan atom hidrogen kurang 19 3
Jawapan: lemak tak tepu
12. Kesan terhadap kesihatan ialah 22 0
buruk
Jawapan: lemak tepu

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Pelaksanaan Tindakan Penyelidikan tindakan ini telah dijalankan pada sesi waktu
pengajaran dan pembelajaran. Tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini ialah 4 waktu
PdPc.

Langkah 1 : Semua responden untuk mengisi borang soal selidik sebelum kajian dijalankan.
Langkah 2 : Subtopik lemak tepu dan lemak tak tepu diperkenalkan dengan menggunakan slaid
’PowerPoint’. Istilah-isitlah dan isi-isi utama ditunjukkan dalam slaid
Langkah 3 : Semua responden menduduki ujian pra
Langkah 4 : Aktiviti mix-freeze-group diterangkan .
Langkah 5 : Aktiviti mix-freeze-group dijalankan
Langkah 6 : temubual dijalankan untuk mendapat respon tentang aktiviti secara lisan
Langkah 7 : Semua responden menduduki ujian pos
Langkah 9 : Ujian pos dua dijalankan selepas lapan hari aktiviti mix-freeze-group diperkenalkan.
Langkah 11 :Hasil ujian pra dan pos dinilai dan data dianalisis

5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

Secara keseluruhan, semua responden bersetuju bahawa mereka lebih faham tentang
apa yang telah diajar selepas diperkenalkan dengan aktiviti mix-freeze-group . Pada pandangan mereka,
aktiviti ini membantu mereka menyeronokkan dan mudah untuk mereka mengingat perbandingan antara
lemak tepu dan lemak tak tepu

Anda mungkin juga menyukai