Anda di halaman 1dari 4

PEKA

1
PERBINCANGAN

Tajuk Eksperimen 1.1.2 Kesan pH terhadap pertumbuhan mikroorganisma

1) Penyataan masalah Mengapakah ubat gigi bersifat alkali digunakan untuk mencegah pereputan gigi ?

2) Hipotesis Ubat gigi bersifat alkali merencat pertumbuhan mikroorganisma.

3) Tujuan Untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan bakteria.


Eksperimen

4) Pembolehubah
a) dimanipulasikan Nilai pH

b) bergerakbalas Bilangan koloni bakteria

c) dimalarkan Jenis bakteria / Isipadu kultur bakteria / Isipadu agar-agar nutrien / suhu
persekitaran

5) Radas dan bahan tiga piring petri, tiga dawai gelung, tiga picagari, larutan kultur bakteria, agar-agar
nutrien steril, asid hidroklorik cair, larutan natrium hidroksida, air suling dan pita
selofan.
6) Susunan rajah radas
dan bahan

7) Prosedur 1. Sediakan 3 piring petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien steril dan
labelkan sebagai A, B dan C.

2. 1 cm3 air suling disebarkan ke atas permukaan agar-agar steril.

3. Gegelung dawai disteril dengan menggunakan nyalaan penunu bunsen


sehingga gegelung tersebut berbara.

4. Gegelung dawai yang telah disejukkan dicelup ke dalam larutan kultur


Bacillus subtilis.

5. Larutan kultur Bacillus subtilis disebarkan ke atas permukaan agar-agar


nutrien di dalam piring petri A dalam bentuk zig-zag menggunakan gegelung
dawai.

6. Ulang langkah 3 hingga 5 dengan menggantikan air suling kepada asid


hidroklorik cair dan larutan natrium hidroksida cair seperti dalam rajah.

7. Tutup piring petri A, B dan C dan lekatkan penutup dengan pita selofan.

8. Simpan piring petri secara terbalik di dalam almari yang gelap pada suhu bilik
selama 3 hari.

9. Bilangan koloni bakteria dalam setiap piring petri dikira dan direkodkan dalam
jadual.

8) Pemerhatian
Bilangan
Jenis bahan Nilai pH
koloni bakteria
Air Suling 7 (neutral) 21
Asid hidroklorik cair < 7 (berasid) 10
Larutan natrium hidroksida
>7 (beralkali) 5
cair
9) Mentafsir data
Bilangan koloni bakteria

25

20

15

10

Jenis
0 Asid Larutan bahan
Air
suling hidroklorik natrium
cair hidroksida
cair

9) Perbincangan 1. Koloni bakteria dalam air suling paling banyak kerana


pertumbuhan bakteria paling aktif dalam keadaan neutral.

2. Pertumbuhan bakteria paling aktif dalam medium neutral.


Keadaan berasid dan beralkali tidak sesuai untuk pertumbuhan
bakteria.

3. Pertumbuhan bakteria ialah proses yang menghasilkan koloni


bakteria paling banyak di atas permukaan agar-agar nutrien
yang neutral.

4. Tindakan bakteria ke atas nutrien yang tinggal pada gigi yang


tidak dibersihkan menghasilkan asid yang mnyebabkan gigi reput.
Oleh yang demikian ubat gigi yang bersifat alkali akan
menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut / membunuh
bakteria dalam mulut / meneutralkan asid yang dihasilkan oleh
bakteria pada gigi. Keadaan beralkali tidak sesuai untuk
pertumbuhan bakteria.

5. Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang


lebih jitu/tepat; eksperimen ini perlu dijalankan sebanyak 3 kali
dan dapatkan jumlah purata bilangan koloni.
6. Data yang diperolehi adalah sah kerana koloni bakteria dapat
dikira dengan jelas.

10) Kesimpulan Pertumbuhan bakteria paling aktif dalam keadaan neutral (pH 7)

Anda mungkin juga menyukai