Anda di halaman 1dari 3

Contoh 1 : Laporan Amali dan Penandaan Tugasan 3

Pernyataan masalah

Mengapakah jeruk mangga tahan lebih lama berbanding mangga segar? K1P1

Tujuan penyiasatan

Untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.


K1P2

Hipotesis

Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling baik pada pH7


K1P3

Pemboleh ubah

(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Nilai pH


(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Suhu persekitaran K1P4

Bahan dan radas

Larutan kultur Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, asid hidroklorik cair, larutan natrium
hidroksida cair, air suling, pita selofan, kertas label, piring petri steril bersama penutup, tiga
buah bikar, tiga gegelung dawai, penunu Bunsen dan tiga batang picagari.
K1P5
Prosedur

1. Piring petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar steril disediakan.


2. 1 cm3 air suling disebarkan ke atas permukaan agar-agar steril.
3. Gegelung dawai disteril dengan menggunakan nyalaan penunu Bunsen sehingga
gegelung tersebut berbara.
4. Gegelung dawai yang telah disejukkan dicelup ke dalam larutan kultur Bacillus sp.
5. Larutan kultur Bacillus sp. disebarkan ke atas setiap permukaan agar-agar nutrien
dalam bentuk zig-zag menggunakan gegelung dawai.
6. Piring petri ditutup dan bahagian tepinya dibalut menggunakan pita selofan.
7. Ulang Langkah 1 hingga langkah 6 dengan menggantikan air suling kepada asid
hidroklorik cair dan larutan natrium hidroksida cair seperti dalam Rajah 1.1.

73
Agar-agar nutrien, Agar-agar nutrien, Agar-agar nutrien, kultur
kultur Bacillus sp. kultur Bacillus sp. dan Bacillus sp. dan larutan
dan air suling asid hidroklorik cair natrium hidroksida cair

K1P7
Rajah 1.1

8. Ketiga-tiga piring petri diterbalikkan dan disimpan di dalam almari bertutup selama tiga
hari.
9. Bilangan koloni bakteria dalam setiap piring petri dikira dan direkodkan dalam jadual.

K1P6

Pemerhatian

Jenis bahan Bilangan koloni bakteria K3P1

Air Suling 16

Asid hidroklorik cair 8

Larutan natrium hidroksida


4 K3P2
cair

74
Jawapan :
K4P2a
1. Bilangan koloni bakteria dalam air suling paling banyak kerana air suling merupakan
medium yang bersifat neutral.
2. Pertumbuhan bakteria paling tinggi dalam air suling. K4P2b
3. Pertumbuhan bakteria ialah proses yang menghasilkan bilangan koloni. K4P2c

4. Jeruk mangga direndam dalam larutan cuka dan garam. Garam akan menghidrat
mangga manakala cuka bersifat asid. Keadaan terhidrat dan berasid tidak sesuai untuk
pertumbuhan mikroorganisma. K5P1
5. Eksperimen ini perlu dijalankan sebanyak 3 kali bagi setiap larutan dan dapatkan
K5P2
jumlah purata bilangan koloni.
K5P3/P4
6. Ya, kerana koloni bakteria dapat dikira dengan jelas.
7. Pertumbuhan bakteria adalah paling sesuai pada pH7. K4P3

75

Anda mungkin juga menyukai