Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM
"YOUNG INNOVATE"

ANJURAN :
KELAB ARDUINO
SMK DATO' USMAN AWANG

SEPANJANG
BULAN JULAI - SEPTEMBER 2016
KERTAS KERJA
PROGRAM "YOUNG INNOVATE"
SMK DATO USMAN AWANG TAHUN 2016

1. PENGENALAN

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata
bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri berdaya saing, berketrampilan, pekerti yang
mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Antara skil penting yang
mampu menjamin masa depan pelajar ialah kebolehan untuk berfikir secara kreatif. Bagi
membolehkan pelajar mendapat pekerjaan yang baik, lebih-lebih lagi pekerjaan berteraskan
kepada teknologi, mereka mestilah mempunyai skil bekerja secara berkumpulan, mampu
berdikari di dalam menyelesaikan permasalahan dan juga mampu memahami sesebuah
sistem yang kompleks. Oleh itu, amat penting untuk pelajar diperkenalkan kepada asas-
asas teknologi masa hadapan dan didedahkan dengan sedikit sebanyak kemahiran yang
membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk bekerja di dalam suasana teknologi moden.

Arduino merupakan rangkaian elektronik yang bersifat open source, serta mudah untuk
digunakan. Arduino dapat diprogramkan melalui komputer menggunakan sistem cooding
bagi menghasilkan output yang kita inginkan. Output yang dihasilkan dapat dilihat melalui
tindakbalas yang dipaparkan oleh LED, sensordan komponen-komponen elektronik yang
dipasangkan ada Arduino. Arduino terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah Arduino
Uno, Arduino Mega 2560, Arduino Fio, dan lainnya.

2. MATLAMAT

Pembinaan sistem dalam Arduino adalah satu kaedah berinteraktif yang membolehkan
pelajar mempelopori skil-skil baru selain memberi mereka peluang untuk mencuba pelbagai
kaedah penyelesaian bagi satu-satu permasalahan yang diberikan. Proses pembelajaran
yang menyeronokkan ini mampu meningkatkan kreativiti dan motivasi diri pelajar serta
melegakan tekanan mereka.

3. OBJEKTIF

3.1 Menghasilkan program yang mampu mencabar minda dan kebolehan pelajar di samping

menerapkan pelbagai kemahiran generik.


3. 2 Membentuk keperibadian dan jati diri pelajar yang holistik seiring dengan aspirasi murid.

3.3 Memotivasikan pelajar agar sentiasa mengamalkan "long life learning"

4. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tingkatan 2 & Tingkatan 4 yang telah berjaya melepasi sesi temuduga (dilaksanakan

oleh Fasilitator daripada UTM, Skudai)

5. TARIKH PERLAKSANAAN & TEMPOH PERLAKSANAAN

Sepanjang Bulan Julai sehingga September 2016

6. TARIKH PERTANDINGAN

24 September 2016 (Sabtu) Di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai

7. TEMPAT PERLAKSANAAN

Makmal Komputer & Bengkel Teknologi Kejuruteraan, SMK Dato' Usman Awang

8. PERBELANJAAN

BIL SUMBER JUMLAH


1 Peruntukkan bagi setiap kumpulan RM 450.00
(RM 150.00 x 3)
4 Pengangkutan RM 200.00

JUMLAH RM 650.00

9. SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH


1 Dana Seagate RM 650.00

JUMLAH RM 650.00
10. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
EN. HASAN BIN ABD RASHID (PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI
EN. ABD RAZAK BIN ABD KARIM (GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI
PN. HAYATI BINTI LATIP (GPK PETANG)

PENYELARAS
EN. MOHD HAIRUL AKMAL BIN AB AZIZ

SETIAUSAHA
CIK NABILAH FAIQAH BINTI AZMAN

11. PENUTUP

Diharap program yang dirangka ini dapat memberikan input yang positif kepada para pelajar

dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan seterusnya

membawa SMK DUA ke persada dunia

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

..
Cik Nabilah Faiqah Binti Azman En. Hasan Bin Abd Rashid
Setiausaha Pengetua,
Program "Young Innovate" SMK Dato Usman Awang
SMK Dato Usman Awang

Anda mungkin juga menyukai