Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 11 BAB 2 TINGKATAN 5

NILAI KALORI MAKANAN

Aini mendapati Indeks Jisim Badannya dalam kategori obes. Beliau dinasihatkan oleh
pakar diatetik untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai gula dan
lemak yang tinggi. Aini mula mengamalkan pemakanan tanpa lemak dan gula dan hanya
mengambil buah-buahan dan sayur sayuran sahaja dalam diet hariannya. Namun begitu,
beliau mendapati dirinya sangat lemah dan kekurangan tenaga untuk menjalankan aktiviti
harian seperti mengemas rumah.

Berdasarkan pernyataan di atas rangka dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji nilai
kalori dalam sampel makanan yang berbeza.
Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan anda hendaklah mengandungi:
a) Pernyataan masalah
b) Tujuan
c) Hipotesis
d) Pemboleh ubah
e) Radas dan bahan
f) Prosedur
g) Pemerhatian
h) Mentafsir data
i) Membuat kesimpulan
Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
1. Nyatakan inferens bagi eksperimen tersebut.
2. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah
dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
3. Nyatakan definisi secara operasi bagi nilai kalori makanan.
4. Bagaimanakah anda memastikan haba daripada pembakaran sampel makanan diserap
sepenuhnya oleh air dalam tabung uji semasa eksperimen dijalankan?
5. Bincangkan kesahan data yang diperoleh jika sekiranya langkah berjaga-jaga tidak
dititikberatkan semasa eksperimen ini.
6. Apakah nilai kalori makanan jika roti putih digantikan dengan sekeping keju?
Terangkan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai