Anda di halaman 1dari 2

SMK GUNUNG SEMANGGOL

PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)


ARAHAN TUGASAN

BAB: 4.0 KADAR TINDAK BALAS

TAJUK EKSPERIMEN: 4.2.1 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI SAIZ


REAKTAN TERHADAP KADAR TINDAK BALAS.

Kambing golek dan sate merupakan makanan Kegemaran rakyat Malaysia. Namun proses
memasak sate dan kambing golek mengambil masa yang berbeza. Sate lebih cepat masak
berbanding kambing golek berikutan perbezaan saiz.

Sate Kambing golek

Arahan

A. Berdasarkan pemerhatian tersebut, anda dikehendaki menjalankan eksperimen


untuk menyiasat tentang kadar tindak balas. Anda seterusnya dikehendaki untuk
menyediakan laporan makmal yang meliputi perkara-perkara berikut:

1. Pernyataan masalah
2. Tujuan eksperimen
3. Hipotesis
4. Pemboleh ubah
a) Pemboleh ubah dimanipulaskan
b) Pemboleh ubah bergerakbalas
c) Pemboleh ubah dimalarkan
5. Bahan dan radas
6. Prosedur
7. Penjadualan data

B. Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas.


2. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut.
3. Hubungan antara pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas?
4. Definisi secara operasi bagi Kadar tindak balas.
5. Kesimpulan daripada eksperimen.
C. Jawab soalan berikut:

i) Kayu arang lazimnya digunakan untuk membakar ikan dan ayam. Kayu arang
bersaiz besar dan bersaiz kecil mengambil masa yang berbeza untuk
terbakar. Mengapa? Jelaskan jawapan anda.
ii) Cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
iii) Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah dapatan
eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai