Anda di halaman 1dari 9

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 1

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(a) (i) KB0601- Memerhati

3 Dapat menyatakan dua pemerhatian dengan betul.

Contoh jawapan:

1. Pada suhu rendah (< 37 0 C), masa untuk larutan iodin tidak bertukar
warna adalah lama.
2. Pada suhu tinggi (>37 o C ), masa untuk larutan iodin tidak bertukar
warna adalah lama.
3. Pada suhu optimum (37 o C ), masa untuk larutan iodin tidak bertukar
warna adalah cepat.

a) (ii)
KB0604- Membuat inferens

3 Dapat membuat inferens dengan tepat tentang setiap pemerhatian


yang dinyatakan di (a) (i)

Contoh jawapan:

1. Pada suhu rendah, aktiviti enzim adalah kurang aktif.


2. Pada suhu tinggi, aktiviti enzim adalah kurang aktif.
3. Pada suhu optimum, aktiviti enzim adalah aktif.

(b) KB0603- Mengukur menggunakan nombor

3 Dapat merekod kelima-lima data dan unit dengan betul

Contoh jawapan:

1.3.1 - > 10 minit


1.3.2 - 8 minit
1.3.3 - 1 minit
1.3.4 - 3 minit
1.3.5 - 9.5 minit

1
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(c) (i) KB0606- Berkomunikasi

3 Dapat membina jadual dengan mempamerkan perkara berikut:

1. Label tajuk-tajuk jadual dengan unit yang betul


2. Memindahkan data-data dengan betul

Contoh jawapan:

Tabung uji Suhu ( oC) Masa untuk kanji dihidrolisis


dengan lengkap (minit)

A 0 > 10.0

B 28 8.0

C 37 1.0

D 45 3.0

E 55 9.5

2
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(c) (ii) KB0608- Mentafsir data

3 Dapat menghitung kadar tindak balas enzim amilase pada ketiga-tiga


suhu dengan menunjukkan penggantian dan jawapan

Contoh jawapan:

Suhu 28 o C : 1 / 8 = 0.13 minit -1

Suhu 37 o C : 1/ 1 = 1.0 minit -1

Suhu 55 o C : 1/ 9.5 = 0.10 minit -1

(d) KB0607- Menggunakan perhubungan ruang dengan masa

3 Dapat menyatakan dengan tepat hubungan antara suhu dengan


tempoh masa yang diambil untuk kanji dihidrolisiskan dengan lengkap

Contoh jawapan:

Semakin tinggi suhu sehingga suhu optimum, semakin pendek tempoh


masa diambil untuk kanji dihidrolisiskan dengan lengkap dan melebihi
suhu optimum sehingga 60 o C semakin panjang tempoh masa diambil
untuk kanji dihidrolisiskan dengan lengkap.

(e) KB0610- Mengawal pembolehubah

3 Dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dan cara kendali


dengan betul

Contoh jawapan:

Pembolehubah Perkara yang dikendalikan

1. Suhu Menggunakan suhu-suhu yang


berlainan

2. Masa/kadar tindak Menentukan masa dengan


balas enzim menggunakan jam randik/
Mengira kadar tindak balas
enzim

3
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

NO ITEM SKOR PENERANGAN

Pembolehubah Perkara yang dikendalikan

3. Kepekatan enzim/ Menggunakan enzim/substrat


Isipadu air liur / pada kepekatan yang sama/
Kepekatan substrat/ Menetapkan isipadu air liur/
Isipadu ampaian kanji Isipadu ampaian kanji

(f) KB0611- Membuat hipotesis

3 Dapat membuat pernyataan hipotesis yang menunjukkan hubungan


antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak
balas dengan betul dan lengkap

Contoh jawapan:

Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas enzim sehingga
suhu optimum (Selepas suhu optimum kadar tindak balas enzim akan
menurun).

(g) KB0605- Meramal

3 Dapat membuat ramalan dan memberikan penerangan dengan betul

Contoh jawapan:

Masa yang diambil adalah lebih daripada 9.5 minit


Pada suhu 70 o C enzim ternyahasli / enzim ternyahasli pada suhu
melebihi 60 o C

4
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(h) KB0609- Mendefinasi secara operasi

3 Dapat menerangkan konsep enzim berdasarkan pemerhatian dalam


eksperimen dengan betul

Contoh jawapan:

Enzim merupakan bahan kimia yang dapat menghidrolisiskan kanji dan


dipengaruhi oleh suhu.

(i) KB0602- Mengelas

3 Dapat mengelaskan dengan betul senarai bahan kepada kelas berikut:

Contoh jawapan:

Enzim : pepsin,lipase,maltase

Substrat : ampaian albumin,minyak masak,maltosa

5
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 2

NO ITEM SKOR PENERANGAN

KB061201 – Membuat Pernyataan Masalah

3 Dapat membuat pernyataan masalah yang tepat


(tentang objektif kajian)

Contoh jawapan:

Apakah kesan suhu ke atas kadar respirasi anaerob bagi yis?

KB061202 – Membuat Hipotesis

3 Dapat menyatakan perhubungan antara pembolehubah dimanipulasi


dan pembolehubah bergerakbalas dengan jelas dan betul

Contoh jawapan:

Semakin tinggi suhu sehingga suhu optimum semakin tinggi kadar


respirasi anaerob yis, selepas suhu optimum kadar respirasi akan
mengurang

KB061203 – Merancang untuk menjalankan penyiasatan

3 Dapat menyatakan dengan betul 7-9 perkara dalam perancangan


eksperimen seperti berikut:

1. Pernyataan masalah
2. Objektif/ tujuan kajian
3. Pembolehubah
4. Hipotesis
5. Radas/ bahan
6. Teknik
7. Kaedah
8. Cara data dikomunikasi – terdapat jadual bertajuk betul
9. Kesimpulan

6
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

KB061204 – Prosedur / Kaedah

3 Dapat menyatakan kelima-lima prosedur kerja dengan betul

1. Cara mengendalikan radas atau bahan

2. Langkah menetapkan pembolehubah dimalarkan


- menggunakan isipadu larutan glukosa dan isipadu ampaian yis
yang sama bagi setiap eksperimen

3. Langkah mengesan pembolehubah bergerakbalas


- menentukan masa yang diambil untuk larutan penunjuk bikarbonat
bertukar warna atau air kapur menjadi keruh

4. Langkah mengubah / menukar pembolehubah dimanipulasikan


- menggunakan rendaman air yang berbeza suhu bagi setiap
eksperimen

5. Langkah berjaga-jaga
- menggunakan air didih untuk larutan glukosa
- menambahkan minyak kepada campuran glukosa dan ampaian
yis

KB061205 – Menyenaraikan alat radas dan bahan

3 Dapat menyenaraikan semua radas dan bahan untuk penyiasatan

Contoh jawapan:

Radas/Bahan: larutan glukosa, ampaian yis, larutan penunjuk


bikarbonat/air kapur, minyak parafin/minyak masak,
tabung uji, tabung didih, salur pengantar, penyumbat
gabus berlubang, termometer, jam randik,
kukus/rendaman air.

Bonus:

1 1. Mengemukakan satu laporan yang lengkap

1 2. Memberikan teknik dengan betul

7
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Contoh jawapan

Tujuan : Mengkaji kesan suhu ke atas kadar respirasi anaerob bagi yis

Pernyataan masalah: Apakah kesan suhu ke atas kadar respirasi anaerob bagi yis

Hipotesis : Semakin tinggi suhu sehingga suhu optimum semakin tinggi kadar
respirasi anaerob yis, selepas suhu optimum kadar respirasi akan
mengurang

Pembolehubah
Dimanipulasikan: Suhu rendaman air
Bergerakbalas : Masa untuk larutan penunjuk bikarbonat bertukar warna/
Air kapur menjadi keruh
Dimalarkan : Isipadu ampaian kanji dan isipadu air liur

Teknik : Menentukan masa untuk larutan penunjuk bikarbonat bertukar warna/


Air kapur menjadi keruh

Bahan/ radas : Larutan glukosa, ampaian yis, larutan penunjuk bikarbonat/air kapur,
minyak parafin/minyak masak, tabung uji, tabung didih,
salur penghantar, penyumbat gabus berlubang, termometer,
jam randik, kukus/rendaman air.

Kaedah : 1. Air didih yan telah disejukkan pada suhu bilik digunakan untuk
menyediakan larutan glukosa dan ampaian yis.
2. 15 cm3 larutan glukosa dan 5 cm3 ampaian yis dimasukkan ke
dalam tabung didih.
3. Sedikit minyak parafin ditambahkan kepada campuran glukosa dan
ampaian yis.
4. Kemudian tabung didih ditutup dengan penyumbat gabus yang
mempunyai salur pengantar berbentuk ‘U’.
5. Hujung salur penghantar dicelupkan ke dalam sebuah tabung uji
yang mengandungi larutan penunjuk bikarbonat.
6. Empat lagi set radas yang sama di sediakan.
7. Kelima-lima radas dilabelkan A,B,C,D dan E.
8. Tabung didih yang mengandungi larutan glukosa dan ampaian yis
bagi set A diletakkan dalam rendaman air bersuhu 0oC, set B,C,D
dan E masing-masing pada suhu 10o C, 20oC,30oC dan 40oC.
9. Masa untuk warna larutan penunjuk bikarbonat bertukar warna
bagi setiap set radas diambil dan dicatatkan dalam jadual.

8
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Keputusan :

Radas Suhu(oC) Masa ( minit) Kadar


respirasi(minit -1)

A 0

B 10

C 20

D 30

E 40

Kesimpulan : Hipotesis diterima. Kadar respirasi meningkat apabila suhu meningkat


sehingga suhu optimum .

Anda mungkin juga menyukai