Anda di halaman 1dari 4

ARAHAN TUGASAN PEKA 1 (4C/2021)

Kadar Denyutan Nadi Manusia Berdasarkan Faktor Umur

Kaji Pernyataan Berikut:

‘Pada hari Sabtu yang lepas, Jane bersama ibu dan neneknya sedang duduk berehat di ruang tamu rumahnya.
Mereka telah memeriksa kadar denyutan nadi dengan menggunakan alat sfigmomanometer dan mendapati kadar
denyutan nadi mereka adalah berbeza.’

Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji kadar denyutan nadi manusia
berdasarkan umur. Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan amali anda hendaklah mengandungi:
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir graf (melukiskan carta palang pemboleh ubah bergerak balas melawan pemboleh ubah
dimanipulasikan)
i. Nyatakan pemerhatian yang berlaku pada kadar denyutan nadi dan huraikan pemerhatian anda.
ii. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan
pemboleh
ubah bergerak balas.
iii. Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar denyutan nadi.
(i)Kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


1. Berdasarkan dapatan daripada eksperimen, mengapakah kadar denyutan nadi bagi anda, ibu/bapa dan adik anda
berbeza?
2. Cadangkan satu kaedah lain untuk mendapatkan kadar denyutan nadi yang lebih tepat.
3. Berdasarkan kaedah yang anda gunakan, adakah perubahan kadar denyutan nadi dalam pemerhatian anda itu
boleh
diterima? Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan dinilai.
ARAHAN TUGASAN PEKA 2 (4C/2021)
Kadar Denyutan Nadi Manusia Berdasarkan Aktiviti Fizikal

Kaji pernyataan yang berikut.

Rajah 1 Rajah 2

Daniel dan Izwan melakukan aktiviti riadah di taman permainan. Daniel bermain papan luncur seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 1, manakala Izwan bermain buaian (Rajah 2). Selepas 5 minit, mereka masing-masing
berehat di kawasan lapang. Izwan yang kelihatan tenang mendapati rakannya, Daniel tercungap-cungap kepenatan
dan Daniel memaklumkan kadar denyutan nadinya lebih cepat.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, rancang dan jalankan eksperimen untuk mengkaji situasi di atas.
Tuliskan satu laporan lengkap.
(b) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Pernyataan masalah
2. Tujuan
3. Hipotesis
4. Pembolehubah – pembolehubah terlibat
5. Radas dan bahan
6. Prosedur
7. Pemerhatian
8. Mentafsir data (melukiskan carta palang pemboleh ubah bergerak balas
melawan pemboleh ubah dimanipulasikan)
9. Kesimpulan
Anda juga dikehendaki menjawab soalan – soalan berikut:
(b)
(ii) Nyatakan perbezaan denyutan nadi pelajar selepas melakukan ke tiga-tiga aktiviti lasak tersebut dan huraikan
perbezaan denyutan nadi mereka selepasa aktiviti yang berbeza.
(iii) Nyatakan hubungan antara aktiviti yang dilakukan dengan kadar denyutan nadi pelajar.
(iv) Berdasarkan pemerhatian, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar denyutan nadi.
(v) Nyatakan kesimpulan daripada eksperimen yang telah dilakukan dengan menghubungkaitkan pemboleh ubah
dimanipulasi dan pemboleh ubah begerak balas.
(c)
(i) Selepas Daniel berehat selama 10 minit, dia kelihatan lebih tenang. Adakah kadar denyutan nadinya semakin
rendah selepas berehat? Jelaskan jawapan anda.
(ii) Cadangkan satu penambahbaikan untuk mendapatkan bacaan nadi yang lebih jitu.
(iii) Dengan mengira kadar denyutan nadi pelajar di pergelanggan tangan, adakah keputusa eksperimen boleh
diterima?
(iv) Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan
dinilai.
ARAHAN TUGASAN PEKA 3 (4C/2021)
Kaji Pernyataan dibawah:
Rajah di bawah menunjukkan pertumbuhan pokok jagung yang ditanam oleh Encik Azman selama seminggu.

Berdasarkan gambarajah di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji pola pertumbuhan anak
benih kacang hijau. Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan amali anda hendaklah mengandungi:
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan
Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
1. Nyatakan pemerhatian yang berlaku pada ketinggian anak benih pokok kacang hijau selepas 7 hari dan
huraikan perubahan yang berlaku.
2. Berdasarkan dapatan ekperimen, nyatakan hubungan di antara ketinggian anak benih pokok kacang hijau
dengan masa.
3. Berdasarkan kepada pemerhatian, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan.
4. Berdasarkan dapatan daripada ekperimen, terangkan pola pertumbuhan pokok jagung yang ditanam oleh
En. Azman.
5. Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat nilai ketinggian anak benih pokok kacang yang
boleh diterima.
6. Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah ketinggian anak benih dalam pemerhatian anda
itu boleh diterima? Bincangkan.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan
dinilai.

Anda mungkin juga menyukai