Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1

Kaji situasi di bawah.


Rajah 1 menunjukkan pemerhatian bagi sepasang kasut kulit Ahmad yang diletakkan dalam
almari bagi dua situasi yang berbeza.

Musim tengkujuh Musim panas

Tompokan putih Tiada sebarang tompokan

Rajah 1
a) Berdasarkan situasi dan pemerhatian di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen
untuk mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.

b) Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan lengkap dan mengolah data
dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut:
i. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini
ii. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah bergerak balas dengan pemboleh
ubah dimanipulasi
iii. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan
mikroorganisma
iv. Pada pendapat anda, nyatakan mikroorganisma yang terlibat dalam situasi ini
v. Cadangkan satu langkah untuk mengelakkan kasut yang disimpan dalam almari
terutama ketika musim tengkujuh daripada tompokan putih terbentuk.
vi. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda.
vii. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.

c) Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.

Pentaksiran Kerja Amali Sains PEKA SAINS SPM 2021_Cikgu Abadi

Anda mungkin juga menyukai