Anda di halaman 1dari 2

SMK JALAN KEBUN

PENTAKSIRAN KERJA AMALI SAINS (1511)


SPM 2023

TUGASAN 3 :
Kaji situasi di bawah :

Pn Zaini ingin mengadakan sedikit jamuan dirumahnya. Beliau menggunakan daging

dalam masakan.Beliau telah mengisar buah nenas , kemudian perapkan purinya dengan

daging yang hendak dimasak. Hasilnya daging akan lebih enak, berjus dan lembut.

Buah-buahan ni mempunyai kandungan enzim yang bertindak sebagai mangkin dan

mampu melembutkan daging.

a) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk


mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.

b) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:


i. Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini
ii. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut
iii. Hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dan bergerakbalas.
iv. Definisi secara operasi bagi mangkin
v. Kesimpulan daripada eksperimen

c) Jawab soalan berikut:

1. Dalam Proses Haber serbuk besi di campurkan untuk penghasilan


ammonia.Apakah fungsi serbuk besi dalam Proses Haber dan
bagaimanakah serbuk besi tersebut mempengaruhi kadar tindakbalas.

2. Berdasarkan dapatan eksperimen ini cadangkan penambahbaikan untuk


mendapatkan data yang lebih jitu.

3. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh di terima?


Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalansikap

saintifik dan nilai murni akan dinilai

Anda mungkin juga menyukai