Anda di halaman 1dari 3

ARAHAN TUGASAN PELAJAR : TINGKATAN 5 BAB 1: MIKROORGANISMA

1.1.2 Menjalankan eksperimen menunjukkan kewujudan mikroorganisma


Kaji situasi di bawah:

Rajah menunjukkan pelbagai jenis bakteria pada tangan manusia. Beribu-ribu


bakteria dianggarkan hidup pada tangan manusia terutamanya di kawasan seperti bawah
kuku dan celah-celah jari. Membasuh tangan dengan air dan sabun dapat mengurangkan
risiko penyakit akibat bakteria.
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji
kewujudan mikroorganisma. Laporan amali anda hendaklah mengandungi : (TP1)
(i) Pernyataan masalah [K1P1] (v) Radas dan bahan [K1P5]
(ii) Tujuan [K1P2] (vi) Prosedur [K1P6]
(iii) Hipotesis [K1P3] (vii) Pemerhatian [K3P1P2]
(iv) Semua Pemboleh ubah [K1P4]

(b) Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut: (TP3, TP4, TP5)
(i) Graf bar yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak
balas. [K4P1a,b,c,d]
(ii) Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut. [K4P2a]
(iii) Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara
pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas. [K4P2b]
(iv) Nyatakan definisi secara operasi bagi kewujudan mikroorganisma. [K4P2c]
(v) Nyatakan kesimpulan daripada eksperimen. [K4P3]
(c) Jawab soalan berikut: (TP6)
(i) Adakah dapatan eksperimen anda perolehi boleh diterima? Jelaskan
jawapan anda. [K5P3&P4]
(ii) Terangkan mengapa piring petri disimpan dalam almari yang gelap.? [K5P1]
(iii) Cadangkan penambahbaikkan untuk mendapatkan data yang lebih jitu. [K5P2]
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif [K2, TP2] dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai. [K6, TP6]
SKEMA PEMARKAHAN
(a) (i) Pernyataan masalah : Adakah jari yang dibasuh dengan sabun mengurangkan
pertumbuhan bakteria ?

(ii) Tujuan : Untuk mengkaji pertumbuhan bakteria apabila agar-agar nutrient dicoret dengan
jari yang dibasuh dengan sabun.

(iii) Hipotesis : Pertumbuhan bakteria sedikit apabila agar-agar nutrient dicalit dengan jari
yang dibasuh dengan sabun.

(iv) Pemboleh ubah :

Dimanipulasikan : tahap kebersihan jari tangan

Bergerakbalas : Pertumbuhan bakteria / Bilangan koloni bakteria

Dimalarkan : keadaan gelap / isipadu agar-agar nutrient/ jenis agar-agar nutrient

(v) Radas dan bahan :

Radas :

4 Piring Petri steril dengan penutup berlabel A, B, C, D dan silinder penyukat steril (10cm3)

Bahan :

Aga-agar nutrien, pita selofan dan pen penanda

(vi) Prosedur :

1) Sediakan 4 piring petri yang mengandungi agar-agar nutrient berlabel A, B, C dan D,


(PDM)

2) Coretkan jari tangan yang tidak dibasuh pada seluruh permukaan agar-agar nutrein steril
di dalam piring petri A.PROSES

3) Tutup piring petri A dan lekatkan penutup dengan pita selofan. Terbalikkan piring petri
dan simpan dalam almari gelap pada suhu bilik selama 3 hari.
4) Perhati dan rekodkan bilangan koloni pada permukaan agar-agar nutrient. (PGB)

5) Ulang eksperimen pada piring petri B menggunakan jari yang dibasuh dengan air sahaja,
piring petri C jari yang dibasuh dengan sabun dan air dan piring petri D tidak dicoret dengan
jari.

vii) Pemerhatian :

Tahap kebersihan jari Bilangan koloni bakteria


Tidak dibasuh
Dibasuh dengan air sahaja
Dibasuh dengan air dan sabun
Tidak dicoret jari

(b) (i) Graf bar bilangan koloni bakteria melawan tahap kebersihan jari.

(ii) Bilangan koloni bakteria paling banyak dalam piring petri A kerana jari paling kotor.

(iii) Semakin rendah tahap kebersihan jari semakin banyak bilangan koloni bakteria.

(iv) Kewujudan mikroorganisma ialah keadaan yang menyebabkan koloni bakteria terbentuk
pada permukaan agar-agar disteril apabila dicoret dengan jari.

(v) Pertumbuhan bakteria sedikit apabila agar-agar nutrient dicalit dengan jari yang dibasuh
dengan sabun.

(c) (i) Jawapan bergantung kepada pemerhatian murid.

(ii) Untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria terencat apabila terdapat kehadiran cahaya.

(iii) Membasuh tangan dengan betul-betul bersih sebelum mencoret jari pada piring petri C
bagi memastikan tiada langsung pertumbuhan bakteria.

Anda mungkin juga menyukai