Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

(KELAS TAMBAHAN)

1.0 PENGENALAN
Murid-murid SK Paris 3 memerlukan bimbingan dan galakkan untuk terus maju dalam pelajaran
mereka. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi diri
individu dari pelbagai aspek maka pendidik di SK Paris 3 percaya bahawa dengan mengadakan
program ini dapat membantu mereka meningkatkan persediaan mereka dimasa hadapan amnya dan
UPSR khususnya. Secara tidak langsung program ini juga menjadi landasan untuk guru-guru panitia
matapelajaran teras melebarkan pengetahuan dan menyediakan diri di landasan yang tepat pada tahun
mendatang.
Program ini terbahagi kepada dua, iaitu meningkat prestasi murid dengan mengadakan aktivti
pengayaan bagi murid dari kelas cemerlang dan memberi pemulihan dan bimbingan kepada murid yang
lemah untuk berjaya seperti murid-murid lain.

2.0 RASIONAL
Kelas
 Kelemahan murid menguasai skop pembelajaran yang berkaitan.
 Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan
bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
 Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
 Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan kearah kejayaan murid-murid.
 Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan murid-murid.

3.0 MATLAMAT
 Mendedahkan murid kepada skop pembelajaran yang terperinci
 Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan dengan tepat
 Menambahkan motivasi dan semangat murid untuk berjaya
 Murid-murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran melalui teknik yang pelbagai.
 Memantapkan serta memperkukuhkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 OBJEKTIF
 Melahirkan murid yang cemerlang dalam UPSR 2019.
 Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR .
 Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan.
 Menjadikan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengisi masa terluang murid-murid.
 Melahirkan murid yang cergas, cerdas, berwawasan, bersemangat tinggi, setia kawan, kreatif
dan berinovasi dalam semua aspek.
 Mewujudkan modal insan yang berdisiplin tinggi dan bertatasusila dalam kehidupan seharian.
 Memberi aktiviti pengayaan kepada murid yang cemerlang.
 Memberi bimbingan dan motivasi kepada murid yang lemah.

5.0 SASARAN
Kelas
 Murid tahun 6 Al-Fateh dan 6 Al-Falah

6.0 TARIKH PROGRAM


6.1 17 Jun 2019 hingga UPSR.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


7.1 Hari : Isnin hingga Khamis
7.2 Masa : 02:00 petang – 04:00 petang
7.3 Subjek :
 Isnin - Sains
 Selasa - Bahasa Inggeris
 Rabu - Bahasa Malaysia
 Khamis - Matematik

8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA

Penaung : Pn. Norsmah Binti Chawa

Penasihat 1 : En. Mazlan Bin Abdul Wahab

Penasihat 2 : En. Abdul Ghafar Bin Mahmud

Penasihat 3 : En. Rasmi Bin Johan

Penyelaras : Cik Wan Nurul Athirah Bt Wan Abdul Rahman

AJK :Guru-guru tahun 6.

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar program kelas tambahan ini mampu membantu murid tahun 6 yang kurang
berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan luar. Melalui kelas tambahan ini juga murid ini akan lebih
lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR kelak. Semoga dengan adanya Program
Kecemerlangan UPSR 2019 ini dapat membantu para murid mendapat kejayaan yang cemerlang.

Disediakan oleh,

……………………………….
(WAN NURUL ATHIRAH BT WAN ABDUL RAHMAN)
Penyelaras Program Kecemerlangan UPSR,
Sekolah Kebangsaan Paris 3.

Disemak oleh,

……………………………….
(MAZLAN BIN ABDUL WAHAB)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Paris 3.

Disahkan oleh,

……………………………….
(NORSMAH BINTI CHAWA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Paris 3.

Anda mungkin juga menyukai