Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM SMART STUDY

TEMPAT: DEWAN SMK PEKAN TELIPOK

TARIKH: 25 & 26 FEBRUARI 2013

ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KERTAS KERJA PROGRAM SMART STUDY

1.0

PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Smart Study ini dirancang untuk

membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar.

2.0

MATLAMAT

Untuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul dan berkesan disamping pengurusan masa yang baik, agar tujuan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan.

3.0

OBJEKTIF Setelah pelajar melalui program ini, mereka akan lebih memahami konsep yang diutarakan di atas. Selain itu : Mereka akan dapat mengagihkan masa mereka dengan lebih berkesan dan dapat menumpukan pelajaran mereka dengan lebih sistematik. Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik. Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa. Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul.

4.0

KUMPULAN SASARAN Pelajar tingkatan 3 2013

5.0

CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : 25 Februari 2013 (Isnin) Untuk Pelajar Tingkatan 3 26 Februari 2013 (Selasa) Untuk Pelajar Tingkatan 2 Tempat : Dewan SMK Pekan Telipok

6.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran

7.0

PENUTUP Dengan adanya Program Smart Study ini , diharapkan dapat membantu para pelajar sekolah melaksanakan proses pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik mereka dan seterusnya dapat mencapai kecemerlangan diri dan juga kecemerlangan SMKPT.

. Disediakan oleh,

(RASHIDAH BINTI RAMLAN) Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKPT Disemak oleh,

(MICHEAL SUNGKAD) Penolong Kanan Sidang Petang SMKPT Disahkan oleh,

(NG KAH GHOR) Pengetua SMKPT

Anda mungkin juga menyukai