Anda di halaman 1dari 3

(Sila Rujuk Lampiran)

Kepada
Yang Berbahagia
Tuan Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Daro 05 Mac 2020

Tuan,

MOHON SEMAKAN SEMULA SENARAI PENERIMA SKIM PENEMPATAN SEMULA


DARO

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

Kami, sebagai penduduk tempatan daerah Daro berasa amat terkejut dan kurang puas hati
terhadap senarai Pemohon yang diluluskan Skim Penempatan Semula Daro.

2. Setahu kami, Projek Skim Penempatan Semula Daro adalah bertujuan membantu dan
membolehkan penduduk setempat yang kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal/rumah
di daerah Daro untuk membina rumah sendiri di kampung halaman mereka.

3. Akan tetapi,senarai nama yang diluluskan terdiri daripada individu bukannya berasal dari
daerah Daro dan adalah yang terdiri dalam golongan berada serta telah berhartanah di Daro
dan juga di tempat lain. Ini secara tersiratnya,mereka ini tidak memiliki kelayakan untuk
memohon Skim Penempatan Semula Daro ini.

4. Untuk makluman pihak tuan, Senarai nama yang diluluskan tersebut telah menimbulkan
ketidakpuashatian di golongan pendudukan tempatan yang layak tetapi nama mereka tidak
tersenarai.

5. Kerjasama yang berbahagia untuk mengambil perhatian ke atas perkara ini amatlah dihargai
serta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,Harap Maklum
Terima Kasih

Daripada

…………………………………………
(Sila Rujuk Lampiran)
s.k
Yang Berhormat Ahmad Johnie Bin Zawawi
Yang Berhormat Safiee Bin Haji Ahmad
BIL NAMA NO K.P. ALAMAT TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai