Anda di halaman 1dari 10

AGENDA MESYUARAT

1.0

Ucapan alu-aluan Guru Besar 1.1. 1.2. 1.3. Guru Besar menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan SK Green Road di atas sumbangan menjayakan visi dan misi sekolah sepanjang tahun 2011. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ( Puan Chang, Puan Rohaiza dan Puan Dayang Zalina ) ke Sekolah Kebangsaan Green Road. Guru Besar juga mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua guru yang bercuti dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas untuk rakan-rakan guru yang beragama kristian.

2.0

Info Terkini Guru Besar 2.1 2.2 Guru Besar membawa isu berkaitan otak. Beliau menerangkan definisi otak dan menerangkan serba sedikit mengenai fungsi otak. Guru Besar mengingatkan supaya otak perlu dijaga supaya kewarasannya dapat mengawal tingkah laku dan melahirkan tindakan yang positif sesuai dengan profesion sebagai seorang pendidik. 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 Guru Besar juga menerangkan hubungkait diantara kewarasan dan keutuhan otak dalam meneraju sesebuah kelas. Selain daripada isu berkaitan otak, Guru Besar juga membawa isu komunikasi. Beliau menyatakan komunikasi merupakan medium untuk menyalurkan maklumat dan ilmu. Guru Besar mengingatkan komunikasi yang baik memerlukan teknik dan skill yang berkesan. Komunikasi merupakan saluran terbaik untuk mengongsikan ilmu. Guru Besar juga mengingatkan supaya kita berfikir cara yang terbaik untuk berkomunikasi supaya mesej yang diberikan jelas dan difahami. Guru Besar mengingatkan juga supaya berhati-hati ketika berkomunikasi supaya tidak mencalar perasaan dan sensitiviti budaya orang lain. Guru Besar meminta guru-guru di SK Green Road supaya berinteraksi secara sihat dan mengelakkan salah faham akibat daripada komunikasi yang tidak jelas dan mengelirukan. 1

2.9

Guru Besar menerangkan proses komunikasi berlaku melalui saluran atau kaedah seperti percakapan, penulisan, imej visual dan bahasa badan. Beliau mengaitkannya dengan keadaan-keadaan yang berlaku di sekolah.

2.10 2.11 2.12

Guru Besar mengingatkan supaya batas-batas sosial murid dalam proses berkomunikasi perlu dikawal dan sentiasa diselia oleh guru dan ibu bapa, sebagai contoh facebook. Guru Besar juga menerangkan objektif-objektif komunikasi, halangan-halangan dalam komunikasi dan mengaitkannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru Besar mengingatkan semua staf supaya cakna dengan tunjang kita dalam pendidikan iaitu budaya X-PLUS (X-Excellant, P-Pengetahuan, L-Latihan, U-Usaha, S-Sepasukan) yang diilhamkan oleh Dato Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

2.13

Guru Besar menghuraikan, untuk mencapai kecemerlangan (Excellant) guru-guru perlu ada pengetahuan. Untuk menambah pengetahuan, guru-guru perlu diasah dengan latihan yang cukup. Untuk menjadi guru yang mahir dan terlatih, guru-guru perlu berusaha dalam menjalani latihan bagi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran. Namun begitu, guru-guru tidak mampu mencapai kecemerlangan secara menyeluruh tanpa bekerja dalam pasukan walaupun guru itu seorang yang sangat berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

2.14

Guru Besar juga mengingatkan supaya semua staf cakna dengan tema Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak iaitu "Menjulang Sarawak" sebagai usaha melonjakkan kedudukan (ranking) Negeri Sarawak dalam pencapaian UPSR yang akan datang.

2.15

Guru Besar menyemak kesediaan sekolah untuk sesi persekolahan 2012. Diantara perkara yang dilihat termasuklah persediaan dari segi fizikal sekolah, surat menyurat, tarikh, masa dan tempat pendaftaran serta persediaan program transisi dan guru penyayang.

2.16

Guru Besar mengingatkan tiada kutipan yang dibuat di sekolah pada hari pendaftaran.

3.0.

Pembentangan Hasil Mesyuarat Tiga Serangkai 3.1. Laporan Lab Kurikulum 3.1.1. Puan Maskolia menekankan supaya mengamalkan tatacara komunikasi yang baik dalam apa-apa perkara yang hendak dilakukan. 2

3.1.2. Puan Maskolia menegaskan komunikasi yang baik diantara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid dapat menyelesaikan banyak masalah. 3.1.3. Puan Maskolia memaklumkan murid-murid yang tidak menghadiri ujian tanpa sebab seperti pergi melancong atau bercuti tidak dibenarkan menduduki ujian kecuali murid tersebut sakit dan mempunyai sijil sakit dari doktor. 3.1.4. Puan Maskolia juga memaklumkan sekiranya cuti sakit melepasi dateline penghantaran markah kepada setiausaha peperiksaan, maka tidak perlu diberi ujian. 3.1.5. Beliau juga mengingatkan murid yang tidak mempunyai sijil sakit juga tidak boleh menduduki ujian sama ada kertas 1 atau kertas 2 bagi subjek yang mempunyai 2 kertas seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik sekiranya ujian tersebut diadakan pada hari yang berlainan. Namun begitu murid tersebut boleh diberi kertas ujian kemudian tetapi markah tidak akan direkod. 3.1.6. Puan Maskolia meminta Ketua Panitia mengambil tindakan mengenai Pelan Strategi Kurikulum. 3.1.7. Puan Maskolia juga memaklumkan sasaran UPSR sekolah bagi 2012 adalah sama dengan sasaran tahun 2011 iaitu 55 orang 5A dengan 93.5 peratus lulus. 3.1.8. Puan Maskolia mengingatkan persediaan mengajar perlu disediakan pada hari pertama persekolahan dan refleksi perlu dicatat setiap kali selepas proses P&P untuk tindakan susulan. 3.1.9. Puan Maskolia menerangkan program-program KPM/JPN dan PPD seperti KSSR, LINUS, PROTIM dan lain-lain akan berjalan seperti biasa untuk tahun 2012. 3.1.10. Puan Maskolia memaklumkan jadual pencerapan telah pun disediakan. 3.1.11. Puan Maskolia mengingatkan supaya papan kenyataan dan sudut matapelajaran dalam kelas sentiasa dikemaskini. 3.1.12. Puan Maskolia juga mengingatkan semua staf berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. 3.1.13. Puan Maskolia memaklumkan Puan Mayumi dilantik sebagai setiausaha bagi Latihan Dalam Pekhidmatan yang baru. 3.1.14. Puan Maskolia memaklumkan rekod kehadiran murid perlu dikemaskini dari masa ke semasa. 3.1.15. Puan Maskolia memaklumkan ujian semester dan ujian progresif masing-masing diadakan 2 kali. 3

3.1.16. Puan Maskolia mengingatkan semua panitia supaya menyediakan kertas kerja bagi setiap aktiviti yang ingin dijalankan. 3.1.17. Puan Maskolia memaklumkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mengajar tetapi boleh diberi teach-in. 3.1.18. Puan Maskolia memaklumkan pendaftaran murid akan diadakan pada 30 Disember 2011 (Jumaat) pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dimana taklimat tahun 1 diadakan di dewan sekolah pada pukul 9.00 pagi. 3.1.19. Puan Maskolia juga mengingatkan guru kelas tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran pada hari pendaftaran. 3.1.20. Puan Maskolia memaklumkan ranking murid yang memasuki kelas A,B,C atau D adalah berdasarkan keputusan peperiksaan sekolah.

3.2.

Laporan Lab Hal Ehwal Murid 3.2.1. Encik Hashim memaklumkan terdapat perubahan penyelaras dalam Jawatankuasa Induk Lab Hal Ehwal Murid bagi sesi 2012. 3.2.2. Perubahan tersebut melibatkan penyelaras Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah dimana tugas tersebut diambil alih oleh Encik Mohd Shukri dan Puan Hamisah menggantikan Puan Ngatiminah Sarepin. 3.2.3. Perubahan penyelaras juga melibatkan JK Khatamal Quran dan Anti Jenayah dimana Puan Mazhariah Abdullah dan Puan Norlaila Osman bertukar portfolio masing-masing. 3.2.4. Encik Hashim juga memaklumkan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian akademik dan sahsiah yang baik. 3.2.5. Encik Hashim juga memaklumkan pengawas bagi tahun 6 dipilih 5 orang daripada kelas Tun Abdul Razak dan masing-masing 2 orang dari kelas-kelas yang lain. Pengawas tahun 5 (2011, pengawas tahun 4) dikekalkan dan bagi pengawas tahun 4, 2 orang dari setiap kelas akan dipilih (seorang lelaki dan seorang perempuan) 3.2.6. Encik Hashim juga memaklumkan mengenai bantuan seratus ringgit yang telah pun diagihkan dan memaklumkan juga mengenai derma basikal oleh pihak YAPEIM yang mana pemilihannya dibuat berdasarkan prinsip satu malaysia.

3.2.7. Encik Hashim memaklumkan mengenai cadangan lab HEM untuk memilih 2 orang ibu bapa iaitu Encik Ramli dari DBKU dan Puan Misah dari BSN sebagai AJK pemilihan bantuan murid. 3.2.8. Encik Hashim memaklumkan murid tahun 2 akan diberikan buku teks baru sepenuhnya manakala murid tahun 4 akan menerima buku teks matematik dan sains yang baru dalam bahasa melayu. 3.2.9. Encik Hashim juga memaklumkan buku teks bagi tahun 2 dan 4 akan diedarkan pada hari pendaftaran, (30.12.2011). 3.2.10. Encik Hashim memaklumakan pada tahun 2012, majlis berkhatan sebagaimana majlis khatamal quran yang menjadi acara tahunan akan juga dilangsungkan di sekolah. 3.2.11. Encik Hashim meminta guru-guru memberi kerjasama dan bertugas sepertimana yang telah disusun oleh penyelaras Unit Tugas Harian Guru dan Murid sebermulanya sesi persekolahan kelak. 3.2.12. Encik Hashim memaklumkan mengenai cadangan lab HEM untuk menjadikan kawasan lapang berhadapan dengan blok B supaya dibuat projek keceriaan. 3.2.13. Encik Hashim Hashim memaklumkan pertandingan kebersihan kelas masih dijalankan seperti biasa.

3.3.

Laporan Lab Ko-Kurikulum 3.3.1. Encik Biol memaklumkan mengenai Laporan Aktiviti Ko-Kurikulum 2011. Beliau mengingatkan laporan hendaklah dihantar selepas Tahun Baru Cina dalam bentuk buku dimana isi kandungannya termasuklah pendahuluan, tarikh dan tempat pelaksanaan aktiviti, laporan kehadiran, laporan aktiviti yang dijalankan, laporan pertandingan, tujuan dan objektif pertandingan serta penutup. 3.3.2. Encik Biol juga memaklumkan mengenai Ekspo Lab Kokum yang akan diselaraskan bersama Lab HEM dan Lab Kurikulum dimana masa pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian. 3.3.3. Encik Biol juga memaklumkan mengenai pendaftaran Ko-Kurikulum yang akan dilaksanakan selepas Tahun Baru Cina dan hanya melibatkan murid Tahun 4 dan

murid tahap 2 yang baru berpindah ke SK Green Road sahaja. Murid-murid tahun 5 dan 6 hendaklah menyambung aktiviti yang mereka ikuti pada tahun 2011. 3.3.4. Encik Biol memaklumkan jadual pelaksanaan Ko-kurikulum 2012 akan diedarkan kemudian. 3.3.5. Encik Biol mengingatkan semua guru penyelaras supaya menandatangani rekod kehadiran guru setiap kali selepas aktiviti ko-kurikulum dijalankan. 3.3.6. Encik Biol mengingatkan semua guru penyelaras aktiviti ko-kurikulum supaya menghantar Dokumen Kontrak 2012 selepas Hari Pendaftaran Ko-Kurikulum. Dokumen Kontrak hendaklah dihantar dalam 2 salinan. 3.3.7. Encik Biol memaklumkan borang penilaian ko-kurikulum 2012 akan dibuat dalam cetakan berwarna dan setiap penilaian hendaklah dihantar 2 minggu sebelum majlis anugerah cemerlang. 3.3.8. Encik Biol memaklumkan sukan tahunan akan diadakan pada sebelum atau selepas UPSR tetapi tidak boleh dilaksanakan sebelum bulan Jun kerana tidak mahu mengganggu program jabatan.

4.0.

Ucapan dan Amanat PPD Kuching 4.1. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kuching, Puan Hajjah Maimunah menyatakan penghargaan kepada sekolah kerana menjemput beliau datang ke mesyuarat staf SK Green Road kali ini. 4.2. PPD memuji pihak sekolah atas inisiatif menganjurkan mesyuarat di hotel ternama dan menyifatkannya sebagai satu usaha untuk meletakkan diri guru itu di taraf, kedudukan dan martabat yang tinggi. 4.3. 4.4. 4.5. PPD mengharapkan mesyuarat yang gemilang diadakan di hotel juga mencerminkan kegemilangan prestasi kerja guru-guru di sekolah. Pada mesyuarat kali ini, PPD memberi amanat yang mana temanya adalah keseronokan dalam bekerja. PPD menyatakan untuk mendapat keseronokan dalam bekerja, guru-guru perlu sentiasa bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.

4.6.

Dalam menghuraikan erti kesyukuran, PPD membawa perbandingan diantara tugas-tugas guru dan tugas-tugas profesion lain. Beliau juga membawa perbandingan diantara gaji guru dan gaji pekerjaan yang lain untuk direnungkan bersama.

4.7.

PPD menempelak sikap sesetengah guru yang balik lebih awal daripada murid. Beliau menyifatkannya lahir dari rasa tidak bersyukur. Beliau menegaskan sikap ini boleh mencemarkan imej dan profesionalisme seorang guru.

4.8.

PPD mengharapkan guru-guru di SK Green Road tidak menghampakan harapan ibu bapa yang menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka.

4.9.

PPD juga mengharapkan guru-guru supaya menjadikan standard yang diletakkan oleh ibu bapa kepada sekolah sebagai sekolah pilihan sebagai satu dorongan untuk menjadi guru yang hebat dan terpilih.

4.10. 4.11. 4.12.

PPD menyatakan SK Green Road mempunyai ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dimana etosnya telah wujud (menjadi pilihan ibu bapa). PPD menyatakan SK Green Road adalah sekolah yang diharapakan mendapat SBT di Negeri Sarawak amnya dan di Kuching khususnya. PPD menyatakan tidak banyak great school berbanding good school, justeru itu beliau mengharapkan semua staf bekerjasama berlandaskan rasa syukur untuk mencapai sasaran NKRA, Sekolah Berprestasi Tinggi dan melonjak pencapaian daripada good school kepada taraf great school.

4.13. 4.14. 4.15. 4.16. 4.17.

PPD juga menyatakan guru-guru perlu mempunyai niat yang betul dalam menunaikan amanah yang diberikan. Beliau mengingatkan gaji itu akan mengekori amanah. PPD juga mengharapkan supaya guru-guru mempunyai tahap kewarasan emosi yang mantap. PPD mengingatkan guru-guru perlu menerima keunikan orang lain supaya tidak wujud salah faham dan stress akibat ketidaksamaan pendapat dan pandangan. PPD juga mengingatkan semua staf supaya ada budaya give and take dan tidak mementingkan diri sendiri. Selain daripada EQ yang mantap, PPD menyatakan guru-guru perlu ada empathy, dapat memasukkan diri dalam situasi yang dihadapi orang lain supaya dapat memahami orang lain atau murid-murid dengan lebih baik.

4.18. 4.19.

PPD mengingatkan supaya guru-guru tidak berpecah mengikut kumpulan-kumpulan tersendiri. Beliau menyifatkannya sebagai satu budaya yang tidak baik. PPD menasihatkan guru-guru supaya menjadi orang yang mesra dan mudah didekati. Namun begitu apabila berkomunikasi perlu ada pertimbangan, cara yang baik dan perlulah berlandaskan niat yang betul.

4.20. 4.21. 4.22. 4.23.

PPD juga menasihatkan supaya guru-guru sentiasa menjaga kesihatan. PPD menyarankan supaya mengamalkan 4F bagi memperoleh keseronokan dalam bekerja. Focus, Fast to change or to cope, Flexible and Friendly. PPD mengingatkan semua supaya mengelakkan keberhutangan yang serius. Pada akhir ucapan, PPD merumuskan supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dan menyeru supaya semua berganding bahu bagi merealisasikan hasrat Negeri Sarawak agar SK Green Road menjadi salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi.

5.0

Ucapan Penangguhan Oleh Guru Besar 5.1. 5.2. Guru Besar menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada PPD diatas kesudian meluangkan masa bersama staf SK Green Road. Guru Besar menyatakan guru-guru di SK Green Road semuanya hebat (great) dan beliau dengan sokongan semua kakitangan SK Green Road akan berusaha untuk menunaikan hasrat PPD supaya SK Green Road mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. 5.7. Guru Besar menegaskan semua staf di SK Green Road bagaikan saudara, tidak ada kumpulan-kumpulan tertentu dan sentiasa menyokong satu sama lain. Guru Besar memaklumkan tiada staf di SK Green Road yang minum di luar sebaliknya banyak menghabiskan masa di sekolah. Guru Besar mengharapkan guru-guru memahami kehendak KSSR, LINUS, MBMMBI dan program-program Kementerian Pelajaran Malaysia yang lain. Guru Besar memaklumkan sasaran UPSR 2012 adalah 55 orang 5A yang mana sasaran tersebut kekal sepertimana sasaran tahun 2011. Guru Besar mengingatkan supaya program Macs digembur semula.

5.8.

Guru Besar memaklumkan mengenai program Q-SHARING iaitu program QualitySekolah Harapan Aspirasi Rangkaian Ibu Bapa dan Guru sebagai satu usaha untuk melestarikan kecemerlangan di sekolah.

5.9.

Guru Besar juga menyentuh serba sedikit mengenai Program Bantuan/ Saluran KPM/ Agensi bukan kerajaan dan swasta seperti SPBT, SBT, RMT, KWAPM, E-KASIH dan lain-lain.

5.10. 5.11. 5.12.

Guru besar memaklumkan sekolah telah melaksanakan program 1 murid 1 sukan dan masih mengamalkan dokumen kontrak kokurikulum. Guru Besar mengingatkan semua supaya mendekati diri dengan program-program Kementerian Pelajaran agar selari dengan kehendak KPM, JPN dan PPD. Guru Besar mengakhiri ucapan dengan slide siapa guru berdasarkan jari tangan dan juga slide jika sebuah cinta yang penuh dengan maksud tersirat.

6.0

Majlis Sambutan Hari Jadi Guru dan Majlis Perpisahan Guru. 6.1. 6.2. Majlis diteruskan dengan sambutan hari jadi buat guru-guru yang menyambut hari lahir dalam bulan Disember. Sejurus selepas itu, diadakan majlis perpisahan buat guru yang bersara iaitu Cik Teresa Khoo dan Puan Fatimah Saiban.

Oleh kerana tiada hal-hal lain yang dibincangkan, mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang. Dicatat oleh: .............................. ( MOHD. SHUKRI B. MOHD. SALLEH ) Disahkan oleh: ................................... ( SHAZALI HAJI ROSDI ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.

10

Anda mungkin juga menyukai