Anda di halaman 1dari 2

BURUNG MERAK YANG ANGKUH

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya mengucapkan kepada Tuan pengerusi majlis,panel hakim yang arif lagi bijaksana,para tetamu budiman serta para hadirin. Hai kawan-kawan.Nama saya Vimal.Saya ingin bercerita kepada kawankawan sebuah cerita yang memberi kita banyak pengajaran yang sangat berguna.Tajuk cerita yang akan saya sampaikan adalah Burung Merak Yang Angkuh. Ceritanya bermula begini. Pada suatu masa dahulu ,ada seekor burung merak yang tinggal di hutan. Dia angkuh apabila melihat burung burung yang cantik. Dia akan mengembangkan ekornya dan menunjukkan kecantikannya kepada semua seolah olah mencabar mereka. Sayalah burung yang tercantik di dunia ini. Tiada ada seekor burung yang cantik setanding dengan sayakata burung merak. Burung burung yang lain benci akan sikap Si Merak. Mereka terbang ke tempat lain apabila dia tiba. Si Merak tidak mempunyai kawan tetapi dia tetap angkuh. Pada suatu hari, Si Merak sedang berjalan di tepi sebuah tasik. Dia hendak membersihkan dirinya di tasik tersebut.Dia terkejut apabila ternampak seekor burung yang sama cantik dengannya di dalam air itu. Seperti biasa, dia mengembangkan ekornya untuk mencabar burung di dalam air itu sambil menyanyikan Sayalah ratu cantik, cantik,cantik Sayalah ratu cantik, cantik,cantik Burung di dalam air itu juga mengembangkan ekornya. Si Merak berasa sangat marah. Dia tidak sedar bahawa burung yang ada di dalam air itu hanya

bayang-bayang dia.Tanpa berfikir baik buruknya dia terus melompat ke dalam air untuk menyerang burung yang cantik itu. Tetapi, apabila dia melompat ke dalam air, bayang-bayang burung itu hilang. Pada waktu itu, dia tiba tiba sedar yang dia tidak boleh berenang. Dia menelan air beberapa kali dan mula tenggelam.Dia menjerit untuk mendapatkan pertolongan. Tolong ! Tolong ! Tolong ! Tetapi tidak ada seekor binatang pun datang untuk menolongnya. Mujurlah ,akhirnya dia dapat berpaut pada akar sebatang pokok dan menyelamatkan dirinya. Si Merak selamat sampai ke darat. Dia cuba mencari burung di dalam air itu sekali lagi. Pada kali ini, Si Merak sangat gembira kerana burung di dalam air itu kelihatan basah kuyup.Si Merak ingat bahawa dia dapat menewaskan bayangbayang yang ada pada permukaan air itu. Tiba tiba, ada orang ketawa dari belakang pokok. Si Merak ternampak seekor burung Gagak mentertawakannya. Si Merak menjadi marah dan bertanya Apa yang engkau tertawakan? Si Gagak berhenti ketawa dan berkata, Aku ketawa kerana burung di dalam air itu adalah bayang bayang kau. Engkau mahu berlawan dengan bayang bayang kau sendiri? Si Merak berasa malu lalu melarikan diri. Melalui cerita ini kita dapat pelajari bahawa sikap sombong dan angkuh akan membawa padah kepada kita.Jadi kawan kawan, janganlah kita sombong dan angkuh dengan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada kita.Marilah kita hidup aman dan damai di bumi yang bertuah ini.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai