Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : RAJA KATAK BERTEMU PUTERI IDAMAN

Didalam sebuah hutan, terdapat sebuah kolam yang


dihuni oleh seekor katak. Dia suka bersendirian. Suatu hari,
ketika sang katak sedang berenang, dia terjumpa sebuah
penutup botol. Sang katak menyangka itu adalah mahkota
raja.
Sang katak terus memakai mahkota itu. Dia mula
berangan – angan mahu menjadi seorang putera raja yang
kacak dan tampan, kerajaannya luas dan dikelilingi oleh ramai
puteri yang jelita. Dia tersenyum sendirian.
Dalam angannya juga, sang katak telah memilih seorang
puteri yang jelita menjadi pasangan hidupnya. Dia begitu
gembira.
Tiba- tiba mimpinya yang indah itu terganggu oleh seekor
burung yang melintas disitu.
“ Cis burung ini! Menganggu beta saja!”marah sang katak
sambil melompat dan menumbuk burung itu. “ Nah! Rasakan
tumbukkan beta!” katanya dengan bangga.
Sang katak menyambung angan – angannya disatu sudut
kolam yang jauh sikit untuk tidak diganggu lagi. Malangnya,
seekor labah – labah pula datang menganggu. Dengan
perasaan marah, sang katak terus menjerit, “ Cis, pergi engkau
dari sini! Tidakkah engkau tahu beta mahu bersendirian,”.
Disatu sudut yang lain dihujung kolam, Sang katak
menyambung semula angan – angannya. Tanpa disedari
seekor katak betina sedang berenang menghampirinya lalu
menegurnya dengan lembut. “ Hai!”
Sang katak terus menjerit dengan marah. “ Cis, biadap
sungguh kamu ini! Tidakkah kamu tahu yang beta tidak mahu
diganggu?.”
Katak betina ketawa geli hati sambil berkata. “ Oh, kamu
berangan – angan menjadi raja rupanya,”. Sang katak
bertambah marah dan terus menjerit, “ pergi kamu dari
sini!”lantas diambilnya seketul batu dan membaling ke arah
katak betina.
Katak betina berlalu pergi sambil berkata, “ Cis, katak gila
rupanya!”
Tidak lama kemudian, angin bertiup dengan kencang dan
menerbangkan mahkota dikepala Sang Katak,lalu jatuh dan
tenggelam didasar kolam. Sang Katak terkejut dan terus terjun
ke dalam kolam bagi menyelamatkan mahkotanya.
Ketika cuba mengambil mahkota tersebut, kaki Sang
Katak terbenam didalam lumpur. Sang Katak cuba menariknya
tetapi tidak Berjaya. Sang Katak menjerit meminta tolong. “
Tolong ! tolong !” jeritannya didengari oleh katak betina yang
berada tidak jauh dari situ.
Katak betina segera memberikan pertolongan dengan
menarik sang katak yang hampir kelemasan keluar dari kolam.
Mereka berdua tercungap- cungap. Katak betina terus
memberikan pertolongan cemas kepada sang katak yang
hampir lemas. Akhirnya sang katak selamat.
Sejak hari itu, Sang katak tidak perlu berangan – angan
lagi. Impiannya telah menjadi kenyataan. Sang katak telah
menemui ‘ Puteri idamannya’.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai