Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana ,guru-guru

serta kawan-kawan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah

Katak Yang Berhati Jahat.

Seekor tikus ingin menyeberang sebatang sungai. “Aku tidak tahu


berenang , tentu tak boleh ke seberang sana, ”kata tikus dengan sedih.

Kata-kata tikus didengar oleh seekor katak. Katak melompat ke sana


lalu berkata ,”Biar saya tolong awak menyeberang sungai.”

Tikus sangat gembira kerana katak ingin menolongnya. Katak mengambil


rumput yang panjang. Satu hujung rumput mengikat ekor tikus dan hujung
satu lagi mengikat kakinya.

Selepas itu, katak menarik tikus ke dalam sungai. “Oh, sungguh


menyegarkan air ini!” kata katak sambil berenang dengan gembira.

“Tolong, lepaskan aku, saya akan lemas !” Tikus menjerit.

“Oh, jangan bimbang! Kamu akan biasa dengan keadaan ini nanti.” Kata
katak yang jahat itu.

Tidak lama kemudian, tikus mati lemas. Badannya terapung-apung di


permukaan air.

Tiba-tiba seekor helang nampak badan tikus lalu menyambar badan


tikus. Katak dibawa terbang bersama kerana kakinya terikat. ”Berhenti,
berhenti! ” jerik katak. “Lepaskan aku !” Ketika itu herang baru tahu katak
tergantung-gantung ditariknya. “Saya gemar makan tikus tetapi saya lebih
suka makan katak” kata helang sambil senyum.

Helang membawa tikus dan katak ke sarangnya.”Aku bernasib baik hari


ini, ” katanya. Akhirnya tikus yang bodoh dang katak yang jahat itu dimakan
oleh helang.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai