Anda di halaman 1dari 2

Si Tanggang Anak Derhaka

Pohon inai pohon cemara


Tempat bermain Azi dan Aiman
Si Tanggang Anak derhaka
Jadikan pengajaran sepanjang zaman ..

Salam Sejahtera kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka
sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari,
Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda
kapal itu terus bersetuju. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru.
Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke
istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung
mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. “ “Tanggang oh
Tanggang an aku Tanggang oh Tanggang....” ( Lagu ). Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang,
iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul
dengan isterinya.

“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya.

“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Kamu berdua bukan ibu dan ayah ku. Aku anak orang kaya! Berambus dari sini
!Pengawal halau orang tua ini! Aku benci melihatnya! Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Mukanya merah padam kerana malu dan marah.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan
mereka telah berubah., Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia
berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing.
Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka.

“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda,
kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya
turut menjadi batu.

Hai kawan-kawan Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah, kita mestilah sentiasa mengenang
jasa kedua ibu bapa kita dan tidak mengkhianati kepercayaan mereka.
ERAK YANG SOMBONG
Karya : Khirsa Inayatul Aini
            Pada suatu hari di sebuah hutan, ada seekor merak sedang berjalan sendirian. Sang
merak selalu menyombongkan bulunya yang indah kepadaa setiap hewan yang ia temui di
hutan.

           Ia melihat seekor ulat bulu melintas di depannya. Ia mengejek rupa ulat bulu yang
jelek. "Hei, ulat bulu yang jelek. Lihatlah buluku yang indah. Kamu tentu tidak akan pernah
mempunyai bulu yang indah sepertiku bukaan?" ejek sang merak.Ulat bulu tidak
menanggapai ejekan sang merak. Dia terus berjalan melewati sang merak.
           Pada suatu hari datnglah seorang pemburu ke hutan tersebut. Merak yang melihat
kedatangan pemburu merasa heran . "Hmm, makhluk apakah ini? Mungkin bila dia melihat
buluku yang indah dia akan memujiku." Kata sang merak dalam hati. Lalu merak tersebut
mendekati pemburu dan langsung mengembangkan bulu ekornya yang indah. Sang pemburu
terpeseona melihat keindahan bulu merak. Pemburu lalu menangkap dan membawa merak
untuk dijual ke kota. "Tolong, tolong aku........." Teriak sang merak.
          Ulat bulu yang mendengar teriakan merak segera menolong merak. Ia menjatuhkan
tubuhnya ke tengkuk sang pemburu. Kontan saja sang pemburu merasa gatal-gatal dan lari
meninggalkan merak dan ulat bulu.
          Akhirnya merak sadar dan berjanji pada ulat bulu tidak akan menyombongkan dan
memamerkan bulunya pada semua hewan. Ia hanya akan menunjukkan bulunya pada
pasangannya saja. Setelah beberapa hari sang ulat bulu telah bermetamorfosis dan berubah
menjadi kupu-kupu yang cantik.
        

Anda mungkin juga menyukai