Anda di halaman 1dari 12

http://www.bharian.com.

my/bharian/articles/JerebudiutaraSemenanjungberansurpulih pagiini/Article

Jerebu di utara Semenanjung beransur pulih pagi ini


2013/08/29 - 14:42:54 PM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan utara Semenanjung terutama di Kedah dan Pulau Pinang sejak semalam bertambah baik hari ini dengan kualiti udara berstatus sederhana. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Bakar Arang di Sungai Petai, Kedah yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104 iaitu tidak sihat, semalam, beransur pulih hari ini dengan mencatat bacaan 65 (sederhana) pada jam 11 pagi. Kawasan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang juga menunjukkan penurunan kadar IPU iaitu 103 pada petang semalam kepada 73 (sederhana) pada 11 pagi tadi.

Negeri lain di seluruh negara rata-rata mencatat IPU sederhana dan baik. Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSelangor/Article/

Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor


2013/06/26 - 14:09:07 PM Cetak Emel Kawan SHAH ALAM: Bencana jerebu yang melanda beberapa negeri sekarang bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskan pendapatan sesetengah golongan, khususnya nelayan tradisional. Persatuan Nelayan Kuala Selangor memberitahu BERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas pendapatan berikutan bencana itu. Pengerusinya, Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun masih belum menerima maklum balas. Persatuan juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang cadangan menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulan bagi mengurangkan beban mereka, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Selangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatan yang terhad menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan. "Sesetengah nelayan hanya beroperasi menangkap ikan di pesisir pantai sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini. Sauffi Affandi berkata, nelayan juga boleh terlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat pelampung penanda. Sehubungan itu beliau menasihatkan nelayan yang ingin ke laut ketika jerebu ini supaya mengambil langkah keselamatan dengan membawa bersama jaket keselamatan, lampu suluh dan keperluan lain. Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangor sehingga jam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak sihat. Pelabuhan Klang setakat ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada 140 berbanding kawasan lain di Selangor. Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118). Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA

http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-pencemaran-udara-paling-teruk-di-singapuradalam-tempoh-16-tahun-16653 KUALA LUMPUR: Jerebu ekoran kebakaran hutan di Indonesia berada pada tahap tidak sihat di Singapura pada Selasa dimana kedua-dua negara jiran ini terus menyalahkan satu sama lain atas masalah bermusim ini. Indeks Piawaian Pencemaran Singapura berada pada 115 bermula waktu pejabat - masih melebihi catatan parsa tidak sihat iaitu 100 tetapi menurun berbanding bacaan pada lewat Isnin dimana seluruh pulau itu diselubungi jerebu yang kelihatan seperti asap. Pencakar langit Singapura termasuk menara kasino Marina Bay Sands turut diselubungi jerebu dan bau kayu terbakar meliputi keseluruhan pulau tersebut. Kementerian Tenaga Manusianya telah menggesa majikan untuk mengeluarkan topeng pelindung kepada pekerja mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung serta mereka yang bekerja di luar rumah. Warga tua dan kanak-kanak juga digesa untuk mengurangkan aktiviti luar yang berat. Indeks pencemaran melonjak kepada paras tertinggi sebanyak 155 pada lewat Isnin, iaitu bacaan yang tertinggi sejak krisis jerebu yang berpanjangan di Asia Tenggara pada tahun 1997-1998, tetapi menurun selepas sehari. Pada Isnin, Singapura menggesa Indonesia mengambil "langkah segera" untuk menangani kebakaran hutan seperti asap yang ditiup dari pulau Sumatra ke Singapura serta beberapa tempat di Malaysia. Walaubagaimanapun, kementerian Perhutanan Indonesia berkata, anggota bomba sudah menangani kebakaran tersebut dan pesawat pemadam kebakaran akan digunakan jika gabenor tempatan membuat permintaan. Seorang pegawai kementerian, Hadi Daryanto, menyalahkan Malaysia dan Singapura, dengan alasan syarikat minyak sawit di Indonesia milik kedua-dua negara ini juga bertanggungjawab. Teknik tebang dan membakar yang digunakan adalah kaedah paling murah untuk membersihkan tanah dan ia bukan sahaja digunakan oleh petani tempatan, tetapi juga pekerja pelabur minyak sawit termasuk Singapura dan syarikat dari Malaysia," katanya. "Kami berharap kerajaan Malaysia dan Singapura akan memberitahu pelabur-pelabur mereka untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan agar masalah ini dapat diselesaikan bersama-sama." Walaubagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishnan, terus beri tekanan kepada Indonesia. Dalam ucapan yang diadakan pada Selasa oleh pihak media Singapura, beliau berkata "kepentingan komersial di Indonesia telah menyebabkan masalah alam sekitar." Beliau mengulangi tawaran bantuan daripada Singapura, yang mempunyai sistem pertahanan awam dan tentera moden termasuk anggota bomba. Sementara itu, setakat jam 11 pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi di Johor dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 153 di

Pasir Gudang. Ini diikuti dengan Larkin Lama dan Kota Tinggi masing-masing pada bacaan IPU 125 dan 1118. Perak bagaimanapun mencatatkan pencemaran udara terendah seluruh Malaysia setakat ini dengan Taiping dan Kampung Air Putih pada bacaan IPU 23.

Secara keseluruhannya seluruh negara mencatatkan bacaan IPU yang sederhana pada 61 peratus dan hanya tujuh peratus mencatatkan bacaan IPU melebihi 100. Menurut Jabatan Alam Sekitar, menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-pencemaran-udara-palingteruk-di-singapura-dalam-tempoh-16-tahun-16653?cp

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jerebucecahparasbahaya/Article/

Jerebu cecah paras bahaya


2013/06/21 - 07:50:50 AM bhnews@mediaprima.com.my Cetak Emel Kawan 2

Jerebu di sekitar bandaraya Johor Bahru. Tutup sekolah IPU lebih 300 Nusajaya: Semua 491 sekolah di Muar, Ledang, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273,433 pelajar ditutup serta-merta selama dua hari mulai semalam akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Arahan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Johor selepas menerima surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menutup semua sekolah di daerah berkenaan berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 300, iaitu tahap berbahaya. Bacaan IPU di Muar mencatatkan 337 pada jam 7 pagi sebelum meningkat kepada IPU 383 mulai jam 11 pagi, manakala di Pasir Gudang meningkat sehingga 333 pada jam 5 petang.

Langkah keselamatan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Nor A Ghani, berkata penutupan semua sekolah rendah dan menengah itu perlu sebagai langkah keselamatan apabila jerebu semakin teruk. Murid sesi pagi yang datang diminta pulang, manakala murid sesi petang diminta tidak hadir, katanya pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Penggal Ke-13, di Kota Iskandar di sini semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Azuri Azizah Saedon. Mohd Nor berkata, sekolah di daerah lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat IPU 101-200, diminta mengambil langkah berjaga-jaga selain mengehadkan aktiviti di luar bilik darjah. Sementara itu, tinjauan sekitar Muar mendapati notis pemberitahuan PPD dipamerkan di pintu masuk menyatakan sekolah ditutup bermula esok. Henti aktiviti kokurikulum Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Nora Abdullah, berkata sejak Isnin lalu PPD sudah menghantar pekeliling bagi memaklumkan keadaan jerebu terkini dan langkah keselamatan yang perlu diambil. Katanya, pagi semalam pihaknya menerima notis terbaru supaya menutup sepenuhnya

sekolah sehingga diberitahu berikutan jerebu yang semakin teruk. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud pula mengarahkan semua aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah dihentikan jika IPU melebihi 150 bagi murid berisiko dan 250 untuk semua murid. Kita juga sudah mengarahkan pentadbiran menutup semua sekolah yang berada dalam kawasan mempunyai IPU melebihi 300, katanya. Sementara itu, kementerian membuka bilik gerakan untuk memantau perkembangan bagi memudahkan langkah sewajarnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jerebucecahparasbahaya/Article/

Jerebu di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Tutup sekolah IPU lebih 300 Nusajaya: Semua 491 sekolah di Muar, Ledang, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273,433 pelajar ditutup serta-merta selama dua hari mulai semalam akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Arahan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Johor selepas menerima surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menutup semua sekolah di daerah berkenaan berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 300, iaitu tahap berbahaya. Bacaan IPU di Muar mencatatkan 337 pada jam 7 pagi sebelum meningkat kepada IPU 383 mulai jam 11 pagi, manakala di Pasir Gudang meningkat sehingga 333 pada jam 5 petang.

Langkah keselamatan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Nor A Ghani, berkata penutupan semua sekolah rendah dan menengah itu perlu sebagai langkah keselamatan apabila jerebu semakin teruk. Murid sesi pagi yang datang diminta pulang, manakala murid sesi petang diminta tidak hadir, katanya pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Penggal Ke-13, di Kota Iskandar di sini semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Azuri Azizah Saedon. Mohd Nor berkata, sekolah di daerah lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat IPU 101-200, diminta mengambil langkah berjaga-jaga selain mengehadkan aktiviti di luar bilik darjah. Sementara itu, tinjauan sekitar Muar mendapati notis pemberitahuan PPD dipamerkan di

pintu masuk menyatakan sekolah ditutup bermula esok. Henti aktiviti kokurikulum Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Nora Abdullah, berkata sejak Isnin lalu PPD sudah menghantar pekeliling bagi memaklumkan keadaan jerebu terkini dan langkah keselamatan yang perlu diambil. Katanya, pagi semalam pihaknya menerima notis terbaru supaya menutup sepenuhnya sekolah sehingga diberitahu berikutan jerebu yang semakin teruk. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud pula mengarahkan semua aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah dihentikan jika IPU melebihi 150 bagi murid berisiko dan 250 untuk semua murid. Kita juga sudah mengarahkan pentadbiran menutup semua sekolah yang berada dalam kawasan mempunyai IPU melebihi 300, katanya. Sementara itu, kementerian membuka bilik gerakan untuk memantau perkembangan bagi memudahkan langkah sewajarnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelabuhanKlangcatatjerebuteruk/Article/ index_html
Nasional

Pelabuhan Klang catat jerebu teruk


2012/06/16 - 03:08:08 AM Oleh Nur Hamizah Muhamad dan Norul Awatif Romli Cetak Emel Kawan

PENDUDUK terpaksa memakai topeng akibat jerebu di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

IPU melebihi paras tidak sihat KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam. Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105). Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor. Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan

awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam. Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara. Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung. Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar. Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami. Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa, katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_SeriManjungditahapberbahaya_IPU330/Article/ Jerebu: Seri Manjung di tahap berbahaya, IPU 330 2013/06/25 - 12:11:58 PM Cetak Emel Kawan IPOH: Keadaan jerebu di Seri Manjung, Perak memasuki tahap berbahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen itu mencapai bacaan 307 pada jam 8 pagi tadi dan terus meningkat kepada 330 dua jam kemudian. Empat lagi stesen pemantau kualiti udara di negeri itu turut menunjukkan peningkatan dan di tahap tidak sihat pada jam 9 pagi iaitu Tanjung Malim dengan bacaan 175, Jalan Tasek, Ipoh (144), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Kampung Air Putih, Taiping (149). Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr Muhammad Amin Zakaria, berkata beliau sudah memaklumkan perkembangan terkini mengenai bacaan IPU terutama di Manjung kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Surat siaran Merujuk kepada perkara diatas, Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkaitan "Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal". Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah dimana sekolah itu berada : 1. Jika IPU melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut. 2. Jika IPU melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah. 3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta. 4. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jerebu_SemuasekolahdiKualaLumpurda nSelangorditutupesok/Article/ Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok 2013/06/23 - 18:32:37 PM Cetak Emel Kawan PUTRAJAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini. Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dalam satu kenyataan sebentar tadi. Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Palanivel berkata, keadaan jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai