Anda di halaman 1dari 4

Prosa Tradisional Asal Padi : Sinopsis (Komsas Tingkatan 1) 

Sinopsis 

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua
orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat.  Harta yang tinggal hanyalah
sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang bersiap-siap
untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si
Bongsu ditinggalkan sendirian.  Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang
dijemur di tengah-tengah dusun.

Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi
untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si
Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan
oleh empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja
dengan empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu
empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi.

Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah
tidak menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar
burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu
melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu
menghantar Si Tekuri pula.

Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si
Tekuri. Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si
Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh
Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca
tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.

Tema 

Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

Persoalan 

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:

 1. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan

Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan melarikan diri
namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.
2. Persoalan kebijaksanaan mencari akal

Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

3. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain

Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh pasangan
suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

4. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak

Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

Prosa Tradisional Asal Padi : Binaan Plot dan Teknik Plot (Komsas Tingkatan 1)

Plot

Binaan Plot

 Permulaan – Si Bongsu dan abangnya kematian ibu bapa. Mereka jatuh miskin akibat
segala harta peninggalan ibu bapa mereka dicuri.

 Perkembangan – Si bongsu mengikut tujuh orang wanita pulang ke kayangan. Di


kayangan, Si Bongsu ternampak benda kuning sedang dijemur. Pada sangkaannya, benda
itu emas. Empunya benda itu menyatakan bahawa itu ialah padi.

 Klimaks – Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu dihempaskannya di tangga


pelangi sehingga tumit Si Bongsu luka.

 Peleraian – Padi tumbuh dengan subur di bumi. Pipit mati akibat Si Tekuri menyepit
tengkoknya kerana berbohong kepada tuan empunya padi.

Teknik Plot

Teknik pemerian; teknik dialog; teknik monolog; teknik monolog dalaman

Watak dan Perwatakan

Si Bongsu (Watak utama)

 Anak bongsu dalam keluarga.

 Mempunyai seorang abang yang cacat.


 Anak yatim piatu yang malang.

 Miskin – harta pusaka yang patut diwarisi telah dicuri oleh orang jahat.

 Bijaksana – mempunyai daya usaha yang tinggi untuk mengambil padi.

 Tabah dan gigih – tidak mudah berputus asa.

Orang Kayangan

 Memiliki sawah padi di kayangan.

 Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi.

 Tinggal di kayangan.

 Baik hati kerana membenarkan Si Bongsu merasa keenakan nasi.

 Seorang yang pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu untuk menjaga padi di
kayangan.

Burung Pipit

 Berasal dari kayangan.

 Tidak amanah – mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di bumi walaupun telah banyak
makan padi di bumi.

 Mati disepit oleh Si Tekuri

Burung Tekuri

 Ditugaskan menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa tumbuh-tumbuhan padi.

 Amanah – menyepit tembolok burung pipit yang menipu.

Latar

Latar Tempat

 Di kolam ikan

 Di kayangan

 Di bumi
Latar Masa

Zaman dahulu kala

Latar masyarakat

 Masyarakat yang tinggal kampung

 Masyarakat yang tinggal di kayangan

 Masyarakat haiwan

Gaya Bahasa

 Contoh, “Jikalau demikian kehendakmu, baiklah. Akan tetapi jangan lagi kamu selalu


ingin mencuba untuk mencuri dan membawa lari padiku.”

 Contoh, untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak.

 Kata ganda. Contoh, “Sekarang saya betul-betul jera mengambil apa-apa”.

 Contoh, Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, sepertikaki


itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Nilai

Kegigihan; baik hati, kerajinan; keberanian; kebijaksanaan

Pengajaran

 Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

 Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup.

 Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil hak orang lain.

 Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai