Anda di halaman 1dari 3

Anda telah berbual-bual dengan rakan anda sebelum bermulanya aktiviti sukan.

Dalam
perbualan tersebut, anda berbincang tentang manfaat menyertai aktiviti kokurikulum. Tulis
perbualan itu selengkapnya.
Pada minggu yang lalu, saya telah pergi ke sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
Sementara menunggu aktiviti bermula, saya berpeluang untuk berbual-bual dengan kawan saya,
Ariana. Dalam perbualan tersebut, kami telah berbincang tentang manfaat menyertai aktiviti
kokurikulum. Ikuti perbualan kami selanjutnya.

Saya : Hai, Ariana. Apa khabar?

Ariana : Hai Meghan. Saya biasa saja.

Saya : Seronoknya kita dapat bersama-sama menjalani latihan badminton.

Ariana : Ya. Sebenarnya banyak manfaat yang kita boleh dapat dengan menyertai aktiviti
kokurikulum. Antaranya, kita boleh mempelajari sesuatu yang baharu yang tidak
didapati di bilik darjah. Misalnya, ilmu pertolongan cemas yang kita belajar semasa
aktiviti pengakap boleh digunakan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan.

Saya : Memang betul. Aktiviti kokurikulum dapat mencungkil bakat masing-masing. Bakat
terpendam dapat diketengahkan apabila mereka menyertai pertandingan.

Ariana : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Di samping itu, pelajar mempelajari sifat-
sifat kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum. Mereka mampu mengemukakan
pandangan dalam perbincangan dan tidak bersikap terburu-buru apabila membuat
keputusan.
Saya : Betul cakap kamu. Tambahan pula, apabila menyertai aktiviti kokurikulum pelajar
dapat meluaskan pergaulan mereka dan mengenali rakan-rakan dari kelas lain.
Mereka juga mampu berinteraksi dengan pelajar lain yang berbilang bangsa. Selain
itu, bidang kokurikulum juga merupakan nilai tambah dalam proses pengambilan
peljar ke IPTA.

Ariana : Aktiviti kokurikulum memang banyak manfaatnya. Mari kita sama-sama berazam
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum yang kita terlibat.

Saya : Nampaknya latihan badminton kita akan bermula sebentar lagi.

Ariana : Mari kita buat persediaan sekarang.

Persatuan Pengakap telah mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan lipur. Sebagai


setiausaha persatuan, anda diminta menyediakan laporan bagi aktiviti tersebut. Sediakan
laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Aktiviti Perkhemahan ke Taman Negara Bukit Lambir, Miri

Pada 5 November 2022, Persatuan Pengakap SMK Lutong telah mengadakan aktiviti
perkhemahan ke Taman Negara Bukit Lambir, Miri. Seramai 50 orang ahli persatuan dan empat
orang guru pengiring termasuk Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Wilson Thong telah
menyertai aktivit ini. Aktiviti perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan
bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan meluaskan pandangan murid.

Seawal pukul 7:00 pagi, semua guru pengiring dan peserta berkumpul di dewan sekolah
untuk mendengar taklimat ringkas. Tidak lama kemudian,

Anda mungkin juga menyukai