Anda di halaman 1dari 6

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.

kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

KGND
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
Pertama

1. "Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang


Merujuk kepada diri sendiri apabila besar, Manisah," kata Ziana kepada rakan
berhubung dengan orang yang rapat dan karibnya itu.
aku tunggal
sama taraf, dan ketika berdoa kepada
Tuhan. 2. Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz
Pak Man dalam doanya.

Merujuk kepada diri sendiri apabila 1. "Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim
saya tunggal bercakap dengan orang yang baru dikenali kepada orang tua yang bertanya kepadanya itu.
atau sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi. 2. Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
1. "Berani awak mengingkari perintah beta," titah
Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan baginda sultan dengan murkanya.
beta tunggal dan kaum kerabat diraja apabila bertitah
kepada rakyat. 2. "Beta izinkan mamanda menteri berangkat
sekarang juga," titah Sultan Ali.

1. Kata Bendahara Melaka, "Patik menjunjung


Digunakan oleh rakyat apabila bercakap perintah, tuanku."
patik tunggal dengan sultan, permaisuri, raja dan 2. "Patik datang ke mari membawa hajat yang
kerabat diraja. besar, tuanku," sembah Hang Kasturi kepada
Sultan Mahmud.

Merujuk kepada diri sendiri dan hanya 1. Adakah engkau masih ingat akan daku?
daku tunggal digunakan jika perkataan sebelumnya 2. Oleh sebab tidak sependapat dengan daku,
berakhir dengan huruf "n". akhirnya kami berpisah juga.

1. "Hamba telah banyak melihat corak hidup


manusia," kata pengembara itu kepada Engku
Merujuk kepada diri sendiri pada zaman Azlina.
hamba tunggal
dahulu.
2. "Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar
itu kepada Malim Kundang.

1. "Kami akan menyertai kem motivasi di


Merujuk kepada si penutur dan temannya sekolah," kata Ali dan Siti kepada ibu mereka.
kami jamak
apabila bercakap dengan pihak kedua. 2. Ami dan John memberitahu cikgu
mereka,"Kami tidak tahu membuat projek itu."

kita jamak Merujuk kepada si penutur dan orang yang 1. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan
mendengarnya. bahasa rasmi negara kita.

2. "Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat," kata


Eda kepada rakan-rakannya.

b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.

kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

KGND
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
Kedua

1. "Awak tidak boleh merokok di dalam


Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat, pejabat," kata pengurus itu kepada
panggilan orang atasan kepada orang bawahan keraninya.
awak tunggal
dan digunakan oleh suami dan isteri apabila 2. "Bila awak mahu datang ke rumah
bercakap. saya?" tanya Salmah kepada sahabat
karibnya.

1. "Kamu masih belum sihat lagi, Man?"


Digunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa Kudus bertanya.
kamu tunggal dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan
sebagainya 2. "Mengapakah mata kamu merah,
Amin?" Halim bertanya kepada adiknya.

1. "Apakah yang engkau lakukan ini?"


Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan
engkau tunggal Zuren bertanya kepada Ku Li.
dengan Tuhan apabila berdoa.
2. Ya Allah, Engkaulah yang maha
mengetahui.

1. Aku akan
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada memperkenalkan dikau dengan kawan-
dikau tunggal kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya kawanku yang lain.
berakhir dengan huruf "n". 2. "Saya amat rindu akan dikau," kata
Hasan kepada teman wanitanya.

1. "Segala titah tuanku akan patik patuhi,"


kata Hang Tuah.
Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja
tuanku tunggal 2. "Patik ke mari bersama-sama dengan
dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".
anak dan isteri, tuanku" sembah Tun
Pepatih.

1. Anda dikehendaki membaca arahan


Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dengan teliti sebelum menjawab
tunggal / dilawan bercakap apabila tiada berhadapan soalan.
anda
jamak dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, 2. Jika anda berminat untuk menyertai
televisyen atau dengan orang yang sebaya. syarikat kami, sila hubungi kami dengan
segera.

1. Kalian diharap bertenang kerana para


Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang hakim sedang mengira markah.
kalian jamak dilawan bercakap yang bilangannya melebihi
seorang/bilangan banyak. 2. "Apakah yang kalian buat di sini?"
Husin bertanya kepada rakan-rakannya.
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.

KGND
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
Ketiga

1. Dia berjanji akan berubah, tidak lagi


Untuk menggantikan nama diri orang yang bersikap malas seperti dahulu.
dia / ia tunggal diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya
atau orang yang lebih muda. 2. Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh
kawannya.

Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, 1. Munirah memanggil Masni sambil
nama binatang dan nama benda. Tidak boleh melambai padanya.
nya tunggal
berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan 2. Burung itu tidak boleh terbang kerana
perkataan yang mendahuluinya. sayapnya patah.

1. Sultan Samad menitahkan Perdana


Menteri pergi mendapatkan
Untuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat anakanda baginda di Temasik.
baginda tunggal
diraja yang diperkatakan.
2. Bagina Sultan jarang-jarang melawat ke
sini.

1. Semua anak beliau belajar di luar


Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati negara.
beliau tunggal
seperti ibu bapa, pemimpin dan guru. 2. Menteri Pelajaran tidak dapat hadir
kerana beliau berada di luar negara.
1. Rumah mereka ranap ditiup angin
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang ribut.
mereka jamak
dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang. 2. Mereka bergotong-royong
membersihkan kampung.

Anda mungkin juga menyukai