Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB KEMBARA

TEMPAT :
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

TARIKH :
30 Oktober 2017

ANJURAN :
Kelab Kembara
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ULASAN
PENSYARAH
PENASIHAT

ULASAN
UNIT
KEWANGAN

ULASAN
PENGARAH /
TIMBALAN
PENGARAH
1.0 PENDAHULUAN

Kelab Kembara IPG Kampus Dato‘ Razali Ismail adalah sebuah organisasi
yang bakal memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih IPG
Kampus Dato‘ Razali Ismail berkaitan dunia kembara yang perlu diketahui
umum. Organisasi ini ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan bagi
melahirkan siswa guru yang aktif dari segi fizikal, mental, spiritual dan cinta
akan alam sekitar.
Penubuhan Kelab Kembara ini merupakan salah satu inisiatif siswa
guru IPG Kampus Dato‘ Razali Ismail dalam usaha membuka peluang dan
ruang kepada semua guru pelatih amnya untuk menerokai tentang ilmu dan
dunia kembara yang membawa seribu satu manfaat kepada individu,
masyarakat dan negara. Semoga penubuhan kelab ini mendapat sambutan
daripada seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‘ Razali Ismail
daripada para pensyarah sehingga para pelajar.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan
daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail bagi
menubuhkan Kelab Kembara IPGKDRI dan menggunakan kemudahan-
kemudahan yang terdapat di IPGKDRI ini.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih dan pensyarah
tentang dunia kembara dan cinta akan alam sekitar.
3.2 Membuka ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk terlibat dalam
aktiviti luar dan dalam tentang dunia kembara dan eksplorasi alam sekitar.
3.3 Mengeratkan ukhwah antara guru pelatih dan pensyarah untuk saling
berkomunikasi tentang isu-isu mengembara.
4.0 MAKLUMAT PENUBUHAN

4.1 NAMA KELAB


Kelab Kembara IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

4.2 LOGO

4.3 MOTO
Explore The World!

4.4 VISI

4.5 MISI

4.6 LAGU

5.0 JAWATANKUASA KELAB

ORGANISASI INDUK

Penaung :
Datin Dr Rohani Binti Abdul Hamid
(Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail)
Timbalan Penaung :
Tuan Haji Mohd Rasid Bin Chik
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail)

Penasihat :
Puan Samsiah binti Hassan
Encik Yunus bin Yusof
(Pensyarah WAJ3131 PISMP TESL SEMESTER 7)

ORGANISASI PENGELOLA

Pengerusi : Muhammad Ikram bin Zakaria

Naib Pengerusi : William Ilias

Setiausaha : Nur Afifah Binti Hilmi

Bendahari : Nurul Liyana binti Othman

Ahli : Aimi Affiza binti Jaini


Alvin Julai Anak Tommy
Cassandra A/P Santanasamy
Chok Pei Wen
Jerome Lim
Macmillan Mavis
Kirthana A/P Tanabalan
Mohd Azrul Hafiz bin Amir Eshah
Nur Najwa Natiha Binti Rosdi
Nur Syafiqah binti Tumiran
Wan Nor Ezzi Azrin binti Wan Zahari
Syahirah binti Halim
Nadzirah binti Saimi
Saarveswarri A/P Gunasilen
Wheynna Mail
6.0 PENUTUP

Semoga penubuhan Kelab Kembara IPGKDRI ini dapat mencapai objektif utamanya
disamping memdedahkan kepada semua guru pelatih tentang dunia kembara dan
alam sekitar. Sehubungan itu, sokongan daripada Tuan Pengarah dan semua pihak
adalah diharapkan dalam menjayakan penubuhan ini agar Kelab Kembara Siswa
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dapat melaksanakan pelbagai program yang
mampu memberikan impak dan kesan kepada guru pelatih khususnya. Semoga
usaha murni ini mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

...........................................
(NUR AFIFAH BINTI HILMI)
Setiausaha,
Kelab Kembara,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Disemak oleh,

............................................................
(MUHAMMAD IKRAM BIN ZAKARIA)
Pengerusi,
Kelab Kembara,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Disahkan oleh,

......................................
(SAMSIAH BINTI HASSAN)
Pensyarah penasihat,
Kelab Kembara,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN,

...................................................................
(DATIN DR ROHANI BINTI ABDUL HAMID)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Kuala Terengganu,
Terengganu.

Ulasan :

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________________________________
RINGKASAN EKSEKUTIF

NAMA KELAB KELAB KEMBARA IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

TARIKH 30 Oktober 2017

TEMPAT Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon


kelulusan daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’
Razali Ismail bagi menubuhkan kelab ini dan menggunakan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPGKDRI ini.

1. Memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih dan


OBJEKTIF
pensyarah tentang dunia kembara dan cinta akan alam sekitar.
2. Membuka ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk terlibat
dalam aktiviti luar dan dalam tentang dunia kembara dan
eksplorasi alam sekitar.
3. Mengeratkan ukhwah antara guru pelatih dan pensyarah untuk
saling berkomunikasi tentang isu-isu mengembara.

Anda mungkin juga menyukai