Anda di halaman 1dari 2

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam
2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai tingkah laku, perangai, akhlak dan watak yang
baik. Budi merupakan perbuatan yang baik kepada orang lain yang berada dalam
kesusahan dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kerelaan serta berdedikasi
tanpa mengharapkan balasan selepas membantu. Manakala bahasa pula membawa
maksud sistem lambang bunyi atau simbol yang digunakan untuk berkomunikasi dalam
kalangan sesebuah masyarakat. Bahasa merupakan alat untuk berinteraksi atau alat
komunikasi bagi menyampaikan pemikiran, gagasan, konsep atau perasaan seseorang
tersebut.

Apabila budi bahasa digabungkan perkataannya, ia akan menjadi maksud yang


lain iaitu tutur kata atau pengakuan yang bersopan santun serta berhemah tinggi
semasa berinteraksi dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
Sebagai contohnya menghormati orang yang lebih tua. Orang tua hatinya mudah terasa
dengan perbuatan dan tutur kata yang diungkapkan oleh orang lain kepadanya. Oleh
itu, kita sebagai orang yang lebih muda perlu menggunakan bahasa dan perbuatan
yang sopan agar mereka merasa diri mereka dihormati dan dihargai.

Selain itu, memberi salam sebagai pembuka kata. Memberi salam sebagai
pembuka kata adalah gambaran untuk menunjukkan bahawa seseorang itu ingin
menyampaikan sesuatu maklumat melalui cara yang berhemah dan melambangkan
emosi seseorang. Ini bermaksud bahawa penyampai maklumat itu berfikiran rasional
dan mempunyai nilai budi bahasa dalam dirinya kerana dia tahu cara yang baik untuk
memulakan perbualan. Membantu orang yang memerlukan pertolongan juga adalah
contoh budi bahasa. Orang yang menghulurkan bantuan itu melakukan amalan mulia
dan orang yang menerima pertolongan itu akan mengucapkan terima kasih tanda
penghargaan keatas pertolongan yang dihulurkan.
Meminta maaf apabila melakukan kesalahan sama ada sengaja mahupun tidak
juga tergolong dalam sifat budi bahasa kerana apabila melalukan kesilapan pasti akan
ada pihak yang tersinggung. Justeru itu, perbuatan meminta maaf sangatlah diharuskan
agar hubungan sesama dapat diikat semula dengan ikatan silaturrahim yang erat.
Dengan meminta maaf dan memaafkan kesalahan dapat mengelakkan diri daripada
wujudnya sifat dendam dalam diri yang sentiasa menghantui fikiran dan menjadikan
jiwa tidak tenang.

Ciri-ciri budi bahasa perlu ada dalam diri setiap orang tidak kira usia. Oleh itu,
budi bahasa perlu dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi kerana kanak-kanak
masih dapat menerima dengan fikiran terbuka. Bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Antara ciri-ciri budi bahasa yang perlu ada dalama diri setiap
insan ialah bertimbang rasa. Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian
daripada sikap terpuji kerana sifat ego dalam diri seseorang dapat dihakis sedikit
apabila dia menyemai sikap bertimbang rasa dalam dirinya. Memandangkan rakyat
Malaysia merupakan rakyat yang berbilang kaum, kita perlulah berfikir dan bertindak
atau melakukan sesuatu perkara secara rasional agar tidak menyinggung perasaan
sentimental kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai