Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Berhormat Dato Sri
Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan
tahap kesejahteraan kepada rakyat. Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan
dan set tindakan permulaan - dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) - dengan fokus
yang khusus pada tahun 2010. NKRA didefinisikan sebagai bidang utama yang negara
fokuskan. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan
terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang memberi kesan
kepada rakyat yang memerlukan perhatian yang khusus.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah menumpukan enam bidang.


Antaranya ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada
rakyat. Bidang-bidang yang dimaksudkan adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan,
meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar
dan pendalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Bagi setiap NKRA, seorang
menteri peneraju dilantik bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Contoh dapat dilihat daripada
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.B. Senator Dato Sri Shahrizat
Abdul Jalil dilantik sebagai menteri peneraju ke-4 yang bertanggungjawab untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat berpendapatan rendah atau Low Income Households (LIH).

Anda mungkin juga menyukai