Anda di halaman 1dari 1

PENGALAMAN PERSEKITARAN DAN SOSIO BUDAYA KANAK-KANAK DAPAT

MENGUASAI LUKISAN MEREKA

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan di
sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau
sesuatu). Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran
bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Ungkapan yang seerti di
dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai environment diertikan sebagai physical surroundings
and conditions, especially as affecting peoples lives, yang bermaksud persekitaran dan
keadaan fizikal, terutamanya yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Di dalam bidang ilmu psikologi dan pendidikan, faktor persekitaran seringkali didebatkan
sebagai satu lagi faktor yang mempengaruhi sifat fizikal dan sikap sesuatu individu, selain
daripada faktor dalaman yang semulajadi atau faktor genealogi[3]. Suatu teori yang dikenali
sebagai tabula rasa[4] malah berpendapat bahawa seseorang individu manusia tidak
dilahirkan dengan ciri-ciri atau sifat-sifat dalaman semulajadi, malah keseluruhannya
bergantung kepada pengalaman dan input yang diperolehinya daripada dunia luar. Pengaruh
persekitaran terhadap pembinaan insan adalah sesuatu yang tidak dinafikan lagi, hanya teori-
teori moden tidak sependapat mengenai sejauh mana kekuatan pengaruh ini berbanding
dengan pengaruh semulajadi (atau genealogi di dalam istilah saintifiknya).

Bagi manusia, sudah tentu persekitaran pertama yang dialami dan dirasainya adalah
persekitaran bersama keluarganya. Ini adalah benar bagi semua individu melainkan sebahagian
kecil mereka yang tidak mendapat kelebihan tinggal dan membesar bersama keluarga. Sebagai
suasana pertama yang dialaminya sejak seorang manusia itu dilahirkan, juga suasana yang di
dalamnya dia paling banyak hidup dan berinteraksi bersama, sudah tentu suasana
kekeluargaan amat besar memainkan peranan di dalam membentuk peribadinya. Sebarang
nilai yang didedahkan di dalam suasana kekeluargaan itu, maka individu itu berkembang sejajar
dengannya, baik ia positif mahupun negatif. Jadi tidak keterlaluanlah jika dikatakan kejayaan
membentuk keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada suasana yang diwujudkan di
dalam keluarganya, dan tidak lain tidak bukan ibubapalah yang bertanggungjawab memainkan
peranan membentuk suasana di dalam keluarga.

Anda mungkin juga menyukai