Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang penting dalam proses


pembinaan keperibadian insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru pula memainkan peranan penting dalam menekankan keseimbangan kurikulum dan
kokurikulum dalam diri pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
akademik tetapi juga sahsiah. Guru biasa merupakan guru yang tidak mendapat sebarang
latihan khusus dalam bidangn bimbingan dan kaunseling. Guru jenis ini lebih mengenali latar
belakang murid seperti guru kelas, guru akademik dan bukan akademik. Mereka turut
memainkan peranan penting dalam membentuk perbadi serta kejayaan murid.

Meskipun guru biasa tidak berkelayakan dan berkemahiran khusus untuk


mengendalikan program bimbingan dan kaunseling sekolah, namun amat besar impak guru
biasa dalam memainkan peranan untuk menjayakan program-program berkaitan dengan
kaunseling tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana seorang guru kaunseling mustahil dapat
melihat dan memerhati keperluan semua murid-murid yang berada di sekolah. Oleh itu, guru
biasalah berfungsi sebagai mata dan telinga buat guru bimbingan dan kaunseling.

PERANAN GURU BIASA MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Antara peranan guru biasa yang dapat diaplikasikan dalam usaha membantu guru
bimbingan dan kaunseling ialah sebagai pengumpul maklumat murid serta mengenalpasti
masalah murid-murid di bawah jagaannya. Segala maklumat dan data-data yang diperoleh
berdasarkan pemerhatian akan diberikan kepada guru bimbingan dan kaunseling sekolah sama
ada maklumat berkaitan dengan latar belakang murid-murid, sosio-ekonomi, perkembangan
pembeljaran dan sosio-emosi.

Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul data murid untuk
dijadikan panduan. Teknik ujian secara amnya merujuk kepada ujian yang dibentuk untuk
mengukur ciri-ciri murid sepertu kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan
personaliti. Teknik bukan ujian pula menjelaskan hasil ujian secara holistik dan komprehensif. Ia
bersifat subjektif . Secara permukaannya, teknik bukan ujian bersifat pengumpulan data seperti
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.

Anda mungkin juga menyukai