Anda di halaman 1dari 35

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

PENDIDIKAN TEKNIK DAN


VOKASIONAL (PTV)
Peringkat Kementerian
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM (PPK)
(Bahagian Pembangunan Kurikulum) (BPK)
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang
relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
VISI
◦ Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020
◦ MISI
◦ Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi
keperluan negara
FUNGSI
◦ Membangunkan kurikulum sekolah.
◦ Menyebar kurikulum sekolah.
◦ Memantau pelaksanaan kurikulum sekolah.
◦ Menyediakan bahan sokongan kurikulum sekolah.
◦ Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum sekolah.
OBJEKTIF
◦ Membangun dan mengembangkan kurikulum sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan aspirasi negara.
PIAGAM PELANGGAN
◦ Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan mendapat:
◦ Dokumen Standard Kurikulum atau Bahan Sokongan Kurikulum dalam masa 15 hari selepas diterbitkan.
◦ Khidmat kepakaran dan rundingcara berkaitan kurikulum dalam tempoh 5 hari bekerja.
◦ Kursus Orientasi atau Pendedahan Kurikulum dalam masa 5 hari bekerja.
◦ Sebarang maklum balas kurikulum dalam tempoh 3 hari bekerja selepas cadangan diterima.
Peringkat Kementerian
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM (PPK)
(Bahagian Pembangunan Kurikulum) (BPK)
Fungsi utama pusat ini adalah:
1. menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan
2. menyebar dan melaksanakan kurikulum
• mengesan pelaksanaan kurikulum
• menyediakan pelbagai bahan sokongan kurikulum
• menjalankan penyelidikan untuk pembangunan dan penilaian kurikulum
3. mengurus dan membangunkan organisasi dan staf, dan
4. mengurus penerbitan, percetakan dan perntadbiran pusat sumber.
Peringkat Kementerian
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran sebelum ini dikenali dengan nama Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) adalah salah satu agensi di bawah
Kementerian Sumber Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk
menyelaras dan memantau latihan kemahiran dan membangunkan
kerjaya dalam bidang kemahiran; selaras dengan berkuatkuasanya Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) mulai pada 1
September 2006
Peringkat Kementerian
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
OBJEKTIF
Menjana dan menyelaras pembangunan tenaga kerja mahir negara melalui : -
 Membangun Standard Kekompetenan tenaga kerja mahir bertaraf negara maju.
 Mengiktiraf keterampilan dan kemahiran tenaga kerja dan pakar industri.
 Menyelaras perlaksanaan latihan dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
FUNGSI
Menilai keperluan latihan
 Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Kebangsaan
 Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan
 Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran
 Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu
 Membimbing pembelajaran / penyelidikan berkenaan latihan kemahiran
Peringkat Kementerian
Jab. Pendidikan Teknikal (JPTek)
(Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV))
FUNGSI UTAMA
Menyelidik, merancang, menyelaras, menyelia dan mengurus perkembangan pendidikan
teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
TUGAS UTAMA

KURIKULUM HAL EHWAL


PELAJAR

PERANCANGAN & PENGURUSAN


PEMBANGUNAN SEKOLAH

LATIHAN
Peringkat Kementerian
Jab. Pendidikan Teknikal (JPTek)
(Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV))

http://bptv.moe.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=141
(Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV))
◦ Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan
Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan
pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini.
Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras,
menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah
Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.
◦ Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang
industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang
membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan
kejuruteraan.
◦ Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya
iaitu :
◦ i. Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii. Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).
(Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV))
VISI
◦ Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
MISI
◦ Memperkasakan PTV melalui pelaksanaan program yang berkualiti
OBJEKTIF
◦ Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:
◦ Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan
penyediaan fasiliti;
◦ Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk
kemenjadian murid;
◦ Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid
yang berkesan; dan
◦ Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan
pegawai.
FUNGSI
◦ Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan
vokasional.
◦ Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
◦ Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan
keperluan pengoperasian sekolah
◦ Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT)
pendidikan teknikal dan vokasional
◦ Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran
Bahagian dan SMT/SMV.
PIAGAM PELANGGAN
◦ Kami, warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami ke arah merealisasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap
dan berkesan. Kami berjanji akan :
◦ Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
◦ Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
◦ Menyediakan laporan hasil pemantauan kepada sekolah dalam tempoh 21 hari bekerja selepas pemantauan;
◦ Menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penerimaan surat/dokumen;
◦ Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap serta
disemak oleh Pusat Penyenggaraan Alat (PPA) diterima.
Peranan dan fungsi PTV dalam
mata pelajaran RBT
INDIVIDU
◦ Dari segi perkembangan individu PTV membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya
mengenai alatan, bahan dan mesin disekeliling mereka semasa mempelajari RBT.
◦ Memberi peluang murid mencuba,mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti hasil teknologi yang sesuai
dengan intelek
◦ Memupuk sikap positif, mengamalkan budaya kerja yang baik
◦ Mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti.
◦ Menggalakkan kearah keusahawanan.
◦ Memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja sebagai jurutera, pereka bentuk dan
ahli perniagaan
SOSIAL
◦ Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah teknologi dan keusahawanan, kemahiran
praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi.
◦ Pembentukan masyarakat yg berorientasikan teknologi dan keusahawanan - selaras dgn hasrat negara
◦ Membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menahan cabaran.
◦ Kemahiran Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif.
EKONOMI
◦ Latihan dalam kerja boleh membantu menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan cekap yang boleh meningkatkan
keberuntungan dan kebolehkendalian syarikat. Perniagaan akan mempunyai kedudukan yang baik apabila mereka tahu dan
faham tentang syarat dan keperluan dalam industri perniagaannya.
◦ Mewujudkan kumpulan pekerja teknikal berbakat dalam pelbagai industri perniagaan untuk menyokong keperluan pasaran
negara, serantau dan global.
◦ Meningkatkan pendapatan negara
Kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
PENYELESAIAN MASALAH DAN REKA BENTUK
◦ Penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan berfikir (aras tinggi)
◦ Penyelesaian masalah secara kreatif (manifestasi personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi
seseorang murid)
KEMAHIRAN BERFIKIR
◦ Refleksi guru, permodelan
◦ Penyelesaian masalah
◦ Pembelajaran koperatif
◦ Perbincangan kumpulan
Kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
PEMIKIRAN KREATIF DAN PEMIKIRAN KRITIS
Daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijana dan dikembangkan. Diantara kemahiran berfikir yang perlu
diberi tumpuan adalah:
◦ Membandingbezakan bentuk-bentuk asas dalam persekitaran.
◦ Menghubungkait bentuk-bentuk dalam aktiviti membina bentuk produk
◦ Menjana idea kreatif dan inovatif
◦ Mentafsir lukisan kerja
◦ Menjana idea-idea baharu untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek
◦ Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan
◦ Mengkelaskan jenis tanaman
◦ Sentiasa mencari peluang penambahbaikan(kritikan pada hasil diri sendiri)
KEMAHIRAN BERFIKIRAN ARAS TINGGI (KBAT)
◦ Reka Bentuk produk
◦ Aspek keselamatan
◦ Mencari alaternatif lain
Kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
AKTIVITI REFLEKSI
Boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas kembali dalam melaksanakan tugasan
RBT. Di antaranya:
◦ Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan
◦ Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam mereka bentuk dan
proses pembuatan
◦ Melihat alternatif-alternatif yang ada dan
◦ Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang.
KREATIVITI, INOVASI SERTA ASAS KEUSAHAWANAN
◦ Semua murid mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif, inovatif dan mempunyai capaian penuh
terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum.
◦ Hasil kreativiti dan inovasi dapat dipasarkan jika mempunyai nilai komersial.
◦ Secara tidak langsung, murid-murid turut didedahkan dengan bidang keusahawanan
Ciri-ciri Kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
PERKEMBANGAN DAN PROSES PEMBINAAN KEMAHIRAN
◦ Penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif.
◦ Idea-idea baharu dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada produk sedia ada.
◦ Mendapat pengalaman membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan dan bertanggungjawab terhadap
kesan penggunaan idea tersebut.
PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN DALAM RBT
◦ Kaedah pengajaran yang berkesan
◦ Banyak idea, pelbagai sumber dan bahan diperlukan dalam penyelesaian masalah
◦ Dapat lihat perkaitan antara pengetahuan dan kefahaman
◦ Memberi kesedaran tentang konteks sosial perilaku manusia
SIKAP DAN KUALITI PERIBADI
◦ Penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek
◦ Kerja mahir adalah penting jika peralatan dibina bertujuan untuk perkhidmatan
◦ Murid RBT seharusnya boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang untuk mereka bentuk dan aktiviti
teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan dan industri.

`
Ciri-ciri Kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
NILAI-NILAI MURNI DALAM RBT
◦ Membentuk personaliti murid
◦ Nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang relevan perlu merentasi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran RBT.
◦ Memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran
terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber
PEMBINAAN KEMAHIRAN KOLABORATIF DALAM KUMPULAN
◦ Projek kumpulan
◦ Membincang secara terbuka
◦ Memuji dan menyesuaikan idea orang lain
◦ Peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran

`
Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT
◦ LITERASI merupakan keupayaan untuk menulis dan membaca bagi mendapatkan makna
daripada perkataan.
◦ RBT boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar
◦ Sesi amali juga boleh memperkembangkan literasi, 3M dan ICT
◦ ICT merupakan peluang tambahan bagi mengembangkan literasi, 3M dan merapatkannya
dengan RBT
◦ ICT sebag sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti
◦ ICT dapat menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan, berasaskan
perisian
◦ Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus

`
Fikirkan

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan


mengikuti program pendidikan Teknik dan vokasional
Prinsip PTV
◦ Generalisasi yang menyatakan amalan pilihan dan menjadi panduan bagi
pembentukkan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan
pembinaan polisi.

Falsafah PTV
◦ Satu kerangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai
yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan
PTV
Konsep dan asas falsafah
• Sebagai pegangan dan panduan halatuju
• Sebagai asas membentuk tujuan, matlamat dan objektif PTV
• Sebagai panduan untuk tindakan yang perlu diambil bagi membuat
perubahan
• Sebagai panduan dalam membina kurikulum yang bersesuaian
• Sebagai membantu dalam membuat keputusan, memilih aktiviti
pembelajaran dan penyediaan sumber.
Konsep dan asas falsafah
Penggubal Falsafah:
• Ahli Falsafah, pembuat dasar, pembentuk kurikulum, pengamal dan pelaksana
termasuk guru-guru dan pentadbir, pengguna produk atau pihak industri.
• Kaedah Pembentukan Falsafah:
a) Kaedah Induktif - kaedah dari dalam keluar. Kaedah
yang melihat senario dunia PTV sebelum membentuk
falsafah.
i) mengenalpasti praktis sedia ada dalam PTV yang
selalu diamalkan
ii) menentukan teori pendidikan yang menjadi asas
praktis-praktis tersebut
iii) mengestrak daripada teori tersebut pandangan atau
andaian mengenai realiti, kebenaran dan nilai
Konsep dan asas falsafah
b) Kaedah Deduktif - kaedah dari luar ke dalam . Kaedah
yang melihat dunia luar sebelum membentuk falsafah.
i) Membentuk pandangan atau andaian yang menyeluruh
mengenai realiti, kebenaran dan nilai
ii) menghuraikan teori pendidikan yang tersirat dalam
andaian tersebut.
iii) menggambarkan tingkahlaku guru, tujuan pengajaran
dan hasil pembelajaran yang diharapkan iaitu mengenal
pasti praktis yang seharusnya diamalkan.

Sebelum pembentukan falsafah hendaklah memastikan praktis


dan teori pendidikan konsisten dan koheren dengan andaian yang
dibuat.
Konsep asas PTV
Konsep asas PTV
Konsep asas PTV
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara"
Proses Pembentukkan Falsafah PTV
FALSAFAH

DEDUKTIF

INDUKTIF

DALAM KE
ANDAIAN

LUAR
DARI LUAR

DARI
TEORI
KE DALAM
PRAKTIS

FALSAFAH
Hubungan PTV dengan RBT
◦ Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan sesuatu produk atau impak.
◦ Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan
menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan
kehidupan.
Keperluan PTV dalam kurikulum di
Peringkat Kebangsaan
• Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif Pendidikan Vokasional
yang terdiri daripada memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan
individu dan memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini ketiga-tiga
objektif ini menjadi dasar dalam pembentukkan objektif PTV

Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh sesorang guru?
Apakah yang berlaku jika Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menitikberatkan
keperluan individu dan negara.
Keperluan PTV dalam kurikulum di
Peringkat Kebangsaan
• Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif Pendidikan Vokasional
yang terdiri daripada memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan
individu dan memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini ketiga-tiga
objektif ini menjadi dasar dalam pembentukkan objektif PTV

Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh sesorang guru?
Apakah yang berlaku jika Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menitikberatkan
keperluan individu dan negara.
Evolusi Perkembangan PTV
• Sediakan satu persembahan grafik tentang evolusi perkembangan PTV di Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh sesorang guru?
Apakah yang berlaku jika Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menitikberatkan
keperluan individu dan negara.
Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT
• Sediakan satu persembahan grafik tentang evolusi perkembangan PTV di Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh sesorang guru?
Apakah yang berlaku jika Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menitikberatkan
keperluan individu dan negara.

Anda mungkin juga menyukai