Anda di halaman 1dari 1

Amanah

Salah satu nilai yang membentuk seorang insan yang terpimpin dalam prinsip
integriti adalah amanah. Ia dilihat apabila seseorang mengamalkan sikap bertanggungjawab
yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain dengan melaksanakan
tuntutan yang diberikan dengan baik serta tepat pada tempoh yang ditetapkan. Setiap
individu di dunia ini perlulah menunaikan janjinya dengan positif dan tegas. Hal ini akan
menimbulkan kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang yang mengamalkan sifat
tersebut. Insan yang mempunyai sifat amanah perlulah dedikasi dalam membuat seseuatu
perkara serta perlu melibatkan diri dalam perkara tersebut dengan sepenuhnya sehinggalah
menyempurnakan tugasan yang diberikan tersebut tanpa sebarang penyelewenggan.

Guru-guru memainkan peranan penting sebagai seorang contoh teladan bagi


melahirkan pelajar sebagai insan yang bermoral dari segi nilai amanah. Sikap
bertanggungjawab yang terdapat dalam diri seseorang guru ketika menjalankan tugas yang
telah diberikan. Contohnya, jika seorang pelajar mengadakan sesi kaunseling dengan guru
kaunseling. Pelajar tersebut telah memberitahu segalanya tentang diri mereka kepada guru
tersebut. Guru tersebut tidak boleh membagitahu rahsia pelajar tersebut kepada orang lain
tanpa kebenaran pelajar tersebut. Jika guru tersebut membocorkan rahsia tersebut,
kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan terhadap guru tersebut akan dihilangkan oleh
pelajar tersebut kerana guru tersebut tidak mengamalkan nilai amanah. Perkara ini akan
memberikan kesan buruk terhadap pelajar tersebut pada masa depan iaitu pelajar tersebut
tidak akan mempercayai orang lain pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai