Anda di halaman 1dari 6

SJK ( T ) SARASWATHY PETALING KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
Program Lawatan Menjejak Kasih Warga Emas

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PANITIA MORAL & PENDIDIKAN SIVIK

Sasaran: Murid-Murid Tahun

Tarikh:

20 JULAI 2013 ( SABTU )

Masa: 9.00 pagi hingga 12. 00 tgh

Tempat: Rumah Warga Emas Taman YARL

1. TUJUAN Memberi kesedaran kepada murid-murid dalam erti kasih sayang ibu bapa. 2. NAMA PROJEK Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas 3. PENGENALAN Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas adalah program berdasarkan kepada program penyayang. Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara lansung maupun tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran ditinggalkan oleh anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu,sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa kami sebagai seorang anak agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan rasa sedikit keprihatian daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Selain itu,kami membawa sedikit ilmu yang ada pada kami kepada warga tua disana dalam mencari erti kasih sayang dan menerima sebagai satu ujian untuk diri. 4. OBJEKTIF 1. Mengeratkan sillaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur. 2. Murid dapat mempelajari ,Mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa.

3. Murid dapat memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat. 4. Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain. 5. Murid dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dengan bersosial dengan masyarakat di sana. 5. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM 1. Memberi kesedaran kepada peserta dalam erti kasih sayang ibu bapa. 2. Dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan sebuah erti kehidupan dan masa muda. 3. Supaya warga tua tidak merasakan dipinggirkan oleh masyarakat. 4. Meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri murid . 5. Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami setelah diabaikan dan dibuang oleh anak-anak mereka. 6. Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat -sifat warga tua agar dapat mendidik diri para peserta menjadi insan yang cakna dengan warga tua . 6. TARIKH DAN HARI 20 JULAI 2013 (Sabtu) 7. TEMPAT Rumah Warga Emas Taman Yarl 8. JENIS KEGIATAN / PROGRAM 1. Beramah mesra dengan warga tua. 2. Mengambil cakna sifat-sifat warga tua dan bersosial dengan mereka. 3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan hati mereka. 4. Memberikan sedikit input kerohanian kepada warga tua.

9.

PESERTA 15 orang murid Saraswathy

10.

STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A 11. ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran B 12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada ( sumbangan daripada guru- guru SJKT SARASWATHY ) 13. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para peserta mendapat impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program ini, murid lebih cakna kepada masyarakat sekeliling,menghargai ibu bapa mereka dan lebih menghargai masa muda yang mereka miliki pada saat ini.

Disediakan oleh ,
oleh,

Disokong dan diluluskan

_____________ Pn.P. Pushpavali Guru Bimbingan & Kaunseling SJKT Saraswathy , Petaling

_____________ En. S.Jayapalan Guru Besar, SJKT Saraswathy, Petaling

Lampiran A Pengerusi : EN. JAYAPALAN SUPPIAH ( Guru Besar SJK(T) Saraswathy, KL ) Timbalan Pengerusi : Pn. Rebecca ( Penolong Kanan Kurikulum ) N. Pengerusi 1 : Pn.Patma devi ( Penolong Kanan HEM ) N. Pengerusi 2 : Cik. Latha ( Penolong Kanan Kokurikulum ) Setiausaha : Pn. Pushpavali ( Guru Bimbingan dan Kaunseling ) AJK : 1) Cik. Vimala ( gambar )

2) Pn. Yogeswary ( makanan ) 3) Pn. Saraswathy ( kutipan sumbangan ) 4) Pn. Nalini ( pemilihan murid & surat kebenaran )

5) Pn. Pushpavali ( laporan ) 6) Pn. Jayaletchumy ( brosur ) 7) Pn. Rosnee ( aktiviti )

Lampiran B ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS (20 Julai 2013 , Sabtu)

8.3 0 pg 8.45pg 9.00 pg 10.00 pg 11.00 pg 11. 30 pg 11. 45 pg

: : : : : : :

Mengambil kedatangan murid di Dewan Saraswathy. Bertolak ke rumah warga emas Berkenalan dan sesi beramah mesra dengan mereka. sarapan pagi Aktiviti - aktiviti bersama orang-orang tua Penyampaian sumbangan Bertolak pulang ke sekolah.