Anda di halaman 1dari 22

APLIKASI EDMODO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

PROGRAM PPG SEMESTER 6 Tahun 2014

MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA


JABATAN SAINS
IPG KAMPUS SARAWAK
zailaniipgks@gmail.com

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan aplikasi
Edmodo dan meningkatkan kesediaan pelajar menggunakan aplikasi Edmodo dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) disekolah. Seramai 20 orang pelajar yang kesemuanya mengajar mata
pelajaran sains telah dipilih dijadikan responden kajian. Kajian Tindakan ini menggunakan
model kajian tindakan Stephen Kemmis (1983) . Kajian tindakan ini menggunakan instrumen soal
selidik, analisis refleksi kerja kursus dan analisis perbincangan atas talian bagi tujuan
mengumpulkan data. Pengkaji melakukan analisis data secara digabungjalin yang diperolehi
daripada intrumen yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang
terlibat menunjukkan sikap yang sangat positif berkaitan penggunaan aplikasi Edmodo dalam
PdP sains disekolah. Penguasaan penggunaan aplikasi Edmodo dikalangan pelajar juga
meningkat. Min skor persepsi pelajar dalam mengaplikasikan Edmodo dalam PdP ialah 4.05
dan s.p 0.55 serta kesediaan pelajar menggunakan aplikasi Edmodo dengan min skor 4.05 dan
s.p 0.55. Ini menunjukkan pelajar-pelajar bersedia untuk menggunakan aplikasi Edmodo dalam
PdP disekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersedia untuk berkongsi
kemahiran penggunaan aplikasi Edmodo ini bersama-sama warga sekolah untuk memajukan
sekolah masing-masing.

PENGENALAN

Edmodo ialah aplikasi pembelajaran atas talian dalam bentuk rangkaian yang melibatkan guru
dan pelajar. Berbanding dengan Facebook, Edmodo adalah lebih selamat dan persekitaran
pembelajarannya adalah sesuai untuk digunakan di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru.
Edmodo adalah alat komunikasi pembelajaran yang boleh dijalankan dalam bilik darjah dan boleh
juga digunakan oleh guru untuk berinteraksi dengan guru lain diseluruh dunia untuk
membincangkan perihal pembelajaran yang diajar. Edmodo telah digunakan oleh ramai pendidik
di seluruh dunia untuk membantu pelajar dalam pembelajarannya. Aplikasi Edmodo adalah
percuma.

Edmodo boleh dicapai menggunakan komputer peribadi atau telefon pintar dan kedua-
duanya boleh saling berinterasi bila digunakan. Mudah. Dalam telefon pintar boleh dicari dalam
play storenya. Dalam komputer bolehlah layari Edmodo.com. Aplikasi pembelajaran
menggunakan edmodo boleh digunakan dalam pembelajaran kelas biasa atau secara atas talian.
Pelajar akan seronok menggunakannya. Bincang dulu dengan pelajar bagaimana nak guna dan
berhubung serta jangan lupa kod kumpulan . Jangan lupa maklumkan edmodo ini kursus untuk
belajar sahaja. Boleh buat soalan kuiz, soalan pendek, betul salah, soalan aneka pilihan dan
sebagainya dengan kawalan masa oleh guru. Ujian atas talian juga boleh dijalankan. Disamping
ini dalam laman web ini disediakan aplikasi program-program berbentuk interaktif yang boleh
digunakan sebagai bahan bantu mengajar mengikut tahap murid-murid masing.
Edmodo adalah pembelajaran dalam bentuk rangkaian sosial pelajar dan guru. Setiap
kelas dalam kumpulan yang di ajar adalah dibawah kawalan guru. Setiap pelajar memerlukan
kod kumpulan untuk menyertai perbincangan dalam kumpulan edmodo masing-masing. Pelajar
boleh berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru mengenai pembincangan pembelajaran yang
dijalankan. Guru boleh mengakseskan soalan dan masalah pembelajaran dalam kelas untuk
pelajar jawab. Jika ada jawapan yang tidak sesuai guru boleh memadamnya. Pihak pengurusan
boleh mengaudit pembelajaran guru dan pelajar mengenai pembelajaran yang telah dijalankan.

Jangan tunggu lagi. Mulalah sekarang. Boleh digunakan untuk interaksi mentor mentee.
Bertanya khabar mentee bila lama tak jumpa atau semasa guru diluar kawasan. Nak beri arahan
lanjut dengan pelajar, tiada masalah. Maklumat boleh disampaikan terus kepada semua mentee.
Untuk pembelajaran kelas bagi program PISMP, j-QAF, KDC, PPG dan sebagainya amat
membantu disebabkan guru mudah untuk menghubungi pelajar bertanyakan pembelajaran
pelajarnya atau bertanya soalan lanjut yang tidak kesampaian semasa mengajar dalam kelas.
Untuk maklumat lanjut dan maklumat sampingan guru boleh berinteraksi dengan guru-guru luar
negara dengan menyertai bidang pembelajaran apa yang kita suka dalam ruangan forum yang
disediakan. Seronok. Mulalah sekarang. Daftarlah. Lebih baik daripada Facebook. Jangan tunggu
lagi.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Menurut pandangan Ranjit Kaur dan Chua Lay Siok (2002), disebabkan penggunaan Internet
semakin berleluasa, golongan pendidik harus peka dan melengkapkan diri mereka dengan
kemahiran ini. Kepentingan Internet tidak dapat dinafikan dan pendidik seharusnya tahu
mendapatkan maklumat di hujung jari mereka sahaja. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan
oleh (Boyd dan Ellison 2007) kebanyakan menjurus kepada tapak rangkaian sosial di mana
terdapat banyak tapak yang telah dibangunkan untuk pengguna membina satu rangkaian untuk
berkomunikasi dan berinteraktif dengan komuniti dalam talian yang lain. Kajian ini penting
memandangkan semakin ramai pengguna terutamanya peringkat murid yang semakin giat
berkomunikasi dan menggunakan talian internet. Pembelajaran secara atas talian dengan
menggunakan aplikasi Edmodo ini bagi pelajar-pelajar PPG telah saya laksanakan pada tahun
2013 bagi kumpulan pelajar-pelajar Matematik semester 5. Penerimaan pelajar adalah amat
memberangsangkan sekali dan mereka terlibat dengan aktif dalam sesi pembelajaran yang
dijalankan. Kumpulan pelajar-pelajar Matematik ini mengambil subjek SCE3111 pada semester
5. Mereka terlibat dengan aktif berkaitan isi-isu dan soalan yang dibincangkan. Dalam masa yang
sama mentee saya pada semester 5 juga diminta untuk terlibat dengan aktif dalam forum
perbincangan akademik mentor mentee dalam aplikasi Edmodo yang disediakan terutamanya
berkaitan subjek BIG. Didapati mentee saya ini tidak terlibat dengan aktif. Cuma sebahagian
kecil sahaja yang terlibat. Oleh itu pengkaji rasa terpanggil supaya pelajar-pelajar sains dari
kumpulan SCE2 ini dapat menguasai dan terlibat dengan aktif dalam perbincangan akademik
dengan menggunakakan aplikasi ini. Harapan pengkaji jika mereka semua mahir menguasai
aplikasi ini mereka dapat meneruskan dan memperkembangkan penggunaan aplikasi Edmodo ini
dalam PdP disekolah mereka. Sebagai cabaran pembelajaran abad ke 21; guru-guru dan pelajar
perlu menguasai ICT yang dapat diintegrasikan dalam PdP disekolah. Guru dapat membimbing
dan memantau pembelajaran murid setiap masa.

FOKUS KAJIAN

Untuk memahirkan pelajar menguasai aplikasi Edmodo ini, bimbingan berterusan adalah
diperlukan. Bimbingan dijalankan secara bersemuka dan secara atas talian. Secara bersemuka

2
apabila kuliah dijalankan dan secara atas talian adalah dengan menggunakan aplikasi Edmodo
dengan pelajar berbincang dengan pensyarahnya untuk memahirkan diri dengan aplikasi ini.

Kajian ini dijalankan sebagai satu usaha untuk meningkatkan penguasaan pelajar
menguasai aplikasi Edmodo disamping meningkatkan kesediaan pelajar menggunakan aplikasi
Edmodo dalam PdP disekolah. Walaupun sebelum ini kumpulan ini pernah didedahkan kepada
aplikasi ini tapi dari aspek penguasaan dan penggunaan masih berada pada tahap yang rendah. Ini
dibuktikan dengan penglibatan yang amat sedikit dalam forum perbincangan secara atas talian
bagi program mentor mentee. Cuma 4 orang pelajar yang terlibat dari 20 orang pelajar. Itu pun
interaksi atas talian cuma sekali sahaja. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mempertingkatkan
penguasaan aplikasi Edmodo dikalangan pelajar dengan harapan pelajar dapat mengaplikasikan
Edmodo dalam persekitaran PdP mereka disekolah masing-masing. Aplikasi Edmodo ini sesuai
digunakan disekolah untuk meningkatkan kualiti PdP murid-murid. Disamping itu pelajar-pelajar
dapat berinteraksi dengan guru diserata dunia untuk berkongsi maklumat dalam bidang
pengajaran yang diceburi.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mempertingkatkan penguasaan aplikasi Edmodo dikalangan pelajar
dan meningkatkan kesediaan pelajar untuk mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam PdP
disekolah masing-masing.

Objektif Kajian

Adalah diharapkan daripada kajian ini pelajar dapat;

1. Meningkatkan penguasaan aplikasi Edmodo dalam pelaksanaan PdP.


2. Meningkatkan kesediaan pelajar menggunakan aplikasi Edmodo dalam PdP.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan dengan menggunakan Model Kajian Tindakan
MacKemmis utk mengenalpasti masalah yang timbul dan mencadangkan cara-cara untuk
mengatasi masalah-masalah yang timbul. Tiga peringkat bimbingan dijalankan iaitu semasa
interaksi 2(22/2/2014) interaksi 3(15/3/2014) dan interaksi 4(12/4/2014). Interaksi 5 (3/5/2014)
adalah perjumpaan yang terakhir untuk kumpulan ini.

Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1983)[dalam Rosinah Edini (2012)]
digunakan. Model ini memaparkan satu siri lingkaran langkah-langkah kajian tindakan
berterusan. Ianya menekankan bahawa situasi yang ingin dikaji tidak semestinya dapat
dikenalpasti secara tepat. Yang penting adalah pengkaji boleh mendefinasikan situasi berkenaan
dan membuat penaksiran terhadap situasi tersebut. Berdasarkan penaksiran ini, pemilihan fokus
yang menjadi keutamaan kajian dilakukan semasa kajian dilakukan.

Semasa kajian dilakukan masalah-masalah utama akan dikenalpasti dan langkah-langkah


penyelesaian dicadangkan untuk mengatasi masalah tersebut. Perancangan tindakan yang dibuat
melibatkan usaha-usaha dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah atau
mengubah tingkahlaku yang tidak diingini semasa peringkat tinjauan dikenalpasti. Perbincangan
dengan pelajar dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah dan merancang tindakan susulan untuk

3
mengatasinya. Kaedah ini menggunakan kaedah bimbingan secara bersemuka dalam kelas dan
secara perbincangan atas talian dengan menggunakan aplikasi Edmodo.

Perancangan dibuat dengan teliti untuk membantu dan mengenalpasti masalah pelajar
dalam mempelajari dan meningkatkan kualiti penggunaan dan pemahaman aplikasi Edmodo ini.
Soalan daripada pelajar dalam kelas diambil dan dicatat dan dibincangkan untuk mengenalpasti
masalah serta tindakan susulan yang perlu dibuat. Bimbingan secara talian juga dijalankan dalam
forum Edmodo menggunakan akses subjek SCE3111. Soalan yang dikemukakan akan dijawab
disamping maklumat tambahan diberikan untuk membantu mereka menguasai aplikasi ini supaya
mudah untuk mereka memahami dan mengaplikasikan aplikasi ini untuk digunakan diperingkat
sekolah masing-masing.

Semasa peringkat pelaksanaan , pemantauan penggunaan aplikasi ini diperingkat pelajar


dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Edmodo. Pemantauan dan bimbingan
berterusan secara atas talian dijalankan agar pelajar dapat dibantu dengan serta merta jika
menghadapi masalah. Disini aspek bimbingan berterusan dapat ditingkatkan dan penguasaan
penggunaan aplikasi Edmodo diperingkat pelajar dapat diterapkan.

Setelah pelaksanaan penggunaan aplikasi ini dijalankan, perbincangan dan refleksi


pelaporan peringkat 1 dilaksanakan. Semasa perbincangan dijalankan, pelajar akan membuat
refleksi dan menilai semula kehendak dalam soalan, adakah sudah dipenuhi atau sebaliknya.
Segala kekuatan yang ada akan dimurnikan dan kelemahan akan dinilai semula dan akan
ditambahbaikkan.

Dalam kajian ini, gelungan sebanyak dua peringkat dikaji. Gelungan pertama lebih
kepada mengkaji dan menilai serta mencadangkan penambahbaikan yang perlu dibuat dengan
bimbingan secara berterusan. Gelungan kedua lebih kepada tindakan susulan mengenai
tingkahlaku atau masalah yang dikenalpasti dan cuba diatasi.

Responden Kajian

Responden kajian terdiri daripada 20 orang pelajar PPG semester 6 dari kumpulan SCE2 yang
mengambil subjek SCE3112.

Bil Demografi Responden Kekerapan % Kekerapan

1 Jantina Lelaki 13 65
Perempuan 7 35
2 Lokasi sekolah Bandar 8 40
Luar Bandar 12 60
3 Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 0 0
Mata Pelajaran Sains Antara 5thn dan 10 thn 14 70
Lebih 10 tahun 6 30
4 Pengalaman tidak pernah 2 10
Menggunakan Internet 2- 4 tahun 7 35
dalam Pembelajaran Lebih 5 tahun 11 55
5 Kekerapan Sebulan sekali 11 55
Menggunakan Edmodo Seminggu sekali 6 30
dalam Pembelajaran Lebih sekali seminggu 3 15
Jadual 1 : Demografi Responden

4
Aspek demografi responden adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1. Pelajar-
pelajar ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains sekolah rendah.
Terdapat 13 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. 8 orang tinggal di bandar dan 12
orang tinggal di luar bandar. Kesemua mereka berpengalaman mengajar sains lebih 5 tahun.
Aspek penggunaan internet juga memuaskan dengan 11 orang berpengalaman lebih 5 tahun.
Kekerapan menggunakan Edmodo dalam pembelajaran juga kurang memuaskan. 11 orang
sebulan sekali dan 6 orang seminggu sekali.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, borang refleksi diri,
refleksi kerja kursus dan maklumat perbincangan atas talian.

(a) Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar adalah diubahsuaikan daripada kajian Siti
Salwa Atan dan Jamaludin Badusah(2013).

Bahagian Butiran

Bahagian A Mengandungi soalan-soalan yang berkaitan demografi pelajar.


Bahagian B Mengandungi soal selidik untuk mengukur persepsi responden dalam
mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam PdP.
Bahagian C Mengandungi soal selidik untuk mengukur kesediaan sampel
mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam PdP.

Jadual 2: Kandungan soal selidik mengikut bahagian

Setiap item dalam Bahagian B dan C mengandungi lima pilihan jawapan berdasarkan
skala Likert yang menyatakan darjah persetujuan berbentuk skala lima mata. Kedudukan
skalanya dinyatakan seperti 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang
Setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju.

(b) Borang Refleksi Diri

Borang refleksi diri yang digunakan dalam kajian adalah diubahsuai daripada borang refleksi diri
Muhaya Hj. Mohamad (2012) yang berfokus kepada menilai sikap diri yang negatif agar dapat
diubah menjadi sikap yang positif. 2 set borang refleksi diri digunakan.

(c) Refleksi Kerja Kursus

Kerja kursus pelajar yang sudah siap disemak menggunakan PMM yang disediakan bagi
mengkaji kekuatan dan kelemahan kerja kursus. Kerja kursus pelajar ini telah disemak
oleh pensyarah yang mengajar iaitu Pn. Dr. Balkis Shah. Pengkaji mendapatkan markah
pelajar untuk soalan 2 dengan wajaran markah 40% daripada beliau dan mengkaji
refleksi kerja kursus pelajar yang berkaitan dengan Edmodo.

5
(d) Maklumat Perbincangan Atas Talian

Pelajar diminta mengemukakan permasalahan mereka berkaitan Edmodo melalui forum


yang telah disediakan dalam aplikasi Edmodo untuk subjek ini bagi perbincangan lanjut.

Analisis Data

Dalam kajian ini, analisis data secara digabungjalin yang diperolehi daripada intrumen kajian
dibuat untuk memberi makna kepada dapatan kajian. Maklumbalas dari responden
dianalisis dan direkodkan. Data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis dengan
menggunakan Program SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 15.0 dengan
menggunakan statistik deskiptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan.

PELAKSANAAN KAJIAN

Gelung 1

Tinjauan Masalah

22 Februari 2014; Kelas SCE2, Diterangkan dan dihuraikan soalan no. 2 untuk kerja kursus major
SCE3112 (JST SCE3112). Soalan 2 adalah berkaitan sumber multimedia yang berkaitan sumber
internet dalam PdP. Semasa penerangan dijalankan kebanyakannya pelajar diam, mungkin masih
khusyuk dan cuba memahami kehendak soalan diberi. Diulangkan lagi dan dijelaskan dengan
mendalam. Rujuk soalan yang diberi.

2. Bahan internet adalah sumber pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan multimedia.
Dengan menggunakan aplikasi Edmodo sebagai contoh, huraikan bagaimana aplikasi ini
dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Masukkan juga
bahan-bahan berkaitan dalam huraian anda. Anda jadikan diri anda sebagai guru dalam
aplikasi ini dan masukkan beberapa murid sebagai peserta perbincangan untuk
menghasilkan bahan anda. Bincangkan kesesuaian aplikasi Edmodo sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. (40%)

Jadual 3 : Soalan Kerja Kursus

Wow. Begitu kehendak soalannya. Untuk makluman; kelas ini adalah kelas mentee saya. Saya
juga menggunakan aplikasi Edmodo ini untuk berinteraksi dengan pelajar saya berkaitan
perkembangan akademik mereka. Tapi sayang mereka kurang menggunakan aplikasi ini, cuma
sebilangan kecil sahaja yang bertanya berkaitan mata pelajaran BIG mereka.

Sesudah ulangan huraian diberikan untuk memahami kehendak soalan, PdP dijalankan seperti
biasa. Habis kelas pada pagi itu seorang pelajar lagi bertanya soalan berkaitan kerja kursus ini.

Pelajar : Cikgu; untuk soalan ini saya create diri saya teacherkah? dan
bina semula platform untuk subjek sains dalam perbincangan saya
dengan murid. Murid seramai 5 orang boleh terlibatkah?
Mentor : Betul tu

6
Pelajar : Kami perlu minta pelajar jadi studentkah?
Mentor : Ya; Bahkan murid perlu ada akaun email sendiri dahulu untuk
mendaftarkan diri mereka sebagai student dalam perbincangan ini?
Mengkaji berkaitan permasalahan yang berlaku ini menguatkan tekad saya untuk membantu
pelajar bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini. Memikirkan cara untuk membantu mereka,
saya perlu kreatif menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu mereka menjawab soalan
tersebut. Maka saya gunakan aplikasi Edmodo untuk memantau kefahaman pelajar saya dalam
penggunaan aplikasi Edmodo kepada pelajar saya.

Perancangan

(a) Perbincangan atas talian dalam forum SCE3111 menggunakan aplikasi Edmodo
digunakan untuk membantu pelajar memahami secara lebih mendalam aplikasi ini.
(b) Borang Refleksi menggunakan aplikasi Edmodo diberikan kepada pelajar pada interaksi
ke 3 pada 15/3/2014.
(c) Soal selidik diedarkan pada interaksi ke 4 pada 12/4/2014
(d) Analisis dokumen kerja kursus berkaitan refleksi dibuat selepas 12/4/2014

Pelaksanaan

25 Februari 2014; maklumat tambahan dimuatnaikkan dalam ruangan perbincangan dalam forum
subjek saya sendiri SCE3111. Untuk makluman, saya tidak mengajar kumpulan ini bagi subjek
SCE3112.

7
ARAHAN LANJUT BERKAITAN EDMODO
Antara muka yang perlu pelajar-pelajar kuasai dan fahamkan kegunaannya dalam
berdasarkan kehendak soalan yang ditanya. Huraikan kegunaannya dan terangkan
bagaimana ia digunakan dan buatkan prt sc
8 dalam bentuk cetakan berkaitan hasil kerja
yang telah dibuat.
9
Ulasan COMMUNITIES perlu dimasukkan juga sebagai kolobrasi guru dengan guru-guru
lain diseluruh dunia untuk menambahkan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran

10
Pemantauan untuk bimbingan berterusan terus dijalankan. (25/2/2014) - Respon pelajar
setakat hari ini hanya 2 orang sahaja yang cuba untuk memahami dan menjawab soalan ini
selepas saya kemaskini maklumat tambahan.

11
12
13
Setakat (26/2 8/3/2014), respon pelajar amat sedikit. Dimaklumkan dalam minggu ini
mereka sibuk dengan minggu sukan sekolah dan minggu peperiksaan. Diharapkan selepas ini
mereka akan memberi maklum balas balas semula berkaitan aplikasi Edmodo yang digunakan.

Borang refleksi diri (Muhaya Hj Mohamad, 2012) diedarkan pada 15 Mac 2014 iaitu
pada interaksi ke-3 bagi merefleks diri pelajar sendiri terhadap tugasan yang diberi. Berdasarkan
borang refleksi tersebut untuk item Saya bersyukur dan gembira kerana setakat ini tugasan
saya, seramai 4 orang pelajar menyatakan mereka boleh log-in aplikasi ini dan telah mendaftar
diri dan murid-murid mereka masing-masing, 5 orang menyatakan tugasan dibuat dengan baik
dan dalam proses, 3 orang menyatakan media ini adalah media baharu dan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan dan pengalaman disamping meningkatkan kemahiran ICT mereka dan 6 orang
lagi masih dalam gambaran sahaja, membuat draf dan merangka kerja. Bagi item Satu fikiran
yang menghalang saya untuk melaksanakan tugasan ini ialah, 11 orang menyatakan menghadapi
masalah capaian internet, seorang menghadapi masalah kekangan masa, 4 orang masalah
kekangan tugas disekolah dan 4 orang sukar memahami tugasan. Bagi item Satu tabiat negatif
yang saya mesti ubah ialah, 5 orang masalah kerja suka bertangguh, 2 orang masalah mengurus
masa, 7 orang cepat putus asa dan 10 orang rasa ini adalah bebanan dan tidak mahu mencuba
yang baharu, bersikap sambil lewa dan masalah mendapat maklumat Bagi item Tindakan yang
perlu saya lakukan untuk meningkatkan mutu tugasan ini ialah, 11 orang akan bertanya rakan
dan pensyarah, 5 oang akan membahagi masa sebaiknya dan 2 orang peka kepada tugasan,
berdisiplin. Bagi item Jangkaan tarikh tugasan dapat disiapkan ialah, dalam bulan April 17
orang dan Mei 3 orang

Refleksi Gelung 1

Pada peringkat Gelung 1 ini didapati pelajar-pelajar masih belum melaksanakan tugasan yg diberi
dengan sebaiknya. Masalah talian kurang memuaskan disamping beberapa kekangan diri dan
sekolah yang menghalang mereka dariapada membuat tugasan dengan baik. Antaranya ialah
berkaitan masalah capaian internet, kekangan masa dan kekangan tugasan disekolah disamping
kurang memahami kehendak soalan. Disamping itu tabiat pelajar sendiri yang suka bertangguh,
masalah mengurus masa, cepat putus asa dan tidak mahu mencuba suatu yang baharu. Sikap ini
yang perlu diubah dan diperbaiki lagi untuk mengurus kerja kursus dengan sebaiknya

Gelungan 2

Tinjauan Semula Masalah


Berdasarkan refleksi pada Gelung 1 masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar
adalah berkaitan masalah talian, masalah diri sendiri dan kekangan sekolah. Sikap
mereka juga perlu diubah.

Perancangan

Berdasarkan refleksi pelajar dalam Gelungan 1 menunjukkan mereka masih perlu dibantu
dan perlu mengubah sikap sendiri supaya tidak kerja bertangguh dan dapat mengurus
masa dengan sebaiknya dalam menyiapkan tugasan yaang diberi.

Pelaksanaan

14
Pada interaksi yang ke-3 (15/3/2014) sewaktu perjumpaan dengan pelajar perbincangan lanjut
dijalankan untuk mengenalpasti masalah mereka terutamanya berkaitan tidak mahu mencuba
suatu yang baharu. Yang berkaitan dengan sikap, nasihat dan bimbingan sahaja yang boleh
dibantu. Pelajar-pelajar perlu sentiasa meningkatkan kualiti diri dan kemahiran PdP masa kini
terutamanya yang berkaitan pembelajaran secara atas talian, motivasi diri, percaya kebolehan diri,
rujuk panduan diberi, buat rujukan, banyak bertanya kepada rakan dan pensyarah, aplikasikan
edmodo dalam PdP, bersungguh buat kerja, rujuk rakan, kemaskini Edmodo selalu serta kerja
tidak bertangguh dan pastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan.

Perjumpaan seterusnya pada interaksi ke-4 (12/4/2014). Bagi item Saya bersyukur
dan gembira kerana setakat ini tugasan saya, 20 orang pelajar menyatakan sudah menyiapkan
tugasan sepenuhnya. Bagi item Satu fikiran yang menghalang saya untuk melaksanakan tugasan
ini, 5 orang menghadapi masalah internet, 4 orang menggangap tugasan sukar, 4 orang masalah
kekangan masa, 2 kurang yakin dan masalah komitmen diri dan 2 orang suatu yang baharu dan
banyak persediaan perlu dibuat. Bagi item Satu tabiat negatif yang saya mesti ubah ialah, 12
orang masalah suka kerja bertangguh, 4 orang masalah akses maklumat dan 2 orang cepat
mengalah. Bagi item Tindakan yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan mutu tugasan ini
ialah, 5 orang perlu rajin dan proaktif, komited dan berdisipin dan 3 orang mematuhi masa.
Bagi item Jangkaan tarikh tugasan dapat disiapkan ialah, semua sudah siap seperti dirancang

Refleksi Gelung 2

Pada peringkat ini semua pelajar sudah maklum, tugasan yang diberi sudah disiapkan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kebanyakan sikap mereka sudah berubah
menjadi lebih baik dan diri sendiri yang perlu berubah. Orang lain tidak dapat mengubah.
Tugasan telah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Semua pelajar menghantar
tugasan pada interaksi yang ke-4(12/4/2014).

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Meningkatkan kualiti pelaksanaan PdP dengan menggunakan aplikasi Edmodo

Berdasarkan Rajah 1 markah pelajar daripada kerja kursus yang telah dijawab, min skor markah
pelajar adalah 86.9 dan s.p 5.2. Seramai 15 orang pelajar memperolehi markah lebih daripada
markah min skor. Kerja kursus ini adalah berkaitan pelaksanaan PdP dengan menggunakan
aplikasi Edmodo. Kerja Kursus ini telah di semak oleh Pn. Dr. Balkis Shah. Ini
menunjukkan majoriti pelajar telah dapat menguasai dan mengaplikasikan penggunaan
Edmodo dalam PdP disekolah masing-masing.

15
Bilangan Pelajar Markah 100%
1 75.00 Histogram
1 77.50
2 80.00
1 82.50
7 6
87.50
4 90.00
4 92.50
min (x) 86.9
Frequency
s.p 4
5.2
Jumlah Pelajar = 20 orang

Mean =86.88
Std. Dev. =5.186
N =20
0
70.00 75.00 80.00 85.00 90.00 95.00
markah100

Rajah1: Markah Pelajar

Rumusan daripada refleksi kerja kursus pelajar mendapati terdapat perkembangan positif
daripada mereka untuk berubah untuk mempertingkatkan lagi penggunaan Edmodo
dalam PdP di sekolah masing-masing. Antara kelebihan Edmodo sebagaimana
pengalaman yang mereka perolehi daripada kerja kursus ini ialah ....

....aplikasi Edmodo sangat menarik dan mempunyai kelebihan daripada aplikasi lain.Banyak
sebenarnya keistimewaan aplikasi ini yang hanya akan diketahui setelah kita sendiri
mengalaminya dan menggunakannya sebaik mungkin dan secara optimum.Dengan menggunakan
aplikasi ini,sememangnya ia banyak membantu meningkatkan kualiti pembelajaran. Paling
utama ialah respon yang diberikan oleh murid semestinya sangat baik kerana aplikasi ini
bergerak menggunakan internet dan alatan seperti laptop ataupun komputer.
Alexis

16
....jika sekolah mempunyai capaian internet yang baik, sesungguhnya satu kerugian jika tidak
memanfaatkan peluang yang ada dengan mendedahkan kepada murid kepentingan dan kebaikan
menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu medium perhubungan di antara guru,pihak ibu
bapa dan murid-murid.....

....antara kelebihan penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu
bapa tanpa mengira tempat dan masa serta merupakan satu platform pembelajaran yang
selamat.

...guru dan pelajar juga dapat berkongsi maklumat. Selain itu, ibu bapa juga dapat memantau
perkembangan dan hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui
Edmodo juga kos peralatan seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan.
Alexis dan Fendy

beliau juga menyatakan Edmodo dapat,

....menarik minat murid untuk mempelajari sains secara online menggunakan aplikasi ini.
Fendy
Disamping itu keyakinan diri murid dapat ditingkatkan,

......keyakinan pelajar dapat dipupuk dan dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dengan
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh
apabila pelajar berkomunikasi dengan aktif dengan rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka. Penggunaan Edmodo juga memungkinkan pembelajaran secara hands-
on dan minds-on di mana pelajar boleh bertukar-tukar maklumat dengan guru mahupun
sesama rakan pelajar yang lain....
Yus dan Tim

Ada pelajar yang terkesan dan teruja apabila,

.... aplikasi ini tidak mempunyai had untuk kita memuatnaik apa-apa sahaja maklumat dan
bahan tanpa mengubah jenisnya. Selain itu, kita juga boleh berkolaboratif dengan dunia luar
dan berkongsi pendapat dan pandangan serta boleh bertanyakan permasalah yang kita hadapi di
dalam menu komuniti.

....saya sangat teruja apabila apabila mendapati aplikasi ini sangat mudah dan mesra
pengguna berbanding dengan aplikasi yang diperkenalkan oleh pihak berwajib. Soalan yang
dibuat juga tidak perlu disemak kerana jawapan yang telah kita tanda akan dijana sendiri oleh
aplikasi serta gred akan keluar mengikut markah yang telah ditetapkan oleh kita, Kita boleh
melihat perkembangan dan memberi lencana yang sesuai dan sepadan seperti ketetapan piawai
yang telah kita tentukan. Masa yang kita tetapkan juga memberi masa yang banyak kepada
murid kerana mereka boleh menggunakannya dan menjawab soalan tersebut sehingga tarikh
akhir yang telah di tetapkan di dalam aplikasi.

...banyak lagi kegunaan aplikasi ini boleh di serap dan digunakan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang saya sangat suka semasa menggunakan
aplikasi ini adalah, saya boleh bertukar pendapat dan berkongsi menyelesaikan masalah
pembelajaran yang terdapat diluar Negara. Mereka juga mengajar bagaimana untuk
membina soalan dan kuiz yang lebih kreatif dan berkesan dalam masa 90 saat. Ia agak

17
mengejutkan saya apabila ada orang yang mengepos di laman utama menu edmodo dan
menberitahu bagaimana ia digunakan.
Shah

Murid berminat menjawab soalan kuiz,

.....saya juga telah mendapat maklum balas daripada murid-murid saya bila untuk membuat
lagi soalan kuiz dalam edmodo kerana mereka amat suka dan berminat untuk menggunakan
aplikasi ini dan menjawab soalan-soalan yang saya berikan untuk menambahkan pengetahuan
mereka dariapda mereka melayari internet dengan bermain games sahaja.
Aidah

Disamping itu harapan pelajar-pelajar terhadap aplikasi ini,

....penggunaan aplikasi ini juga sangat interaktif dan berguna. Guru-guru boleh berkongsi apa
sahaja maklumat yang berkaitan dengan PdP dan boleh menggunakan aplikasi ini untuk
menambah pengetahuan guru-guru sendiri. Di dalam aplikasi itu juga terdapat komuniti sains
yang dapat menjadi kenalan dan juga berkongsi segala bahan yang ada untuk dijadikan bahan
bantu mengajar. Aplikasi ini juga sangat mesra pengguna dan tidak susah untuk digunakan.

Alexis

....saya berharap semoga aplikasi ini dapat diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah supaya
dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam meneruskan
cabaran pendidikan di abad yang serba mencabar ini. Seperti motto Jabatan Pelajaran Sarawak
Bersama Menjulang Sarawak. Sebagai seorang guru yang menjadi pembimbing kepada
murid-murid, saya juga berharap agar usaha murni yang dilakukan mendapat kerjasama
daripada semua pihak yang bertanggungjawab dan bersama-sama membangun serta
menjalankan perkara yang membawa kebaikan kepada pendidikan Negara
Shah

...dan juga saya bebesar hati untuk mengesyorkan aplikasi Edmodo ini kepada semua rakan
guru supaya komuniti sekolah dapat mendapat perubahan dari segi penyampaian pengajaran
dan pembelajaran seiring dengan perubahan zaman.

Naz

...penggunaan aplikasi Edmodo dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya memberikan
satu alternatif baru dalam berinteraksi bersama dengan murid-murid. Jika sebelum ini interaksi
hanya berlaku di dalam bilik darjah, namun adanya aplikasi ini banyak membantu saya
berinteraksi dengan murid di alam maya. Murid boleh berinterkasi dengan saya pada bila-bila
masa dengan syarat adanya talian internet.

...selain itu, ia juga membantu saya mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang aplikasi
EDMODO yang ketika ini merupakan satu aplikasi yang banyak digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan tentang aplikasi ini membolehkan saya menggunakan aplikasi
ini di sekolah saya untuk mengajar mata pelajaran sains. Malahan saya juga bercita-cita ingin
berkongsi tentang kebaikan aplikasi ini bersama dengan rakan-rakan guru di sekolah saya.
Zak

18
....pengetahuan tentang aplikasi ini membolehkan saya menggunakan aplikasi ini di sekolah
saya untuk mengajar mata pelajaran sains. Malahan saya juga bercita-cita ingin berkongsi
tentang kebaikan aplikasi ini bersama dengan rakan-rakan guru di sekolah saya.
Ahmad

... saya juga berasa agak berminat untuk menggunakan aplikasi ini pada masa akan datang
kerana saya boleh menggunakan dan mengaplikasikan apa yang telah saya ajar untuk pelajar
saya sendiri.
Tantiana

... saya juga telah mempromosikan aplikasi ini di sekolah saya dan ada beberapa orang guru
berminat dan telah mencubanya kepada anak-anak murid mereka sendiri. Saya juga memberi
penerangan kepada mereka bagaimana penggunaan aplikasi ini dan mengapa ia bagus sebagai
alat pengajaran kita di dalam kelas.

...mungkin pada masa akan datang saya akan cuba membuat In-House Training: dan
bengkel kepada guru-guru di sekolah saya dan memperkenalkan aplikasi dann program ini
kepada mereka supaya mereka dapat menyediakan soalan-soalan dan nota-nota bagi murid
mereka semasa cuti sekolah ataupun hujung minggu.
Aidah
Dapatan ini selari dengan kajian Asniza dan Zaidatun (2011) yang mengatakan bahawa
integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat
meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang hayat
seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud
kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara murid daripada
pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman murid.

Dalam pada itu sikap pelajar pun juga berubah,

..namun walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu saya hadapi, saya tetap bersyukur
kerana dapat menyiapkan tugasan ini walaupun tidak tepat pada tarikh yang telah ditetapkan.
Mudah-mudahan pada semester yang akan datang saya dapat berusaha untuk tidak mengulangi
perkara sebegini lagi
Bohari

...ia memerlukan saya mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber,
saya juga belajar bagaimana membuat pembahagian masa antara bidang tugas guru di sekolah
dan juga tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pelajar dalam masa yang sama.
Kedua-dua amat penting untuk dipenuhi. Jadi pengurusan masa yang sistematik dan sedikit
pengorbanan amat membantu saya dalam mengatasi masalah ini.
Ahmad

Kajian oleh Zainudin dan Muhamad Azam (2011) mendapati, latihan atau kursus
menggunakan komputer dan Internet mungkin diperlukan oleh guru supaya komputer dapat
digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses PdP. Sebelum penggunaan komputer dan Internet
digunakan bagi proses pengajaran, perlulah diberi perhatian adakah kelengkapan peralatan yang
disediakan di dalam kelas mencukupi. Bagi menjayakan pengajaran menggunakan komputer dan
Internet di sekolah, kelengkapan jaringan komputer dan Internet di bilik guru mestilah
bersesuaian. Sebarang masalah yang timbul akan membantutkan penggunaan komputer dan
Internet bagi tujuan pengajaran oleh guru.

19
Menilai kesediaan pelajar menggunakan aplikasi Edmodo dalam PdP disekolah

Persepsi pelajar dalam mengaplikasikan aplikasi Edmodo 1 2 3 4 5 min sp


dalam PdP.
1 Edmodo mudah dipelajari 5 70 25 4.2 0.52
2 Saya mudah menyediakan bahan pengajaran sains 5 25 45 25 3.90 0.85
di dalam aplikasi Edmodo
3 Edmodo menjadi tempat pembelajaran atas talian 20 65 15 3.95 0.61
yang efektif.
4 Bahan pengajaran dapat dikongsi bersama murid 25 60 15 3.90 0.64
dan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.
5 Perbincangan PdP dengan murid boleh dijalankan 5 15 45 35 4.1 0.85
pada bila-bila masa
6 Perkongsian dalam Edmodo meningkatkan 10 55 35 4.25 0.64
kemahiran ICT semua warga sekolah.
Min 4.05 0.55
Jadual 4: Persepsi sampel dalam mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam PdP

Daripada Jadual 4 menunjukkan persepsi pelajar dalam mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi dengan min skor 4.05 dan s.p 0.55. Ini menunjukkan
pelajar-pelajar telah bersedia dengan pembelajaran secara atas talian dan aplikasi ini
memudahkan mereka untuk berinteraksi dan memberi bimbingan berterusan dengan pelajar
mereka bila-bila masa. Edmodo ini mudah dipelajari dan mereka bersedia untuk berkongsi
kemahiran ini bersama warga sekolah asing-masing. Minat juga mendorong guru-guru ke arah
membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. Othman dan
Lukman (2008) menyatakan minat terhadap ICT juga seterusnya akan meningkatkan kesediaan
guru-guru untuk memajukan diri sendiri serta mengubah sikap ke arah yang lebih positif.

Mengukur kesediaan sampel mengaplikasikan aplikasi 1 2 3 4 5 min sp


Edmodo dalam PdP
1 Perbincangan soalan tambahan dan kuiz 5 15 45 35 4.10 0.85
dikendalikan oleh guru pada bila-bila masa.
2 Pengkongsian maklumat dan perbincangan lanjut 5 25 45 25 3.90 0.85
berkaitan sains dijalankan bersama-sama guru
sains seluruh dunia melalui Edmodo.
3 Saya sudah teliti kandungan di dalam Edmodo 5 25 50 20 3.85 0.81
sebelum cuba mengaplikasikannya dalam PdP
sains.
4 Saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini 15 30 55 3.40 0.75
Edmodo
5 Saya hanya memuat naik bahan pengajaran yang 15 80 5 3.90 0.45
berkualiti untuk murid.
6 Saya membimbing murid-murid yang kurang 5 15 70 10 3.85 0.67
mahir menggunakan Edmodo
7 Saya sentiasa memastikan murid menyemak 10 35 40 15 3.60 0.88
sebarang aktiviti yang dikongsi di Edmodo

20
8 Bahan-bahan PdP saya disimpan dalam Library 10 35 45 10 3.55 0.82
Edmodo
Min 3.77 0.55
Jadual 5: Mengukur kesediaan pelajar mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam PdP
Daripada Jadual 5 menunjukkan pelajar bersedia mengaplikasikan aplikasi Edmodo dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan min skor 3.77 dan s.p 0.55. Kesediaan ini
menunjukkan guru boleh mengendalikan kuiz pada bila-bila masa disamping murid-murid yang
kurang mahir boleh dibimbing untuk menguasainya. Begitu juga pelajar sudah menguasai isi
kandungan aplikasi Edmodo sebelum mengaplikasikannya dalam PdP sains disekolah masing-
masing.

Ini yang membanggakan kumpulan ini, ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama
warga sekolah untuk meningkatkan kualiti PdP murid-murid dalam lonjakan gelombang
teknologi maklumat masa kini. Abdul Rashid, Norhashimah dan Shamsudin (2012) menyatakan
pelaksanaan perubahan perlu dilakukan dengan segera sama ada dalam pengurusan, pengajaran
mahu juga pembelajaran. Justeru, guru mempunyai peranan yang amat berat dalam usaha
mempertingkat pencapaian murid-murid di dalam bilik darjah. Hal ini dapat diterjemahkan
melalui perubahan yang berpaksikan kepada penerimaan murid khususnya dalam pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran. Ledakan ICT adalah seiring dengan
perkembangan dunia pendidikan pada masa kini.

KESIMPULAN

Bagi saya, aplikasi edmodo ini amat bagus dan mudah untuk digunakan sekiranya kita telah
menguasai cara menghasilkannya dan menggunakannya. Selain daripada itu, saya juga telah
mempromosikan aplikasi ini di sekolah saya dan ada beberapa orang guru berminat dan telah
mencubanya kepada anak-anak murid mereka sendiri. Saya juga memberi penerangan kepada
mereka bagaimana penggunaan aplikasi ini dan mengapa ia bagus sebagai alat pengajaran kita
di dalam kelas.
Aidah

Saya berharap semoga aplikasi ini dapat diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah supaya
dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam meneruskan
cabaran pendidikan di abad yang serba mencabar ini. Seperti motto Jabatan Pelajaran Sarawak
Bersama Menjulang Sarawak. Sebagai seorang guru yang menjadi pembimbing kepada
murid-murid, saya juga berharap agar usaha murni yang dilakukan mendapat kerjasama
daripada semua pihak yang bertanggungjawab dan bersama-sama membangun serta
menjalankan perkara yang membawa kebaikan kepada pendidikan Negara.
Shah

Ini yang kita kehendaki daripada pelajar kita, jangan kita ketinggalan dengan teknologi
maklumat, terutamanya berkaitan dengan perubahan teknologi pendidikan. Perubahan teknologi
maklumat telah merubah juga corak pendidikan kita dan pelajar kita perlu kuasai semuanya.
Robiah dan Nor Sakinah (2009) mengatakan dalam era globalisasi yang berpaksikan
perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT
dalam kalangan murid. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik
darjah yang mana pendekatan terkini teknologi adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk
minat serta menggalakkan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping
menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Berubahlah sekarang, Jangan kita ketinggalan
dalam arus perubahan pembelajaran yang semakin mencabar masa kini.

21
Rujukan

Abdul Rashid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia
interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid Probim.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 46-53.

Asniza Musa & Zaidatun Tasir. (2011). Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Muhaya Hj. Mohamad (2012), Jurnal Inspirasi Diri,
Media Grafik, Kota Damansara

Boyd, D. M., & Ellison, N.B. (2007). Social network sites: Definition, history, and scholarship.
Journal of Computer-Mediated Communication, 13 (1)

Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. (2008). Persepsi guru-guru pendidikan Islam
terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah
kebangsaan di daerah Kluang. Journal of Social Science, 3 (Sept): 179-205.

Ranjit Kaur Gurdial & Chua Lay. (2002). Tinjauan penggunaan Internet di kalangan guru
pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) ke arah pembelajaran
elektronik. Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Seminar Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002.

Siti Salwa Atan, Jamaludin Badusah (2013), Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera , Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Pendidikan, UKM.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran
dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32: 139-152.

Rosinah Edini (2012), Penyelidikan Tindakan, Kaedah dan Penulisan, Freemind Horizons Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur

Zainudin Hassan & Muhamad Azam Jaafar. (2008). Penggunaan komputer dan Internet dalam
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah Pasir Mas,
Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Kuala Lumpur.

22

Anda mungkin juga menyukai