Anda di halaman 1dari 20

BELANJAWAN MODAL

BELANJAWAN MODAL
Satu analisis dalam membuat pertimbangan atau pernilaian untuk membuat perbelanjaan modal. Perbelanjaan modal perbelanjaan yang dibuat untuk perkara yang memberi faedah untuk tempoh lebih dari satu tahun. Analisis membantu pengurusan membuat pilihan perbelanjaan modal yang dapat memaksimumkan untung.

Mengapa Belanjawan Modal penting?


Memberi kesan dalam jangka masa panjang. Melibatkan amaun yang benar. Sukar ditarik balik. Perbelanjaan Modal sukar dilakukan.

Ciri- ciri Perbelanjaan Modal


Dana semasa ditukar dengan faedah masa depan. Dana dilaburkan dalam aktiviti jangka panjang. Faedah dinikmati dalam tempoh masa yang panjang.

Penyediaan Belanjawan Modal


Langkah-langkah dalam Belanjawan Modal
1. Keperluan projek dikenalpasti serta menggariskan alternatif pelaburan

2. Menilaikan projek dengan membuat anggaran faedah dan kos serta menilaikan aliran faedah dan kos.

Maklumat penting dalam penyediaan belanjawan Modal


Alternatif pelaburan dan tempoh pelaburan. Pelaburan awal (aliran keluar) Faedah terdiri daripada: (a)Aliran masuk tunai atau penerimaan (b)Kos yang dijimatkan Kos terdiri daripada : (a)Aliran keluar tunai atau pembayaran (b)Faedah yang diterima menjadi kurang Nilai bakian atau nilai skrap (aliran masuk)pada akhir tempoh projek Aliran Tunai Bersih (Jumlah aliran masuk-jumlah aliran keluar)

Kaedah Penilaian Faedah (aliran masuk) dan Kos (aliran keluar )

Tempoh Bayar Balik (Payback Period)


Bilangan tahun yang perlu untuk mendapat balik pelaburan yang dibuat. Alternatif yang mempunyai tempoh balik bayar yang paling singkat akan dipilih.

Tempoh Bayar Balik =

Jumlah Pelaburan Aliran Tunai Bersih Tahunan

Nilai Kini Bersih (NVP)


Satu kaedah aliran tunai terdiskaun. NPV dicari dengan mendiskaunkan aliran tunai bersih setiap tahun akan datang kepada nilai kini (PV)pada masa permulaan sesuatu projek iaitu tahun ke-0. Nilai-nilai kini (PV)kemudian dijumlahkan untuk memperolehi nilai kini bersih (NPV). Tujuan mencari nilai kini (PV) kerana wang masa kini lebih bernilai berbanding dengan nilai wang yang akan diterima pada masa depan(Nilai Pemasaan Wang ) Alternatif pelaburan yang mempunyai NPV yang paling tinggi akan dipilih.

Nilai Kini Bersih (Net Present Value -NPV)


(1)Kaedah Faedah Mudah
Faedah dikira berdasarkan nilai pokok asal sahaja.
Final Value = Amount Invested + (Amount Invested x r x n )

(2)Kadar Faedah Berganda /Kompound


Faedah dikira berdasarkan nilai pokok dan faedah-faedah tempoh lepas.
Final Value = Amount Invested x (1+r)n

Final Value = nilai pada akhir sesuatu tempoh termasuk pokok dan faedah Amount invested = pokok asal sesuatu pelaburan r = kadar faedah n = tempoh tahun sesuatu pelaburan

(3)Nilai Kini
Dicari dengan mendiskaunkan aliran tunai di masa hadapan.

Final Value = Amount Invested x (1+r) 1 n Amount Invested = Final Value x (1+r) 1 Present Value (PV) = Final Value x (1+r)n

Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return-IRR)


Mencari satu kadar diskaun bagi aliran tunai bersih dalam tempoh masa tertentu, di mana nilai kini bersihnya sama dengan kosong (NPV=0) Pengiraan IRR menggunakan rumusan nilai kini (PV) dan merupakan satu kaedah aliran tunai terdiskaun. Langkah-langkah mencari IRR : (i) Mencari 2 set NPV yang menggunakan kadar diskaun yang berlainan. Dengan syarat satu nilai NPV mesti positif dan satu lagi negetif.
IRR = r NPV positif + NPV positif NPV positif NPV negetif x Pebezaan-r

Alternatif pelaburan yang mempunyai IRR yang paling tinggi dipilih.

Kebaikan kaedah penilaian


Tempoh Bayar Balik Mudah difaham,diguna dan jimat masa Asas membanding risiko,semakin panjang tempoh bayaran balik semakin tinggi risikonya. Nilai Kini Bersih

Mengambil kira nilai pemasaran wang. (Time Value of Money) Mengambil kira aliran tunai pelaburan
Kadar Pulangan Dalaman

Mengambil kira nilai pemasaran wang(Time Value of Money) Mengambil kira aliran tunai pelaburan Kadar diskaun dicari tanpa ditetapkan,maka kadar pulangan sebenar (IRR) suatu pelaburan dapat diketahui.

Kelemahan kaedah penilaian


Tempoh Bayar Balik Tidak mengambil kira aliran tunai selepas tempoh bayar balik. Tidak mengambil kira cara/corak aliran tunai. Susah menetapkan tempoh maksimum wang dibenarkan. Tidak mengambil kira nilai pemasaran wang. Nilai Kini Bersih Kadar diskaun sesuatu projek ditetapkan ,tetapi dalam keadaan sebenar kadar diskaun adalah sukar ditetapkan. Tiada penilaian risiko dilakukan. Kadar Pulangan Dalaman

Pengiraan yang banyak,ambil masa yang banyak,mungkin tidak tepat. Tiada penilaian risiko dilakukan.

Penilaian faktor-faktor Kualitatif


Kesan ke atas alam sekitar Kesan ke atas keupayaan organisasi pada masa depan Kesan ke atas nama baik syarikat Kesan ke atas moral pekerja Kesan keselamatan projek kepada pekerja Kesan hubungan syarikat dengan pembekal Kesan politik dan sosial Kesan undang-undang Kesan sosial kepada pekerja

Soalan soalan
Syarikat LGD sedang menimbangkan untuk membeli sebuah mesin berharga RM24,000.Aliran tunai daripada mesin ini dijangka seperti berikut : Tahun 1 2 3 4 5 6 Aliran Tunai Masuk (RM) 6000 8000 10000 12000 15000 8000

Kirakan : Tempoh bayar balik mesin tersebut .

Jawapan

Jawapan
Tahun 1 2 3 4 5 6 Aliran Tunai Masuk (RM) 6000 8000 10000 12000 15000 8000 Aliran Tunai Masuk Terkumpul (RM) 6000 14000 24000 36000 51000 59000

Tempoh bayar balik adalah 3 tahun.

Soalan-soalan
Jumlah wang berikut dijangka akan diterima pada akhir tahun pertama dan akhir tahun kedua: Tahun 1 2 Aliran Tunai Masuk RM25000 RM30000

Kirakan : Nilai kini wang-wang yang diterima di atas jika kadar bunga adalah 10% setahun.
Jawapan

Jawapan
Tahun 1 2 Aliran Tunai Masuk RM25000 RM30000 Nilai Kini 25000 X 0.9091=22727 30000 X 0.8264=24792
47519

Nilai kini RM1 =

(1+r)
=

n =

Nilai kini RM1 =

1 (1+r) n 1 (1+10%)

1 (1+10%)

=0.9091

= 0.8264

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai