Anda di halaman 1dari 6

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1

Dapatan
Sepanjang tempoh masa selama 20 minggu saya menjalani latihan industri di

syarikat Gagasan Consultant, saya berasa bangga dan bertuah kerana saya dapat
menjalankan sesi latihan ini dengan baik tanpa sebarang masalah. Layanan yang
diberikan oleh majikan dan kakitangan pula amat baik sekali. Sepanjang tempoh ini
juga saya mendapati syarikat ini mempunyai beberapa kelemahan dan kebaikan:

Syarikat swasta yang bertempat di bangunan kedai sudah pastinya


mempunyai ruang kerja yang amat terhad. Oleh itu, para jurutera dan kakitangan
terpaksa berkongsi satu pejabat. Selain itu, ruang yang terhad ini juga memberi kesan
yang negatif terhadap penyimpanan dokumen-dokumen penting seperti lukisan plan,
dokumen tender dan fail-fail projek.

Oleh yang demikian, kelemahan tersebut turut memberi impak kepada pelatih
indutri. Pelatih industri terpaksa ditempatkan di meja belakang dimana asalnya
merupakan meja untuk melipat lukisan, susunan utiliti dan fail. Pelatih industri juga
terpaksa bertukar tempat beberapa kali ekoran ada kemasukan pekerja baru. Hal ini
menyebabkan pelatih industri kurang selesa dari segi persekitaran ruang kerja.

Seterusnya, pelatih industri juga diberikan tugasan yang tidak sepadan


dengan apa yang telah pelatih pelajari semasa di Politeknik. Pelatih latihan industri
1

juga tidak diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melakukan kerja-kerja yang


sewajarnya. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat berdikari dan melakukan kerja
dari permulaan kerja hingga akhir. Kekurangan fasiliti pejabat juga menjadi punca
kekurangan dihadapi oleh pelajar menyebabkan pelajar terpaksa menggunakan
komputer riba sendiri untuk melakukan kerja.

Antara kebaikan yang terdapat ialah pihak pengurusan sentiasa memberi


alaun gaji pada masa yang ditetapkan. Selain tu, pengurus-pengurus sentiasa
memberi galakan dan semangat kepada pekerja-pekerjanya seperti belanja makan
setiap minggu. Kebajikan pelatih latihan industri juga turut dijaga dengan baik.

5.2

CADANGAN
Latihan industri adalah salah satu syarat wajib untuk mendapatkan

penganugerahan sijil Diploma kepada pelajar-pelajar Politeknik. Oleh itu, pelajar


seharusnya dapat mengetahui dan menguasai bidang pekerjaan yang diceburi
sepenuhnya. Walaubagaimanapun, saya ingin memberikan beberapa cadangan
kepada pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri dan pihak syarikat yang boleh
meningkatkan lagi mutu kerja syarikat sejurus meningkatkan kedudukan pelatih
industri pada masa akan datang.

Cadangan yang pertama ialah, memastikan pelajar menjalankan sesi latihan


industri pada semester akhir. Oleh yang demikian kerana, pelajar yang menjalankan
aktiviti latihan industri pada semester empat, pelajar masih belum menguasai
pelajaran sepenuhnya dan menyebabkan pihak syarikat terpaksa memikirkan kerjakerja yang sesuai untuk pelajar berdasarkan apa yang telah dipelajari.

Seterusnya, saya mencadangkan agar pihak politeknik menyediakan


Reflective Journal dengan format yang sama dengan semua Politeknik di Malaysia.
Hal ini demikian untuk memudahkan pensyarah pemantau menjalankan tugas mereka
2

dengan lancar dan mengetahui isi kandungan jurnal tersebut tanpa membelek dengan
lama. Disamping itu, saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan
masa yang cukup kepada pelajar untuk menyiapkan laporan akhir kerana ada
beberapa pelajar tidak sempat menyiapkan pada waktu bekerja dan letih pada waktu
malamnya. Pihak Politeknik juga perlu memberikan lebih banyak maklumat kepada
pelajar agar sesi latihan industri pelajar berjalan dengan lebih mudah dan lancar.

Bagi pihak syarikat pula, perlulah mengagihkan tugasan menyelia pelatih


kepada beberapa orang pekerja berlainan jawatan. Contohnya, kepada jurutera untuk
memberi tugasan kepada pelatih seperti pekerjaan seorang jurutera. Pelukis plan
untuk memberikan tugasan seperti penggunaan autocad dan Jurutera Tapak untuk
memberikan tugasan seperti site inspection dan menyemak kecacatan pada struktur
bangunan. Seterusnya, menyediakan tugas-tugas untuk para pelatih dengan lebih
awal agar pelatih akan datang dapat menjalani sesi latihan industri dengan lebih
lancar.

BAB 6
KESIMPULAN

Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu di Lembaga Lebuhraya


Malaysia, pelbagai pengetahuan dan pengalaman telah saya perolehi sama ada dalam
segi pengurusan pejabat mahupun di bahagian pembinaan di tapak bina. Latihan
industri telah memberi pendedahan dari tatacara penggunaan teknologi, komunikasi
yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturanperaturan, perspektif profesional dan laporan.

Selain itu, kursus ini juga telah membina semangat dan keyakinan diri serta
proaktif dalam menjadi pelajar dan pekerja yang lebih baik. Saya juga lebih
memahami fungsi Lembaga Lebuhraya Malaysia sebagai badan berkanun yang
mewakil

kerajaan

Malaysia

untuk

menyelia

pembinaan,

rekabentuk

dan

menguruskan lebuhraya bertol.

Antara pengetahuan yang diperolehi di Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah


sistem pengurusan lebuhraya, penyeliaan lebuhraya, pembinaan lebuhraya,
rekabentuk lebuhraya, pengetahuan am tentang projek-projek lebuhraya yang sedang
dijalankan dan pengetahuan tentang alam pekerjaan.

Segala hasil pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi


4

selepas menjalani kursus Latihan Industri di Lembaga Lebuhraya Malaysia ini akan
saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk menjamin masa depan yang lebih cerah
dan seterusnya membantu dalam meningkatkan mutu sistem lebuhraya dan
pembangunan Negara demi mencapai wawasan negara maju di mata dunia.

RUJUKAN

1.

Lembaga Lebuhraya Malaysia, Garis Panduan Pelantikan Kontraktor Bagi


Kerja Tambahan Projek Penswastaan Di Bawah Seliaan Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) LLM/GP/T30-11, 18 December 2011

2.

Lembaga Lebuhraya Malaysia Guidelines On Expressway Road Marking


LLM/GP/T21-10, 30 December 2010

3.

Lembaga Lebuhraya Malaysia, Guidelines For Traffic Control And


Surveillance System (TCSS) Implementation For Tolled Highways In Malaysia
LLM/GP/T25-10 ,30 Disember 2010

4.

Lembaga Lebuhraya Malaysia, Guidelines For Malaysia Toll Expressway System


LLM/GP/T10-08, 22 Disember 2008

5.

JKR, Manual On Traffic Control Devices Road Marking & Delineation,

Anda mungkin juga menyukai