Anda di halaman 1dari 64

http://buahpinggangsihat.

com




Sebuah Terbitan:
http://buahpinggangsihat.com
Blog Informasi Khusus Tentang Buah Pinggang
Pertama Berbahasa Melayu

Ditulis oleh : Abdullah bin Idris

Panduan Penyelenggaran PD Dengan Betul:
12 Langkah Sukses Dalam Rawatan PD
Untuk Pesakit Buah Pinggang
http://buahpinggangsihat.com










Hak cipta terpelihara: Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan daripada ebook ini dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun.
Penafian: Segala informasi yang terdapat di dalam ebook ini hanya sebagai rujukan
umum dan tidak boleh dianggap pengganti kepada nasihat professional. Sila rujuk
kepada doktor atau pakar kesihatan untuk membuat sebarang keputusan. Penulis
tidak akan bertanggungjawab atas segala bentuk kerosakan, kemalangan,
kecederaan atau apa sahaja akibat yang diterima selepas menggunakan informasi
yang terdapat di dalam ebook ini.
PERHATIAN!

Saya tidak membenarkan anda menyebarkan ebook ini kepada kawan atau kenalan
anda.
Anda hanya dibenarkan untuk sebarkan link laman squeeze page saya sahaja untuk
mendownload ebook ini.
Jika anda sedang membaca ebook ini tanpa melalui proses pendaftaran, ini
bermaksud anda telah mendapatkannya secara tidak sah dan saya tidak
membenarkannya.
Pastikan anda membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui pautan di bawah:

http://buahpinggangsihat.com/panduanpd

Kenapa nak kena daftar? Jawapan saya mudah. Ebook ini akan saya upgrade dari
segi isi kandungannya. Jika anda daftar, anda akan terima update secara percuma.
Jika tidak, anda sendiri yang rugi.







Kata Penulis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli-ahli
keluarganya, para sahabat dan tabiin.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya
saya telah diberikan kemudahan untuk menyiapkan penulisan ebook ini. Ebook kecil
ini saya kira sebagai sumbangan yang sedikit khusus kepada mereka yang sudah
menjalani rawatan dialisis akibat dari kegagalan buah pinggang berfungsi dengan
sempurna.
Walaupun tidak seberapa, tapi saya meletakkan pengharapan yang tinggi
untuk ebook ini dalam membantu memberikan maklumat kepada golongan pesakit
dialisis, khususnya kepada mereka yang baru menjalani rawatan tersebut. Kerana
saya yakin di luar sana walaupun ada dikalangan mereka yang sudah menjalani
rawatan dialisis tetapi masih banyak lagi perkara penting yang mereka tidak tahu
mengenainya.
Sebenarnya sangat penting kepada anda yang menjalani rawatan dialisis
untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang rawatan ini kerana:
1. Hanya dialisis satu-satunya rawatan yang ada bagi menggantikan fungsi buah
pinggang anda yang sudah rosak sepenuhnya.
2. Hanya dengan mempunyai maklumat sahaja anda dapat menjalankan
rawatan ini dengan betul kerana andainya anda tersilap mengendalikan
prosuder rawatan, ia boleh mengancam nyawa anda.
3. Pengendalian rawatan dialisis yang betul dapat membantu anda meneruskan
kehidupan yang sempurna dan sihat seperti anda mempunyai buah pinggang
yang sihat.
Walaupun banyak lagi sebab-sebabnya, tiga sebab di atas sudah
membuktikan betapa pentingnya anda sebagai pesakit dialisis untuk mempunyai
maklumat secukupnya tentang rawatan tersebut.



1
Jadi dengan adanya ebook ini saya harap sekurang-kurangnya ia dapat
membantu anda memahami bagaimana menjalani rawatan dialisis dengan betul.
Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis rawatan dialisis yang secara umumnya
digunakan di Malaysia, iaitu:
1. Peritonial Dialisis (PD)
2. Hemodialisis (HD)
Di dalam ebook ini secara keseluruhannya banyak menyentuh kaedah rawatan yang
pertama iaitu Peritonial Dialisis. Dan insyaAllah, kaedah rawatan yang kedua iaitu
Hemodialisis akan saya sentuh secara terperinci dalam ebook saya yang
seterusnya. Doa-doakanlah ye.
Keseluruhan ebook ini mengandungi 12 bab utama dan mempunyai beberapa
sub-topik. Seperti saya katakan ianya banyak menyentuh tentang rawatan Peritonial
Dialisis. Dan saya berharap keseluruhan maklumat yang terkandung di dalamnya
dapat membantu anda.
Akhir sekali, saya tegaskan di sini bahawa apa yang terkandung di dalam
buku ini adalah datangnya dari penulisan orang biasa yang sudah tentunya ada
salah dan silapnya. Jadi, saya amat mengalu-alukan teguran dan pandangan dari
mereka yang ahli di dalam bidang kesihatan dan perubatan terutamanya melibatkan
buah pinggang. Sebarang maklumat tambahan, pandangan, teguran bolehlah
diemelkan kepada saya melalui alamat emel yang akan saya sertakan di akhir
penulisan ini.
Akhir kata, saya sebagai penerbit dan penulis ebook ini mengharapkan agar
anda sebagai golongan pembaca mendapat manfaat dari maklumat yang
terkandung di dalam ebook ini.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Penulis,
Abdullah bin Idris,
http://buahpinggangsihat.com

Sebarang pertanyaan dan komen bolehlah dihantar ke:
bantuan.rawatanpd@gmail.com

2
Pengenalan

Pertambahan umur bermakna risiko pelbagai masalah kesihatan akan
meningkat, jika kita masih mengamalkan gaya hidup kurang sihat dan makan
mengikut selera orang muda. Jika anda merasakan diri anda sihat baguslah. Namun
masalahnya ramai yang merasakan bahawa diri mereka sihat, sedangkan mereka
tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menyokong tanggapan itu.
Sekarang cuba anda perhatikan ciri-ciri berikut pada diri anda:
Mengidap penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi
Obes
Merokok
Berumur 50 tahun ke atas
Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kencing manis,
tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang kronik
Mengidap sebarang penyakit buah pinggang
Jika anda mengidap mana-mana ciri-ciri di atas, sekarang adalah masa terbaik
untuk memberikan perhatian kepada kesihatan kerana anda sudah pun termasuk
dalam golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kegagalan buah pinggang.
Rasa sihat saja tidak cukup kerana kebanyakan kes masalah buah pinggang
tidak menunjukkan sebarang gejala. Pesakit boleh bekerja dan menjalani kehidupan
seperti biasa tanpa sebarang masalah hinggalah penyakit buah pinggang menjadi
semakin serius. Dalam setahun, berapa kali anda menjalani ujian darah dan air
kencing? Tidak pernah? Atau sudah terlalu lama sehingga anda sudah tidak ingat.
Jadi sementara anda berasa cukup sihat, pergilah menjalani dua ujian mudah ini
bagi mengetahui status kesihatan anda.
Daripada dua ujian mudah ini anda boleh tahu samada anda mengalami
masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit kronik
lain yang bersarang senyap-senyap dalam badan. Jadi perkara pertama yang perlu
ditanyakan pada diri sendiri ialah adakah buah pinggang anda sihat?
Kajian mendapati lebih 500 juta penduduk dunia atau satu daripada 10
individu dewasa disahkan mengalami masalah buah pinggang. Setiap tahun berjuta-
juta orang mati sebelum waktunya kerana serangan jantung atau strok akibat
komplikasi penyakit buah pinggang. Penyakit buah pinggang secara umumnya boleh
mempengaruhi kehidupan 10 peratus populasi dewasa.

3
Ia bukan penyakit yang boleh dipandang ringan kerana buah pinggang tidak normal
berkait rapat dengan pelbagai risiko komplikasi jantung yang menyebabkan
kematian awal (pra matang).
Kematian pra matang akibat sakit jantung didapati 100 kali lebih tinggi
dikalangan pesakit buah pinggang kronik. Pakar perunding nefrologi merangkap
Naib Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), Dr Tan
Chwee Choon berkata, bilangan pesakit buah pinggang meningkat dengan
mendadak dikalangan penduduk negara membangun. Katanya, lonjakan bilangan
pesakit ini turut disumbangkan oleh faktor peningkatan usia, kencing manis, tekanan
darah tinggi dan obesiti yang menyebabkan jumlah kes kegagalan buah pinggang
kronik semakin bertambah.
Statistik semasa Malaysia menunjukkan, kita ada 15,000 pesakit yang perlu
menjalani rawatan dialisis dan setiap tahun sebanyak 2,500 kes baru dicatatkan.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana penyakit buah pinggang sebenarnya
boleh dikawal dan dirawat.
Risiko mengalami masalah kegagalan buah pinggang peringkat akhir makin
tinggi dikalangan golongan yang berumur iaitu diantara 50 hingga 70 tahun. Jumlah
pesakit dalam kategori ini meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus dalam masa
setahun ( Dr Tan Chwee Choon )













4

1 : Bagaimana Buah Pinggang
Berfungsi?


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:

1. Apakah itu buah pinggang dan di mana terletaknya?
2. Mengapa buah pinggang begitu penting?
3. Bagaimana buah pinggang berfungsi?
4. Apakah fungsi-fungsi utama buah pinggang?
5. Apakah yang akan berlaku apabila buah pinggang tidak berfungsi?














5
1) Apakah itu buah pinggang dan di manakah terletaknya?




Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kekacang dan
saiznya adalah seperti genggaman kita. Ia terletak didua belah ruang spinal di
belakang badan, pada paras pinggang kita.
2) Mengapa buah pinggang begitu penting?
Buah pinggang adalah organ yang sangat penting dalam sistem tubuh badan
kita. Ini kerana tugas utama buah pinggang ialah mengekalkan keseimbangan kimia
dalam cecair tubuh kita. Proses keseimbangan ini dipanggil sebagai
proses hemeostatis. Selain itu,buah pinggang kita juga akan membersihkan sel
kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini adalah bagi memastikan
dalam darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup
serta mengekalkan tahap asid alkali di dalam cecair tubuh.
Oleh itu,sebagai bahan penapis yang sangat ajaib, buah pinggang akan
memastikan semua bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh akan dikeluarkan
dari dalam badan sebagai air kencing.
3) Bagaimana buah pinggang berfungsi?

Apabila darah melalui buah pinggang, bahan buangan dan bendalir berlebihan
akan ditapis keluar.




6
4) Apakah fungsi utama buah pinggang?
Selain dari fungsi buah pinggang yang saya sebutkan di atas, buah pinggang
masih ada banyak lagi fungsi utamanya, iaitu:
1. Untuk mengeluarkan bahan toksik:
Antara jenis bahan toksik yang akan dibuang oleh buah pinggang ialah urea
dan kreatinin.
2. Untuk mengawal kandungan bendalir badan:
Buah pinggang yang sihat akan mengawal kandungan bendalir badan dan
membantu membuang bendalir yang berlebihan.
3. Untuk mengawal tekanan darah:
Tekanan darah anda perlu ditetapkan pada aras tertentu untuk memastikan
semua bahagian badan anda akan menerima bekalan darah yang mencukupi.
Pengawalan tekanan darah pada paras yang normal amat penting untuk
mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika tekanan darah anda tinggi,
jantung anda terpaksa bekerja dengan kuat.
4. Untuk membantu penghasilan sel darah merah:
Buah pinggang menghasilkan hormon yang dipanggil erythropoietin.
Hormon ini berfungsi untuk membantu badan anda menghasilkan sel darah
merah.
5. Untuk menjaga kesihatan tulang anda:
Buah pinggang mengawal kandungan kalsium dan fosforus di dalam darah,
keseimbangan kandungan dua nutrien ini di dalam darah adalah untuk
menjaga kesihatan tulang anda.

5) Apakah yang akan berlaku apabila buah pinggang tidak
berfungsi?
Apabila buah pinggang anda tidak lagi berfungsi, lima fungsi penting di atas
tidak dapat lagi dijalankan oleh buah pinggang dengan sempurna. Akibat dari
keadaan ini akan menjadikan anda:
1. Anda berasa tidak sihat.
Berlebihan toksik di dalam darah anda akan mengakibatkan anda berasa
tidak sihat. Ini adalah gejala yang dipanggil sebagai uremia. Ia akan
menyebabkan anda berasa mengantuk, keliru dan loya.

7
2. Anda akan berasa penat dan kelihatan pucat.
Apabila buah pinggang tidak boleh lagi membantu badan anda menghasilkan
sel darah merah, suatu keadaan yang dipanggil anemia atau pun kekurangan
sel darah merah akan berlaku.
3. Pergelangan kaki dan kawasan sekitar mata anda akan bengkak.
Apabila buah pinggang anda tidak lagi membuang bendalir berlebihan,
bendalir akan berkumpul di dalam badan anda. Jika bendalir berkumpul di
dalam peparu anda, anda akan kesesakan nafas.
4. Anda masih akan membuang air kecil.
Walaupun anda masih akan membuang air kecil, air kencing anda tidak akan
mengandungi paras toksik/bahan buangan yang sepatutnya.
5. Anda akan mengalami rasa yang aneh di dalam mulut.
Apabila buah pinggang anda tidak lagi membuang toksik dari badan, bahan
toksik ini akan berkumpul di dalam badan anda dan anda akan mengalami
rasa yang aneh di dalam mulut, tiada selera makan dan berasa loya.

Apabila buah pinggang anda hanya dapat menjalankan kurang daripada 10%
fungsi asalnya, anda akan disahkan mengalami kegagalan buah pinggang kronik.
Keadaan ini adalah tetap dan tidak akan sembuh kerana sel buah pinggang yang
dipanggil nefron telah pun rosak. Terdapat pelbagai rawatan untuk masalah
kegagalan buah pinggang kronik seperti pemindahan buah pinggang, rawatan
dialisis, pengawalan cara pemakanan dan ubat-ubatan.
Kegagalan buah pinggang boleh disebabkan oleh:
Kencing manis/diabetis
Tekanan darah tinggi
Jangkitan buah pinggang yang berulang
Batu karang
Glomerulonefritis
Penyakit buah pinggang polisistik, Sistemic Lupus Erythomatosus (SLE) dan
lain-lain.




8
PERINGATAN
Apabila mengalami kegagalan buah pinggang, kita perlu menggantikan fungsi-fungsi
buah pinggang dengan:
Kawalan diet
Ubat-ubatan
Dialisis
Pemindahan buah pinggang


Menjalankan rawatan Peritonial Dialisis besertakan kawalan diet amat
berkesan untuk membuang bahan toksik dan bendalir berlebihan daripada darah
anda untuk mencegah anda daripada berasa sakit dan tidak sihat.
















9
2 : Bagaimana Rawatan Peritoneal
Dialisis Berfungsi?



Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Apakah itu dialisis?
2. Apakah itu rawatan peritoneal dialisis?
3. Bagaimana bahan toksik dan bendalir berlebihan dibuang semasa peritoneal
dialisis?
4. Terdapat berapa jenis rawatan peritoneal dialisis?
















10
1) Apakah itu dialisis?
Dialisis adalah rawatan yang membuangkan bahan toksik dan bendalir berlebihan
dari badan anda. Ia menggantikan 2 daripada fungsi utama buah pinggang anda.
Terdapat dua jenis rawatan dialysis, iaitu:
1. Peritonial Dialisis (PD)
2. Hemodialisis (HD)

2) Apakah itu rawatan Peritonial Dialisis?
Dalam rawatan peritoneal dialisis larutan dialisis akan dimasukkan ke dalam
ruang peritonium anda. Selaput peritonium anda digunakan untuk menapis dan
membersihkan darah anda.
Selaput peritonium adalah satu selaput nipis yang separa telap yang terletak
di dalam abdomen anda. Ia seperti sebuah beg besar di mana organ-organ perut,
usus dan hati anda disimpan. Omentum adalah satu bahagian daripada peritonium.
Semasa peritoneal dialisis dijalankan, bahan toksik dan bendalir berlebihan
akan ditapis keluar daripada darah apabila ia melalui selaput peritonium.

3) Bagaimana bahan toksik dan bendalir berlebihan dibuang
semasa peritonial dialisis?
Larutan dialisis (seperti dianeal dan extraneal) akan dimasukkan ke dalam
ruang peritonium anda. Apabila darah melalui selaput peritonium, ia dibersihkan
dengan fenomena yang dipanggil resapan.
Resapan
Fenomena ini melibatkan pergerakan bahan-bahan terlarut dari darah ke
larutan dialisis. Proses pergerakan akan berhenti selepas seketika. Itu sebabnya
anda perlu menukar larutan dialisis yang baru setiap 4 6 jam.



11
Larutan dialisis mengandungi dextrose (sejenis gula) yang boleh menarik air
dari darah ke larutan tersebut. Selepas 4 6 jam, air berhenti bergerak dari darah ke
larutan dialisis. Satu lagi sebab larutan dialisis perlu ditukar setiap 4 6 jam adalah
supaya air tidak bergerak dari larutan dialisis ke darah semula.

4) Terdapat berapa jenis rawatan Peritonial Dialisis?
Terdapat 2 jenis rawatan peritoneal dialisis:
1. CAPD
2. APD

1. CAPD adalah singkatan daripada Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis.
C Continuous bermaksud berterusan
Larutan dialisis sentiasa berada dalam ruang peritoneum anda dan sentiasa
membersihkan darah anda secara berterusan.
A Ambulatory bermaksud bergerak
Ini bermaksud diperantaraan waktu anda menukar larutan dialisis, anda bebas
bergerak dan melakukan semua aktiviti biasa anda seperti memandu, berjalan,
bermain, bekerja atau pun belajar.
P Peritonial
Jenis dialisis ini menggunakan selaput yang merangkumi ruang peritoneal anda
untuk membersihkan darah dan bahan toksik.
D- Dialisis
Dialisis adalah proses membuangkan bahan toksik dan bendalir berlebihan dari
darah.





12

2. APD adalah singkatan dari Peritonial Dialysis Automatic.
APD adalah cara rawatan PD yang dilakukan di rumah pada waktu malam
semasa anda sedang tidur menggunakan mesin.
Ini bermaksud anda tidak perlu pergi ke pusat rawatan dialisis untuk
menjalankan rawatan anda seperti pesakit hemodialisis. Anda bebas menjalani
aktiviti harian anda pada waktu siang.


Contoh Mesin APD

Salah satu mesin yang digunakan untuk APD ialah HomeChoice. Ia direka
untuk memastikan masa larutan dialisis berada di dalam ruang peritoneal anda
adalah yang paling berkesan disamping mengurangkan waktu pengaliran masuk
atau keluar larutan dialisis dari ruang peritoneal. Ini membantu memastikan rawatan
anda lebih berkesan.Saiz kecil mesin HomeChoice adalah kerana ia tidak
menggunakan daya graviti, oleh itu anda tidak perlu menggunakan penimbang dan
tidak perlu menggantung beg larutan dialisis. Anda juga boleh membawa mesin ini
ke mana-mana dengan mudah.
Kaedah utama APD yang lazim digunakan adalah CCPD (Continuous Cyclical
Peritoneal Dialysis) di mana pesakit tidak perlu menyalurkan keluar larutan dialisis
dari penukaran terakhir yang diisi oleh mesin dari ruang peritoneal. Larutan itu kekal
di dalam ruang peritoneal pada waktu siang dan hanya disalurkan keluar apabila
memulakan rawatan dialisis CCPD pada malam seterusnya. Ini memastikan dialisis
atau penapisan berlaku secara berterusan mahupun pada waktu siang.




13
3 : Memulakan Rawatan Peritoneal
Dialisis



Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapa anda memerlukan dialisis?
2. Apakah yang anda perlukan untuk menjalankan rawatan dialisis?
3. Proses penukaran dialisis anda melibatkan apa?

















14
1) Mengapa anda memerlukan dialisis?
Oleh kerana buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi-
fungsinya dengan normal, dialisis akan membuang bahan toksik dan bendalir
berlebihan yang terkumpul di dalam badan anda.

2) Apakah yang anda perlukan untuk menjalankan rawatan dialisis?
Untuk menjalankan rawatan dialisis anda memerlukan:
Kateter
Penyambung titanium
Transfer set
Larutan dialisis
MiniCap
3) Proses penukaran dialisis anda melibatkan apa?
Apabila anda memulakan rawatan peritoneal dialisis, anda perlu melakukan
proses pertukaran setiap hari. Satu pertukaran merangkumi penyaluran keluar
larutan dialisis di dalam ruang peritoneal dan penyaluran masuk larutan dialisis baru.
Proses ini tidak sakit, dan anda akan diberi masa yang secukupnya untuk belajar
melakukan proses ini dengan betul.
Proses pertukaran terdiri daripada 3 langkah:
1) Penyaluran keluar:
Ini bermaksud larutan dialisis kotor disalurkan keluar dari ruang peritoneal anda
menggunakan daya graviti. Proses ini mengambil masa kira-kira 20 minit.

2) Penyaluran masuk:
Ini bermaksud larutan dialisis baru disalurkan ke dalam ruang peritoneal anda
melalui kateter anda. Ini mengambil masa kira-kira 10 minit.



15
3) masa pengantaraan:
Ini adalah masa di mana larutan dialisis berada di dalam ruang peritoneal selama 4
6 jam, bergantung kepada preskripsi doktor anda. Pertukaran akan diulang setiap
4 6 jam, 4 kali sehari. Anda boleh melakukan pertukaran di rumah, di pejabat atau
mana-mana tempat yang bersih dari kotoran, habuk dan kuman. Ini adalah penting
untuk mencegah jangkitan. Setiap pertukaran mengambil masa kira-kira 30 minit.






















16
4 : Penjagaan Kateter Anda




Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Apakah bahagian-bahagian kateter PD dan apakah fungsinya?
2. Bilakah kateter peritoneal yang lembut perlu dimasukkan?
3. Bagaimana kateter dimasukkan ke dalam abdomen?
4. Apakah langkah-langkah penjagaan jangka panjang kateretr dan exit-site
anda?
5. Bagaimanakah anda tahu yang kateter anda berfungsi dengan baik?















17
1) Apakah bahagian-bahagian kateter PD dan apakah fungsinya?
Kateter PD terdiri daripada sebuah tiub plastik (silikon) kecil yang dimasukkan
ke dalam ruang abdomen anda melalui sebuah prosuder pembedahan kecil. Kateter
ini digunakan untuk menyalurkan larutan dialisis masuk dan keluar dari ruang
peritoneal.
Semua jenis kateter PD mempunyai lubang-lubang kecil di bahagian kateter
yang terletak di dalam ruang peritoneal. Lubang-lubang ini membolehkan larutan
dialisis keluar dan masuk ke ruang peritonium.
Kebanyakan kateter mempunyai bahagian berwarna putih (seperti bonggol)
yang dipanggil cuff. Ia terletak di dalam kawasan otot diantara kulit dan ruang
peritonium anda. Jika anda nampak bahagian cuff ini terkeluar, hubungi jururawat
anda dengan segera dan maklumkan perkara ini kepadanya. Bahagian di mana
kateter ini keluar dari perut anda dipanggil exit-site. Apabila kateter baru sahaja
dimasukkan ia adalah normal jika anda mendapati sedikit cecair jernih disekitar exit-
site. Cecair ini akan hilang selepas 1-2 minggu. Sebuah penyambung titanium
menyambungkan kateter anda kepada sebuah transfer set yang pendek.

2) Bilakah kateter peritoneal yang lembut perlu dimasukkan?
Anda dan doktor anda akan menentukan waktu yang sesuai untuk
memasukkan kateter ini. Anda perlu ingat bahawa masa yang cukup perlu
dirancangkan untuk exit-site anda sembuh sepenuhnya sebelum digunakan. Adalah
disyorkan yang anda memasukkan kateter apabila buah pinggang anda berfungsi
pada tahap pembuangan kreatinin sebanyak 5-10 mL/min.
3) Bagaimana kateter dimasukkan ke dalam abdomen?
Terdapat 2 pilihan:
Kaedah percutaneous dilakukan oleh pakar perunding buah pinggang anda di
dalam wad. Ini dilakukan dengan ubat bius setempat. Pesakit tidak perlu tinggal di
hospital selepas prosuder dilakukan.
Kaedah seterusnya adalah pembedahan. Ini dilakukan dalam dewan bedah
dan pesakit mesti tinggal di dalam hospital untuk pemerhatian selepas pembedahan.
Ini boleh dilakukan dengan ubat bius setempat ataupun ubat bius am dan dilakukan
oleh pakar bedah.

18
Kedua-dua kaedah adalah kaedah yang baik tetapi kaedah percutaneous
mempunyai kelebihan di mana pesakit tidak perlu masuk ke dalam dewan bedah.
4) Apakah langkah-langkah penjagaan yang perlu dilakukan sejurus
selepas kateter dimasukkan?
Untuk mengelakkan daripada komplikasi jangkitan, penjagaan exit-site perlu
bermula dari awal lagi. Ini diperlukan bagi memastikan bakteria tidak tumbuh
disekitar exit-site anda.
Kaedah penjagaan kateter termasuk:
Mandi setiap hari. Tetapi anda perlu pastikan exit-site dan luka pembedahan
anda tidak dibasahkan.
Pastikan kateter tidak bergerak. Anda perlu pastikan kateter tidak ditarik atau
dipusing kerana ini akan mencederakan exit-site anda dan menyebabkan
jangkitan.
Pastikan exit-site dan luka pembedahan anda sentiasa kering. Ia tidak boleh
dibasahkan sekurang-kurangnya 10 hari selepas prosuder memasukkan
kateter.
5) Apakah langkah-langkah penjagaan jangka panjang kateter dan
exit-site anda?
Tujuan penjagaan jangka panjang kateter dan exit site adalah untuk
memastikan exit-site berada dalam keadaan sempurna.
1. Anda perlu mandi dan menukar pakaian yang bersih setiap hari. Sejurus
selepas mandi, anda perlu membersihkan exit-site anda sebagaimana yang
telah diajarkan oleh jururawat PD anda. Anda tidak digalakkan berendam di
dalam tab mandian.
2. Anda perlu memastikan kedudukan kateter anda tidak bergerak, tidak ditarik
atau dipusing kerana ini boleh menyebabkan jangkitan pada exit-site. Anda
tidak dibenarkan memakai tali pinggang dikawasan exit-site anda.
3. Jangan sesekali menggunakan gunting berdekatan dengan kawasan disekitar
kateter anda.
4. Jangan menggunakan bahan kimia seperto alcohol dan bahan berklorin untuk
membersihkan exit-site atau kateter anda. Ini boleh merosakkan kateter
anda. Jika ini berlaku, anda terpaksa menukar kateter baru di hospital dan
mungkin akan dijangkiti kuman (peritonitis).
5. Anda perlu menggunakan sabun cecair dan air untuk membersihkan exit-site
dan kateter anda. Unit PD anda akan memaklumkan garis panduannya.
Jangan menggunakan krim, losyen atau bedak talcum disekitar exit-site anda.
5) Bagaimana anda tahu kateter anda berfungsi dengan baik?
Untuk memastikan kateter anda berfungsi dengan baik, ia mesti menghala ke
bawah dan tidak ada sebarang masalah pengaliran larutan dialisis masuk atau
keluar darinya.
Anda boleh memeriksa fungsi kateter anda dengan memerhati tempoh larutan
dialisis masuk dan keluar dari peritoneal anda. Anggaran masa yang diambil untuk
larutan memasuki ruang peritoneal adalah kira-kira 10 minit, tempoh masa ini
dipanggil infusion time.
Anggaran masa yang diambil untuk larutan keluar dari ruang peritoneal ke
dalam beg kosong adalah kira-kira 20 minit, tempoh masa ini dipanggil drainage
time.
Jika anda mendapati larutan dialisis mengambil masa yang lebih lama dari
biasa untuk mengalir masuk atau keluar dari ruang peritoneal anda, hubungi unit PD
anda dengan segera.













20
5 : Penjagaan Kebersihan Diri &
Persekitaran



Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapa penting untuk anda mandi setiap hari?
2. Bagaimana keadaan tempat yang digunakan untuk dialysis?
3. Mengapa ia penting untuk anda memakai mask dan membasuh tangan?

















21
1) Mengapa penting untuk anda mandi setiap hari?
Amatlahpenting untuk mandi setiap hari untuk memastikan badan anda dan
kateter anda sentiasa bersih. Sejurus selepas mandi, anda perlu membersihkan exit-
site anda sebagaimana yang diajar oleh jururawat unit PD anda.

2) Bagaimana keadaan tempat yang digunakan untuk dialysis?
Apabila memilih tempat untuk melakukan dialisis, ikut peraturan dan garis
panduan berikut:

1. Pastikan tempat di mana dialisis akan dilakukan adalah:
Bersih
Tiada angin
Terang
2. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan ke tempat di mana anda melakukan
dialisis.
3. Tiada sebarang gangguan. Gunakan permukaan yang rata, bersih dan cukup
besar untuk meletakkan bekalan PD semasa melakukan dialisis.

3) Mengapa ia penting untuk anda memakai mask dan membasuh
tangan?
Jururawat PD akan mengarahkan anda untuk memakai mask. Mask perlu
menutup keseluruhan hidung dan mulut anda. Ini bertujuan mencegah kuman dari
hidung dan mulut anda masuk melalui kateter apabila pertukaran dijalankan.
Anda perlu membasuh tangan anda dengan teliti menggunakan sabun dan air
dan keringkan tangan sebelum dan semasa setiap pertukaran. Ini penting untuk
mencegah jangkitan. Jururawat anda akan menunjukkan kepada anda cara
membasuh tangan dengan betul


22
6 : Pertukaran Beg Larutan Dialisis
Tanpa Risiko


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Di mana harus pertukaran larutan dialisis dilakukan?
2. Apakah fungsi setiap komponen?
3. Bagaimana anda harus memanaskan beg larutan dialisis?
4. Berapa kerap anda perlu melakukan proses pertukaran?
5. Bagaimana anda boleh membuang larutan dialisis yang kotor dan peralatan
pakai buang?
















23
1) Di mana harus pertukaran larutan dialisis dilakukan?
Tempat di mana pertukaran larutan dialisis dilakukan perlu bersih, kering,
terang dan tiada angin.

2) Apakah fungsi setiap komponen?
1) Beg larutan dialisis
Beg ini mengandungi larutan yang akan disalurkan ke dalam ruang peritonium
dan membantu membuangkan bahan toksik dan bendalir berlebihan dari darah
anda. Maklumat yang tertera di bahagian hadapan beg perlu dibaca dengan teliti
sebelum anda menggunakan beg tersebut.
a) Pastikan kepekatan larutan dialisis itu betul (1.5%. 2.5%. 4.25%, Extraneal atau
Nutrineal)
b) Saiz beg dan tarikh luput.
c) Kod nombor produk
d) Pastikan tiada sebarang kebocoran pada beg.
e) Pastikan penutup / pelindung saluran masuk ubat tertutup rapi.
f) Pastikan larutan di dalam beg adalah jernih.


PERINGATAN
Pastikan setiap langkah di atas dilakukan dengan lengkap.

2) Transfer set pendek
Semua sIstem Peritoneal Dialisis merupakan sIstem litar tertutup untuk
melindungi peritonIum anda sepenuhnya dari kotoran dan kuman di luar litar ini.
Jururawat yang terlatih akan menukarkan transfer set anda setiap 6 bulan.


24

3) Minicap (penutup selepas proses penanggalan)
Penutup ini digunakan untuk melindungi bahagian saluran keluar/masuk pada
transfer set anda. Kaedah penanggalan menggunakan minicap ini memastikan
keselamatan dan kemudahan pesakit. Dengan adanya minicap, semua saliran pada
pesakit tertutup sepenuhnya, dan tiada risiko yang ia akan terbuka dan
membenarkan kotoran dan kuman masuk. Minicap yang baru adalah steril dan
mengandungi sedikit povidon iodin pada span di dalamnya. Anda perlu memastikan
span kecil yang mengandungi povidon iodin ini berada dalam minicap sebelum anda
menggunakan minicap tersebut. Ini amat penting untuk mencegah jangkitan.

4) Penyambung titanium
Penyambung titanium ini menyambungkan bahagian kateter ke transfer set
anda. Ia diperbuat daripada titanium yang kuat tetapi amat ringan dan dapat
mencegah jangkitan.

3) Bagaimana anda harus memanaskan beg larutan dialisis?
Ini hanya perlu dilakukan jika beg larutan dialisis amat sejuk, seperti apabila
anda berada di negara 4 musim, semasa musim sejuk. Di Malaysia, anda tidak perlu
memanaskan beg larutan dialisis. Anda boleh memanaskannya dengan haba kering
seperti berikut:
Pad pemanas
Lampu pemanas
PERINGATAN:
Elakkan daripada memanaskan beg larutan dialisis menggunakan haba lembab
seperti stim kerana ini boleh menggalakkan kuman membiak





25
4) Berapa kerap anda perlu melakukan proses pertukaran?
Proses pertukaran bermakna semua larutan dialisis yang lama di dalam ruang
peritonium anda perlu disalurkan keluar dan digantikan dengan larutan dialisis yang
baru. Doktor anda akan menasihatkan anda berapa pertukaran anda perlu lakukan
setiap hari. Selalunya, anda perlu melakukan pertukaran 4 kali sehari.
Anda perlu melakukan proses pertukaran ini pada selang masa yang
seragam. Untuk waktu siang, anda tidak dinasihatkan membiarkan larutan dialisis
kekal di dalam peritonium lebih daripada 6 jam. Masa pengantaraan yang digalakkan
adalah 4 6 jam kerana badan anda akan menyerap semula sebahagian daripada
larutan dialisis yang lama jika ia kekal di dalam ruang peritonium terlalu lama. Ini
boleh meyebabkan badan anda menjadi bengkak.
Larutan ini boleh kekal di dalam peritonium lebih lama pada waktu malam.
Doktor anda akan menasihatkan anda kepekatan larutan dialisis yang anda perlu
gunakan pada waktu malam untuk mengelakkan penyerapan semula ini daripada
berlaku.
5) Bagaimana anda boleh membuang larutan dialisis yang kotor
dan peralatan pakai buang?
Anda boleh membuang larutan dialisis yang kotor ke dalam tandas. Jika
bukan pesakit sendiri yang membuang larutan tersebut, sila elakkan daripada
menyentuh larutan dialisis kotor itu. Beg kosong boleh dibuang ke dalam tong
sampah tanpa sebarang risiko. Adalah penting untuk anda membasuh tangan
dengan teliti selepas membuang larutan ini.










26

7 : Bagaimana Anda Menjaga
Keseimbangan Bendalir Badan Anda?



Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapa anda perlu mengawal jumlah bendalir yang anda minum setiap
hari?
2. Apakah yang anda perlu periksa untuk menentukan samada keseimbangan
bendalir badan anda terkawal?
3. Bagaimana anda tahu jika badan anda mengandungi bendalir berlebihan?
4. Bagaimana anda menjaga keseimbangan bendalir badan anda?














27
1) Mengapa anda perlu mengawal jumlah bendalir yang anda
minum setiap hari?
Oleh kerana buah pinggang anda tidak lagi boleh menjaga keseimbangan
bendalir badan anda, anda perlulah mengambil langkah-langkah untuk mengawal
keseimbangan bendalir badan anda.

2) Apakah yang perlu anda periksa untuk menentukan samada
keseimbangan bendalir badan anda terkawal?
1. Lihat samada tangan, buku lali atau sekeliling mata anda bengkak.
2. Awasi berat badan anda.
3. Periksa tekanan darah anda selalu.
4. Beritahu doktor anda jika anda mengalami kesukaran untuk bernafas.
5. Awasi cara pemakanan anda.

3) Bagaimana anda tahu jika badan anda mengandungi bendalir
berlebihan?
Berat badan bertambah dengan cepat.
Bengkak disekeliling mata,buku lali dan tangan.
Tekanan darah lebih tinggi dari biasa.
Kesukaran untuk bernafas.
Jika anda mengalami mana-mana gejala di atas, sila berjumpa dengan doctor anda
untuk pemeriksaan lanjut.






28

4) Bagaimana anda menjaga keseimbangan bendalir badan anda?
1. Awasi jumlah air yang anda minum setiap hari,jumlahnya haruslah sama
dengan jumlah bendalir yang anda buang dari dialisis / air kencing anda.
Jumlah air termasuk air yang terkandung di dalam makanan seperti buah-
buahan, bubur, sup dan jeli/puding.
2. Hadkan jumlah garam dalam makanan anda. Makanan segera/makanan
dalam tin mempunyai kandungan garam yang tinggi dan patut dielakkan.
3. Ikuti nasihat doktor atau pakar pemakanan renal anda.
PERINGATAN:
Lebih banyak garam yang anda makan, lebihlah bendalir yang akan kekal tersimpan
di dalam badan anda.

Jika anda mendapati:
Tekanan darah anda tinggi, berat badan bertambah dengan cepat atau badan
bengkak, anda perlu kurangkan pengambilan garam dan segera ke unit
dialIsis anda.
Tekanan darah anda rendah dan terasa pening, anda perlu menambahkan
pengambilan garam sedikit sahaja dan minum lebih air. Anda perlu juga
segera ke unit dialisis anda.










29
8 : Amalan Pemakanan Yang Sihat



Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapakah anda perlu makan makanan yang kaya dengan protin?
2. Mengapakah anda perlu menghadkan pengambilan sesetengah jenis
makanan?
3. Apakah petua pemakanan yang sihat apabila menjalani rawatan peritoneal
dialisis?

















30
1) Mengapakah anda perlu makan makanan yang kaya dengan
protein?
Anda memerlukan zat protein untuk mengekalkan kesihatan badan dan untuk
badan anda membasmi jangkitan. Sedikit protein akan hilang bersama kotoran
dalam darah ke dalam larutan dialisis anda. Oleh itu, apabila anda menjalani
peritoneal dialisis, anda perlu menambahkan pengambilan protein anda untuk
menggantikan protein yang hilang melalui dialisis anda.
PERINGATAN:
Lebih tinggi kepekatan dialysis yang digunakan (contohnya 4.25%), maka
lebih banyak zat protin yang akan hilang.
Jika berlaku jangkitan seperti peritonitis, anda juga akan hilang lebih banyak
zat protin.
Anda perlu memakan makanan yang kaya dengan protin seperti daging, ikan,
ayam, keju, telur dan sebagainya.

2) Mengapakah anda perlu menghadkan pengambilan sesetengah
jenis makanan?
Sesetengah bahan tidak dapat dibuangkan dari darah dengan cekap semasa
peritoneal dialIsis. Oleh itu, anda perlu menghadkan pengambilan makanan yang
mengandungi bahan-bahan tersebut. Ini untuk memastikan bahan-bahan ini tidak
terkumpul di dalam badan dan membawa kesan buruk kepada kesihatan anda.
Contoh bahan-bahan seperti itu adalah:
Fosforus
Kalium
Natrium
Karbohidrat




31
A) Fosforus
Apabila buah pinggang anda telah gagal dan tidak membuang zat fosforus
yang berlebihan, ia akan berkumpul di dalam badan anda. Lama-kelamaan tahap
fosforus yang berlebihan di dalam darah anda akan menyebabkan tulang anda
lemah dan mudah patah. Contoh mkanan yang mengandungi zat fosforus adalah
kacang, ikan dan hasil tenusu. Doktor anda mungkin akan memberikan ubat kalsium
karbonat (contohnya : Caltrate, Calcium Carbonate dan sebagainya) yang boleh
bergabung dengan zat fosforus dan mencegah zat fosforus ini daripada diserap ke
dalam usus anda. Adalah amat penting untuk anda mengambil ubat ini setiap kali
anda makan (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam).

B) Kalium
Kalium adalah sejenis elektrolit yang diperlukan oleh badan anda untuk saraf
dan otot anda berfungsi dengan baik. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan
baik, badan anda tidak dapat lagi membuang zat kalium yang berlebihan. Apabila
badan anda mengandungi zat kalium yang berlebihan atau berkurangan, otot anda
mungkin terasa lemah atau mengalami kekejangan. Jika kandungan zat kalium di
dalam darah terlampau tinggi, ia boleh memberi kesan buruk terhadap jantung anda
dan ini amat merbahaya.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati apabila memakan makanan yang kaya
dengan zat kalium seperti buah-buahan, sayuran hijau, pisang, jambu batu, betik,
tomato, kekacang dan ubi. Jangan menggunakan perasa tiruan untuk menggantikan
garam biasa, kerana perasa tiruan mempunyai kandungan zat kalium yang sangat
tinggi.

C) Natrium
Natrium adalah sejenis elektrolit yang berfungsi menjaga keseimbangan
bendalir badan dan tekanan darah. Buah pinggang yang telah gagal tidak lagi boleh
membuang natrium berlebihan. Natrium berlebihan ini akan terkumpul di dalam
badan anda bersama air berlebihan. Pengambilan zat natrium atau garam yang
berlebihan boleh menyebabkan badan anda menyimpan air berlebihan dan
menyebabkan tekanan darah tinggi.



32











D) Karbohidrat
Apabila anda menjalani rawatan peritoneal dialisis, anda boleh mendapat
kalori daripada makanan yang anda makan dan juga daripada larutan dialisis yang
dimasukkan ke dalam ruang peritonium anda. Larutan dialisis itu mengandungi
glukos (gula).
Jumlah kalori boleh diserap dari 2L larutan dialisis berbeza bagi setiap pesakit
peritoneal dialisis. Anggarannya adalah:
80 kalori dari setiap beg 1.5%
140 kalori dari setiap beg 2.5%
230 kalori dari setiap beg 4.25%
Nilai ini berbeza bagi setiap pesakit kerana ia bergantung kepada cirri-ciri
peritoneal anda dan preskripsi anda. Jika anda mendapati berat badan anda
bertambah, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat seperti gula, madu,
minuman ringan, gula-gula dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak.





33
Peringatan:
Apabila anda memakan makanan yang mengandungi banyak garam
(natrium), anda akan berasa dahaga. Apabila anda dahaga, adalah
amat susah untuk menghadkan pengambilan air.
Amat penting untuk anda menghadkan pengambilan garam (natrium)
seperti makanan dalam tin, snek, perencah makanan, kiub perasa,
kicap soya, keju, makanan segera dan sebagainya.
Anda boleh menggunakan bawang merah, bawang putih, cili merah,
lada putih/hitam, limau dan sebagainya untuk menambah perisa
kepada makanan anda, Jangan menggunakan


garam/perasa tiruan.
Petua-petua pemakanan:
Elakkan Makan
Lemak binatang, mentega, lemak
susu
Susu penuh krim
Daging yang berlemak, ayam
dengan kulitnya
Minyak sayuran, marjerin tanpa
garam
Susu tanpa krim
Daging tanpa lemak, ayam tanpa
kulit

3) Apakah petua pemakanan yang sihat apabila menjalani rawatan
peritoneal dialisis?
Makanan yang anda makan harus mengandungi LEBIH:
1. Zat protein
2. Serat
Makanan yang anda makan harus mengandungi KURANG:
1. Zat fosforus, kalium dan natrium (garam)
2. Hadkan pengambilan garam dan air
3. Hadkan pengambilan gula dan lemak

Petua pemakanan
Petua ini akan membantu anda menjaga amalan pemakanan anda. Semasa
anda mengunjungi hospital anda setiap bulan (atau setiap 3 bulan, bergantung pada
nasihat doktor), analisis akan dibuat oleh makmal untuk memastikan pemakanan
dan rawatan peritoneal dialisis anda berjalan dengan lancar dan dapat menjaga
keseimbangan di dalam sistem badan anda. Berikut adalah beberapa perkara yang
akan diperhatikan oleh doktor atau jururawat anda:




34
Paras Albumin Paras normal 3.7 5.0 g/dL atau 37 51 g/L
Komplikasi :


Nasihat :

Apabila paras albumin rendah, ini petanda malnutrisi.
Anda mungkin lemah, bengkak dan risiko jangkitan
meningkat.
Makan makanan yang kaya dengan protein seperti
daging, telur, ikan, ayam dan sedikit kacang soya.
Paras Fosforus Paras normal 2.4 4.3 mg/dL atau 0.77 1.38 mmol/L
Komplikasi :


Nasihat:
Jika parasnya terlalu tinggi, tulang anda akan menjadi
lemah dan mudah patah, kulit terasa gatal, dan garam
galian akan terkumpul di dalam tisu anda.
Kurangkan makanan yang kaya dengan fosforus seperti
hasil tenusu, yogurt, puding, kekacang, kacang tanah,
hati, minuman kola dan ikan.
Paras Kalium Paras normal 3.3 4.9 mmol/L atau 3.3 -4.9 mEq/L
Komplikasi :


Nasihat :
Jika parasnya terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia boleh
menyebabkan degupan jantung yang tidak normal,
kekejangan dan otot lemah.
Kurangkan makanan yang kaya dengan kalium seperti
tomato, ubi kentang, pisang, betik, buah-buahan kering,
jus oren/sitrus, avocado, kekacang dan coklat.
Paras Natrium Paras normal 135 145 mmol/L atau 135 145 mEq/L
Komplikasi :


Nasihat :


Natrium/garam menyebabkan badan anda menyimpan
lebih air. Terlalu banyak natrium/garam akan
menyebabkan edema (bengkak) dan tekanan darah tinggi.
Hadkan pengambilan garam dan makanan yang
mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti:
sosej, makanan snek, kentang goring, makanan dalam tin,
makanan segera, makanan ringan dan sebagainya.


35
9 : Memahami Fungsi Ubat-Ubatan


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapa ia penting bagi anda untuk mengambil semua ubat-ubatan yang
diberi oleh doktor anda?
2. Apakah ubat-ubatan yang lazim diberi?




















36
1) Mengapa ia penting bagi anda untuk mengambil semua ubat-
ubatan yang diberi oleh doktor anda?
Ubat-ubatan ini menggantikan fungsi buah pinggang anda. Kesemua dialisis,
pemakanan, kawalan air dan ubat-ubatan ini dapat menggantikan fungsi buah
pinggang anda dan memastikan badan anda berfungsi seperti biasa.

2) Apakah ubat-ubatan yang lazim diberi?
Berikut adalah ubat-ubatan yang biasa diberi oleh doktor anda:
1) Penggabung fostat
Fosforus berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan kerosakan tulang,
tulang menjadi lemah dan mudah patah. Penggabung fostat diambil bertujuan untuk
mencegah fosforus daripada berkumpul di dalam badan anda. Untuk keberkesanan
ubat ini, ia perlu diambil setiap kali anda makan.

2) Vitamin D
Paras vitamin D di dalam darah akan turun apabila buah pinggang anda
gagal. Vitamin D juga akan hilang semasa peritoneal dialisis. Vitamin D membuka
pintu dan rongga tulang anda untuk kalsium masuk dan menguatkan tulang.

3) Zat besi
Lazimnya apabila seseorang pesakit memulakan rawatan CAPD, dia akan
kekurangan zat besi. Ini kerana tabiat pemakanan yang tidak betul dan tidak
diberikan preskripsi zat besi yang mencukupi. Ini menyebabkan pesakit mengalami
anemia (kekurangan darah) walaupun rawatan CAPD telah dijalankan. Oleh itu,
pesakit perlu diberi zat besi dan erythropoietin untuk membantu badannya
menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.






37
4) Ubat julap
Ubat julap adalah untuk melegakan sembelit. Jika anda mengalami sembelit,
ia boleh:
Menyebabkan pengaliran keluar larutan dialisis menjadi perlahan.
Menyebabkan jangkitan peritonium.
Anda boleh mencegah sembelit dengan memakan makanan yang kaya
dengan serat seperti bijirin dan buah-buahan.

5) Erythropoietin (EPO)
Sebab utama pesakit CAPD mengalami anemia adalah kekurangan
erythropoietin (EPO). EPO adalah sejenis hormon yang membantu badan anda
menghasilkan sel darah merah.
Walaubagaimanapun EPO tidak akan berkesan jika perkara berikut tidak dipatuhi:
Dialisis yang mencukupi.
Tabiat pemakanan yang baik.
Paras zat besi, asid folik dan vitamin di dalam darah mencukupi.
Tidak berdarah.
Tekanan darah yang terkawal.

6) Insulin
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas kita untuk
mengurangkan paras gula di dalam darah kita. Untuk pesakit diabetis, jumlah insulin
yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi, oleh itu mereka perlu diberi suntikan
insulin secara subcutaneous.
Apabila seseorang pesakit diabetis menjalankan rawatan CAPD, mereka
boleh mendapatkan suntikan insulin atau memasukkan insulin itu ke dalam beg
larutan dialisis sebelum menyalurkan larutan itu ke dalam peritonium. Doktor anda
akan menasihatkan anda cara yang paling sesuai bagi anda.



38
Insulin mesti diberi untuk setiap pertukaran larutan dialisis.

PERINGATAN
Adalah tidak digalakkan untuk menghentikan pemberian hormon insulin
kerana paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi.
Doktor anda akan memberitahu anda dos insulin yang sesuai untuk anda.

7) Heparin
Heparin adalah sejenis ubat yang mencegah proses pembekuan darah. Ia
diberi kepada pesakit PD untuk mencegah penghasilan fibrin di dalam peritonium
anda yang mungkin menghalang larutan dialisis daripada masuk atau keluar dari
peritonium melalui kateter anda. Hanya sekumpulan kecil pesakit memerlukannya.
Lazimnya ia diberi semasa pesakit mengalami jangkitan peritonitis.

8) Antibiotik
Ubat antibiotik membantu membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan
peritonitis atau jangkitan pada exit-site anda. Antibiotik boleh dimakan atau diberi
secara suntikan ke dalam larutan dialisis anda.

9) Ubat pengawal tekanan darah
Oleh kerana buah pinggang anda tidak lagi boleh berfungsi mengawal
tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan ubat untuk mengawal tekanan
darah. Ubat-ubat ini dipanggil antithypertensives atau anti-hipertensif.

PERINGATAN
Ubat-ubat anti-hipertensif perlu diambil mengikut arahan doktor anda.
Untuk mencegah tekanan darah tinggi, anda perlu menghadkan pengambilan
garam dan air.

39
10 : Penyelesaian Masalah Semasa
Di Rumah


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut :
1. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir keluar
berwarna merah?
2. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir keluar
berwarna kuning gelap tetapi tidak keruh?
3. Apakah yang anda perlu buat jika barangan yang steril dicemari?
4. Apakah yang anda perlu buat jika peralatan dialisis anda terbocor semasa
proses pertukaran sedang dijalankan?
5. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis tidak boleh mengalir ke
dalam peritonium anda?
6. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis tidak boleh mengalir keluar
dari peritonium anda?
7. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir keluar dari
peritonium mengandungi fibrin (seperti jeli)?
8. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir keluar dari
peritonium keruh?
9. Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir keluar
menerusi kateter exit-site anda?
10. Apakah yang anda perlu buat jika anda kehabisan beg larutan dialisis atau
minicap sebelum pengambilan stok yang dijadualkan?
11. Apakah yang anda perlu buat jika anda mempunyai beg larutan dialisis lebih
daripada yang diperlukan di dalam rumah anda?
12. Apakah yang anda perlu buat jika anda sakit perut?
13. Apakah yang anda perlu buat jika anda demam?
14. Apakah yang perlu anda buat jika anda sakit kepala?
15. Apakah yang anda perlu buat jika buku lali anda bengkak?
16. Apakah yang anda perlu buat jika anda kesesakan nafas?
17. Apakah yang anda perlu buat jika anda sakit bahu?
18. Apakah yang anda perlu buat jika sekitar exit-site anda sakit?
19. Apakah yang anda perlu buat jika anda muntah atau cirit-birit?

























41
1) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir
keluar berwarna merah?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang anda perlu buat?
1) Kedatangan haid Kemerahan itu akan hilang dan kembali
seperti biasa tanpa masalah.
2) Anda mengangkat benda berat. Elakkan dari mengangkat benda berat
dan pergi ke unit dialisis anda.
2) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialysis yang mengalir
keluar berwarna kuning gelap tetapi tidak keruh?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang anda perlu buat?
1) Larutan dialisis kekal dalam
peritonium untuk jangka masa yang
panjang, contohnya semasa pertukaran
pertama pada waktu pagi.
Anda tidak perlu bimbang. Tetapi jika ia
berulang dengan kerap anda boleh pergi
ke unit dialisis anda.

3)Apakah yang anda perlu buat jika barangan yang steril dicemari?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apakah yang anda perlu buat?
1) Anda tersentuh atau jatuhkan
penyambung atau tiub keluar pada
ultrabag anda.
Jangan menggunakan peralatan
tercemar itu. Buang dan gunakan yang
baru.
2) Anda terkotorkan bahagian steril
transfer set anda.
Tutupkan penyepit pada transfer set
dengan segera. Pergi ke unit dialisis
anda dan tukarkan yang baru.
3) Anda tersentuh bahagian steril
minicap atau ia terjatuh ke atas lantai.
Jangan gunakannya. Buang dan
gunakan yang baru.

PERINGATAN
Buangkan peralatan jika:
Beg larutan dialisis tidak mempunyai penutup pada tiub keluarnya atau
penutup tidak tertutup rapat.
Bungkusan minicap terkoyak atau terbuka, atau span di dalamnya kering
tanpa povidon iodin.
GUNAKAN YANG BARU
Jika anda was-was tentang kesterilan peralatan dialisis anda, buangkan dan
mulakan proses pertukaran dengan peralatan yang baru.
4) Apakah yang anda perlu buat jika peralatan dialysis anda
terbocor semasa proses pertukaran sedang dijalankan?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang anda perlu buat?
1) Anda rosakkan mana-mana bahagian
ultrabag.
Tutupkan penyepit pada transfer set
dengan segera dan tutupkan dengan
minicap yang baru. Gantikan ultrabag
yang baru.
2) Transfer set anda rosak. Tutupkan penyepit pada transfer set
dengan segera. Pastikan penyepit biru
ditutup sedekat yang mungkin kepada
penyambung titanium tetapi pastikan ia
tidak menjejaskan exit-site anda. Pergi
ke unit dialisis anda.
3) Penyambung titanium dan transfer set
tidak bersambung dengan betul.
Tutupkan penyepit pada transfer set
dengan segera dan tutupkan penyepit
biru. Pergi ke unit dialisis anda.


43
5) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis tidak boleh
mengalir ke dalam peritonium anda?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang perlu anda buat?
1) Anda tidak membuka penyepit pada
tiub masuk.
Buka penyepit itu.
2) Anda tidak mematahkan frangible. Anda boleh mematahkan frangible
apabila semua bahagian telah
bersambung.
3) Anda tidak membuka penyepit pada
transfer set.
Buka penyepit itu. (Jika masalah ini
berulang, sila pergi ke unit dialisis anda).
6) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis tidak boleh
mengalir keluar dari peritonium anda?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang anda perlu buat?
1) Penyepit tertutup. Bukakan penyepit pada transfer set
anda.
2) Anda mengalami sembelit. Makan ubat julap yang diberi oleh doktor
dan tukarkan kedudukan badan dengan
kerap. Jangan lupa makan makanan
yang kaya dengan serat. Jika masalah ini
berlarutan, sila jumpa doktor anda.
3) Kateter atau transfer set anda terlipat. Luruskan kateter atau transfer set anda.
4) Kedudukan kateter anda tidak betul Tukar kedudukan badan anda dengan
kerap. Jika masalah ini berlarutan, sila
jumpa doktor anda.
5) Mana-mana saluran terlipat. Periksa setiap bahagian saluran dan
pastikan tiada halangan. (Jika masalah
ini berlarutan, jangan masukkan larutan
dan pergi ke unit dialisis anda)
7) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir
keluar dari peritonium mengandungi fibrin (seperti jeli)?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) Kehadiran fibrin

Pergi ke unit dialisis anda untuk
berjumpa dengan doktor.

8) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir
keluar dari peritonium keruh?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) PERITONITIS (jangkitan kuman di
peritonium)

Simpan beg larutan dialisis yang keruh
itu. Jangan buang, anda perlu
membawanya ke hospital supaya
mereka boleh mengambil sampel larutan
itu untuk analisis di makmal untuk
menentukan jenis kuman yang
menyebabkan jangkitan itu. Ikut nasihat
doktor dan jururawat anda.

9) Apakah yang anda perlu buat jika larutan dialisis yang mengalir
keluar menerusi kateter site anda?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang perlu anda buat?

1) Exit site anda tidak pulih sepenuhnya.


Tutup exit site anda dengan kain kasa
yang steril dan pergi ke unit CAPD anda
dengan segera. Jangan lakukan
sebarang pertukaran dialisis.


2) Exit site anda mengalami jangkitan.


Pergi ke unit dialisis anda dengan
segera.


PERINGATAN
Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa arahan doktor. Jika anda
berbuat demikian, anda mungkin menyebabkan kesulitan yang lebih teruk.
10) Apakah yang anda perlu buat jika anda kehabisan beg larutan
dialisis atau minicap sebelum hari pengambilan stok yang
dijadualkan?

Kemungkinan disebabkan oleh: Apa yang anda perlu buat?
1) Anda telah melakukan pertukaran
lebih kerap daripada yang dinasihatkan
oleh doktor.
Jika anda memerlukan larutan dialisis
yang lebih, anda perlu berbincang
dengan doktor supaya bekalan yang
cukup boleh diberikan kepada anda
setiap hari.
2) Anda tidak menerima bekalan yang
mencukupi.
Maklumkan perkara ini kepada unit
CAPD anda (jika anda di bawah jagaan
hospital kerajaan). Pastikan jumlah
bekalan yang anda terima setiap bulan
mencukupi.
11) Apakah yang anda perlu buat jika anda mempunyai beg larutan
dialisis lebih daripada yang diperlukan di dalam rumah anda?


Kemungkinan disebabkan oleh:

Apa yang anda perlu buat?


1) Anda telah menerima bekalan yang
berlebihan.

Maklumkan perkara ini kepada unit
CAPD anda. Pastikan jumlah bekalan
yang anda terima setiap bulan
mencukupi.


2) Anda telah melakukan pertukaran
yang kurang daripada yang dinasihatkan
oleh doktor.


Jangan berhenti melakukan pertukaran
dialisis anda. Ini akan menyebabkan
anda berasa sakit, tidak sihat, letih,
lemah, tiada selera makan, loya atau
pening kerana air dan bahan buangan
berlebihan akan berkumpul di dalam
badan anda.

12) Apakah yang anda perlu buat jika anda berasa sakit perut?


Kemungkinan disebabkan oleh:

Apa yang anda perlu buat?


1) Anda mengalami PERITONITIS.

Jika larutan dialisis yang disalur keluar
keruh, pergi ke unit dialisis anda dengan
segera. Jika larutan itu tidak keruh, tapi
anda demam, pergi ke unit dialisis anda
dengan segera.


2) Tapak di mana kateter dimasukkan
belum pulih sepenuhnya.

Pergi ke unit dialisis anda dengan
segera. Anda mungkin perlu memakan
ubat sehingga tapak itu pulih
sepenuhnya.


3) Jika kesakitan hanya berlaku apabila
proses penyaluran keluar larutan dialisis
hampir berakhir, ini mungkin disebabkan
oleh hujung kateter anda tersentuh
permukaan peritonium anda atau kateter
telah tertarik selaput omentum anda.


Perlahankan proses pengaliran keluar
larutan dialisis. Anda boleh lakukan ini
dengan menutup transfer set anda
dengan separa semasa penghujung
proses pengaliran keluar.

4) Anda mengalami sembelit.

Makan ubat julap yang diberi oleh doktor
dan tukarkan kedudukan badan dengan
kerap. Jangan lupa makan makanan
yang kaya dengan serat. Jika masalah ini
berlarutan, sila berjumpa doktor anda.






47
13) Apakah yang anda perlu buat jika anda demam?


Kemungkinan disebabkan oleh:

Apa yang anda perlu buat?


1) Anda mengalami PERITONITIS.

Jika larutan dialisis yang disalur keluar
keruh, pergi ke unit dialisis anda dengan
segera.


2) Exit site anda mengalami jangkitan.

Periksa exit site anda. Jika ia merah,
bernanah, bengkak atau sakit, pergi ke
unit dialisis anda untuk rawatan segera.
Jangkitan pada exit site anda boleh
menyebabkan peritonitis. Oleh sebab itu,
anda perlu sentiasa periksa larutan
dialisis yang keluar dari peritonium anda.


3) Anda mengalami demam selsema
atau jangkitan salur kencing.


Jika anda tidak mengalami sebarang
simptom jangkitan exit site, anda
mungkin mengalami demam selsema
atau jangkitan saluran kencing. Pergi ke
unit dialisis anda untuk mendapatkan
rawatan.

14) Apakah yang anda perlu buat jika anda sakit kepala?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) Tekanan darah anda tinggi

Periksa tekanan darah anda dan
rekodkan di dalam buku CAPD anda.
Pergi ke unit dialisis anda.


2) Tekanan darah anda rendah


Periksa berat badan dan tekanan darah
anda. Jika ia rendah, anda mungkin
kekurangan air atau dos ubat tekanan
darah tinggi yang anda ambil terlampau
tinggi. Pergi ke unit dialisis anda kerana
anda mungkin perlu menukar dos ubat
tekanan darah tinggi anda.


15) Apakah yang anda perlu buat jika buku lali anda bengkak?


Kemungkinan disebabkan oleh:

Apa yang anda perlu buat?


1) Banda anda mengandungi air
berlebihan.


Periksa berat badan dan tekanan darah
anda. Jika ia tinggi, anda perlu:
1. Periksa samada kateter anda
berfungsi dengan sempurna.
2. Kurangkan pengambilan air dan
garam.
3. Anda perlu gunakan larutan
dialisis yang berkepekatan lebih
tinggi.
4. Pergi ke unit dialisis anda untuk
pemeriksaan regimen dialisis
anda dan tabiat pemakanan anda.

16)Apakah yang anda perlu buat jika anda kesesakan nafas?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) Badan anda mengandungi air
berlebihan.

Pergi ke unit dialisis anda dengan
segera.

17) Apakah yang anda perlu buat jika anda sakit bahu?


Kemungkinan disebabkan oleh:

Apa yang anda perlu buat?


1) Larutan dialisis sangat sejuk.

Untuk pertukaran seterusnya, panaskan
beg larutan dialisis dengan haba kering.


2) Pengaliran larutan dialisis ke dalam
peritonium terlampau cepat.


Tutup separa transfer set anda supaya
larutan akan mengalir dengan lebih
perlahan.

3) Terdapat gelembung udara di dalam
saluran larutan dialisis.

Pastikan anda alirkan larutan menerusi
tiub sehingga tiada gelembung sebelum
menyambungkannya ke transfer set
anda.

18) Apakah yang anda perlu buat jika sekitar exit site anda sakit?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) Exit site anda mengalami jangkitan.

Periksa exit site anda. Jika ia merah,
bernanah, bengkak atau sakit, pergi ke
unit dialisis anda untuk rawatan segera.
Jangkitan pada exit site boleh
menyebabkan peritonitis. Oleh sebab itu,
anda perlu sentiasa periksa larutan
dialisis yang keluar dari peritonium anda.


2) Terdapat gangguan disekitar exit site.

Pastikan kateter anda tidak bergerak.
Gangguan pada kateter boleh
menyebabkan jangkitan exit site.


3) Jangkitan di dalam bahagian terowong
kateter.

Periksa bahagian terowong kateter, jika
ia merah atau bengkak, pergi ke unit
dialisis anda dengan segera.

19) Apakah yang anda perlu buat jika anda muntah atau cirit-birit?


Kemungkinan disebabkan oleh:


Apa yang anda perlu buat?

1) Anda mengalami peritonitis.

Jika larutan dialisis yang disalur keluar
keruh, pergi ke unit dialisis anda dengan
segara.


2) Anda makan makanan yang
mengganggu perut.

Jika anda mengalami cirit-birit, pergi ke
unit dialisis anda dengan segera.


3) Anda tidak melakukan dialisis yang
mencukupi.

Ikut preskripsi dialisis yang diarahkan
oleh doktor anda (sekurang-kurangnya 4
pertukaran sehari). Jika anda telah

mengikut jadual ini tetapi masih tidak
mencukupi, pergi ke unit dialisis untuk
mendapat nasihat seterusnya dari
doktor.
























51
11 : Komplikasi Jangkitan


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapa kita begitu tekankan kemudaratan kuman?
2. Kuman boleh datang dari mana?
3. Mengapakah ia amat penting untuk membasuh dan mengeringkan tangan
anda?
4. Apakah itu peritonitis?
5. Bagaimana kuman boleh masuk ke dalam peritonium anda?
6. Bagaimanakah anda tahu jika anda mengalami peritonitis?
7. Apakah itu jangkitan exit site?
8. Bagaimanakah anda tahu anda mengalami jangkitan exit site atau jangkitan
di dalam bahagian terowong kateter?
9. Apakah yang anda perlu buat untuk mencegah peritonitis dan jangkitan exit
site?













52
1) Mengapa kita begitu tekankan kemudaratan kuman?

Biasanya ruang peritonium kita adalah steril. Untuk mencegah jangkitan,
segala benda yang dimasukkan/bersentuh dengan ruang peritonium perlulah steril
juga.
Benda-benda berikut perlulah steril:
Larutan dialisis
Salur masuk pada beg dialisis
Bahagian dalam semua peralatan
Penyambung berbentuk Y
Penyambung pada transfer set
Jarum dan picagari yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam
larutan dialisis.
2) Kuman boleh datang dari mana?

Kuman adalah benda hidup yang amat kecil sehingga kita tidak boleh lihat
dengan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Kita terdedah kepada
berjuta-juta kuman disekeliling kita. Ia tinggal di atas kulit kita, hidung, mulut, di
permukaan luar semua peralatan, permukaan meja dan sebagainya. Kuman berada
di merata-rata tempat.
Kuman membiak dengan cepat dan amat bahaya kerana boleh menyebabkan
jangkitan. Ia suka membiak di kawasan yang panas dan lembap dan kaya dengan
nutrient seperti tisu badan. Jangkitan pada peritonium dipanggil peritonitis. Kuman
tidak boleh hidup di tempat yang bersih, kebanyakan kuman boleh dibunuh dengan
larutan antiseptik yang doktor dan jururawat gunakan.
3) Mengapakah ia amat penting untuk membasuh dan
mengeringkan tangan anda?

Kuman hidup di atas kulit kita, terutamanya di atas tangan, diantara jejari dan
di bawah kuku. Sebelum setiap pertukaran dan pembersihan exit site, anda perlu
membasuh tangan dengan teliti dan keringkan sepenuhnya. Keringkan tangan anda
sepenuhnya dengan tuala pakai buang dan jangan sentuh apa-apa selepas
membasuh tangan.

53
Jika anda tersentuh sebarang benda selepas membasuh tangan, anda perlu
membasuhnya semula.
INGAT! WALAUPUN TANGAN ANDA BERSIH, IA TIDAK STERIL!
4) Apakah itu Peritonitis?

Peritonitis adalah jangkitan yang paling memudaratkan untuk pesakit yang
menjalani Peritonial Dialisis. Ia berlaku apabila kuman memasuki ruang peritonium
anda. Peritonitis boleh dirawat, tetapi boleh menyebabkan maut jika ia tidak dirawat
dengan segera dan betul.
5) Bagaimana kuman boleh masuk ke dalam peritonium anda?

Cara-cara yang kuman boleh memasuki ruang peritonium:
1. Kaedah pertukaran larutan dialisis yang tidak betul (tangan tidak dibasuh
dengan betul, pengendalian penyambung Y atau transfer set yang tidak betul,
dan sebagainya)
2. Tidak memakai mask muka dengan betul. Ia perlu menutup hidung dan mulut.
3. Jangkitan pada exit site atau/ dan pada bahagian terowong kateter.
4. Mana-mana bahagian sistem peritoneal dialysis anda yang bocor atau rosak.
6) Bagaimanakah anda tahu jika anda mengalami Peritonitis?

3 petanda yang anda mengalami peritonitis:
1. Larutan yang keluar dari peritoneum adalah keruh.
2. Sakit perut.
3. Demam.
Jika anda perasan anda mengalami mana-mana simptom di atas, anda perlu
pergi ke unit dialisis anda dengan segera. Jika larutan yang keluar dari peritonium
adalah keruh, jangan sekali-kali tunggu untuk melihat samada larutan yang keluar
untuk pertukaran seterusnya keruh atau tidak. Jangan tunggu sehingga anda
demam atau sakit perut. Pergi ke unit dialisis anda dengan segera.



54

INGAT: Walaupun anda tidak demam atau merasa sakit perut, jika larutan yang
keluar adalah keruh, anda telah mendapat peritonitis. Pergi ke unit dialisis anda
dengan segera supaya boleh mendapatkan rawatan dengan segera.


Peritonitis tidak akan pulih dengan sendirinya. Amatlah penting untuk anda
simpan beg pertama larutan dialisis yang keruh itu supaya larutan itu boleh dianalisa
oleh makmal. Jangan buang beg ini.

Peringatan : Peritonitis boleh menjadi amat bahaya jika tidak dirawat dengan
segera dan betul

7) Apakah itu exit site?

Exit site adalah tapak di mana kateter itu keluar dari badan anda.
8) Apakah itu jangkitan exit site?

Jangkitan yang berlaku pada exit site adalah disebabkan oleh kuman yang
menjangkiti kateter pada exit site itu. Amat penting untuk anda memerhatikan
keadaan exit site anda kerana jangkitan exit site boleh menyebabkan peritonitis.
Bahagian terowong adalah bahagian di mana kateter melalui ruang di bawah
permukaan kulit anda. Ia bermula pada exit site dan berakhir di bahagian ia
memasuki peritonium.
9) Bagaimanakah anda tahu anda mengalami jangkitan exit site
atau jangkitan di dalam bahagian terowong kateter?

Jika anda mengalami jangkitan exit site atau bahagian terowong, anda
mungkin akan mengalami:
Kemerahan di sekitar exit site.
Bengkak di sekitar exit site.
Sakit apabila tersentuh kawasan sekitar exit site atau terowong.
Exit site bernanah atau berdarah.

55
Jika anda berasa sakit apabila tersentuh kawasan sekitar terowong, anda
mengalami jangkitan pada bahagian terowong.

Peringatan : Jika anda mendapati mana-mana simptom ini, anda perlu
memberitahu jururawat dan doktor anda di unit dialisis dengan segera.

10) Apakah yang anda perlu buat untuk mencegah peritonitis dan
jangkitan exit site?

Terdapat langkah-langkah mudah yang anda boleh ambil untuk mencegah jangkitan
peritonitis dan jangkitan exit site, seperti:
Mandi setiap hari. Amat penting untuk anda menjaga kebersihan kulit
terutamanya disekitar exit site. Lakukan langkah-langkah pembersihan seperti
yang diajar oleh jururawat anda.
Tukar pakaian bersih setiap hari. Tukar pakaian dalam dan pakaian luar
anda setiap hari.
Sentiasa basuh dan keringkan tangan sebelum menyentuh kateter atau
exit site.
Lakukan langkah-langkah penjagaan exit site setiap hari. Bersihkan kulit
di sekitar kateter menggunakan pergerakan berbentuk bulatan dan larutan
antiseptik seperti yang diajar oleh jururawat anda. Sapukan krim antiseptik
pada exit site. Elakkan penggunaan kain kasa atau benda lain pada exit site
kecuali diarahkan oleh doktor.
Sentiasa pastikan kateter tidak digerakkan dengan memastikan ia
terlekat pada kulit. Gunakan pita pelekat yang disyorkan oleh doktor untuk
mencegah kateter daripada ditarik, dipusing atau digerakkan.
Jangan tarik atau pusing kateter. Jika ini berlaku, pergi ke unit dialisis
dengan segera.
Jangan gunakan gunting di sekitar kateter kerana jika anda terpotong
kateter, anda memerlukan prosuder pembedahan untuk memasukkan kateter
baru. Kuman boleh memasuki peritonium jika ia terpotong dan menyebabkan
peritonitis.
Jangan menggaru kawasan sekitar kateter.
Jangan menggunakan bedak talkum, krim atau sebarang losyen pada
sekitar exit site.
Jangan memakai tali pinggang di atas bahagian exit site.
Jangan berendam di dalam tab mandian. Mandi dengan pancur hujan
(shower).
56


PERINGATAN


Amat penting bagi anda untuk mengikut segala arahan jururawat anda dengan teliti.























57
12 : Lakukan Rawatan Dialisis Anda
Dengan Baik.


Seksyen ini akan menjawab soalan berikut:
1. Mengapakah ia amat penting untuk melakukan semua pertukaran dialisis
setiap hari?
2. Apakah kebaikan yang anda akan dapat jika anda melakukan semua
pertukaran dialisis setiap hari?
3. Apakah yang anda perlu buat untuk berasa sihat?
4. Apakah yang akan berlaku jika anda tidak melakukan salah satu daripada
pertukaran 61ialysis harian anda?















58
1) Mengapakah ia amat penting untuk melakukan semua pertukaran
dialisis setiap hari?

Ingat bahawa buah pinggang anda dapat menjalankan fungsi-fungsi berikut
semasa ia masih sihat:
Menjaga keseimbangan badan.
Membersihkan darah anda dan membuang bahan toksik yang badan anda
tidak perlukan.
Membantu penghasilan sel darah merah dengan menghasilkan erythropoietin.
Membuang air berlebihan dalam air kencing.
Menjaga kesihatan tulang anda dengan menyimpan kalsium dan fosforus
yang diperlukan.
Tetapi sekarang fungsi buah pinggang anda telah gagal. Oleh itu buah
pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi-fungsi di atas. Anda perlu
menjalankan rawatan peritoneal dialisis untuk menggantikan sesetengah fungsi
buah pinggang anda.
Buah pinggang yang sihat menjalankan fungsi-fungsi itu 24 jam sehari. Oleh
itu, anda juga perlu menjalankan pertukaran dialisis anda dengan berterusan. Hanya
dengan berbuat demikian anda boleh mendapat hasil yang serupa dengan buah
pinggang yang sihat.

PERINGATAN


Anda perlu membuat pertukaran sekurang-kurangnya 4 kali sehari dengan betul.

2) Apakah kebaikan yang anda akan dapat jika anda melakukan
semua pertukaran dialisis setiap hari?

Jika anda melakukan pertukaran 62ialysis anda dengan sempurna setiap hari,
anda akan:
1. Mendapat rehat yang mencukupi kerana lena tidur pada waktu malam.
2. Mempunyai selera makan yang baik.
3. Dapat menikmati rasa makanan dengan baik.
4. Mempunyai tenaga untuk menjalankan tugasan harian anda.
5. Mengelakkan daripada bengkak (berlebihan air) dan berasa kekurangan
darah.
59
3) Apakah yang anda perlu buat untuk berasa sihat?

1. Lakukan semua pertukaran dialisis seperti yang diarahkan oleh doktor.
2. Gunakan kepekatan larutan dialisis seperti yang diarahkan oleh doktor.

PERINGATAN


Jika anda mengikut semua arahan doktor, anda akan kelihatan dan berasa sihat.
TAHNIAH.

4) Apakah yang akan berlaku jika anda tidak melakukan salah satu
daripada pertukaran dialisis harian anda?

Anda tidak akan berasa sihat seperti yang anda rasa apabila anda
menjalankan kesemua pertukaran dialisis anda setiap hari. Jika anda sering
melakukan pertukaran yang kurang daripada yang diarahkan oleh doktor, anda akan
berasa:
Loya.
Muntah.
Tiada selera makan.
Tidak dapat menikmati rasa sebenar makanan.
Letih dan lemah.
Berlebihan air dan mengakibatkan bengkak.
Kesesakan nafas.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, ia bermakna dialisis anda
tidak mencukupi. Ini adalah sebab anda perlu melakukan semua (4 kali) pertukaran
dialisis anda setiap hari.
Untuk mendapatkan rawatan dialisis yang mencukupi:
Lakukan pertukaran dialisis anda minima 4 kali setiap hari.
Gunakan kepekatan larutan dialisis yang diarahkan oleh doktor anda.
Ikut jadual dialisis yang diarahkan oleh doktor.
Ikut kesemua arahan doktor anda.


60

PERINGATAN


LAKUKAN DIALISIS ANDA DENGAN SEMPURNA BERMAKNA ANDA AKAN
BERASA LEBIH SIHAT!























61

Anda mungkin juga menyukai