Anda di halaman 1dari 5

PACUAN AKHIR: RANTAI, TALI SAWAT, ATAU ACI

 Pacuan akhir adalah pengagih kuasa dari enjin ke roda belakang.

 Tiga jenis yang paling biasa digunakan adalah rantai, tali sawat, dan aci pandu.

 Setiap satu mempunyai kelebihan serta kelemahan masing-masing.

Pacuan akhir adalah komponen yang mengagihkan kuasa ke roda belakang. Terdapat tiga

jenis pacuan akhir yang paling kerap digunakan pada motosikal, iaitu rantai, tali sawat, dan

aci.

CHAIN (RANTAI)
Pacuan rantai adalah kaedah yang paling kerap diguna pakai bagi memacu roda belakang

motosikal. Malah, ianya merupakan kaedah pacuan kereta pada suatu ketika dahulu,

selepas pacuan tali sawat, dan masih digunakan bagi memacu go-kart pada hari ini.

Walaupun rantai “roller” telah dipatenkan oleh Hans Renold pada tahun 1880, Leonardo Da

Vinci telah melakarkannya sewaktu abad ke-16 lagi. Semenjak itu, ianya telah digunakan

bagi pelbagai aplikasi transmisi kuasa, namum, ianya paling dikenali sebagai pemacu

motosikal kerana penggunaan rantai tersebut pada motosikal boleh dilihat dengan mudah
oleh mata kasar. Rantai yang bersih dan dijaga rapi memastikan yang ianya mampu

mengagihkan sehingga 98% kuasa enjin dengan kehilangan kuasa parasitik yang amat kecil.

Selain itu, ia mampu menangani jumlah kuasa dan tork yang tinggi.

Kelebihan

Mudah untuk dipasang dan digantikan. Langkah yang terbaik sekali adalah untuk

menggantikan rantai, gegancu hadapan dan juga belakang pada masa yang sama, namun

roda belakang tidak perlu dibuka sekiranya penunggang memilih untuk menggantikan

rantai sahaja. Prinsip yang sama digunakan sekiranya rantai putus. Pengubahan nisbahnya

juga cukup mudah. Anda rasa enjin anda ‘rev’ terlalu tinggi dan gegarannya mengganggu

anda sewaktu kelajuan penunggangan kegemaran anda? Pilih sahaja penggearan akhir lebih

tinggi dengan menggunakan gegancu belakang yang lebih kecil, atau gegancu hadapan yang

lebih besar (Lebih elok untuk menggunakan gegancu hadapan yang lebih besar berbanding

gegancu belakang yang lebih kecil, sekiranya boleh). Perlu lebih pemecutan di atas litar?

Gegancu belakang yang lebih besar boleh membantu.

Kekurangan

Penyelenggaraan yang kerap: Rantai memerlukan lebih penyelenggaraan berbanding

dengan tali sawat dan aci. Ia perlu dibersihkan dan dilincirkan semula, selalunya pada setiap

400km, selain daripada pembetulan berkala. Tahap ketahanan sebuah rantai bergantung

kepada pelbagai pembolehubah, di mana yang paling penting adalah tahap penjagaannya.

Penjagaan rantai itu sendiri adalah satu pembolehubah kerana penunggang berbeza

menggunakan pelincir dan agen pembersih yang berbeza. Membersihkan rantai itu sendiri

meupakan satu tugas yang kotor, dan oleh sebab itu, kebanyakan penunggang mengambil

keputusan untuk tidak menghiraukannya. Menyembur terlalu banyak pelincir akan

menyebabkannya terpercik di merata-rata tempat di bahagian belakang motosikal, mahu

pun penunggang.

Jangka hayat yang pendek. Berbanding dengan tali sawat dan aci

BELTING (TALI SAWAT)


Pacuan tali sawat pada zaman ini secara amnya digunakan oleh pengeluar motosikal cruiser

sahaja seperti Harley-Davidson dan Indian Motorcycles.Terdapat juga beberapa motosikal


cruiser Jepun yang menggunakan pacuan tali sawat ini, tetapi ianya masih dalam jumlah

yang kecil.

Kelebihan

Penyelenggaraan yang ringkas. Tali sawat boleh dibersihkan dengan hanya menyembur

bersih kotorannya. Ia tidak perlu untuk dilincirkan. Pengoperasian yang mudah. Tali sawat

agak senyap bunyinya, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rantai yang tidak

diperbetulkan, dilincirkan atau pun yang sudah berusia. Tali sawat juga tidak memercikkan

pelincirnya dan mengotorkan motosikal dan penunggang. Senggang masa antara

penyelenggaraan yang panjang. Sebagai contoh, Harley-Davidson mengesyorkan yang

pacuan tali sawat diganti pada 90,000km (60,000 batu). Tali sawat yang mempunyai rekahan

perlulah digantikan dengan lebih segera, namun, tidak dapat dinafikan, perbatuannya

cukup tinggi sekali.


Kekurangan

Sukar untuk dipasang. Menggantikan pacuan tali sawat pada sebuah Harley-Davidson

memerlukan lengan ayun, penutup luaran utama dan penutup dalaman utamanya

ditanggalkan. Jadi, sekiranya ianya perlu digantikan, prosesnya akan memakan masa. Sukar

untuk mengubah penggearannya. Panjang sesebuah tali sawat itu bergantung pada saiz

takal standard yang disyorkan. Ini bermakna anda perlu menggantikan tali sawatnya

sekiranya anda ingin mengubah saiz takalnya. Dan untuk menggantikan tali sawatnya

bermakna anda sekali lagi perlu tanggalkan lengan ayunnya. Dengan erti kata lain, ianya

satu proses yang memakan masa. Tidak dinafikan, pacuan tali sawat memang mahal.

Namun, ianya satu gantian bagi jumlah berapa banyak rantai dan gegancu yang akan

digunakan sebuah motosikal sepanjang 90,000km.

DRIVE SHAFT (ACI PANDU)


Kuasa diagihkan ke roda belakang melalui aci pandu, seperti sebuah kereta pacuan roda

belakang. Aci serta pembezanya selalunya dikedapkan, dengan pembezanya dimandikan

dengan minyak atau bendalir.


Kelebihan

Kos penyelenggaraan yang rendah. Ianya mungkin sekali ciri terbaik sebuah aci pandu.

Senggang masa pertukaran pelincir atau bendalir bagi pembezanya selalunya tidak

disenaraikan masuk oleh pengeluarnya, tetapi, ada pemilik yang menukarnya pada setiap

40,000km. Pengoperasian yang ringkas. Senyap dan tidak kotor. Fenomena “Shaft jacking”

telah diselesaikn oleh kebanyakan pengeluar.

Kekurangan

Penyelenggaraanya tidak boleh ditukar. Sejujurnya, ianya boleh dilakukan, namun, kerja-

kerja penukaran tersebut adalah begitu ekstensif dan mahal yang ianya tidak praktikal.

Mahal jika bahagian utamanya rosak.

Anda mungkin juga menyukai