Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Pernyataan Masalah 2

2 Kajian Literature 2-3

3 Objektif Kajian 3

4 Kaedah Kajian 3

5 Analisis Data 4-7

6 Cadangan dan Kesimpulan 8

7 Sumber Rujukan 9

8 Lampiran 10 - 14

KAJIAN KES TENTANG PELAKSANAAN SOLAT FARDU DALAM KEHIDUPAN SEORANG


MUSLIM

1
lOMoARcPSD|32171286

PERNYATAAN MASALAH

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu
dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-
waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib
didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat
qada. Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan mengqasarkan dan
menjamakkannya Solat ialah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan di sudahi
dengan salam dengan syarat syarat tertentu Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali
dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima
maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima
maka kecewa dan rugilah ia. Oleh yang demikian, hasil penyelidikan yang dijalankan ini dapat
melihat sama ada fenomena lemahnya penguasaan dan pengamalan solat.. Namun begitu,
kajian yang hanya tertumpu kepada golongan masyarakat Oleh itu, kajian berkaitan ibadat solat
ini dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada golongan masyarakat yang disoal selidik ini
mementingkan solat atau sebaliknya.

KAJIAN LITERATUR

Kajian berkaitan ibadat solat ini juga dilakukan oleh tokoh yang bernama Dato’ Dr. Haji
Mohd Fadzilah bin Kamsah. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi
terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80% umat Islam di
Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini
diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi yang
dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut beliau, antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah
golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan
juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). sekitar 17 hingga 20 peratus yang
menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar-pelajar
sekolah menengah, iaitu hanya 15% sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari dan
fakta ini ternyata menyamai dapat kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2%

Selain dari itu, kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadat solat di kalangan

2
responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan
kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan
jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini
mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat.
Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan
ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu
malas (kasal), lemah fikiran (futur) bosan (malal).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah di kalangan masyarakat berumur
20 sehingga 60 tahun dalam menunaikan ibadah solat 5 waktu.

I. Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan solat fardu dalam kalangan
masyarakat
II. Menganalisis faktor yang mempengaruhi masyarakmuslim dalam menunaikan
dan meninggalkan solat fardu
III. Menilai bagaimana cara responden untuk menanam rasa istiqamah dalam diri untuk
menunaikan solat.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menganalisis penguasaan seorang muslim terhadap solat. Kaedah
kajian yang digunakan ialah Google Form kerana ia dapat menjimatkan masa. Ramai orang
sudah memiliki telefon pintar yang tersendiri dengan menggunakan telefon pintar ia sangat
mudah untuk memproses dan mengumpul segala maklumat data mengenai masalah yang
dihadapi oleh orang ramai untuk menunaikan solat dan puasa. Mereka hanya perlu mengakses
borang soal selidik yang telah diberikan mengenai kajian kes ini.

3
lOMoARcPSD|32171286

ANALISIS DATA

Seramai 5 orang lelaki dan 5 orang wanita yang telah menjawab google form yang dibuat.

Majoriti yang menjawab dalam lingkungan umur 41 sehingga 50 tahun iaitu sebanyak 50% dan
31 tahun sehingga 40 sebanyak 30% serta 20 tahun sehingga 30 tahun sebanyak 20%.

4
Kebanyakkan darinya bekerja sebagi kakitangan swasta dan selebihnya kerajaan dan lain-lain.

Majoriti menunjukkan bahawa ramai yang mempunyai tahap pengetahuan terhadap solat yang
tinggi tentang Solat merupakan ibadah yang termasuk dalam rukun Islam dan maksud solat
serta sebagainya yang telah dinyatakan didalam soalan Google Form.

5
lOMoARcPSD|32171286

Majoriti menunjukkan bahawa mereka melaksanakan solat kerana menurut perintah Allah
SWT.

Majoriti menunjukkan mereka menunaikan solat fardu 5 waktu sehari semalaman.

6
7
lOMoARcPSD|32171286

PUNCA TIDAK SOLAT

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan didapati bahawa antara punca


majoriti umat Islam tidak melaksanakan solat fardhu adalah kerana sifat
malas dan sengaja serta tidak tahu kewajiban solat.Perkara ini seharusnya
tidak berlaku di kalangan umat islam yang boleh dikatakan dewasa.Perkara
yang amat mengejutkan dan membimbangkan apabila ada dari mereka
yang tidak mengetahui keawajiban solat fardhu.Hal ini amat
mendukacitakan kerana sebagai umat islam kite wajib mengetahui
mengenai tiang agama islam iaitu solat.Solat itu sendiri mengajar kita untuk
berdisiplin dan membentuk sahsiah diri yang baik.Akhir sekali, segelintir
kecil dari mereka yang menjawab soal selidik ini tidak dapat menunaikan
solat fardhu adalah kerana sibuk dengan kehidupan duniawi mereka.

CADANGAN DAN KESIMPULAN


Membaiki solat 5 waktu dalam harian merupakan tujuan penting dalam kehidupan setiap
Muslim. Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperbaiki solat 5 waktu dalam harian
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk meperbaiki diri solat 5 waktu sehari semalam ialah
memilih rakan yang benar yang boleh membawa kita ke jalan Allah SWT seperti mengajak kita
untuk solat berjemaah di masjid.pemilihan rakan ini penting agar dapat ke syurga bersama-
sama. Selain itu, mendisiplinkan diri dengan mencuba solat sekurangnya 2 waktu sehari dan
dijadikan rutin serta semakin ditambah setiap harinya agar kualiti solat fardhu terus ditambah
baik dari masa ke semasa. Hal yang demikian akan menjadi kebiasaan kepada diri kita. Akhir
sekali, kita seharusnya belajar tentang kepentingan solat fardhu dan kepentingan solat fardhu
dalam kehidupan seharian agar ia menjadi perkara yang penting dalam kehidupan seharian
kita. Mengetahui serta menadalami ilmu Islam adalah amat penting untuk kita agar kita dapat
menjadi umat islam yang seutuhnya.
Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang
tinggi mengenai kepentingan solat, tetapi dari segi pelaksanaan tidak menggambarkan
tingginya kefahaman mereka terhadap kepentingan solat tersebut dan ianya berada pada tahap
sederhana sahaja. Faktor luaran seperti ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan lain-lain di
dapati mempengaruhi mereka dalam menunaikan solat ataupun tidak.

Terdapat beberapa aspek menunjukkan dapatan yang sederhana dan rendah yang perlu
dibaiki. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pelajar Muslim
mengenai kewajipan dalam menunaikan solat fardhu. Kajian ini juga dapat membantu
pensyarah dan pihak politeknik sendiri dalam merangka proses pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Islam dan aktiviti keagamaan yang lebih mantap agar memberi kesan mendalam
dalam jiwa bagi mengisi kekosongan rohani mereka.

8
SUMBER RUJUKAN

Buku
Al-Quran Darul Iman, 2007, Al-Qur’an Darul Iman, Kuala Lumpur:Percetakan
Zafar Sdn. Bhd

Internet
 https://www.islamituindah.my/80-orang-islam-di-malaysia-tak-solat
fadzilah-kamsah/
 https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1266-al-kafi-409-solat
fardu-tiga-kali-sehari-satu-rakaat-dan-berakhir-dengan-sujud
 http://www.kheu.gov.bn/Lists/khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=699
 https://wadah.amru.com/siri/general/hikmah-kelebihan-solat-awal
waktu/

9
lOMoARcPSD|32171286

LAMPIRAN

10
11
lOMoARcPSD|32171286

12
13
lOMoARcPSD|32171286

14

Anda mungkin juga menyukai