Anda di halaman 1dari 14

PD 02202 METOD PENYELIDIKAN DAN PENULISAN PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK: CADANGAN KAJIAN

TAHAP PENGUASAAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH DALAM


KALANGAN PELAJAR TAHUN 9 DI SEKOLAH MENENGAH RIMBA,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

OLEH:

19HP047 NUR FARAH HANA BASIRAH BINTI SABRI

19HP049 NUR IZAZI MAS’SYAFFINA BINTI JALUDIN

19HP053 NURAFAYURINA BINTI KASSIM

19HP057 NURUL AQILA WAJIHAH BINTI AZAMAIN

19HP061 NURUL RAIHAH FITHRIYAANI SYUKRIAH @ NATASYAH BINTI


ABDUL RAHIM

PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2

SESI 2019/2020

PENSYARAH:

USTAZAH PENGIRAN DR. HAJAH NORWIDAYAWATI BINTI PENGIRAN


HAJI METUSSIN
ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN.....................................................................................................1
2. PERMASALAHAN KAJIAN.................................................................................1
3. OBJEKTIF KAJIAN...............................................................................................1
4. PERSOALAN KAJIAN...........................................................................................2
5. KEPENTINGAN KAJIAN......................................................................................2
6. METODOLOGI KAJIAN.......................................................................................2
6.1 Reka Bentuk Kajian.................................................................................3
6.2 Populasi Kajian........................................................................................3
6.3 Lokasi Kajian...........................................................................................3
6.4 Instrumen Kajian......................................................................................3
7. KAJIAN LITERATUR............................................................................................5
8. DEFINISI OPERASI KAJIAN...............................................................................6
9. PENUTUP.................................................................................................................8
RUJUKAN
1. PENDAHULUAN

Surah Al-Fatihah merupakan surah yang pertama daripada 114 surah di dalam Al-
Quran. Surah ini merupakan surah yang menjadi paksi kepada keseluruhan maksud al-
Quran. Selain itu ia juga merupakan antara bacaan yang wajib dibaca dalam setiap
solat fardhu. Iaitu sebanyak 17 kali dalam solat sehari semalam. Seperti yang sudah
kita maklum bahawa Surah al-Fatihah adalah merupakan salah satu daripada rukun
sah sembahyang. Dalam erti kata lain, bacaan al-Fatihah mestilah betul. Iaitu
merangkumi dari segi sebutan makhraj hurufnya dan tajwid nya. Akan tetapi, tahap
penguasaan al-Fatihah di kalangan pelajar umumnya adalah belum mencapai tahap
yang betul dan ini dengan sendirinya jika tidak dipantau dan dibetulkan akan
menyebabkan oanya menjadi kebiasaan atau kelaziman pada kalangan pelajar.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Seperti yang kita ketahui bahawa setelah pelajar meninggalkan sekolah agama,
mereka membaca surah Al-Fatihah secara sambil lewa dan tidak fokus membacanya
dengan bertajweed. Selain itu, keutamaan membaca surah Al-Fatihah semakin
berkurang kerana sesetengah pelajar tahun 9 telah meninggalkan sembahyang 5 waktu
atau tidak ada pembimbing untuk mentasmi’ bacaan surah Al-Fatihah mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk mengenalpasti tahap penguasaan surah Al-Fatihah dalam kalangan pelajar
sekolah menengah Tahun 9.

3.2 Untuk mengenalpasti punca berlakunya kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah.

3.3 Untuk mengenalpasti amalan


1 pembacaan pelajar sekolah menengah mengenai
surah Al- Fatihah.
4. PERSOALAN KAJIAN
4.1 Apakah tahap penguasaan pelajar sekolah menengah mengenai surah Al-Fatihah?

4.2 Apakah punca berlakunya kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah?

4.3 Apakah amalan pembacaan pelajar sekolah menengah mengenai surah Al-
Fatihah?

5. KEPENTINGAN KAJIAN.
Kajian ini perlu dijalankan memandangkan tahap penguasaan bacaan surah al-
Fatihah di kalangan pelajar memburuk. Kajian ini bertujuan untuk menadi punca
sebenar permasalahan ini berlaku dan apakah cara terbaik untuk mengelakkannya
daripada terus berpanjangan. Kajian ini juga dijalankan untuk memberi gambaran
sebenar kepada para murid, ibu bapa serta guru-guru mengenai persepsi dan sikap
murid terhadap bacaan surah al-Fatihah.

Dapatan kajian juga diharapkan dapat memberi garis panduan kepada beberapa
pihak seperti Kementerian Pendidikan, Kementrian Hal Ehwal Ugama, PIBG sekolah
dan orang-orang perseorangan bagi merancang langkah-langkah yang perlu untuk
membantu mempertingkatkan lagi kemantapan pembacaan dan penghayatan surah al-
Fatihah di kalangan generasi Muslim.

6. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia


bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan dengan matlamat
objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan
menjelaskan kaedah-kaedah2 kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang
dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

6.1 Reka Bentuk Kajian.


Reka bentuk yang diguakan bagi kajian ini ialah kuantitatif dan kualitatif. Dalam
bahagian kuantitatif menggunakan kajian tinjauan dan bagi kualitatif menggunakan
kajian kes.

6.2 Populasi Kajian.

Dalam kajian ini, populasi melibatkan semua pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah
Rimba. Iaitu seramai 123 orang pelajar. 19 orang pelajar Tahun 9S dipilih sebagai
sampel kajian yang terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar
perempuan.

6.3 Lokasi Kajian.

Tempat kajian pula akan dilakukan terhadap pelajar Tahun 9 di Sekolah


Menengah Rimba, Negara Brunei Darussalam.

6.4 Instrumen Kajian.


Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Terdapat
beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu
soal selidik, ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur.
Instrumen ujian pra dan pasca serta soal selidik dipilih adalah untuk mendapatkan
data dalam kajian ini manakala temubual dan pemerhatian adalah untuk mengukuhkan
lagi dapatan kajian yang didapati.

Soal Selidik.
Soal selidik ini dijalankan ke atas reponden kajian bagi mendapatkan data dan
pandangan pelajar tentang tahap penguasaan bacaan surah al-Fatihah. Menurut
Mohd Majid Konting (1990), instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam
bidang pendidikan bagi tujuan pengumpulan data. Satu set soal selidik yang
3
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang
responden dan Bahagian B berkenaan dengan faktor penguasaan surah al-Fatihah.
Bahagian A mengandungi empat item iaitu jantina, minat, tempat mula
mempelajari surah al-Fatihah dan kekerapan membacanya. Bahagian B pula
mengandungi item-item soalan yang dibina berpandukan kepada persoalan kajian
yang berkaitan dengan tajuk.

Ujian pra-pasca.
Instrumen ini ialah ujian tasmi’ bacaan surah al-Fatihah terhadap pelajar Tahun 9.
Ujian ini akan dinilai dan diberi markah. Masa yang diperuntukkan untuk ujian
ini adalah 1 jam. Reka bentuk ujian pra-pasca menggunakan dua kali pengukuran
(pengukuran yang sama). Dengan instrumen ini , pegkaji dapat mengetahui serta
membuat perbandingan antara kedua-dua kumpulan tersebut seterusnya dapat
menentukan sama ada pengukuran kali kedua dapat memberi kesan dalam
penguasaan bacaan al Fatihah atau tidak.

Temu bual.
Kajian ini juga mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah temu bual.
Tujuan diadakan temu bual adalah untuk mengukur kebolehpercayaan soal
selidik. Soalan-soalan temu bual adalah tidak berstruktur. Sampel temu bual
terdiri daripada beberapa orang pelajar (responden) dan guru mata pelajaran
Pengetahuan Ugama Islam. Temu ramah ini menyentuh perkara-perkara seperti
kekerapan pembacaan surah al-Fatihah, fadhilat serta kepentingan penguasaan
surah al-Fatihah dan cadangan-cadangan bagi mempertingkatkan lagi penguasaan
bacaan surah al-Fatihah,

Pemerhatian.
Selain daripada kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi, pengkaji juga boleh
mendapatkan data melalui penilaian dan pemerhatian pengkaji sendiri di kawasan
kajian. Beberapa maklumat tentang sejauhmana pengamalan surah al Fatihah
dalam keseharian pelajar di sekolah. Berdasarkan pemerhatian juga, pengkaji
dapat melihat sendiri bentuk-bentuk permasalahan yang wujud dalam tahap
penguasaan bacaan surah al Fatihah di kalangan pelajar.
4
7. KAJIAN LITERATUR.

Sebelum memulakan kajian, penulis telah membuat suatu sorotan kajian terlebih
dahulu terhadap tajuk yang telah dipilih. Sorotan kajian terdahulu ini dibuat melalui
beberapa bahan bertulis seperti kertas kerja, disertasi atau tesis dan lainnya. Tidak
dikecualikan juga bahan-bahan seperti buku, jurnal dan sebagainya.

Menurut kajian Nik Rusila Bt. Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan hubungan
dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. kertas kerja dalam jurnal
pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis mendapati kajian
ini secara terperinci menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di
kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun
begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah
menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang
berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai
kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh
penulis.

Menurut Amri Daud. 2005. Kajian keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah
perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini
berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Kajian ini
melibatkan modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Modul ini menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang
dilaksanakan oleh guru j-QAF yang melibatkan modul mengenal dan membaca huruf
tunggal jawi. Ini kerana, pada masa tersebut j-QAF baru diperkenalkan dan hanya
bermula di tahun satu.

Menurut Mohd Yaakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yussof dan Saidin bin Mohd.
5
2008. Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di
Sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. Kajian ini berkaitan kelemahan
pelajar dalam menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Kajian ini berfokuskan
kepada ketidakupayaan pelajar dalam menguasai tahap kemahiran membaca Al-Quran
yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, siffat dan fasahah yang baik.
Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, koleh, atau
institusi-institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa pelajar
kurang lancar membaca Al-Quran secara bertajwid disebabkan terdapat kesukaran
dalam menyebut makhraj huruf atau lemah tulisan jawi.

Menurut Mohd Faizal Mat Pesa, Khadijah Abdul Razak, Mohamad Faizal Ahmat.
2012 . Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar
DKF 1A. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengetahui tahap pengusaan pelajar
dalam membaca Surah Al-Fatihah dan melibatkan seramai 16 orang pelajar Islam
kelas DKA1A Politeknik Merlimau Melaka. Dapatan kajiannya ialah bahawa tahap
penguasaan pelajar membaca Surah Al-Fatihah adalah dalam tahap sederhana kerana
para pelajar tidak dapat menguasai ilmu Tajwid dengen sempurna. Ilmu Tajwid disini
bermaksud dari segi Makhraj Huruf (keluar sebutan huruf) , Hukum Tajwid ,Baris dan
Tanda Bacaan.

Secara kesimpulannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani


masalah murid berkaitan dengan penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah. Justeru penulis
berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan
memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi bacaan Surah
Al-Fatihah di kalangan pelajar Tahun 9

8. DEFINISI OPERASI KAJIAN

Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk ini agar pembaca
mendapat gambaran yg jelas mengenainya. Kajian bertajuk:

6
“TAHAP PENGUASAAN SURAH AL-FATIHAH DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN 9 DI SEKOLAH MENENGAH RIMBA, NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM.”
Perkataan “tahap” membawa maksud peringkat atau tingkat (Kamus Dewan,
2005:1569)1. Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran pada tingkat penguasaan
murid dalam surah al-Fatihah.

Maksud “penguasaan” pula menurut Kamus Dewan (2005:1569) 2, penguasaan


membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata
dasar bagi perkataan ini adalah kuasa, ia membawa masud daya atau kemampuan
(untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang
digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai
surah al-Fatihah dari kalangan pelajar Tahun 9.

Sampel utama dalam kajian ini ialah pelajar Tahun 9 yang merupkan responden
kepada pengkaji. Maksud pelajar berdasarkan Kamus Dewan (2005)3 orang yang
belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktad dan sebagainya). Pelajar yang
dimaksudkan di dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Rimba,
Negara Brunei Darussalam.

Makna surah al-Fatihah ialah bacaan, manakala maksudnya ialah surah pertama
yang ada didalam al-Quran dan menjadi salah satu rukun sembahyang. Surah ini juga
diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas surah al-Muddathir. Surah ini
mempunyai 7 ayat, 27 kalimah dan 140 huruf.

Sekolah Menengah Rimba merupakan sekolah kerajaan yang menawarkan


pendidikan formah sepenuhnya bagi peringkat sekolah menengah.

9. PENUTUP 7
1
Kamus Dewan Bahasa 2005:1569

2
Kamus Dewan Bahasa 2005:1569

3
Kamus Dewan Bahasa 2005
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan perlu
dititikberatkan agar para pelajar dapat membaca Surah Al-Fatihah dengan sempurna
dari segi sebutan makhraj huruf dan juga tajwid memandangkan Surah Al-Fatihah
merupakan rukun yang wajib dalam menunaikan solat. Oleh yang demikian, pelbagai
usaha yang patut dilakukan oleh kementerian pendidikan bagi memastikan tujuan
yang diharapkan dapat tercapai.

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak
dalam usaha memperkasakan prosess pembelajaran Al-Quran khususnya kemahiran
mengenal, menyebut serta memahami makna ayat Surah Al-Fatihah. Kajian ini
diharapkan dapat membantu dalam pembangunan perisian dan meningkatkan lagi
kualiti pembelajaran Al-Quran. Melalui penggunaan perisian interaktif yang
dibangunkan akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk menguasai Surah
Al-Fatihah.

8
RUJUKAN.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di
Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya di capai dari
http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/2011/05/kajian-tulisan-jawi.html

Mohd Faizal Mat Pesa, Khadijah Abdul Razak dan Mohamad Faizal Ahmat. 2012.
Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan
Pelajar DKA 1A : Satu Kajian Tindakan.

Mohd Rasyidi bin Ali, Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad, Abdul Hadi bin Awang
dan Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib. 2017. Hubungkait Antara
Tahap Penguasaan Bacaan Dengan Tahap Kefahamam Mahasiswa Pusat Asasi
KUIS Terhadap Surah al-Fatihah. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS).

Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff dan Sidin bin Mohd. 2008.
Keupayaan bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Negeri
Terengganu Malaysia.

Salina binti Sa’don. Mac 2006. Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Universiti 1 Terhadap Pembelajaran Tilawah Al-Quran.
Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad, Mohd Rasyidi bin Ali, Abdul Hadi bin Awang
dan Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib. 2017. Tahap Kefahaman
9
Terhadap Surah al-Fatihah dalam Kalangan Mahasiswa Pusas Asas KUIS. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Zaimat Ruziana Ermi binti Mat Taib, Norliza binti Saffiee, Muhammad Khair Azhar
bin Kamarudin dan Ahmad Fauzul Azim bin Mohammad. 2011. Tahap
Penguasaan Murid Terhadap Subjek al-Quran dalam Kalangan Murid Sekolah
Agama Rakyat Taman Cempaka (Fokus Murid Darjah Tiga Ishak). Universiti
Pendidikan Sultan Idris Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai