Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ VOKASIONAL

SEPANG , 43800
DENGKIL,
SELANGOR
______________________
___________

PENGAJIAN
ISLAM
MPU 2312

KERTAS TUGASAN
: KAJIAN KES

NAMA : MUHAMMAD ZAIHAN


HANAFI BIN ZAMRI
NO. K/P : 031011-14-0335
NO
A/GILIRAN

SEMESTER 1 / 2021

PENSYARAH : MOHAMAD SAYUTHI BIN


GHAZALI

PENGHARGAAN
Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah
kurnia rahmatNya, saya dapat menyelesaikan kajian kes ini dan selawat serta salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a serta para
tabi’in yang memperjuangkan kebenaran islam di muka bumi Allah S.W.T ini.
Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih diucapkan khas buat Ustaz Sayuthi atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak
lupa juga kepada semua pensyarah kolej vokasional Sepang di atas curahan ilmu
yang bermanfaat.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ayahanda dan bonda serta
kakanda dan adinda yang saya kasihi kerana telah banyak memberi galakan,
dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya terutama dalam usaha
menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita umat islam yang mencintai
ilmu.
Akhir sekali, tidak lupa buat semua yang memberi sumbangan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan
ini. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.


TUGASAN KAJIAN KES
Anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian kes tentang Persepsi
Kecenderungan Remaja Dalam Pelaksanaan Puasa di komuniti anda.

1. Kajian anda hendaklah mempunyai:

a. Tajuk kajian
b. Pembinaan pernyataan masalah
c. Kajian literature (kajian yang pernah dibuat)
d. Objektif kajian
e. Menentukan kaedah kajian
f. Mengenal pasti sumber Rujukan
g. Analisis Data
h. Laporan Kajian

2. Langkah-langkah pelaksanaan kajian kes


Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian
dan penilaian data berkaitan tajuk kajian:

Item Huraian
Pernyataan masalah Persoalan utama atau isu yang ingin dikaji
Kajian literatur Kajian lepas yang pernah ada dan berkaitan dengan
tajuk yang dikaji

Objektif kajian Tujuan sesuatu kajian itu dilaksanakan


Kaedah kajian Cara yang dilakukan untuk mendapatkan sumber
Sumber rujukan Bahan yang digunakan untuk menyokong kajian
Analisa data Menilai kesesuaian bahan dengan tajuk kajian
Laporan kajian Hasil kajian yang telah diperolehi dan telah dibuat
huraian serta laporan

3. Sila hantar kajian kes yang lengkap pada 5 Julai 2021 kepada pensyarah anda.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

i Penghargaan

ii Tajuk Kajian

iii Isi Kandungan

1 Pengenalan

2 Pernyataan Masalah

3 Objektif Kajian

4 Metodologi Kajian

5 Analisa/ Dapatan Kajian

6 Penilaian Analisa Kajian

7 Cadangan/ Langkah Penyelesaian Masalah

8 Kesimpulan

9 Rujukan

10 Lampiran
PENGENALAN

Ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tuntutan fardu ‘ain yang wajib
ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang mukalaf. Ibadah puasa di bulan
Ramadan ini telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam sejak
bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah. [1]

Ibadah puasa yang fardu ini telah diperintahkan khusus oleh Allah SWT dan bulan
Ramadan telah ditetapkan sebagai bulan khas untuk dilaksanakannya. Oleh itu,
seorang Muslim perlulah berusaha memahami aspek asas berkaitan fiqahnya bagi
memastikan ibadah ini menjadi ibadah yang sempurna seterusnya mengharapkan
penerimaan oleh Allah SWT

Kebanyakan agama dan bangsa tertentu mempunyai ibadat puasanya yang


tersendiri. Lebih-lebih lagi agama Allah yakni Islam yang disyariatkan sejak zaman
Nabi Adam A.S lagi hinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya
mempunyai ibadat puasanya yang tersendiri. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
Maksudnya:-

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa samaseperti


diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudakan kamubertakwa

(Surah al-Baqarah, 2:183)

PERNYATAAN MASALAH

Antara faktor utama wujudnya masalah ini apabila ramai pelajar muslim atau remaja
muslim yang tidak menunaikan ibadah puasa tanpa sebarang alasan yang
munasabah. Ini menyebabkan remaja lebih berani untuk tidak melakukannya. Salah
satu punca masalah ini berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran diri untuk
melaksanakan ibadah puasa dan menggangap puasa itu sebagai perkara yang
remeh. Kesannya remaja akan lebih merasa tidak bersalah apabila meninggalkan
ibadah puasa

Mereka juga mengatakan tiada dorongan daripada masyarakat sekeliling untuk


melaksanakan ibadah puasa. Menurut kajian kes ada segelintir ibu bapa pelajar
yang tidak pernah menunaikan ibadah puasa tetapi hanya mengharapkan anak-anak
untuk melaksanakannya. Ibu bapa yang kurang memberikan penekanan tentang
kewajipan puasa kepada anak-anaknya akan menyebabkan anak-anak tidak
melakukan ibadah di rumah. Ia memberi contoh yang kurang baik kepada pelajar
untuk mempratikkan dan mengamalkannya di rumah.

Remaja juga terlalu sengaja untuk tidak berpuasa semasa di bulan Ramadhan dan
gagal melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim. Mereka lebih berseronok
dengan dunia sehingga semua kewajipan sebagai seorang muslim ditinggalkan

Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa


pengetahuan mengenai puasa daripada kalangan remaja. Ini memandangkan
remaja merupakan modal insan yang penting penyambung generasi akan datang.
Jadi sebelum melihat kepada ibadah-ibadah harian yang lain adalah baiknya terlebih
dahulu penyelidik ingin melihat dalam ibadah puasa.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan puasa dalam kalangan remaja
muslim

Di Kolej Vokasional Sepang . Secara khusus, objektif kajian adalah:

a) Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan puasa fardhu dalam


kalangan remaja muslim di Kolej Vokasional Sepang.

b) Menganalisis faktor yang mempengaruhi remaja-remaja muslim dalam


menunaikan dan meninggalkan puasa fardu.

c) Menilai kesan terhadap diri remaja-remaja muslim kerana meninggalkan


puasa fardu.
METODOLOGI KAJIAN KES
4.1. Pengenalan
Metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah
menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Pendekatan kuantitatif yang diguna pakai oleh pengkaji dalam kajian ini untuk
mengumpul data ialah melalui instrumen soal selidik. Selain daripada itu,
pendekatan kualitatif juga digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menemu bual
beberapa orang responden. Selain daripada itu, pengkaji turut menganalisa artikal,
keratan akhbar dan bahan media cetak yang lain untuk mendapatkan info
tambahan.
Pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur pelaporan
kajian kes yang telah digariskan dengan sebaik mungkin, untuk memastikan kajian
yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.
4.2. Tempat Kajian
Lokasi kajian adalah di Kolej Vokasional Sepang
4.3. Instrumen Kajian
6.3.1. Bahagian A : Maklumat Diri Responden
6.3.2. Bahagian B: Soal-Selidik Tahap Pengetahuan puasa fardhu
6.3.3. Bahagian C: Soal-Selidik Tahap Pelaksanaan puasa fardhu
6.3.4. Bahagian D: Soal-Selidik Berkaitan Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Untuk Melaksanakan Dan Meninggalkan Puasa Fardhu.
4.3.5. Bahagian E: Kesan Yang Dirasai Oleh Pelajar Kerana Meninggalkan
Puasa Fardhu

ANALISA KAJIAN KES


5.ANALISA / DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A,B,C,D dan E.
Analisa datanya adalah seperti di bawah :

5.1. Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden.

Kajian ini melibatkan partisipan yang terdiri dari 10 orang remaja Muslim di sekitar
Kolej Vokasional Sepang seperti yang ditunjukkan dalam Carta di bawah.

CARTA PAI 1 : Taburan Jantina Respondan


JANTINA RESPONDEN

LELAKI
40%

PEREMPUAN
60%

LELAKI PEREMPUAN

CARTA BAR 1 : Taburan Umur Peserta Kajian


UMUR RESPONDEN
7

0
19 TAHUN 18 TAHUN 17 TAHUN

UMUR RESPONDEN

CARTA PAI 2 : Taburan Pendidikan Peserta Kajian

PENDIDIKAN RESPONDEN

100%

MASIH BELAJAR

CARTA PAI 3 : Taburan Status Tempat Tinggal Peserta Kajian


MENETAP BERSAMA KELUARGA

100%

YA

CARTA PAI 4 : Taburan Pekerjaan Bapa Peserta Kajian

STATUS PEKERJAAN BAPA

20%

80%

BEKERJA TIDAK BEKERJA

CARTA PAI 5 : Taburan Pekerjaan Ibu Peserta Kajian


STATUS PEKERJAAN IBU
10%

90%

BEKERJA TIDAK BEKERJA

Jadual 1 hingga 6 di atas menunjukkan butiran ringkas tentang remaja yang telah
ditemubual. Secara ringkasnya terdapat 10 orang remaja telah dipilih yang bersedia
untuk menyumbang maklumat kepada kajian. Partisipan adalah terdiri daripada 4
orang lelaki dan 6 orang perempuan. Mereka terdiri dari remaja yang berumur 17
tahun ,18 tahun dan 19 tahun ,

Peserta kajian terdiri daripada 10 orang remaja Muslim yang dipilih dari Kolej
Vokasional Sepang di Selangor. Dapatan analisa temubual partisipan ini
dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk maklumat ringkas partisipan, latar
belakang pendidikan awal tentang kecenderenungan remaja dalam pelaksanaan
puasa di Kolej Vokasional Sepang.

5.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Puasa.


TAHAP PENGETAHUAN ASAS PUASA
RESPONDEN

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
SANGAT SETUJU SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK
SETUJU

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5

5.3. Bahagian C : Pelaksanaan Puasa Dalam Kalangan Remaja.

TAHAP PELAKSANAAN PUASA RESPONDEN

0
SANGAT SETUJU SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK
SETUJU

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5

5.4. Bahagian D : Soal-Selidik Berkaitan Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar


Untuk Melaksanakan Atau Meninggalkan Puasa Fardu.
FAKTOR REPONDEN MENINGGALKAN PUASA

MALAS IKUT RAKAN


TIDAK SENGAJA TIDAK TAHAN LAPAR
KELUARGA TIDAK KESAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN PUASA2

5.5. Bahagian E : Soal Selidik Berkaitan Kesan Yang Dirasai Oleh Pelajar
Kerana Meninggalkan Puasa Fardhu

KESAN MENINGGALKAN PUASA TERHADAP


RESPONDAN

7
6
5
4
3
2
1
0
SANGAT SETUJU SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK
SETUJU

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5

Penilaian Kajian Kes


Berdasarkan dapatan analisa data sebelum ini, yang diperolehi daripada soal-selidik
yang telah dibuat ke atas responden di Kolej Vokasional Sepang. Pengkaji akan
memfokuskan kepada penilaian hasil dapatan daripada Bahagian B, C, D dan E
kerana elemen inilah yang menjadi tujuan atau objektif kajian penulis.

6.1. Bahagian B & C : Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan puasa
fardu dalam kalangan remaja muslim di Kolej Vokasional Sepang.

1. Pengetahuan pelajar tentang puasa fardhu adalah sangat memuaskan.


Mereka amat paham dengan jelas setiap maksud , rukun dan lain-lain
berkaitan puasa. Ini membuktikan mereka telah menerapkan amalan
menjasa puasa fardhu dari rumah lagi dan di didik oleh ibu bapa mereka.

2. Pelaksanaan puasa dalam kalangan pelajar ialah mereka berpuasa


kerana menurut perintah Allah. Mereka tahu akan pahala yang dikurniakan
kepada orang yang menurut perintah Allah dengan ikhlas. Perkara ini
sungguh mulia dan mereka itu sebagai pedoman dalam menunaikan Ibadah
puasa.

3. Pelaksanaan puasa amat dititik beratkan oleh ibu bapa pelajar. Jadi
perkara itu membuat pelajar sentiasa ingat akan nasihat ibu bapa tentang
puasa walau di mana juga pelajar berada. Hal ini kerana , kejujuran dengan
diri sendiri itu penting kerana ia dapat membuatkan kita sedar akan
kesalahan yang kita buat.

6.2. Bahagian D : Menganalisis faktor yang mempengaruhi remaja-remaja muslim


dalam menunaikan dan meninggalkan puasa fardhu.
1. Mengikut kajian yang dilakukan pelajar-pelajar tidak pernah meninggalkan
puasa kerana mereka telah di didik dari usia awal untuk menitik beratkan
menunaikan puasa fardhu walau dalam apa keadaan sekali pun
melainkan sakit atau sebab yang munasabah.
2. Tidak sengaja dalam meninggalkan puasa merupakan alasan yang sering
kita dengari dari pelajar. Hal ini kerana , mereka tidak menyiapkan diri
mereka sepenuhnya dalam menjalankan ibadah puasa dan mereka
banyak lalai dengan keadaan sekeliling yang membuatkan mereka tewas
dengan nafsu.
3. Faktor lain dalam meninggalkan puasa fardhu ialah tidak tahan lapar.
Sama ada mereka terjebak dengan sekeliling mereka yang tidak berpuasa
atau pun terlampau banyak lihat perkara yang meningkatkan nafsu makan
mereka di social media.

6.3. Bahagian E : Menilai kesan terhadap diri remaja-remaja muslim kerana


meninggalkan puasa fardu.

1. Antara kesan meninggalkan puasa fardhu oleh pelajar ialah mereka


berasa sangat sedih dan rasa berdosa dalam melakukan perbuatan
tersebut. Hal ini kerana , meninggalkan puasa boleh mendatangkan
banyak musibah dalam kehidupan kerana kita melanggar perintah Allah.

2. Rasa takut dan tidak akan mengulangi lagi itu adalah kesan terhadap
pelajar yang meninggalkan puasa fardhu. Hal ini demikian , sesorang
yang sedar akan nikmat yang Allah beri tidak akan mensia-siakannya
dengan melanggar perintah Allah.

3. Pelajar sangat tidak setuju jika sesorang meninggalkan puasa fardhu


tidak merasa apa-apa. Hal ini kerana , menunaikan ibadah puasa
merupakan suatu kewajipan bagi umat islam dan mereka sudah di didik
dari kecil lagi untuk berpuasa dengan penuh hikmah.

Cadangan/ Langkah penyelesaian masalah


Berdasarkan hasil kajian atau dapatan soal selidik yang dilaksanakan,
pengkaji/penulis, telah mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca
permasalahan berkaitan pengabaian remaja terhadap kefardhuan ibadah puasa di
Kolej Vokasional Sepang. Berikut penulis senaraikan beberapa cadangan kearah
penyelesaian masalah tersebut iaitu :

Cadangan penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah remaja untuk melakukan


ibadah puasa dengan sempurna ialah guru atau penceramah bebas menerangkan
kepada mereka tentang kelebihan berpuasa. Orang yang berpuasa boleh
mendatangkan kebaikan pada diri dari segi rohani dan jasmani. Hal ini kerana , Allah
menjanjikan banyak hikmah kepada hambanya yang mematuhi perintahnya dengan
ikhlas.Oleh itu , orang yang lebih berlimu tentang perkara begini haruslah berkongsi
ilmu mereka supaya remaja-remaja lebih memahami dengan baik.

Selain itu , remaja juga mengamalkan puasa sunat. Mengamalkan puasa sunat
seperti puasa sunat isnin , puasa sunat khamis dan lain-lain. Orang yang melakukan
puasa sunat boleh membuatkan mereka dah terbiasa untuk melakukan puasa fardhu
tanpa alasan yang munasabah. Hal ini demikian , mencari rakan atau mengajak
rakan puasa sunat merupakan perkara yang baik dan itu perlu diterapkan dalam diri
setiap remaja. Oleh itu , mengamalkan perkara yang baik boleh membantu kita
dalam mencari ketengan hidup.

Seterusnya , langkah penyelesaian yang boleh dilakukan ialah mendekatkan diri


dengan pencipta. Orang yang memahami setiap perintah Allah akan melakukannya
tanpa rasa ragu-ragu kerana mereka mempercayai setiap perkara yang berlaku. Hal
ini kerana , orang yang beriman akan bertakwa kepada Allah dan akur dengan
laranganNya. Oleh itu , kita perlulah mendekatkan diri dengan Allah supaya hati kita
lebih tenang dan aman.

Kesimpulan
KESIMPULAN,Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik
sepanjang bulanRamadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas
muka bumi ini.Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan
Ramadan berbanding denganbulan-bulan yang lain. Namun begitu, kita tidak
seharusnya melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadan sahaja, bahkan terdapat
banyak jenis-jenis puasa yang boleh dilakukan bagimeningkatkan keimanan kepada
Allah SWT.Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam
dalam bulanRamadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua
pintu neraka dan tidakdibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintusyurga dan
tidak ditutup walaupun satupintu.”Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan
bulan Ramadan, antaranya akan dibukasemua pintu syurga untuk menerima
amalan-amalan soleh yang begitu banyak yangdilakukan oleh orang mukmin pada
bulan ini
Penglibatan pelajar dalam puasa tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam
bentuk penguatkuasaaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman
dan juga penghayatan. Dapatan kajian ini menunjukkan pengamalan berpuasa
dalam kalangan remaja di Kolej Vokasional Sepang masih kurang memuaskan.
Walau bagaimanapun responden mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan
ibadah puasa dan penguasaan ilmu dalam bidang ini. Cuma ia perlu diperkaya dan
diperkukuhkan lagi samada secara tidak lansung atau melalui program-program
yang dirangka khas untuk tujuan ini.
Kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula dan diberi penekanan agar ianya
seiring dengan kecemerlangan akademik. Tanggunjawab dan peranan yang perlu
dimainkan seharusnya dipikul bersama demi membentuk generasi yang memahami
tujuan kewujudan mereka di muka bumi ini.

RUJUKAN
1) https://docs.google.com/forms/d/1DwuTjlIJNBwXZyfay-
z_uvhqjg_O8nS0yD0vc7UHCpo/edit#responses

2) https://www.coursehero.com/file/77441927/KESIMPULAN-PUASAdocx/

3) http://076115citu.blogspot.com/2009/04/ibadat-puasa.html

4)BUKU AGAMA KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai