Anda di halaman 1dari 23

PENGURUSAN MASA DALAM KALANGAN GURU BERKELUARGA

TERHADAP KERJAYA DAN KELUARGA: SATU KAJIAN DI SMK DATO


PENGGAWA BARAT PONTIAN, JOHOR

NUR ILLANI BT MD ARIFFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN MASA DALAM KALANGAN GURU BERKELUARGA


TERHADAP KERJAYA DAN KELUARGA: SATU KAJIAN DI SMK DATO
PENGGAWA BARAT PONTIAN, JOHOR

NUR ILLANI BT MD ARIFFIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang


Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..


Md Ariffin B Ibrahim dan Hartini Bt Daud
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.

Buat Penyelia Yang Dikagumi..


Ustaz Sayed Mahussain B Sayed Ahmad
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Kakak-Kakak Dan Adikku Yang Dikasihi
Nor Ilyana, Nur Shairah dan Nor Afiqah
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang


Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat


dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada


Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada
penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa dalam kalangan guru
berkeluarga terhadap kerjaya dan keluarga di Sekolah Menengah Dato Penggawa
Barat Pontian Johor. Terdapat 3 persoalan yang dikaji iaitu tahap pengurusan masa
dikalangan guru bekeluarga , permasalahn yang dihadapi guru berkeluarga dalam
pengurusan masa dan cara yang berkesan bagi menangani permasalahan dalam
pengurusan masa guru berkeluarga. Seramai 60 orang dipilih sebagai sampel kajian.
Responden terdiri daripada guru lelaki dan perempuan yang mengajar sesi pagi dan
petang. Kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan satu set soal
selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada A, B, C dan D. Data-data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of
Sosial Science (SPSS version 15.0). Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadualjadual yang mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Nilai alpha cronbach
yang diperolehi dalam kajian ini ialah 0.822. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
bahawa tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga

adalah tinggi. Ini

berdasarkan nilai min keseluruhan responden iaitu 3.95 pada bahagian B. Manakala
nilai min keseluruhan responden pada bahagian C iaitu 2.58, menunjukkan bahawa
permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga adalah sederhana. Cara yang berkesan
bagi menangani permasalahan dalam pengurusan masa guru berkeluarga adalah
membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya dengan sebaiknya berdasarkan
kepada min 4.45 iaitu di bahagian D. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan
dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan
juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the time management of married teachers on
career and family in Sekolah Menengah Dato Penggawa Barat Pontian Johor. There
are three things that the study time management among the married teachers, the
problems occurred by the married teachers in managing time and the effective ways
on overcome the problems among the married teachers. A total of 60 respondents
selected for this study. The respondents are male and female teachers who teach in
morning and afternoon sessions. The descriptive study was conducted using a
questionnaire as the instrument are divided into few parts A,B,C and D. The data
were analyzed using software Statistical Package of Social Science (SPSS version
15.0). The results of this study is described through tables containing frequency,
percentage and mean value. Cronbach alpha values obtained in this study is 0.822.
The results from this study shown that level of time management among the married
teachers were high. This was based on the total mean of the respondents which is
3.95 at the part B. Mean while the total mean of respondents of part C was moderate
(2.58). The effectiveness way overcome the problems in managing time among the
married teachers were by dividing their time wisely for their family and career, this
was based on the mean 4.45 at part D. The study concludes with a few suggestion
from the researcher proposal to the selected parties. Further studies are also
proposed for research in the future.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA

BAB I

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Penyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Skop Kajian

1.8

Definisi Istilah

1.9

Kesimpulan

viii
BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

2.2

Konsep Masa dalam al-Quran dan al-Sunnah


2.2.1 Pengertian Masa

11

2.2.2 Dalil Al-Quran Berkaitan Dengan Masa

13

2.2.3 Hadis Yang Berkaitan Dengan Masa

15

2.2.4 Pendapat Ulama Mengenai Masa

16

2.3

Konsep Pengurusan Masa

17

2.4

Kerjaya Guru

18

2.5

Permasalahan Guru Berkeluarga Dalam

2.6

BAB III

10

Pengurusan Masa

20

2.5.1 Tekanan Kerja

20

2.5.2 Penangguhan Kerja

23

2.5.3 Kehadiran Tetamu

24

2.5.4 Komunikasi

25

Cara yang Berkesan bagi Menangani


Permasalahan Pengurusan Masa

25

2.6.1 Menyediakan Jadual Waktu

26

2.6.2

27

Menyediakan Waktu Untuk Rehat

2.6.3 Tidak Menangguh Kerja

28

2.6.4 Membahagikan Tugas

30

2.6.5

31

Manfaatkan Masa Lapang

2.7

Kajian Lepas

32

2.8

Kesimpulan

33

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

34

3.2

Reka Bentuk Kajian

34

3.3

Lokasi Kajian

35

3.4

Populasi Kajian

35

3.5

Persampelan Kajian

36

3.6

Instrumen Kajian

36

ix

BAB IV

3.7

Prosedur Kajian

40

3.8

Kajian Rintis

41

3.9

Analisis Data

42

3.10

Kesimpulan

42

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

43

4.2

Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang Responden

44

4.3

Bahagian B: Analisis Data Berhubung Tahap Pengurusan


Masa Di Kalangan Guru Berkeluarga

4.4

Bahagian C: Mengenalpasti Permasalahan Yang Dihadapi


Guru Berkeluarga Dalam Pengurusan Masa

4.5

48

53

Bahagian D: Mengenalpasti Cara Yang Berkesan Bagi


Menangani Permasalahan Dalam Pengurusan Masa Guru

BAB V

Berkeluarga

59

4.6

Rumusan Min Dapatan Kajian

65

4.7

Kesimpulan

68

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

69

5.2

Perbincangan

70

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

70

5.2.2 Tahap Pengurusan Masa Dikalangan Guru


Bekeluarga Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Penggawa Barat.

73

5.2.3 Permasalahan Yang Dihadapi Guru Berkeluarga


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Penggawa Barat Dalam Pengurusan Masa
5.2.4 Cara Yang Berkesan Bagi Menangani

75

x
Permasalahan Dalam Pengurusan Masa
Guru Berkeluarga Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Penggawa Barat.
5.3

Rumusan Perbincangan

80

5.4

Cadangan

81

5.5

Cadangan Lanjutan

82

5.6

Kesimpulan

83

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

78

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

Jadual 3.1

Skala Likert, bahagian B, bahagian C dan bahagian D

38

Jadual 3.2

Ringkasan Skala Likert

38

Jadual 3.3

Agihan soalan mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian

39

Jadual 3.4

Skala Nilai Min

42

Jadual 4.1:

Taburan Responden Mengikut Jantina

44

Jadual 4.2:

Taburan Responden Mengikut Umur

44

Jadual 4.3:

Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak

45

Jadual 4.4:

Taburan Responden Mengikut Jarak Rumah Ke


Tempat Kerja

Jadual 4.5:

45

Taburan Responden Mengikut Tahap


Pendidikan Tertinggi

46

Jadual 4.6

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Pasangan

46

Jadual 4.7:

Taburan Responden Mengikut Jawatan

47

Jadual 4.8:

Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan

47

Jadual 4.9:

Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan

48

Jadual 4.10:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 1

48

Jadual 4.11:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 2

49

Jadual 4.12:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 3

49

Jadual 4.13:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 4

50

Jadual 4.14:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 5

50

Jadual 4.15:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 6

51

Jadual 4.16:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 7

51

Jadual 4.17:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 8

52

Jadual 4.18:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 9

52

Jadual 4.19:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 10

53

xii
Jadual 4.20:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 11

53

Jadual 4.21:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 12

54

Jadual 4.22:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 13

54

Jadual 4.23:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 14

55

Jadual 4.24:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 15

55

Jadual 4.25:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 16

56

Jadual 4.26:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 17

56

Jadual 4.27:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 18

57

Jadual 4.28:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 19

57

Jadual 4.29:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 20

58

Jadual 4.30:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 21

58

Jadual 4.31:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 22

59

Jadual 4.32:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 23

59

Jadual 4.33:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 24

60

Jadual 4.34:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25

60

Jadual 4.35:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 26

61

Jadual 4.36:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 27

61

Jadual 4.37:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 28

62

Jadual 4.38:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 29

62

Jadual 4.39:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 30

63

Jadual 4.40:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 31

63

Jadual 4.41:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 32

64

Jadual 4.42:

Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 33

64

Jadual 4.43:

Taburan Min Dan Tahap Bagi Tahap Pengurusan Masa


Dikalangan Guru Bekeluarga

Jadual 4.44:

Taburan Min Dan Tahap Bagi Permasalahan yang


Dihadapi Guru Berkeluarga Dalam Pengurusan Masa

Jadual 4.45:

65

66

Taburan Min Dan Tahap Bagi Cara yang Berkesan Bagi


Menangani Permasalahan Dalam Pengurusan Masa
Guru Berkeluarga

67

xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil

Bilangan

Kekerapan

KS

Kurang Setuju

PKPG -

Pogram Khas Pensiswazahan Guru

Setuju

S.A.W -

Sallallahu `alaihi wasallam

S.W.T -

Subhanahu Wa Ta`ala

SMK -

Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS -

Statistical Package For The Social Sciences

SS

Sangat Setuju

STS

Sangat Tidak Setuju

TS

Tidak Setuju

UTM -

Universiti Teknologi Malaysia

Peratus

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Borang Soal Selidik

Tugas-Tugas Khas Guru Sepanjang Tahun 2010

Contoh Jadual Waktu Harian

Surat Pengesahan Menjalankan Kajian


(Fakulti Pendidikan)

Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Masa merupakan sesuatu yang amat penting pada manusia untuk menjalani
kehidupan di muka bumi ini. Setiap manusia akan mendapat masa yang sama, tidak
seorang pun yang akan mendapat lebih atau kurang. Ini menunjukkan bahawa Allah
S.W.T itu Maha Adil kerana telah mengurniakan 24 jam sehari semalam kepada
setiap manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Bagi mereka yang begitu menghargai masa, mereka akan mengatur atau
menghargai masa yang telah dikurniakan Allah S.W.T iaitu dengan menggunakan
masa yang ada dengan bijaksana dan sebaiknya, tetapi bagi mereka yang tidak
menguruskan masa dengan sebaiknya, mereka akan sentiasa menganggap masa yang
telah dikurniakan oleh Allah S.W.T

tidak mencukupi. Islam juga amat

menitikberatkan pengurusan masa yang berkesan untuk manusia sebagaimana


firman Allah S.W.T :



Maksudnya: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan sabar.
( Surah al- Asr 1-3 )

Menurut Dr. Yusof al-Qardawi (1986:11), para ulama tafsir menyatakan


bahawa tujuan Allah S.W.T bersumpah dengan nama-nama makhluk ciptaanNya,
seperti bersumpah dengan nama-nama hari untuk menerangkan kepada manusia
supaya manusia menganggap betapa bernilai dan berharganya masa dalam
kehidupan dan kesan-kesan daripada peredaran masa. Pepatah Melayu telah
mengibaratkan Masa itu Emas . Beliau juga memetik Pepatah Arab iaitu


Maksudnya: Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya,
dia pula akan memotong kamu

Islam mensyariatkan umat manusia supaya sentiasa menghargai dan


menguruskan masa dengan sebaik-baiknya seperti melakukan amalan-amalan
kebajikan, aktiviti bermanfaat dan kerja-kerja yang berfaedah. Oleh itu, pengurusan
masa sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh kerana itu, masa tidak boleh
dibiarkan dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat, terutamanya kehidupan
seorang guru yang berkeluarga. Ini kerana, tugas sebagai guru yang berkeluarga
merupakan cabaran yang besar untuk menyeimbangkan masa antara tuntutan
kerjaya, keluarga dan bersosial. Oleh yang demikian, guru yang berkeluarga

3
memerlukan pengurusan masa yang baik dan konsisten dalam mendidik pelajar dan
menguruskan anak-anak.

1.2

Latar Belakang Masalah

Profesion sebagai seorang guru merupakan satu kerjaya yang begitu mulia.
Ini kerana, tugas guru bukan hanya mengajar dan mencurahkan ilmu, malah tugas
guru adalah mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi manusia berguna kerana
mereka adalah pemangkin masa hadapan. Kerjaya sebagai guru begitu mencabar
kerana memerlukan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam .

Namun masih ada perkara yang menyedihkan walaupun guru itu sendiri telah
disanjung tinggi oleh pelajar, keluarga dan masyarakat. Ini kerana, terdapat lagi guru
yang tidak mengambil berat terhadap penggunaan masa dengan sebaik-baiknya
dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan melakukan perkara yang tidak
bermanfaat seperti berbual sesama guru dan menjual barangan di antara guru.
Sebagaimana yang kita telah ketahui, tugas guru bukan hanya mengajar tetapi
ditambah dengan beban kerja yang lain seperti terlibat dengan organisasi di sekolah
dan tanggungjawab bagi guru berkeluarga di rumah masing-masing.

Melihat pada situasi sekarang, guru berkeluarga tidak dapat meluangkan


masa bersama keluarga pada hari biasa dan hujung minggu kerana, menghadapi
kekangan masa yang agak terbatas dengan aktiviti sekolah. Pejabat Pelajaran Daerah
Besut telah mengeluarkan surat Pekeliling Ikhtisas bil. 8/2005 dalam Mesyuarat
Pemuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil.
4/2005 telah bersetuju supaya pelaksanaan program pendidikan ( akademik dan
kokurikulum ) dalam masa 5 hari bekerja boleh diteruskan bagi sekolah yang
berjaya. Pelaksanaan ini juga digubal jika sekolah menghadapi kesulitan dengan

4
faktor kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan
hari Sabtu dengan syarat tidak melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan bagi sekolahsekolah yang menghadapi permasalahan ini
(http://www.ppdbesut.net/nuke/modules.php, 24 Oktober 2010).

Dengan hal yang demikian, banyak masa guru dihabiskan bersama pelajar di
sekolah berbanding dengan keluarga di rumah. Ini kerana, guru perlu melaksanakan
tuntutan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kadangkadang terdapat sebahagian guru yang tidak pandai membahagikan masa antara
kerjaya dan keluarga sehingga membawa kerja-kerja sekolah yang sepatutnya
dilakukan di sekolah dilakukan di rumah sehingga mengabaikan kerja-kerja di
rumah.

1.3

Pernyataan Masalah

Pengurusan masa begitu penting bagi guru, kerana guru perlu bijak dalam
membahagi masa antara tanggungjawab dalam kerjaya sebagai seorang guru dan
tanggungjawab terhadap keluarga. Penyelidik melakukan kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat kerana berdasarkan pemerhatian
yang telah dilakukan, guru di sekolah tersebut terlalu sibuk dengan tugas yang telah
dibebankan ke atasnya.

Sebagaimana kita ketahui, tugas sebagai seorang guru di sekolah bukan


hanya untuk mengajar sahaja, tetapi guru dibebankan lagi dengan pelbagai kerja,
antaranya ialah mengatur aktiviti ko-kurikulum yang dipegang, pengurusan bilik
darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan pekeranian serta beberapa kerja tambahan
lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa. Manakala di rumah pula banyak
tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian antaranya

5
tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak, mengisi masa
lapang dengan keluarga serta bersosial dengan jiran tetangga dan masyarakat. Oleh
yang demikian, kajian ini adalah bertujuan mengetahui sejauhmanakah guru-guru
berkeluarga menguruskan masa di rumah dan di sekolah.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini di buat adalah untuk:

1.4.1

Mengenalpasti tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat.

1.4.2

Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat dalam
pengurusan masa .

1.4.3

Mengenalpasti cara yang berkesan bagi menangani permasalahan


dalam pengurusan masa guru berkeluarga Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Penggawa Barat.

1.5

Persoalan Kajian

1.5.1

Apakah tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga Sekolah


Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat?

6
1.5.2

Apakah permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga Sekolah


Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat dalam pengurusan
masa?

1.5.3

Apakah cara yang berkesan bagi menangani permasalahan dalam


pengurusan masa guru berkeluarga Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Penggawa Barat?

Anda mungkin juga menyukai