Anda di halaman 1dari 4

KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK

JALAN SUNGAI PUSU, 53100 KUALA LUMPUR

PENDIDIKAN ISLAM (A06301)


PENTAKSIRAN BERTERUSAN
SEMESTER 3 TAHUN 2 SVM 2023

KAJIAN KES
( TUGASAN BERKUMPULAN )

TAJUK :
KAJIAN TERHADAP PENCERAIAN DALAM KALANGAN
PASANGAN MUDA RUMAHTANGGA MUSLIM

AHLI KUMPULAN :
1.Nur Sakinah binti Faizal
2.Nur Ilmeya Ahda binti Fadeli
3.Fatnin Hafizah binti Fazal Hatta
4.Siti Aisyah binti Ahmad Adnan
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman


.
1. Penghargaan
2. Tajuk Laporan ( Penyataan masalah )
3 Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. Dapatan Kajian
6. Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan
7. Lampiran
8. Sumber Rujukan
PENGHARGAAN

Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia
rahmatNya, saya dapat menyelesaikan kajian kes ini dan selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a serta para tabi'in yang
memperjuangkan kebenaran islam di muka bumi Allah S.W.T ini.

Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan khas buat USTAZ MUHAMMAD BIN ABDULLAH atas segala bimbingan dan
tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak lupa
juga kepada semua pensyarah KV Gombak di atas curahan ilmu yang bermanfaat.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Ibu dan Ayah serta kawan kawan yang saya kasihi
kerana telah banyak memberi galakan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya
terutama dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita umat islam
yang mencintai ilmu.

Akhir sekali, tidak lupa buat semua yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semoga kehidupan kita
sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.


KAJIAN TERHADAP PENCERAIAN DALAM KALANGAN
PASANGAN MUDA RUMAHTANGGA MUSLIM
PERNYATAAN MASALAH
Masalah kajian ini ialah untuk mengenalpasti punca penceraian dalam kalangan pasangan
muda rumahtangga muslim. Ia perlu dikaji atas asbab bertambahnya kes penceraian tahun
demi tahun dalam kalangan pasangan muda rumahtangga muslim. Kebanyakan pasangan-
pasangan muda Islam mampu berkahwin pada usia yang muda namun perkahwinan mereka
bertemu perpisahan dalam tempoh yang singkat. Ini melibatkan banyak aspek termasuklah
masalah kewangan mahupun konflik di dalam keluarga.

Kebanyakan pasangan muda berkahwin atas dasar nafsu semata tanpa ilmu pengetahuan yang
cukup tentang perkahwinan. Perkara ini sekaligus mengundang pergaduhan dan salah faham
dalam perkahwinan kerana kurangnya komunikasi dan kemahiran mengawal emosi untuk
menguruskan keluarga. Selain itu, isu kahwin paksa juga menjadi salah satu punca
perkahwinan tidak kekal lama apabila tiadanya rasa cinta pada pasangan sendiri. Campur
tangan dari ahli keluarga lain dalam masalah rumahtangga juga menjadi punca utama
penceraian sebuah perkahwinan. Tambahan pula dengan ekonomi negara yang semakin
merosot, mengundang permasalahan kewangan dikalangan pasangan muda yang perlu
memberi nafkah, membayar bil, hutang dan sebagainya.

Menurut Peguam Syarie, Nurul Syafawani Rahim berkata, statistik Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia merekodkan sejumlah 45,420 kes penceraian dalam kalangan umat Islam
yang telah didaftarkan di seluruh negara pada tahun 2021. Perkara ini adalah sangat
membimbangkan kerana penceraian adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan
normalisasi dalam kalangan umat Islam. Krisis penceraian ini amat berkait rapat dengan
masalah akidah dan kurangnya ilmu pengetahuan seseorang individu itu sendiri, khususnya
individu Muslim.

Anda mungkin juga menyukai