Anda di halaman 1dari 25

TAJUK: TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMKA TOK

BACHOK MENGENAI KONSEP TALAK RAJ’IE

NAMA: NUR FATIHAH BINTI MOHD NOORULLAH

NO. KAD PENGENALAN: 020506-03-0636

KELAS: 6 IBNU WARDAN

TAHUN: 2021

GURU PENYELARAS: PUAN AINON BT HASSAN


KANDUNGAN

Bil ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Penghargaan 1
2 Abstrak 2
3 1.0 Pengenalan 4
4 2.0 Objektif kajian 5
5 3.0 Kaedah kajian 6
6 4.0 Konsep talak 7
7 5.0 Dalil mengenai talak
5.1 rukun dan syarat sah talak
5.2 Jenis-jenis talak 8-10
5.3 Prosedur talak
8 6.0 Dapatan kajian
6.1 Demografi responden
6.1.1 Jantina 11-13
6.1.2 Umur
6.1.3 Status
6.1.4 Subjek yang diambil Ketika spm
9 6.2 Tahap Pengetahuan pelajar Tingkatan Enam mengenai
Konsep Talak Raj’ie. 14-17

10 6.3 Rumusan 18

11 6.3.1 Cadangan 19
12 Rujukan 20

13 Lampiran 21-23
PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi,dengan limpah dan kurnianya,dapatlah pengkaji


menyiapkan kajian yang telah diamanahkan ini.Selawat dan salam ke atas rasul dan junjngan
kita Nabi Muhammad S.A.W.
Pertamanya,pada kesempatan yang diberi ini,pengkaji ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik FadhliBin Jusoh selaku Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachokyang telah banyak memberi sokongan moral
kepada pengkaji.Seterusnya,kepada guru bimbingan bagi Mata Pelajaran Syariah iaitu Puan
Ainon Binti Mat Ayob yang tidak berhenti memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
pengkaji bagi menyiapkan tugasan ini.Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya atas segala
pengorbanan yang telah ditunjukkan.
Justeru,pada kesempatan ini juga,pengkaji ingin mengucapkan terima kasih juga buat
ibu bapa pengkaji iaitu Norsuzila Bt Wahab dan Mohd Noorullah B Mydin Ahmed Sha serta
abang pengkaji iaitu Muhamad Idham B Noorullah kerana tidak jemu membantu pengkaji
dalam menyiapkan tugasan ini.
Tidak dilupaka juga buat rakan-rakan seprjuangan pengkaji,yang sudi memberi tunjuk
ajar,berkongsi idea dan memberi komitmen yang baik buat pengkaji sehinnga dapat
menyiapkan tugasan ini.Semoga segala usaha kita diberkati dan diredhai oleh Nya.
Akhir sekali,pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
para guru dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.Segala
budi dan jasa yang dihulurkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.Semoga kita
memperoleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
2

ABSTRAK

Laporan kajian menyatakan bahawa berdasarkan statik pada tahun1990-2010 bagi


tempoh 20 tahun yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ,seramai 326,400
pasanagn telah bercerai.Hal ini berkemungkinan disebabkan kurangya pengetahuan mengenai
talak dalam kalangan umat islam menyebabkan berlakunya permasalahan dalam perkahwinan
mereka.Oleh itu,kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Tingkatan
Enam di SMKA Tok Bachok mengenai konsep Talak Raj’ie.Bagi mencapai objektif
kajian,kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan digunakan dengan mengedarkan boring
soal selidik atas talian kepada 30 orang responden iaitu pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok
Bachok,Kelantan.Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan para pelajar Tingkatan
Enam adalah pada aras sederhana mengenai konsep Talak Raj’ie.Soalan seperti Talak Raj’ie
memerlukan persetjuan isteri dan bolehkah suami isteri tinggal Bersama dalam tempoh iddah
tidak dapat dikuasai dengan baik oleh pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok.Pengkaji
mencadangkan agar mata pelajaran Pendidikan Islan dan Pendidikan Syariah Islam menjadi
subjek wajib lulus Ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
3

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia di atas muka bumi ini dijadikan secara berpasang-pasangan.Allah SWT
telah berfirman dalam surah Annaba’ ayat lapan,yang bermaksud”kami telah
menciptakan kamu secara berpasang-pasangan”.Manusia hidup secara berpasangan
melalui akad perkahwinan yang sah.Konsep perkahwinan iailah satu proses ikatan yang
kukuh sesama lelaki dan perempuan yang sah berkahwin melalui akad perkahwinan untuk
hidup bersama dan mengharuskan mereka melakukan persetubuhan yang tidak halal
sebelumnya.

Namun begitu,setiap pasangan tertentu pernah merasakan adanya permasalahan


dalam rumah tangga mereka.Ada yang berakhir dengan perbincangan yang baik namun
ada juga yang permasalahnnya semakin kompleks dan tidak boleh diselesaikan bahkan
kemudiaanya berakhir dengan perceraian.Perceraian merupakan salah satu solusi dalam
islam yang biasanya dianggap sebagai cara terakhir yang diambil oleh pasangan suami
isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Menurut kenyataan oleh Pejabat Ketua Perangkaan Malaysia,kadar perceraian am


untuk golongan lelaki meningkat daripada 6.5% kepada 7.2% bagi setiap 1,000 penduduk
lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.Begitu juga wanita,meningkat daripada
7% kepada 7.7% bagi setiap 1,000 penduduk wanita berumur 16 tahun dan ke atas yang
berkahwin.Dalam pada itu,bilangan perkahwinan pula menurun 1.2% tahun lepas dengan
203,821 perkahwinan berbanding 206,352 perkahwinan pada tahun 2018.

Bagi pasangan yang memilih untuk bercerai,mereka hendaklah membuat


pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Runding Cara di Pejabat Islam Daerah untuk
diberikan rundingan terlebih dahulu .Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk
merekan berdamai,barulah kes tersebut akan dipanjangkan ke Mahkamah Syariah.

Oleh itu,pengkaji membuat keputusan untukmenjalankan kajian ke atas pelajar-


pelajar di SMKA Tok Bachok,Kelantan bagi mengukur tahap pengetahuan mereka
berkaitan talak mengikut syariat islam.Melalui hasil kajian yang diperoleh,pengkaji
berharap kajian ini dapat memperkembangkan pengetahuan masyarakat terhadap kes
talak mengikut syariat islam yang betul terutama bagi yang baru hendak memulakan
kehidupan berumah tangga.
4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat dua objektif utama yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini iaitu:
1)Mengenalpasti konsep talak menurut perspektif Islam.
2)Mengkaji tahap pengetahuan pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok
Bachok,Kelantan mengenai konsep talak raj’ie dalam Islam .
5

3.0 KAEDAH KAJIAN


Bagi mencapai dua objektif utama kaedah kajian ini dijalankan,pengkaji memilih untuk
menggunakan dua kaedah yang berikut:

1.Kajian Perpustakaan
Bagi mencapai objektif yang pertama iaitu menerangkan konsep talak menurut perspektif
Islam,pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi mencapai objektif ini.Kajian ini
menggunakan sumber-sumber ilmiah seperti buku rujukan,artikel dan jurnal yang berkaitan
dengan tajuk yang diperoleh untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
sahih.Justeru,pengkaji juga menggunakan teknologi kini iaitu dengan melayari laman
sesawang untuk menambahkan pengetahuan dan mendapatkan bahan yang sesuai dengan tajuk
yang dikaji dengan cepat dan mudah tanpa perlu ke mana-mana.

2.Kajian Lapangan
Kaedah kajian lapangan diguna oleh pengkaji bagi mencapai objektif kedua iaitu
mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok,Kelantan
mengenai konsep Talak Raj’ie.Pengkaji mengedarkan borang soal selidik atas talian kepada
responden iaitu seramai 30 orang yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan Enam di SMKA
Tok Bachok,Kelantan.Kebanyakan daripada pelajar Tingkatan Enam telah mengam
Pendidikan Syariah Islam semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Soalan yang
dikemukakan dalam boring soal selidik atas talian menjurus kepada pengetahuan pelajar
mengenai konsep Talak Raj’ie.Berdasarkan jawapan yang diperolehi melalui boring soal
selidik atas talian,pengkaji memperoleh maklumat untuk
6

4.0 KONSEP TALAK

Pengkaji akan menerangkan berkaitan konsep talak dari pengertian,dalil,rukun,syarat


,jenis talak,hikmah dan prosedur perceraian bagi mencapai objektif kajian ini. Pengkaji akan
menjelaskan fakta dengan dengan lebih terperinci serta mengemukakan pandangan yang
diperolehi sama ada merujuk buku bacaan atau laman sesawang bagi memastikan maklumat
yang disampaikan adalah tepat dan jelas.

Penjelasan mengenai konsep talak ini penting kerana ia merupakan asas atau alternatif
untuk mencapai objektif kajian kedua iaitu pengetahuan berkaitan talak.Soalan yang
dikemukakan adalah bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar di SMKA Tok
Bachok mengenai konsep talak ini.

(a) Pengertian Talak


Menurut buku Pengajian Fiqh Tingkatan Enam,talak dari segi bahasa merupakan cerai
atau melepaskan ikatan manakaladari segi istilah pula merungkaikan ikatan perkahwinan
dengan lafaz cerai atau yang mengandungi makna seumpamanya.
Talak juga didefinisikan sesuatu ikatan secara makna memiliki ikatan,seperti ikatan
keluarga,ikatan nasab,ikatan pernikahan,ikatan saudara dan lain-lainnya menurut Ibnu Qayyim
Al-Jauziyah.Adapun menurut istilah,rumusan makna talak cenderung diarahkan dan
dikhususkan hanya pada pelepasan ikatan pernikahan ,atau perceraian antara suami isteri.
Berdasarkan beberapa definisi di atas,talak adalah perceraian antara suami dengan isteri
atas inisiatif suami,sehinnga inisiatif tersebut mengurangi jumlah hak talak suami yang
dilakukan melalui ucapan talak atau lafaz lainnya yang memiliki indikasi yang sama dengan
makna talak.
7

(b) Dalil Berkaitan talak

Dalil dibolehkannya talak adalah firman Allah Swt surah al-Baqarah [2]: 229 serta surah at-
Thalaq [65]: 1,

‫ان‬
ٍ ‫س‬‫ساكٌ ِب ام ْع ُروفٍ أ ا ْو تاس ِْري ٌح ِبإِحْ ا‬
‫اان فاإِ ْم ا‬ َّ
ِ ‫الط اَل ُق ام َّرت‬
“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf
atau menceraikan dengan cara yang baik.”

‫سا اء فا ا‬
‫ط ِلقُوه َُّن ِل ِعدَّ ِت ِه َّن‬ ِ ‫طلَّ ْقت ُ ُم‬
‫الن ا‬ ُّ ‫ايا أ ا ُّي اها ال َّن ِب‬
‫ي إِذاا ا‬

“Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka
pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar).”
8

(c) Hukum talak


Hukum talak ada lima iaitu:
1.Wajib
2.Haram
3.Sunat
4.Makruh
5.Harus

(d) Rukun Dan Syarat Talak


Rukun sah talak mempunyai empat item iaitu:
(a) Suami
(b) Isteri
(c) Lafaz/sighah
(d) Qasad

Syarat Suami Yang Menjatuhkan Talak:


1.Hendaklah orang yang menjatuhkan talak adalah suami .Maka tidak sah orang menjatuhkan
talak selain suami.
2.Suami adalah orang yang sempurna akalnya.Tidak sah orang yang gila,kanak-kanak ,dalam
keadaan marah.
3.Suami hendaklah orang yang cukup umur.Maka tidak sah talak dari kanak-kanak mumayyiz.
4.Hendaklah pilihan sendiri.Tidak sah talak dalam paksaan.
9

(e) Jenis-Jenis Talak


Talak Sunni
1.Perceraian yang sunat dilakukan dengan mengikut kaedah-kaedah yang diharuskan syarak
seperti menceraikan isteri dengan talak satu dalam keadaan suci daripada haid dan tidak
disetubuhi.

Talak Bid’ie
1.Perceraian dilakukan dengan kaedah yang menyalahi kehendak syarak.
2.Menceraikan isteri dalam keadaan haid atau nifas.
3. Mentalakkan isteri dengan talak 3 sekali gus .
4. Menceraikan isteri waktu suci yang disetubuhi.

Talak Bukan Sunni Dan Bukan Bid’ie


1.Isteri yang masih kecil,belum datang haid:’iddahnya dikira ‘iddah bulan.
2.Perempuan yang putus haid :’iddah bulan.
3.Perceraian secara tebus talak.

Talak Raj’ie
1.Tanpa memerlukan akad baru selama masih dlam ‘iddah.
2.Tanpa dipersetujui atau direstui isteri.
3.Talak satu atau talak dua.

Talak raj’ie ialah talak yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dan dia berhak
untuk rujuk kembali bersama isterinya di dalam tempoh ‘iddahTalak satu dan talak dua
termasuk di dalam talak raj’ie dan talak dua boleh dilafazkan sekaligus ataupun dilafazkan
talak satu demi satu.Suami berhak merujuk kembali isteri tanpa meminta persetujuan daripada
isteri dan tanpa perlu akad nikah yang baru.
10

Talak Bain Sughra(Tidak boleh rujuk kecuali dengan akad baru dan mas kahwin lain)
1.Talak melalui khulu’
2.Talak melalui ila’
3.Talak sebelum dukhul
4.Talak melalui fasakh

Talak Bain Kubra(perceraian tiga talak,semua perhubungan suami isteri terputus)


1.Talak tiga
2.Talak melalui li’an.

(f) Prosedur perceraian di Malaysia


1. Seseorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada
Mahkamah Syariah di mana tempat pemohon bermastautin.
2.Sebelum permohonan,suami isteri diminta membuat rundingan ke Bahagian Khidmaat
Nasihat/runding untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.
3.Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian,barlah kes dipanjangkan ke kes Mahkamah Syariah.
4.Setelah pihak Mahkamah Syariah membuat keputusan,permohonan tersebut dihantar ke
Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Rujuk Daerah yang berkenaan.
5.Pendaftar Pernikahan,Perceraian dan Rujuk menyemak semula permohonan.
6.Setelah itu,dihantar ke Ketua Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk.
7.Pendaftar Nikah ,Cerai,dan Rujuk merekodkan perceraian dalam Buku Daftar Cerai.
11

4.2 Tahap Pengetahuan Pelajar Tingkatan Enam Di SMKA Tok Bachok,Kelantan


Bagi mencapai objektif kedua bagi kajian ini iaitu mengenalpasti pengetahuan Pelajar
Tingkatan Enam mengenai konsep talak raj’ie di SMKA Tok Bachok,pengkaji telah
mngedarkan boring kaji selidik atas talian kepada 30 orang pelajar Tingkatan Enam di SMKA
Tok Bachok.Borang selidik dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan
dengan profil demografi responden dan bahagian B yang mengandungi sepuluh soalan
berkaitan dengan talak raj’ie.

a)Profil Demografi
Sebanyak 3 soalan dikemukakan untuk responden dalam bahagian A untuk mengetahui
maklumat asaa responden.
Soalan pertama mengenai jantina responden sama ada lelaki atau perempuan bagi mengetahui
jumlah pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok secara terperinci.Solan kedua berkaitan
dengan umur responden yang merupakan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok
Bachok.Soalan ketiga merupakan subjek yang diambil oleh responden samasa SPM.Soalan-
soalan ini penting bagi membantu pengkaji mendapat maklumat dan data yang tepat
sebagaimana ditetapkan dalam objektif kajian.

JANTINA

33%

67%

lelaki perempuan 33.33%

Carta 1
12

Carta 1 menunjukkan pecahan responden mengikut jantina.Seramai 30 orang responden


terdiri daripada 20 orang lelaki Tingkatan Enam Di SMKA Tok Bachok dan 10 orang pelajar
perempuan yang merupakan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok.Dari segi
peratusan sebanyak 67% merupakan pelajar lelaki manakala sebanyak 33% merupakan pelajar
perempuan.

UMUR
3%0%

13%

84%

18 tahun 19 tahun 20 tahun 21 tahun

Carta 2
Carta 2 menunujukkan umur responden yang merupkan pelajar Tingkatan Enam di SMKA
TOK Bachok.Berdasarkan dapatan kajian,seramai 25 orang iaitu bersamaan dengan 83.33%
pelajar Tingkatan Enam berumur 19 tahun.Bagi pelajar yang berumur 20 tahun seramai 4 orang
iaitu bersamaan dengan 13.33% manakala bagi pelajar tingkatan Enam yang berumur 21 tahun
iaitu seorang bersamman dengan 3.33% dan tiada pelajar yang berumur 18 tahun mengikut
dapatan kajian.Hal ini membantu pengkaji menganalisis umur pelajar Tingkatan Enam di
SMKA Tok Bachok bagi mendapat maklumat yang jitu untuk meneruskan kajian.
13

SUBJEK YANG DIAMBIL KETIKA SPM

13.33%

43.33%

43.33%

Pengajian Al Quran Sunnah Pendidikan Syariah Islam Keduanya sekali

Carta 3
Carta 3 menunjukkan Subjek yang diambil oleh pelajar Tingkatan Enam Di SMKA
Tok Bachok.Menurut dapatan seramai 4 orang bersamaan dengan 13.33% murid yang
mengambil subjek Pengajian Al Quran Sunnah.Bagi Subjek Pendidikan Syariah Islam,seramai
13 orang iaitu bersamaan dengan 43.33% yang mengambil subjek ini manakala seramai 13
orang iaitu bersamaan dengan 43.33% juga yang mengambil kedua-dua subjek ini.Dapatan ini
menunjukkan bahawa majoriti daripada pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok telah
belajar tajuk talak dalam subjek Syariah Tingkatan Lima semasa menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.
14

(b) Pengetahuan Pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok mengenai konsep talak
raj’ie
Dalam bahagian ini,pengkaji akan menerangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh melalui
boring soal selidik atas talian yang telah dijawab oleh 30 orang pelajar Tingkatan Enam di
SMKA Tok Bachok yang terdiri daripada 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan.Sebanyak
10 item soalan aras pengetahuan dikemukakan oleh pengkaji melalui soal selidik bagi menilai
tahap pengetahuan reponden berkaitan talak raj’ie dengan menggunakan Skala Likert dan
penjelasannya adalah seperti berikut:

Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju


setuju

1 2 3 4 5

Bil Soalan 1 2 3 4 5

Talak raj’ie ialah talak yang membolehkan 0 3 4 10 13


1 suami merujuk isteri yang diceraikan. 0% 10% 13.33% 33.33% 43.33%

2 Talak raj’ie merupakan talak 1 dan talak 2. 2 3 5 7 13


6.66% 10% 16.66% 23.33% 43.33%
Suami boleh merujuk kembali isteri 3 0 5 11 11
3 sekiranya dicerai dengan talak raj’ie. 10% 0% 16.66% 36.67% 36.67%

Suami tidak perlu akad baru jika isteri 2 1 6 8 13


4 Ditalak dengan talak 1 dan talak 2. 6.66% 3.33% 20% 26.66% 43.33%

Talak raj’ie hanya boleh dirujuk ketika isteri 3 2 4 10 11


5 Masih dalam iddah. 10% 6.66% 13.33% 33.33% 36.67%

Suami isteri dibolehkan tinggal bersama semasa 2 0 10 6 12


6 Talak raj’ie. 6.66% 0% 33.33% 20% 40%
Jika isteri tidak bersetuju untuk dirujuk tanpa 3 4 8 5 10
7 sebab yang kukuh,suami tidak boleh merujuk 10% 13.33% 26.66% 16.66% 33.33%
isteri.
Isteri yang ditalak tiga juga dikira sebagai 10 10 5 0 5
8 Talak raj’ie. 33.33% 33.33% 16.66% 0% 16.66%
Talak raj’ie memerlukan persetujuan isteri. 3 4 9 10 4
9 10% 13.33% 30% 33.33% 13.33%
Talak raj’ie hanya dijatuhkan sekiranya si suami 2 3 7 6 12
10 Melafazkan talak tersebut. 6.66% 10% 23.33% 20% 40%

Jadual 1:Pengetahuan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok BAchok berkaitan talak raj’ie
15

Berdasarkan maklumat daripada jadual 1,didapati seramai 3 orang iaitu bersamaan


dengan 10% daripada pelajar Tingkatan Enam tidak setuju dengan item pertama iaitu talak
raj’ie ialah talak yang membolehkan suami merujuk kembali isteri yang
diceraikan.Seterusnya,seramai 4 orang bersamaan dengan 13.33% pelajar memilih
pernyataan tidak pasti .Bagi kategori setuju pula,seramai 10 orang pelajar bersamaan dengan
33.33% yang memilih kategori ini manakala seramai 13 orang bersamaan dengan 43.44%
yang memilih kategori sangat setuju.
Menurut Buku Pengajian Fiqh Tingkatan Enam,boleh merujuk kembali isteri yang
ditalak 1 dan 2 iaitu talak raj’ie dengan melafazkan niat untuk merujuk kembali isteri yang
diceraikan.Oleh itu,dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar Tingkatan Enam di
SMKA Tok Bachok mengetahui akan hal ini.
Berkaitan dengan item kedua dalam soal selidik ialah antara Talak raj’ie ialah talak 1
dan talak 2.Dua orang bersamaan dengan 6.66% pelajar memilih kategori sangat tidak setuju
manakala 5 orang bersamaan dengan 16.66% memilih kategori tidak pasti.Bagi kategori
setuju,seramai 7 orang pelajar bersamaan dengan 23.33% yang memilih kategori setuju dan 13
orang yang bersamaan dengan 43.33% memilih kategori sangat setuju.
Talak 1 dan talak 2 merupakan Talak raj’ie dan talak 3 termasuk dalam talak bain.Hasil
kajian menunjukkan golongan besar daripada pelajar memahami akan hal ini dan hanya
segelintir sahaja pelajar yang tidak dapat memahami hal ini dengan baik.
Hasil dapatan kajian bagi item ketiga ialah suami boleh merujuk kembali isteri yang
dicerai dengan talak raj’ie.Seramai 3 orang bersamaan dengan 10% memilih kategori sangat
tidak setuju manakala sermai 5 orang pelajar memilih kategori tidak pasti.Selain itu,seramai 11
orang pelajar bersamaan dengan 36.67% yang memilih kategori setuju dan sangat setuju.
Jelaslah bahawa si suami boleh merujuk kembali isteri yang diceraikan dengan talak
raj’ie mengikut syariat islam.Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar Tingkatan Enam di
SMKA Tok Bachok kebanyakannya mengetahui akan hal ini.
Merujuk kepada kajian melalui ietem keempat iaitu suami tidak perlu akad yang baru
sekiranya isteri diceraikan dengan talak 1 dan talak 2.Seramai2 orang bersamaan dengan 6.66%
pelajar memilih sangat tidak setuju dan sermai 1 orang bersamaan dengan 3 .33% memilih
kategori tidak setuju.Bagi kategori tidak pasti pula,seramai 6 orang bersamaan dengan 20%
pelajar memilih kategori ini.Justeru,seramai 8 orang bersamaan dengan 26.66% peljar memilih
kategori setuju manakala seramai13 orang bersamaan dengan 43.33% memilih kategori sangat
setuju.
Jika isteri ditalak dengan talak 1 atau talak 2 iaitu talak raj’ie,si suami tidak memerlukan
akad yang baru untuk merujuk isteri yang ditalak.Berikutan dengan dapatan kajian,segelintir
pelajar tidak memahami akan hal ini namun kebanyakan daripda mereka mengetahui akan
perkara ini.
16

Bagi item kelima,Talak raj’ie hanya boleh dirujuk ketika isteri masih dalam
iddah.Seramai 3 orang bersamaan dengan 10 % memilih kategori sangat tidak setuju manakala
2 orang iaitu bersamaan dengan 6.66% memilih tidak setuju.Bagi kategori tidak pasti,seramai
4 orang iaitu bersamaan dengan 13.33% pelajar memilih kategori ini.Seterusnya,bagi kategori
setuju pula,seramai 10 orang bersamaan dengan 33.33% manakala seramai 11 orang bersamaan
dengan 36.67% daripada pelajar memilih kategori sangat setuju.
Semasa isteri dicerai dengan talak raj’ie, si suami boleh merujuk isteri tanpa akad baru
sekiranya si isteri masih dalam iddah,namun sekiranya si suami hendak merujuk selepas tamat
iddah,si suami perlu melafazkan akad yang baru.Dapatan ini menunjukkan majoriti pelajar
Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok memahami dengan baik akan perkara ini.
Seteusnya,item keenam iaitu suami isteri boleh tinggal bersama semasa talak
raj’ie.Seramai 2 orang iaitu bersamaan dengan 6.66% memilih kategori sangat tidak setuju
manakala seramai 10 orang pelajar iaitu bersamaan dengan 33.33% memilih kategori tidak
pasti.Bagi kategori setuju seramai 6 orang bersamaan dengan 20% dan seramai 12 orang
bersamaan dengan 40% memilih kategori sangat setuju.
Dalam mazhab Syafie,tidak boleh dan haram bagi bekas suami untuk tinnggal bersama
isteri yang telah diceraikan sama ada talak raj’ie atau talak bain.Namun,ia menjadi makruh
apabila terdapat mahram kepada isteri atau suami yang tinggal bersama.Hasil dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan pelajar tidak mengetahui akan perkara ini dan hanya segelintir
sahaja yang menjawab dengan betul.
Item ketujuh berkenaan jika isteri tidak bersetuju dengan tanpa sebab yang kukuh,suami
tidak boleh merujuk isteri.Seramai 3 orang bersamaan dengan 10% pelajar memilih kategori
sangat tidak setuju.Seramai 4 orang bersamaan dengan 13.33% pelajar memilih kategori tidak
setuju manakala seramai 8 orang bersamaan dengan 26.66% memilih kategori tidak pasti.Bagi
kategori setuju,seramai 5 orang bersamaan dengan 16.66% memilih kategori ini dan seramai
10 orang memilih kategori sangat setuju iaitu bersamaan dengan 33.33% yang memilih
kategori ini.
Sekiranya isteri dicerai dengan talak raj’ie,si suami boleh merujuk isteri tanpa meminta
persetujuan daripada isteri.Namun,sekiranya isteri mempunyai alas an yang kukuh untuk tidak
kembali bersama,isteri berhak untuk mendapatkan haknya di mahkamah.Kajian menunjukkan
bahawa sebilangan besar pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok kurang pengetahuan
akan hal ini.
Selain itu,item kelapan ialah isteri yang ditalak dengan talak 3 juga termasuk dalam
talak raj’ie.Seramai 10 orang iaitu bersamaan dengan 33.33% daripada pelajar memilih
kategori sangat tidak setuju dan tidak setuju.Bagi kategori tidak pasti,seramai 5 orang bersamaa
dengan 16.66% memilih kategori ini dan seramai 5 orang bersamaan dengan 16.66% memilih
kategori sangat setuju.
Talak raj’ie ialah talak 1 dan talak 2,manakaa talak 3 tidak termasuk talak raj’ie
sebaliknya termasuk dalam talak bain .Majoriti pelajar Tingkatan Enam Berjaya menjawab
soalan ini dengan baik dan hanya segilintir sahaja yang kurang memahami konsep ini.
17

Bagi item kesembilan,talak raj’ie memerlukan persetujuan daripada isteri.Seramai 3


orang bersamaan dengan 10% emilih kategori sangat tidak setuju mankala seramai 4 orang
bersamaan dengan 13.33% memilih kategori tidak setuju.Bagi kategori tidak pasti pula,seramai
9 orang iaitu bersamaan dengan 30% memilih kategori ini.Justeru,bagi kategori setuju,seramai
10 orang iaitu bersamaan dengan 33.33% memilih kategori ini dan seramai 4 orang iaitu
bersamaan dengan 13.33% memilih kategori sangat setuju.
Talak raj’ie tidak memerlukan persetujuan daipada isteri sekiranya isteri tidak
mempunyai alas an yang kukuh untuk tidak Bersama.Hasil kajian menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar tidak dapat memahami perkara ini dengan baik.
Seterusnya,item terakhir iaitu item kesepuluh ialah talak raj’ie hanya dijatuhkan
sekiranya si suami melafazkan talak tersebut.Seramai 2 orang iaitu bersamaan dengan 6.66%
memilih kategori sangat tidak setuju manakala seramai 3 orang iaitu bersamaan dengan 10%
memilih kategori tidak setuju.Bagi kategori tidak pasti,seramai 7 orang iaitu bersamaan dengan
23.33% memilih kategori ini.Seramai 6 orang iaitu bersamaan dengan 20% meimilih kategori
setuju dan seramai 12 orang memilih kategori sangat setuju.
Talak raj’ie dijatuhkan sekiranya si suami yang melafazkan talak tersebut,tidak sah
sekiranya si isteri yang melafazkan talak tersebut.Hasil dapatan kajian menunjukkan
sebilangan besar pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok menjawab soalan ini dengan
betul.
18

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Rumusan Kajian
Melalui hasil kajian yang diperoleh oleh pengkaji,dapat dirumuskan bahawa Talak
Raj’ie ialah talak yang membolehkan si suami merujuk kembali isteri yang diceraikan.Si suami
boleh merujuk isteri yang diceraikan tanpa memerlukan akad yang baru selagi isteri masih
dalam iddah.Talak Raj’ie termasuklah talak 1 dan talak 2.Suami harus merujuk isteri dengan
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak bagi memastikan proses rujuk
tersebut sah di ssi syarak.Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan Pelajar
Tingkatan Enam mengenai konsep Talak Raj’ie adalah sederhana.
Kebanyakan Pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok menjawab beberapa
soalan dengan baik,namun terdapat juga soalan yang mengelirukan mereka membuatkan
mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik.Contohnya,bagi soalan suami isteri boleh
tinggal bersama ketika Talak Raj’ie,ramai pelajar Tingkatan Enam memilih kategori tidak pasti
dan segelintir memilih kategori sangat setuju.Pada hakikatnya,suami dan isteri tidak boleh
tinggal bersama ketika Talak Raj’ie kecuali ada mahram suami atau isteri.Hal ini menunjukkan
mereka kurang faham akan hal ini.
Berikutnya,bagi soalan Talak Raj’ie memerlukan persetujuan daripada isteri,ramai
pelajar yang menjawab tidak pasti dan setuju.Talak Raj’ie tidak memerlukan persetujuan
daripada isteri jika hendak merujuk kecuali isteri mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak
dirujuk.Walaubagaimanapun,soalan-soalan seterusnya,dapat dijawab dengan baik oleh
kebanyakan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Tok Bachok.
19

5.2 Cadangan Kajian


Berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperoleh,pengkaji ingin membuat beberapa
cadangan bagi meningkatkan taraf kefahaman pelajar berkaitan Talak Raj’ie agar tidak timbul
pelbagai masalah di masa akan datang.Antara cadangan yang ingin dikemukakan ialah seperti
berikut:

(a) Menjadikan subjek Pendidikan Islam dan subjek Pendidikan Syariah Islam sebagai
subjek yan wajib lulus sebagaimana subjek Bahasa Melayu,Sejarah dan Bahsa Inggeris
pada peringkat SPM.Hal ini supaya pelajar dapat lebih menekankan subjek ini dan
memperoleh kefahaman serta pengetahuan yang baik akan subjek ini.

(b) Bagi bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga,mereka dikehendaki untuk
menduduki ujian Ketika menghadiri kursus perkahwinan bagi megukur tahap
kefahaman mereka terutama tentang konsep talak.Hal ini supaya mereka lebih bersedia
dengan sebarang kebarangkalian yang akan berlaku dalam rumah tannga bagi
memastikan tiada sebarang masalah pada masa akan datang.

(c) Mengadakan kempen keagamaan di sekolah yang akan mendedahkan dengan lebih
terperinci tentang konsep talak kepada para pelajar supaya mereka dapat
mempraktikkan di masa depan.Perkara ini akan membantu mereka meningkatkan
kefahaman dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dalam rumah tangga
mereka kelak.
20

6.0 SENARAI RUJUKAN


Buku
1.Buku Pengajian Fiqh Tingkatan Enam
Sumber Internet
1.http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-
joomla/components/205-talak?Itemid=951
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2459-irsyad-al-fatwa-siri-
ke-229-bolehkah-bekas-suami-tinggal-bersama-isteri-semasa-iddah
3. https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/medsyar/article/download/6503/3929
4. https://today.salamweb.com/ms/jenis-jenis-talak-dalam-penceraian/
5.http://www.esyariah.gov.my/images/esyariah/Document/RisalahJKSM/Pamplet_Carta_Alir
an_Proses_Perceraian_di_Mahkamah_Syariah.PDF
21

7.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMKA TOK
BACHOK, KELANTAN MENGENAI KONSEP TALAK RAJ’IE.

1.Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahauan pelajar Tingkatan Enam
di SMKA Tok Bachok.
2.Semua maklumat berkaitan dengan responden akan dirahsiakan dan akan digunakan bagi
kepentingan kajian sahaja.
3.Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A:Profil Demografi dan
Bahagian B ;Pengetahuan pelajar Tingkatan Enam berkaitan Talak Raj’ie.
4.Responden diminta untuk menjawab semua soalan pada Bahagian A dan Bahagian B.
5.Kerjasama responden menjawab soalan amatlah dihargai.

BAHAGIAN A
PROFIL DEMOGRAFI
Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan .
JANTINA
Lelaki
Perempuan
UMUR
18 tahun
19 tahun
20 tahun
21 tahun

SUBJEK YANG DIAMBIL KETIKA SPM:


Pendidikan Syariah Islam
Pengajian Al-Quran Sunnah
Keduanya sekali.
22

BAHAGIAN B
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMKA TOK
BACHOK,KELANTAN MENGENAI KONSEP TALAK RAJ’IE.

Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan mengikut pengetahuan anda berkaitan talak
raj’ie.

Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju


setuju

1 2 3 4 5

Bil Soalan 1 2 3 4 5

Talak raj’ie ialah talak yang membolehkan


1 suami merujuk isteri yang diceraikan.

2 Talak raj’ie merupakan talak 1 dan talak 2.

Suami boleh merujuk kembali isteri


3 sekiranya dicerai dengan talak raj’ie.

Suami tidak perlu akad baru jika isteri


4 Ditalak dengan talak 1 dan talak 2.

Talak raj’ie hanya boleh dirujuk ketika isteri


5 Masih dalam iddah.

Suami isteri dibolehkan tinggal bersama semasa


6 Talak raj’ie.
Jika isteri tidak bersetuju untuk dirujuk tanpa
7 sebab yang kukuh,suami tidak boleh merujuk
isteri.
Isteri yang ditalak tiga juga dikira sebagai
8 Talak raj’ie.
Talak raj’ie memerlukan persetujuan isteri.
9
Talak raj’ie hanya dijatuhkan sekiranya si suami
10 Melafazkan talak tersebut.
23

Anda mungkin juga menyukai