Anda di halaman 1dari 3

5.

0 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Rumusan Kajian

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dapat dirumuskan bahawa talak


Ba’in merupakan salah satu antara dua jenis talak untuk memutuskan ikatan suami
isteri. Talak bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra
dan talak ba’in kubra. Talak ba’in suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak
yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya
boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain,suami barunya menyetubuhinya,
setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya. Hasil
kajian mendapati pengetahuan responden berkaitan talak Ba’in terutama perkara talak
ini Ba’in boleh dirujuk atau dan tidak boleh dirujuk menjadi dan keadaan talak Ba’in
belum dikuasai sepenuhnya dan masih pada tahap yang sederhana.

Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati terdapat segelintir


masyarakat Kg Lingkungan masih kurang pengetahuan berkaitan talak
Ba’in.Kebanyakan responden hanya mengetahui talak Ba’in secara asas dan tidak
mengetahuinya secara lebih mendalam. Antara soalan yang tidak dapat dikuasai oleh
responden berkaitan talak ba'in terbahagi kepada dua bahagian.Hanya 30% iaitu 6
orang responden yang mengetahui bagi persoalan tersebut.Selain itu, hasil kajian juga
mendapati responden juga mempunyai tahap pengetahuan yang sedikit berkaitan
persoalan talak melalui khulu' adalah keadaan talak ba'in. Tahap pengetahuan
responden hanya 40% sahaja.Tetapi persoalan yang lain yang dikemukan dlam boring
soal selidik,kebanyakan responden berpengetahuan dan memgetahui tentang asas
tentang talak Ba’in dan konsep talak.

5.2 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian hasil maklumat yang diberikan responden melalui


borang selidik, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan agar dapat mengatasi
masalah tahap pengetahuan masyarakat Kg Lingkungan berkaitan talak Ba’in. Antara
cadangan yang ingin dikemukakan adalah seperti berikut:

1
(i) Semua bakal pengantin diwajibkan menduduki ujian ketika menghadiri
kursus perkahwinan untuk mengukur tahap pengetahuan mereka berkaitan
perkahwinan terutama hal berkaitan talak. Ini adalah kerana statistik
menunjukkan kadar perceraian meningkat saban tahun dan mungkin ada dalam
kalangan pasangan yang bercerai tidak mengetahui cara atau hal berkaitan
talak.

(ii) Ibu bapa perlu membeli bahan bacaan berbentuk keagamaan yang sesuai
terutama kepada anak-anak remaja agar mereka tidak leka dengan hiburan
semata-mata. Selain itu, ibubapa juga perlu membimbing anak-anak dan cuba
mendekatkan mereka dengan program keagamaan agar mereka dapat
menguasai pengetahuan agama dengan baik.

(iii) Menyuburkan lagi program keagamaan di setiap kampung dengan


mendedahkan masyarakat berkaitan hukum dan syariat Islam. Pihak
pengurusan kampung boleh membuat jadual serta menyediakan peruntukan
khusus untuk pelaksanaan program berkenaan dan boleh dilaksanakan secara
mingguan atau bulanan supaya masyarakat sentiasa terdedah dengan hukum-
hukum berkaitan agama.

(iv) Menjadikan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Syariah Islamiah


sebagai subjek wajib lulus sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan bagi
subjek seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris pada peringkat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini penting agar pelajar
sekolah tidak memandang rendah kepada subjek Pendidikan Islam dan
Pendidikan Syariah Islamiah sekaligus dapat meningkatkan penguasaan
pelajar berkaitan hukum hakam agama.

2
6.0 SENARAI RUJUKAN

ABD. Rahman Ghazaly,2003. Fiqh Munakahat.; Jakarta: Kencana.

Abi Aasim Talak,2016. Talak Raj’ie dan Talak Ba’in. https://asysyariah.com/talak-


raji-dan-talak-bain/

Afrilia Wendra,2017. “Pernikahan, Talak, Dan Rujuk Dalam Islam”,


http://segoresinfo.blogspot.co.id/2015/02/pernikahan-talak-dan-rujuk-dalam-
islam.html

Mardani,2011. Hukum Perkawinan Di Dunia Islam Modern. Yogyakarta: Graha Ilmu.

Syaikh Kamil Muhammad,1998. ‘Uwaidah, Fiqih Wanita Edisi lengkap. Jakarta:


Pustaka Al Kautsar.

Soemiyati,2007. Hukum Perkawinan Islam dan Undang-Undang


Perkawinan.Yogyakarta: Liberti.

Zahir Mallik,2019. Talak Raj’ie

https://web.facebook.com/zahirmallikassociates/photos/talak-rajie-dan-talak-bain1-
talak-rajietalak-rajie-membawa-maksud-talak-yang-bol/310428353231814/?
rdc=1&_rdr

Anda mungkin juga menyukai