Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 NYATAKAN 5 ISU DISIPLIIN PEKERJA 1–2
3.0 GAMBAR / ISU DISIPLIN PEKERJA 2–3
4.0 KENAL PASTI 5 FAKTOR 3–5
5.0 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN 5–6
7.0 REFLEKSI 6–7
8.0 RUJUKAN 7

0|Page
1.0 PENGENALAN

Masalah disiplin yang kerap berlaku di dalam sesebuah syarikat ini telah menjadi suatu
perkara yang kerap didengari. Sebagai contohnya, masalah disiplin pekerja yang datang lewat
ke tempat kerja, pekerja yang tidak menepati pakaian etika kerja, mahupun tidak membuat
tugasan yang diberi dan tidak menghantarnya pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, kadar
ketidakhadiran pekerja juga menjadi satu masalah dan akan memberi kesan negatif terhadap
syarikat tersebut. Oleh kerana syarikat tersebut akan kekurangan kakitangan syarikat dan
banyak kerja yang tertangguh. Oleh itu, adalah perlu syarikat untuk melihat masalah
ketidakhadiran dan kakitangan yang bermasalah secara bersekali. Tanggungjawab untuk
menyelesaikan isu disiplin dan kakitangan yang bermasalah bukannya terletak pada Jabatan
Sumber Manusia sahaja, malahan pihak pengurusan juga turut terlibat sekali. Perkara ini
boleh diselesaikan dengan lebih berkesan dengan penyertaan aktif daripada pengurusan
jabatan kerana mereka lebih kenal rapat malah lebih memahami tentang keadaan kakitangan
yang terlibat.

2.0 NYATAKAN 5 ISU DISIPLIN PEKERJA

BIL. KENALPASTI MASALAH PUNCA BERLAKU MASALAH

1. Mencuri barangan syarikat - Tidak mempunyai wang untuk


- Mencuri kenderaan syarikat menampung keluarga
atau wang syarikat
2. Tidur ketika waktu bekerja - Tidur lewar malam.
- Tidak mempunyai waktu tidur - membuat kerja pejabat sampai lewat
yang mencukupi malam

1|Page
3. Selalu datang lewat ke pejabat - kesesakan lalu lintas
- disebabkan bangun lambat - bangun lambat
atau kerenderaan rosak - tidak mempunyai kenderaan untuk
pergi ke tempat kerja

4. Penampilan yang selekeh dan badan - Tidak berkemampuan untuk membeli


yang berbau pakaian baru.
- Tidak memakai wangian - Tidak mempunyai pengayaan yang
ataupun tidak membasuh bagus dan menarik.
pakaian yang telah pakai.
5. Bergaduh dengan pekerja yang lain - Bergaduh yang berlaku mungkin dari
- Tidak mempunyai hubungan faktor tekanan kerja dan sering tidak
yang baik bersama dengan puas hati dengan pekerja lain dalam
rakan setempat kerja. skop tugas yang dijalankan

3.0 BAHAN / GAMBAR ISU DISIPLIN PEKERJA

Pekerja yang sering tidur di tempat kerja


Akibat banyak pekerja yang
ponteng kerja.

2|Page
Pekerja yang bergaduh dengan Pekerja yang kena gannguan seksual
pekerja lain.

Pekerja yang merokok di tempat kerja.

4.0 KENALPASTI 5 FAKTOR


 Masalah Peribadi

Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti jantung,


leukemia, lumpuh, batuk kering atau penyakit – penyakit lain perlu memohon cuti yang
panjang bagi mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya. Tahap kesihatan
mereka akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka terus bekerja.

Selain itu juga, masalah peribadi ini juga berpunca dari sikap pekerja itu sendiri.
Sikap malas untuk bekerja mendorong mereka untuk ponteng. Apabila sikap negatif
wujud dalam diri, pekerja cenderung untuk menunjukkan potensi dan prestasi kerja yang
kurang memberangsangkan. Mereka menjadi tidak bermotivasi dan tidak bersungguh –
sungguh dalam melaksanakan tugas mereka. Pekerja sebegini biasanya terpaksa
memilih kerja yang ada untuk menyara hidup disebabkan oleh kesukaran mendapat kerja
yang diidamkan serta bagi mengelakka daripada menggangur. Malah gaji yang rendah
juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Mereka berpendapatan gaji yang diperoleh
adalah cukup untuk makan dan perbelanjaan harian dan tidak mendapat beri kemewahan
kepada ahli keluarga.

3|Page
 Tekanan

Tekanan kerja berlaku apabila pekerja terpaksa memenuhi kehendak dua atau
lebih peranan yang bercanggah. Contohnya, terpaksa melakukan tugasan dengan cara
berlainan, tidak cukup sumber kakitangan, menghadapi pelbagai permintaan,
kekurangan sumber dan melaksanakan perkara yang tidak diperlukan. Tekanan kerja
juga berlaku apabila pekerja terpaksa bekerja lebih masa kerana perlu mengejar tarikh
akhir tugasan serta melakukan tugasan orang lain.

Selain tu, masalah keluarga seperti perselisihan faham antara suami isteri,
penjagaan anak – anak, perbelanjaan rumah dan perceraian turut menyumbang kepada
tekanan. Pekerja terpaksa memikirkan jalan penyelesaian berkatan hal rumah tangga
walaupun mereka sudah dibebani dengan masalah di tempat kerja. Hal ini bukan sahaja
boleh menggangu emosi malah mereka mungkin mengalami ganggunan mental.

Di samping itu juga, kelewatan ke tempat ke tempat kerja akibat terperangkap


dalam lalu lintas mendorong pekerja untuk tidak hadir ke pejabar. Ini kerana mereka tetap
dikenakan tindakan disiplin walaupun memberi alasan yang jujur.

Disebabkan oleh punca – punca inilah yang membuatkan mereka tidak hadir
bekerja dan cuba lari daripada masalah. Tambahan pula, tekanan kerja yang berterusan
boleh mendatangkan kesan – kesan negatif kepada kesihatan, psikologi dan tingkah laju
pekerja yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi kerja mereka.

 Mempunyai penampilan yang tidak terurus dan tidak kemas.

Di samping itu juga sebagai pekerja yang bagus mahupun dipandang tinggi,
tetapi sekiranya pakaianya tidak mengikut skema pakaian mahupun pakaiannya tidak
terurus. Pekerja di sekelilingnya akan memandang serong atau mereka akan cuba untuk
menjauhikan diri dari pekerja yang seperti itu.

 Tidak mempunyai masa tidur yang cukup

Pekerja yang tidak mempunyai masa tidur yang cukup kerana bekerja lebih masa
dan akibat terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat. Oleh
itu, pekerja perlu berkerja lebih masa atas alasan untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Selain itu juga, apabila mereka balik selepas waktu kerja, keadaan lalu lintas yang pesat
oleh kerana semua orang ingin pulang ke pangkuan keluarga masing – masing dan
mengakibatkan mereka sampai ke rumah lambat.

4|Page
 Mempunyai rasa menginginkan sesuatu barangan yang bukan hak milik
sendiri.

Mempunyai perasaan yang ingin memiliki barangan yang bukan hal milik mereka
sendiri kerana mereka tidak mempunyai barangan tersebut. Oleh sebab perasaan
mereka yang menginginkan sesuatu barangan itu, mereka mencuri barangan tersebut
atas sebab ingin menunjukkan barangan tersebut kepada orang lain.

5.0 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN


 Mencuri barangan syarikat

Teori Wajiban (Deontologis) merupakan teori berlandaskan prinsip moral dan


kewajipan kepada kita dan peraturan yang telah sedia ada untuk melakukan kewajipan
tersebut. Tujuan yang baik tidak semestinya menjadikan perbuatan itu juga yang baik.
Oleh itu di dalam setiap organisasi kita seharusnya menitikberatkan hal ini kerana
kelayakkan mempengaruhi persekitaran kerja yang aman.

 Tidur ketika waktu kerja.

Teori Wajiban ini andaian apabila melakukan sesuatu kewajipan menunjukkan


kita bermoral dan apakah peraturan yang telah sedia ada untuk kita melakukan kewajipan
tersebut. Seperti contoh yang beri, iaitu tidur ketika waktu kerja ini merupakan salah satu
kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja – pekerja lain. Sebab perkara ini sering
berlaku kerana, mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup berlaku kerana mereka
bekerja lebih waktu dan lambat ke rumah masing – masing.

 Tidak membenarkan perempuan islam memakai tudung di dalam Kitchen

Teori Hak Asasi ini membentuk masyarakat untuk menjadi lebih


bertanggungjawab di samping menunjukkan rasa keprihatinan kepada orang lain supaya
kehidupan menjadi lebih selesa dan sejahtera. Seperti contoh yang dinyatakan, perkara
ini berlaku di sesebuah hotel di mana pekerja perempuan hanya dibenarkan untuk
memakai scarf sahaja tidak kira bangsa atau agama sekali. Oleh kerana perkara itu,
ramai pekerja islam yang hendak bekerja di situ, mereka terpaksa mengikut cara
pemakaian tersebut di situ.

5|Page
 Tidak berlaku kejujuran.

Berdasarkan Teori Keperibadian Mulia, ia menitikberatkan perbuatan atau


perlakuan manusia dari segi falsafah moral. Ini menunjukkan kejujuran seorang pekerja
dalam menjalankan kerjanya dengan jujur atau tidak, sekiranya tidak ada kemungkinan
besar pekerja tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Seperti contoh
di atas, sekiranya barangan atau wang syarikat yang hilang sudah tentu tiada siapa yang
akan mengaku bahawa yang perkara itu mereka yang buat. Atau pekerja yang telah
mengambil wang syarikat dan tidak mencatit di dalam laporan pengeluaran wang
tersebut.

 Tidak amanah dalam membuat kerja

Berdasarkan Teori Wajiban, setiap pekerja hendak berlaku amanah dalam setiap
pekerjaan tak kira di mana jua. Selain itu, mereka perlulah mengikut arahan yang telah
ditetapkan dan mestilah berlaku amanah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini yang berlaku. Seperti contoh yang dinyatakan di atas, perkara ini sering berlaku
di mana – mana syarikat mahupun di kedai – kedai yang lain.

6.0 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

BIL. KENALPASTI MASALAH CADANGAN PENYELESAIAN


1. Mencuri barangan syarikat - Pekerja berjumpa dengan bos
dan memberitahu yang anda
kekurangan wang untuk
menampung perbelanjaan
keluarga.
2. Tidur ketika waktu bekerja - Pengurus memberi nasihat ke
arah kebaikan.
3. Selalu datang lewat ke pejabat - Jabatan Sumber Manusia
syarikat perlu menyediakan
pengangkutan khas untuk
pekerja kepada pekerja yang
tidak mampu untuk membeli
kenderaan sendiri.
- Membeli amaran kepada
pekerja yang datang lewat.
4. Penampilan yang selekeh dan badan - Berjumpa dengan perunding
yang berbau imej untuk mendapatkan tunjuk

6|Page
ajar dan pendapat cara yang
betul dan menarik ke pejabat.
5. Bergaduh dengan pekerja yang lain - Mengadakan kursus yang
kearah kebaikan kepada
pekerja bagi menyedarkan
pekerja daripada melakukan
perbuatan yang tidak elok
seperti bergaduh
- Memanggil pekerja tersebut
dan menanyakan masalah
beliau sehinggakan bergaduh
dengan pekerja yang lain.

7.0 REFLEKSI

Secara kesimpulannya, pekerja yang menunjukkan kelakuan bermasalah tidaklah


begitu ramai dalam sesebuah organisasi. Namun oleh itu, pekerja tersebut perlulah
berubah cara tersebut kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh
sesebuah syarikat itu. Selain itu juga kita haruslah bijak dalam menguruskan masa dalam
menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh ketua. Kita hendaklah tidak membazirkan
masa pada perkara yang tidak berfaedah seperti melepak mahupun makan gaji buta. Di
samping itu, kita mestilah menghantar hasil kerja yang telah kita siap pada waktu yang
telah ditetapkan kerana ini dapat memudahkan kerja kita. Akhir sekali, kita semestilah
berpakaian kemas dan bersih ketika hendak pergi ke tempat kerja, kerana pakaian itu
melambangkan personality diri kita yang sebenar.

8.0 RUJUKAN
 https://www.scribd.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekerja
 https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/
 https://www.slideshare.net/hoonmin/faktor-utama-ketidakhadiran-kakitangan-
dan-strategi-kreatif-untuk-mengurangkannya
 http://repo.uum.edu.my/363/1/Zakaria_Ismail.pdf

SURAT KHABAR

Disiplin punca pekerja diberhentikan (2010, NOVEMBER 19). UTUSAN ONLINE

7|Page

Anda mungkin juga menyukai